Kek Lapis Sedap di Kuching, Sarawak
Entry berkaitan Trip Kuching bersambung lagi. Kali ni Mat Drat share tempat nak beli kek lapis Kuching Sarawak.
Kalau yang datang ke Sarawak tu, terutamanya Kuching, jangan lupa bawak balik buah tangan Kek Lapis ni. Ni kira buah tangan WAJIB ye.
Walau pun Mat Drat kira dah kerap sangat ke Kuching, tetapi tiap kali ke sini memang akan beli juga kek lapis ni.
Bukan Kuching je ada kek lapis ye, Mat Drat ke Miri dulu pun ada kek lapis. Kawan di sana bawa untuk beli sebagai buah tangan.
Harga
- Bagi yang jarang beli kek lapis, perlu tahu kek lapis ni berbeza harga.
- Biasanya yang yang mahal sikit tu lagi sedap.
- Harga biasanya untuk saiz biasa, dari RM10/ satu sehingga RM 20/satu.
- Yang lagi mahal pun ada.
- Biasa penjual akan offer 10 + 1 (beli 10 free 1). Biasanya, tapi tak semua tempat ye.
Mana Yang Sedap
- Yang membezakan rasa dan harga biasanya adalah bahannya sama ada dibuat dengan mentega, butter atau keju/cheese.
- Mat Drat biasa akan beli dari butter atau keju sebab rasanya lebih sedap dan lebih lembut dan basah. Anak-anak pun suka yang macam ni.
- Tapi ikut selera masing-masing, lain orang lain citarasa.
- Di tempat jual kek lapis, boleh kata semuanya akan sediakan sample/tester kek lapis yang telah dipotong kecil. Jadi jangan segan untuk rasa kek-kek ni semua sebelum beli. Rasa lah semua, tak ada orang marah. Rasa sampai kenyang pun tak apa...
Tester. Rasa lah... |
Tester. Semua tempat akan ada tester. Jangan segan nak rasa. |
Simpanan Kek Lapis
- Setahu Mat Drat, kek lapis dari butter dan keju ni tidak berapa tahan jika tidak diletakkan di dalam fridge, jadi seelok-eloknya belilah sehari sebelum balik ke Semenanjung.
- Setahu Mat Drat juga , biasa penjual bagi tahu, letak di luar fridge 2 hari masih tak apa. Tapi Mat Drat jarang sangat (tak pernah rasanya) simpan sampai 2 hari diluar fridge.
- Kalau flight Mat Drat balik ke KL Jumaat malam, biasa selepas solat Jumaat baru Mat Drat beli kek lapis. (Mat Drat ada tempat favourite di Waterfront, jadi senang), dari hotel pun tak jauh. Naik grab dalam 5 minit je.
- Kalau flight petang pula, biasanya sehari sebelum Mat Drat dah beli dan di bilik akan letak di fridge.
- Ada sesetengah tempat/kedai tu sediakan khidmat penghantaran ke hotel. Kuantiti sikit pun dia boleh hantar. Contohnya Kek Lapis Liza.
Pembungkusan dan Bawa Naik Kapal Terbang
- Bab bungkus kek lapis, jangan risau ye.
- Semua tempat akan bungkuskan elok-elok dalam kotak. Biasa mereka akan tanya. Kalau kita beli dalam 4 atau 5 sahaja, tak berbaloi nak bungkus dalam kota, isi dalam beg plastik biasa dah cukup.
- Kalau bungkus dalam kotak, ada 2 kebaikan
- a. Hand Luggage - Senang kita nak bawa naik flight sebab siap ada tali
- b. Check-in Luggage - Senang petugas angkat beg tahu ni kek dan 'kurang' lah risiko kena campak dan kena hempap/tindih.
Kalau bungkus dalam kotak tu, tanda la kotak kita tu lain sikit. Biasa flight balik ke KL akan ada banyak kotak-kotak kek lapis. Nanti tak ada lah tertukar kotak
Okey, ini antara kek lapis yang biasa dikunjungi bagi mereka yang mencari Kek Lapis di Kuching ni.
- Kek Lapis Dayang Salhah
- Kek Lapis Liza
- Kek Lapis Mira
- Kek Lapis Asma
- Kek Lapis Diwanie
- Kek Lapis di Waterfront
INGAT :
List tak ikut senarai ye. Ini yang biasa dikunjungi oleh Mat Drat, ada banyak lagi jenama kek lapis di Kuching ni ye.
.............................................................................
1. KEK LAPIS LIZA
Sejak kebelakangan ni, Mat Drat lebih suka membeli di sini. Rasa kek di sini tak mengecewakan (semua tempat lebih kurang sahaja sebenarnya).
Lokasinya di Waterfront, memudahkan untuk membeli. Tak perlu untuk keseberang sungai (Kek Lapis Mira dan Kek Lapis Dayang Salhah).
Kek Lapis Liza ni terima tempahan melalui telefon / whatsapp. Boleh tengok jenis-jenis kek dia di FB Page. Ni untuk yang betul-betul tak ada masa nak pergi atau pun yang dah biasa sangat ke Kuching dan malas nak membeli secara walk-in.
Lokasi : Bishopgate Rd, Kuching. ( Waterfront Bazaar)
Google Map : 👉👉 Lokasi Liza Kek Lapis
Laman Web : -
FB Page : FB Page Liza Kek Lapis
Antara pilihan kek yang ada... |
Pelbagai pilihan.. |
.............................................................................
2. KEK LAPIS MIRA
Kek Lapis Mira ni merupakan antara kek lapis yang paling dikenali di Kuching.
Lokasinya di Jalan Brooke, Kampung Gersik. Bersebelahan Kampung Boyan.
Untuk ke sini, jika dari Waterfront hanya perlu naik perahu penambang dan turun di jety Kampung Boyan. Cara nak ke sini, boleh baca entry sebelum ni, Mat Drat share agak detail cara nak ke Kampung Boyan dengan naik perahi penambang tu. Boleh baca di Tempat Makan Best : My Village Barok.
Nota :
1. Sekitar Kek Lapis Mira ni, ada beberapa gerai menjual ikan terubuk. Boleh la beli sekali ikan terubuk di sini.
2. Kek Lapis Mira juga ada buka kiosk di Waterfront. Dibelakang The White Barouk.
Lokasi : Jalan Brooke, Kampung Gersik. (Sebelah medan selera Kampung Boyan)
Google Map : 👉👉 Lokasi Kek Lapis Mira
FB Page : FB Page Kek Lapis Mira
Google Map : 👉👉 Lokasi Kek Lapis Mira
FB Page : FB Page Kek Lapis Mira
Kiosk Kek Lapis Mira di Waterfront |
Kiosk terletak dibelakang The White Barouk ni ye. |
.............................................................................
3. KEK LAPIS DAYANG SALHAH
Kek Lapis Dayang Salhah ni merupakan antara kek lapis yang paling dikenali di Kuching. Tak silap Mat Drat ada 3 cawangan besar kek lapis Dayang Salhah ni.
Rasanya Kek Lapis Dayang Salhah lah yang paling besar operasinya di Kuching ni, tak silap ada kilang untuk pengeluaran.
Lokasi paling biasa dikunjungi adalah di Jalan Brooke , Kampung Gersik. Bersebelahan Kampung Boyan dan Kek Lapis Mira.
Untuk ke sini, jika dari Waterfront hanya perlu naik perahu penambang dan turun di jety Kampung Boyan.
Lokasi : Jalan Brooke, Kampung Gersik. (Sebelah Kek Lapis Mira )
Google Map : 👉👉 Lokas Kek Lapis Dayang Salhah
FB Page : FB Page Kek Lapis Dayang Salhah
Google Map : 👉👉 Lokas Kek Lapis Dayang Salhah
FB Page : FB Page Kek Lapis Dayang Salhah
Kek Lapis Dayang Salhah ni tak nampak dari jalan besar (Jalan Brooke), jadi signboard ni sangat penting |
.............................................................................
Kek Lapis dan Ikan Terubuk di Kampung Boyan
Di sekitar Kek Lapis Mira dan Kek Lapis Dayang Salhah ni ada beberapa geraiu menjual ikan terubuk. Nka beli boleh beli di sini, dan minta mereka bungkus siap-siap.
Ada juga kek lapis lain uang bersaiz / berskala kecil.
.............................................................................
4. KEK LAPIS ASMA
Kek Lapis Asma ni rasanya agak baru ni Watefront ni. Tak silap Mat Drat cawangan baru di Waterfront baru di buka sekitar awal tahun 2018. Sebelum ni hanya beroperasi di
Masa cawnagan Wateffront ni baru dibuka dulu, Mat sempat juga berbual dengan pekerja mereka. Rupanya jenama ni dah lama berada di pasaran cuma sebelum ni mereka hanya buka di Kota Samarahan dan Kota Sentosa.
Masa baru buka dahulu, memang banyak juga Mat Drat beli di sini.
Lokasi : 91 Jalan Main Bazaar ( Waterfront )
Google Map : 👉👉 Lokasi Kek Lapis Asma
FB Page : FB Page Kek Lapis Asma
Google Map : 👉👉 Lokasi Kek Lapis Asma
FB Page : FB Page Kek Lapis Asma
.............................................................................
5. DI WANNIE KEK LAPIS
Beberapa tahun dulu, kalau yang menaiki penerbangan MAS akan disajikan / dibekalkan sepotong kek lapis Sarawak dalam penerbangan dari Kuching ke KL. Dan pada waktu tu, jenama Kek Lapis Di Wannie yang diberikan.
Mulai dari situ, bila balik KL wife lebih suka kek lapis Di Wannie ni. Harga kek Di Wannie ni sedikit mahal, berpadanan dengan rasanya yang sedap. Kira premium sikit la.
Dan waktu tu, packing dia pun lebih menarik. Jadi bila bawak naik flight tu lebih senang di bawa dan 'sedap dipandang'.
Cuma 2 kali terakhir ke Kuching , Mat Drat tak sempat nak ke sini sebab lokasinya yang agak jauh. (Jauh untuk berjalan kaki, tiada masalah jika berkereta).
Mulai dari situ, bila balik KL wife lebih suka kek lapis Di Wannie ni. Harga kek Di Wannie ni sedikit mahal, berpadanan dengan rasanya yang sedap. Kira premium sikit la.
Dan waktu tu, packing dia pun lebih menarik. Jadi bila bawak naik flight tu lebih senang di bawa dan 'sedap dipandang'.
Cuma 2 kali terakhir ke Kuching , Mat Drat tak sempat nak ke sini sebab lokasinya yang agak jauh. (Jauh untuk berjalan kaki, tiada masalah jika berkereta).
Lokasi : 345 Lorong Satok 9, Jalan Satok
Google Map : 👉👉 Lokasi Kek Lapis Di Wannie
FB Page : FB Page Kek Lapis Di Wannie
.............................................................................Google Map : 👉👉 Lokasi Kek Lapis Di Wannie
FB Page : FB Page Kek Lapis Di Wannie
6. KEK LAPIS DI WATERFRONT dan AIRPORT
Jemput baca di perkongsian-perkongsian berkiatan Trip Kuching ni
Tips & Panduan Bercuti Ke Kuching | ||
Tempat Menarik Di Kuching | ||
Tempat Makan Best Di Kuching | ||
Kek Lapis Sedap Di Kuching | ||
| ||
. |
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.