Pages

Thursday, 31 October 2019

Travelog Perth Part 11 : Mandurah Dolphin Watching Cruise

Mandurah Dolphin Watching Cruise


PERTH DAY 5 - MANDURAH CRUISE dan THE BLUE BOAT HOUSE

Pecutian ke Perth masuk hari ke -5. Day 1 bersambung lagi. Untuk hari terakhir di Perth ni, Mat Drat lebih kepada kativiti santai dan 'shopping' sedikit.

Itinerari untuk hari ke 5 ni,
09:30 am - Bergerak dari apartment
11:00 am - Mandurah Dolphine Watching Cruise
12:30 am - Bergerak balik
01:00 pm - Belmont Forum (Shopping Mall) / Lunch
04:30 pm - Chemist Warehouse (shopping perfume dan supplement)
05:30 pm - Blue Boat House
06:30 pm - Apartment

Entry sebelum ni... 


👇👇
 Trip Perth - 
 Pinnacle & Lancelin  
.............................................................................

Mandurah Dolphine Watching Cruise

Bagi yang mempunyai extra hari di Perth, menaiki Dolphine Watching Cruise mungkin satu aktiviti yang boleh dipertimbangkan.

Jarak dari Perth ke Mandurah ni hanya dalam 80km, lebih kurang 1 jam perjalanan.

Lokasi : 
73 Mandurah Terrace
Google Map Mandurah Cruise

Naik Cruise
Sampai la awal , dapat naik awal dan dapat pilih kerusi yang strategik
Jangan lupa bawa kamera , nak rakam dolphine melompat ni nanti

Jenis Cruise
Biasa orang naik Scenic Dolphine Cruise je, sebab ni yang paling murah. Selain Scenic Dolphone Cruise, ada Dolphine Island Cruise.

1. Scenic Dolphine Cruise
- Biasa pengunjung naik yang ni je.
- Tiket lebih murah, $32 / person (adult), lebih kurang RM 90.
- Masa cruise selama 1 jam, meronda di kawasan canal Mandurah Terrace
- Mandurah Terrace ni kawasan elite sebenarnya, rumah-rumah bungalow yang cantik dengan siap ada deck bot individu.

- Pihak pengendali Cruise ni kata, "Dolphine tak dijamin akan kelihatan sebab hidupan liar". Betulllah, takkan kita nak paksa dolphine naik ke permukaan air kan. Ikut nasib.

- Pengalaman Mat Drat, dapatlah lihat beberapa kali dolphine ni melompat-lompat dipermukaan air. Cukuplah.

- Selain lihat dolphine, dapat layan rumah-rumah mewah kat sini pun okey. nampak cantik


- Setiap hari, cruise ada 3 waktu berlepas (11:00 am, 1:00 pm dan 3:00 pm)


2. Dolphine Island Cruise
- Ni pakej mahal sikit, pakej adventure.
- Mereka kata guaramtee boleh nampak dolphine.
- Dolphine Island Cruise ni ada beberapa pakej, ada 1 jam, 1/2 hari atau pakej sehari.

- Untuk detail, boleh layari
https://www.mandurahcruises.com.au/cruises-and-tours/


Harga Tiket ( Scenic Mandurah Cruise)
Dewasa - $32
Knak-kanak ( 3-12 tahun) - $12
Nak jimat, beli tiket family - $82 (2 adult + 2 child)

Tiket boleh beli online atau pun di kaunter di sana.

Mat Drat cadangkan, 1-2 hari sebelum, cek dahulu di laman web mereka untuk lihat tiket yang ada, kalau dah macam nak habis, mungkin boleh beli online atau datang lebih awal. 

Mat Drat hari tu beli di kaunter, masa nak bayar dia kata ada diskaun untuk 1st cruise (11 am). Tapi tak boleh beli family ticket sebab individu tiket lagi murah.


Mandurah Dolphin Watching Cruise
Si kecik ni la paling tak sabar nak naik cruise ni... nak tengok dolphin

Mandurah Dolphin Watching Cruise
Mat Drat sampai agak lewat sebenarnya, 5 minit to 11. Orang lain dah naik bot, Mat Drat berlari beli tiket

Mandurah Dolphin Watching Cruise Perth Terrace Canal
Terus di suruh naik cruise.
Mandurah Dolphin Watching Cruise Perth
Seat depan dah penuh, dapat belakang. Okey la
Mandurah Dolphin Watching Cruise Perth Terrace Canal
Memasuki kawasan canal Mandurah Terrace

Mandurah Dolphin Watching Cruise Perth Terrace Canal
"Ayah... mana dolphin "?

Mandurah Dolphin Watching Cruise Perth Terrace Canal
Manalah dolphin ni,,, 

Mandurah Dolphin Watching Cruise Perth
Susah betul nak mencari dolphin ni
Mandurah Dolphin Watching Cruise
Yeazz.... tu dia dolphin dah datang




Habis dah sessi dolphin

Ronda ronda sekajap , otw balik ke jety

Buat kenanagan...

Nak buat kenangan, tapi brader yang tolong ambik gambar ni, tak ambik penuh pulak cruise





............................................................................. 

Bellmont Forum Mall dan Chemist Warehouse

Dari Mandurah, Mat Drat terus balik ke Perth, menuju ke Bellmonth Forum Mall. Nak menyopping pinggan mangkuk Corel yang paling utama.

Kemudian ke Chemist Warehouse di Murray Street, nak menyopping perfume dan supplement.

Nanti Mat Drat share detail di entry khas 👉👉 "Tempat shopping murah di Perth"


Dan destinasi terakhir Mat Drat adalah di Blue Boat House. Jemput baca di entry berikutnya.





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

2 comments:

  1. Menarik gambar-gambar pemandangan di sana. Doakan juga LeYa dapat ke sana ye satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamin....semoga LeYa Dan husband dpt kesana. Insyaallah tak lama lagi tu

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.