Pages

Friday, 1 November 2019

Shopping Murah di Perth Corelle dan Souveniour

Shopping Murah di Perth Souveniour Eshed Fremantle

TEMPAT SHOPPING MURAH DI PERTH

Kali ni Mat Drat senaraikan beberapa tempat shopping yang agak murah di Perth ni. Mat Drat share apa yang Mat Drat tahu dan singgah.

Ringkasnya
1. Fremantle (Souveniour)
2. Watertown Branded House ( Smiggle dan product branded lain)
3. Belmont Forum (Coles - Beli pinggan Corel)
4. Chemist Warehouse ( Perfume dan supplement dll)

Entry sebelum ni... antaranya


👇👇
 Trip Perth 
Tips Melancong


👇👇
 Trip Perth - 
Itinerary 5H5M

.............................................................................

Fremantle - Beli souveniour Murah

Nak beli souveniour murah di Perth, kena tuju di sini lah. Di Fremantle.


2 lokasi yang biasa dikunjungi untuk beli atau shopping souveniour ni kalau Bercuti di Perth iaitu di E-Shed dan Fremantle Market Street.

Cara nak ke sini
Boleh baca di perkongsian Mat Drat sebelum ni.
👉 Travelog Perth : Fremantle 


E-Shed

  • E Shed ni macam gudang la. Asalnya ia gudang 'Timber', yang dibina pada tahun 1929. E tu blok E sebab sini ada beberapa blok. Kini dijadikan market dan cukup dikenali sebagai tempat bersantai.
  • Ada 2 kedai yang jual souveniour seperti baju, sweater, jacket, key-chain, fridge magnet dall.
  • 2 kedai  ni dikira besar dan murah iaitu Megabes Store dan Aussin Store. Harga lebih kurang sama je dua dua kedai ni. Sebelah menyebelah.


  • Ingat ye, E-Shed ni dibuka 3 hari sahaja (Jumaat- Ahad)
  • Ada disediakan public toilet dan ada cafe jual makanan halal.
  • Parking lot luas di hadapan E-Shed ni


Fremantle Market

  • Satu lagi kedai souveiour yang ramai kunjungi adalah Kedai Freo Souvenirs yang terletak di Fremantle Street. 
  • Kedai Fremantle Street ni memang banyak kedai-kedai dan gerai-gerai, memang meriah.

E-Shed Market
Shopping Murah di Perth Souveniour Eshed Fremantle
Aussin
T-Shirt Lengan panjang, dari $15... semua size. 

Shopping Murah di Perth Souveniour Eshed Fremantle
Memang banyak pilihan, memang tak mahal

Shopping Murah di Perth Souveniour Eshed Fremantle
Aussin dan Megabes Store, sebelah menyebelah

Shopping Murah di Perth Souveniour Eshed Fremantle
Kena bagi limit budget sebab semua anak beli kat kawan kelas la, kawan tu la, kawan ni la...



Shopping Murah di Perth Souveniour Eshed Fremantle
Murah? Nak murah lagi, beli yang dalam pack 5 atau 10..banyak pilihan








Watertown Branded House - Beli Smiggle Murah

Watertown ni anggaplah je macam JPO (Genting Premium Outlet) atau GPO (Genting Premium Outlet).  Tapi rasanya JPO dan GPO lagi besar dan lagi banyak pilihan.

Ada banyak kedai branded, macam Nike, CK, Cotton On dan Levis. Mat Drat compare harga rasanya tak murah sangat bila dah convert ke RM. Bila time sales atau ada warehouse sales di Malaysia, boleh dapat lagi murah rasanya. 

Jadi nak beli jauh-jauh dan tambah berat beg, macam tak berapa berbaloi. Kecuali lah barang tu betul-betul murah dan susah nak dapat kat Malaysia (atau harga kat Malaysia mahal sangat)

Mat Drat ke sini hanya nak ke Smiggle, selain Smiggle terbeli juga lah di kedai lain sikit.

Laman web Watertown : https://www.watertownbrandoutlet.com.au/

Lokasi : 840 Wellington St, West Perth 
Lokasi Google Map : ðŸ‘‰ Watertown Branded Outlet

Parking Rate : $5 / 2 hours

Smiggle Murah
Mat Drat dah masuk day1-day 2 baru decide nak ke sini sebab ada terbaca smiggle murah kat sini. Anak-anak tak tahu pun nak bawak mereka ke sini, dah sampai sini baru cakap, budget sorang $10 ++. Wife pun tak tahu.

Mat Drat tak pernah beli pun product ni, anak-anak tak pernah sebut pun, tapi ada la tebaca di FB dulu pasal smiggle ni, jadi kegilaan la, jadi trend la... 

Harga Mat Drat rasa agak murah, sebab semakan di laman web  memang mahal beli kat Malaysia. Jadi dapatlah sorang satu pencil box dan lunch box.

Kebetulan ada offer dan sales, dapatlah yang harga $12-$15 satu.

Bagi kaki Smiggle, boleh la shopping betul-betul . Banyak produk lain yang harga lagi mahal (selain yang Mat Drat beli) tapi masih dikira murah kalau compare beli di Malaysia. 

Mana Mat Drat tahu murah?? Boleh agak la murah sebab masa Mat Drat kat sini ada 2 family dari Malaysia yang beli banyak produk Smiggle ni.  Gaya macam biasa beli...

Mat Drat tak pernah beli, jadi produk murah $12-$15 dah memadai untuk anak-anak. Tu pun happy sangat-sangat. Siap cakap, kawan dalam kelas ramai yang ada pencil box Smiggle ni.


Shopping Murah di Perth Watertown Smiggle
Banyak pilihan pencil box $12

Shopping Murah di Perth Watertown Smiggle
Antara produk yang murah

Shopping Murah di Perth Watertown Smiggle
Seronok dapat...
Lunch box sebelah tu pun murah, $15 je satu kalau tak silap hari tu.
Shopping Murah di Perth Watertown Smiggle
Barangan murah... macam kedai FOS je.

Shopping Murah di Perth Watertown Smiggle
Murah..tapi bila di convert to RM, tak la murah sangat.
Murah sikit je
............................................................................. XXXC




left;">............................................................................. XXXC


Coles, Big W, Woolworths, KMart

Ni antara pasar raya besar yang agak murah barangan di sini. Macam Tesco la lebih kurang.

Di Coles
Mat Drat beli stok makanan dan minuman untuk bekalan di sini. Ada beberapa cawangan, jadi boleh la singgah  ke Coles yang terdekat.


Big W
Mat Drat ke Big W di Belmont Forum.

............................................................................. 


Belmont Forum, Cloverdale

Belmont Forum ni macam shopping mall besar yang didalamnya ada mengumpulkan pasaraya Coles, Big W, Woolworth, KMart dan kedai-kedai lain.


Jika ke sini, boleh la masukkan sekali itineari lunch sebab di sini ada 2 kedai / cafe makanan halal.

Lokasi : 227 Belmont Ave 
Lokasi Google Map : ðŸ‘‰ Belmont Forum 

Jarak dari Perth (Hay St) dalam 20 km, drive dalam 20 minit.

Beli Corelle Murah di Perth

Wife dah berkali kali cakap, nak beli Corelle kat Perth. Dia kata murah. Mat Drat tak tahu sangat berapa harga, dan ;murah' tu banyak mana kalau compare dengan beli di Langkawi atau waktu sales di Sogo contohnya.

Dia kata murah, jadi Mat Drat masukkan dalam itinerari ke Big W, Belmont Forum ni untuk beli Corelle murah.

Bila sampai, harga memang murah walaupun dah convert ke RM. Tapi nasib Mat Drat tak berapa baik, sebab stok tak banyak. Mungkin sebab Mat Drat ke sini dah hari  ke-5 Mat Drat ke sini, jadi banyak stok yang dah diborong oleh orang lain. Maklumlah, cuti sekolah di Malaysia waktu ni, ramai orang kita ke sini. Satu flight dengan Mat Drat hari tu pun ada rombongan cikgu-cikgu lebih 20 orang. Sure mereka pun dah borong awal.

Nak beli set dalam kotak, dah tak ada. Mat Drat terpaksa beli loose item, beli satu-satu. Tu pun tak banyak pilihan corak sebab nak lengkapkan set tak cukup item.

Datang dan beli la, nanti balik menyesal pulak kalau tak beli.

Dah beli nanti, jangan lupa pakai pinggan mangkuk tu. Jangan simpan buat perhiasan pulak.

Beli Toys dan Hotwheel Murah di Perth


Niat hati nak beli banyak Hot Wheel sebab kawan Mat Drat ke sini 2-3 bulan sebelum Mat Drat sampai, dapat Hot Wheel dalam $1 sahaja (RM3).  Dah la murah, model susah dapat pulak tu.

Tapi Mat Drat tak sempat nak cari betul-betul, sempat ke sini je (Big W, belmont Forum). Harga $2 (RM). Tak la murah sangat.

Terjumpa Barbie.... pergh, memang murah.. Ada anak perempuan kecil, boleh la beli. $5-$6 je satu. Murah compare dengan tempat kita.

Pakaian dan Beg Murah


Mat Drat terbeli juga stokin dan warmer disini, sebab lagi 4-5 hari nak ke Turki pulak. Dapat info, di Turki cuaca sejuk semula, malam turun sampai 0 celcium. Jadi beli mana yang murah kat sini, di Big W juga.

Anak ada yang sempat sambar backpack satu, murah dia kata. Yang mencari beg, sebab terlebih shopping, boleh la ke sini. Nampak macam murah juga.



Shopping Murah di Perth Toys Barbie Big W Corelle dan Souveniou
Belmont Forum

Shopping Murah di Perth Big W Corelle dan Souveniou
Bila sampai, set dalam kotak dah habis. Tinggal design tyang wife tak berkenan. Jadi terpaksa beli loose punya.

Shopping Murah di Perth Toys Barbie Big W Corelle dan Souveniou
$ 2.. tapi model biashe biashe

Shopping Murah di Perth Toys Barbie Big W Corelle dan Souveniou
Geram kat trellar ni, tapi risau nak bawa balik pecah.

Shopping Murah di Perth Toys Barbie Big W Corelle dan Souveniour Beg
Barbie saiz ni pun baru $5. Suka sangat la dapat.

Shopping Murah di Perth Big W Corelle dan Souveniour Beg
Kalau terdesak dan memerlukan luggage beg. Mat Drat baru balik umrah, luggage beg dapat hari tu, kalau tak dah beli kat sini

Shopping Murah di Perth Big W Corelle dan Souveniour Beg
Beg biasa...  siap dapat lunch box dan botol air. $7 je









Chemist Warehouse

Mat Drat pesan awal-awal, kalau ke Perth dan tak ke sini memang rugi. Beli la perfume dan supplement, memang murah. Murah sangat pulak tu.

Mat Drat ingatkan perfume je murah, bila sampai sini baru tahu ada banyak product selain perfume. Supplement pun banyak, murah lak tu.

Selain perfume, Mat Drat beli Barroca juga sebab kebetulan memang pengguna Barraco. Datang dan tahu lah nanti, memang murah. Dan kalau datang tapi tak beli, mesti menyesal nanti.

Chemist ni ada beberapa cawangan, di Perth CBD ada, Fremantle ada, di Belmont Forum ada. Kita memandu di sekitar Perth pun mungkin akan jumpa Chemist lain.

Mat Drat ke Chemist Warehouse Murray Street. 

Lokasi : 1/109 Murray Street, Perth
Lokasi Google Map : ðŸ‘‰ Chemist Warehouse Murray St 

Lokasi
Kalau drive dan nak parking, rasanya paling senang park di Wilson Parking di bangunan Aliya Clayton Centre
Opposite ni pun ada CPP Parking Pier Street di  Jadi park la mana berkenan.
Jarak ke Chemist dalam 100-150 meter je.

Lokasi Google Map : ðŸ‘‰ Wilson Parking Aliya Clayton Centre 

Datang dan tahu lah nanti, memang murah. Dan kalau datang tapi tak beli, mesti menyesal nanti.


Shopping Murah di Perth Chemist Perfume Corelle dan Souveniour
Ada yang $10, ada yang $19 dan ada yang $29. Memang murah. Nak yanglagi mahal pun ada (tapi tetap lagi murah berbanding di Malaysia / airport)

.............................................................................

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.