Bonjour.....
Kali ni Mat Drat menulis sedikit mengenai tips percutian ke Paris. Yang nak melancong ke Paris tu boleh la baca sikit. Harap-harap apa yang Mat Drat kongsikan ni bermanfaat.
Kali ni Mat Drat menulis sedikit mengenai tips percutian ke Paris. Yang nak melancong ke Paris tu boleh la baca sikit. Harap-harap apa yang Mat Drat kongsikan ni bermanfaat.
Dahulu Mat Drat dah pernah kongsi pengalaman percutian Mat Drat ke Paris dalam trip Percutian Barcelona-Paris-Doha, tapi memandangkan waktu tu baru je menjadi 'blogger', cara berkongsi info dan maklumat pun macam kelam kabut je. Kali ni kasi 'molek' sikit....
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
.............................................
Entry pertama Travelog London dah ready untuk dibaca.
Percutian Barcelona tak kira percutian bajet sebab dari KL ke Barcelona naik biz class (Qatar Airways Sponsor) dan menginap 3 malam di hotel 5 bintang yang rate dalam RM 1,500 satu malam.
Tapi percutian Paris ni kira percutian bajet sebab....
- dari Barcelona ke Paris naik low cost airline je..naik Easyjet
- duduk hotel 2 bintang je yang rate dalam RM 180 / nite
- ground transport Mat Drat DIY sendiri. Semua naik tren metro je
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
.............................................
Edited 01.02.2019
Entry pertama Travelog London dah ready untuk dibaca.
Jemput singgah baca, Mana tahu ada nak buat trip Paris-London.
Ni Trip London - Edinburgh Mat Drat Sept 2018.
.........................................................
PERCUTIAN BAJET KE PARIS
Entry ni kira perkongsian pengalaman percutian bajet ke Paris la walau pun sebelum ke Paris, Mat Drat di Barcelona dalam 'percutian tak bajet'.Percutian Barcelona tak kira percutian bajet sebab dari KL ke Barcelona naik biz class (Qatar Airways Sponsor) dan menginap 3 malam di hotel 5 bintang yang rate dalam RM 1,500 satu malam.
Tapi percutian Paris ni kira percutian bajet sebab....
- dari Barcelona ke Paris naik low cost airline je..naik Easyjet
- duduk hotel 2 bintang je yang rate dalam RM 180 / nite
- ground transport Mat Drat DIY sendiri. Semua naik tren metro je
INSIDR Tips ke Paris
Okey sebelum tu, baru-baru ni Mat Drat di hubungi oleh INSIDR untuk berkongsi apa-apa contents di laman web mereka kepada pembaca blog Mat Drat ni.
First time dengar INSIDR ni sebenarnya, biasa lah....kena riki dulu serba sedikit benda-benda baru ni. Dan lepas intai-intai laman web mereka, bagi Mat Drat apa yang dikongsi oleh INSIDR ni boleh dijadikan panduan terutamanya bagi mereka yang nak bercuti ke Europe khususnya ke Paris. Cukup detail dan macam-macam yang mereka kongsikan kalau bab Paris ni. Bandar-bandar lain tu Mat Drat tak habis study lagi apa yang mereka kongsikan.
First time dengar INSIDR ni sebenarnya, biasa lah....kena riki dulu serba sedikit benda-benda baru ni. Dan lepas intai-intai laman web mereka, bagi Mat Drat apa yang dikongsi oleh INSIDR ni boleh dijadikan panduan terutamanya bagi mereka yang nak bercuti ke Europe khususnya ke Paris. Cukup detail dan macam-macam yang mereka kongsikan kalau bab Paris ni. Bandar-bandar lain tu Mat Drat tak habis study lagi apa yang mereka kongsikan.
Tambahan sikit lagi mengenai INSIDR ni, ia ditubuhkan di Paris pada tahun 2015. Sebab tu cerita pasal Paris cukup detail kat INSIDR ni. Walupun baru beberapa tahun, tapi dah keluar kat Guardian, New York Times, Condé Nast Travel dan macam-macam lagi.
Dan satu lagi, yang hubungi Mat Drat tu pun rupanya awek Malaysia. Ingatkan awek Paris sebab tengok muka dan gaya macam minah Paris....dah berbalas email baru tahu rupanya Malaysia mari.
Dan nak bagi tahu awal-awal....agak senang nak menulis tips ni semula sebab nak cari info, Mat Drat cari kat INSIDR je...agak lengkap dan detail. Apa yang Mat Drat terfikir nak tulis, ada je boleh rujuk kat sini. (Nanti nak minta izin dengan INSIDR la untuk copy beberapa artikel mereka dlm blog Mat Drat).
Dan nak bagi tahu awal-awal....agak senang nak menulis tips ni semula sebab nak cari info, Mat Drat cari kat INSIDR je...agak lengkap dan detail. Apa yang Mat Drat terfikir nak tulis, ada je boleh rujuk kat sini. (Nanti nak minta izin dengan INSIDR la untuk copy beberapa artikel mereka dlm blog Mat Drat).
Untuk entry ni Mat Drat kongsi serba sedikit tips asas / panduan yang perlu tahu kalau nak ke Paris. Detail tu nanti Mat Drat share bila-bila berkesempatan.
MASA PALING BEST BERCUTI KE PARIS
Perkara 'wajib' Mat Drat nak kemana-mana, mesti akan google dulu 'Best Time To Visit bla bla bla......",
Dan untuk Paris , yang di cadangkan oleh laman web travel.usnews... Best time untuk bercuti ke Paris adalah antara bulan Jun - Oktober.
Bagi Mat Drat bulan lain pun best, Paris ni datang bila-bila pun best. Paris ni sentiasa penuh dengan pelancong dan manusia. Tengok kawan-kawan ke sini, tak kira bila.... ramai je orang. Cuma 'winter' 2018 je, tiba-tiba Paris dilanda salji lebat... Jadi nak dtg waktu winter, fikir banyak kali ye.
- Jun-Ogos (Summer)
- Antara bulan cuaca paling panas 22º - 25º
- Paling ramai pelancong
- Kemungkinan hotel rate sedikit mahal
- Bersedialah untur beratur panjang di sesetengah tempat tarikan pelancong
- Sep-Oktober (Autumn / Luruh)
- Cuaca mulai menurun. Average High; Sept - 21º / Oct - 16º . Kalau average low tu lagi rendah, boleh cecah 10º. Kira sejuk oo malam...
- Bulan ni bilangan pelancong mulai agak menurun sebab dah nak sejuk.
- Nov-Feb
- Paris agak sejuk waktu ni
- Average High; Nov - 10º / Dis - 8º / Jan - 7º dan Feb - 8º. Ini average high, kalau average low lagi rendah terutamanya malam. Dalam 3º- 5º je. Memang sejuk, nak berjalan pun tak berapa selesa.
- Walaupun winter, sangat jarang sebenarnya dengar salji turun kat Paris.
- Terbaca satu Laman web, sejarah winter di Paris 2001-2015, hanya 3-10 hari je salji turun. Tu pun turun beberapa minit sahajas bukan sepanjang hari. Org kata tak sempat menimbun, dah cair.
- TAPI 2018 berlaku sejarah.... PARIS ditimpa salji betul betul. Kelam kabut traffic kat sana sebab mereka tak prepare untuk salji selebat dan sebanyak mcm tu..
- Kira mid Feb tu start nak panas, dan pelancong mulai nak start ramai semula.
- Jadi, kalau nak pergi juga waktu ni, Mat Drat cadangkan pergi la hujung-hujung February.
- Berjalan waktu winter ni seronok tengok dan main salji je TAPI rugi sebab tak banyak aktiviti boleh dibuat. Kedai-kedai banyak tutup atau tutup awal sebab malam akan teramat sejuks
- Mac- Mei (Spring)
- Bagi Mat Drat, bulan Mac - Mei ni (terutamnya Mei) bulan yang paling bagus bercuti kat sini
- Cuaca tak panas sangat (below 20º). Average High utk bulan Mei pun baru 19º.
- Okey la cuaca macam ni, kat Malaysia dah biasa panas, kita pergi la bercuti waktu sejuk sikit. Cuaca macam ni, aktiviti pun tak terbatas. Malam punnak berjalan-jalan kat Paris ni tak ada la menggigil sejuk.
- Mat Drat hari tu pergi bulan Mei. Nyaman je waktu kat sana. Petang-petang jalan n lepak di area Eiifel Tower baru seronok, panas tak....sejuk sangat pun tak. Masa naik boat cruise kat Seine River makin nyaman je rasa lagi-lagi bila kena tiup angin, tapi kena naik lewat petang la.
PENERBANGAN KL - PARIS (KUL - CDG)
- Nak ke Paris ni ada beberapa pilihan, rasanya boleh pilih ikut yang bersesuaian itinerari macam mana.
- Setahu Mat Drat tak ada direct flight, semua kena stopover.
- Nak cepat dan tak meletihkan, ambillah yang 1 stopover je. Kalau dah sampai 2 stopover, buang masa nak menunggu flight je. Silap-silap, kalau flight terlepas atau delay.....haru jadinya.
- Masa penerbangan paling cepat pun dalam 15 jam ++, paling lama bergantung kepada connecting flight yang kita ambil (lagi lama stopover, lagi lama la penerbangan tu)
- Antara pilihan penerbangan ke Paris yang biasa diambil;
- KLM .... stopover di Amsterdam (AMS)
- Qatar Airways.... stopover di Doha (DOH)
- Emirates .... stopover di Dubai (DXB)
- Etihad .... stopover di Abu Dhabi (AUH)
- Malaysia Airlines tak ada penerbangan ke Paris ye. Dulu ada (share kod dengan Qatar Airways rasanya).
- Di Paris kita akan turun di Charles de Gaulee Airport (CDG)
- Mat Drat dulu ke Paris dari Barcelona. Dari Barcelona naik Easyjet dan juga turun di CDG. Waktu tu Qatar Airways sponsor trip Mat Drat dan wife ke Barcelona dan Doha. Lengkap dengan biz class return ticket, 5 star hotel dan tiket VVIP match Barcelona FC. Dah alang-alang sampai Barcelona, Mat Drat lajak ke Paris. Cuma tiket Barcelona ke Paris je kena keluar duit sendiri. Okey la, lain-lain di tanggung....
- Kalau yang naik flight low cost atau flight dari Europe, perhati betul-betul turun di airport mana sebab Paris ni ada 3 airport yang biasa digunakan.
- Selain Charles de Gaulee Airport (CDG), yang juga sering digunakan adalah Paris Orly Airport (ORY) dan Paris Beauvais Airport (BVA)
.
TRAVEL INSURAN / TAKAFUL
Nota : ( Edited 13.10.2019)Mat Drat rasa perlu kongsi juga perkara ni.. Kepentingan Travel Insuran / Takaful yang 'cashless'
Kita pastinya buat segala persiapan untuk mengharapkan perjalanan dan percutian kita lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Jika berlaku juga sesuatu musibah, kita tak boleh elak, tapi sekurang-kurangnya kita ada perlindungan untuk meringankan bebanan kita.
Apa pun, Mat Drat harap semua yang baca blog ni dan bercuti, sentiasa dalam peliharaan Ilahi di dalam perjalanan pergi dan balik serta semasa percutian.
Biasa Mat Drat akan guna Etiqa Takaful bila ke oversea. Rasanya tak pernah ambil insuran/takaful dari airlines atau third party semasa beli tiket tu.
Etiqa Takaful ni rasanya coverage dia lebih kurang sama dengan takaful/insuran lain tapi 3 faktor ni jadi sebab Mat Drat ambil dengan ETIQA Takaful ;
1. TAKAFUL.
Kita muslim, seboleh-bolehnya ambillah product takaful. Tinggalkan product konventional.
2. Cashless.
In case kena masuk hospital, kita tak perlu nak bayar dahulu dan kemudian baru claim. Kat overea, kos hospital dan perubatan sangat lah mahal.
Kalau kena bayar deposit je dulu pun, susah juga nak cari duit on the spot tu.
Dan dah biasa juga rasanya kita dengar dan terbaca kes-kes rakyat kita terpaksa minta bantuan sebab kos perubatan terlalu mahal di oversea.
3. Rebate 25%.
3. Rebate 25%.
Beli online, kita dapat rebat 25%, banyak tu.
Terbaru, Mat Drat baca kisah En Kamarol Khahar, pengalaman ayah beliau dimasukkan ke hospital di Seoul.
Alhamdulillah, urusan beliau sekeluarga dimudahkan kerana banyak pihak hulurkan bantuan (wang ringgit, nasihat dan kepakaran).
Alhamdulillah, urusan beliau sekeluarga dimudahkan kerana banyak pihak hulurkan bantuan (wang ringgit, nasihat dan kepakaran).
Bila baca ni, memang betullah insurance yang 'cashless' ni sangat penting.
..............................................................................
CHARLES DE GAULLE AIRPORT (CDG)
- Ini airport terbesar di Paris dan antara airport tersibuk di dunia.
- Biasakan dengan perkataan 'Aéroport de Paris', 'Aéroport Charles de Gaulle' (CDG), 'Paris-Charles de Gaulle', Roissy Charles de Gaulle. Ni semua merujuk ke airport yang sama.
- Airport ni memang besar, ada 3 terminal. Pastikan kita akan turun di Terminal yang mana satu. Nak balik pun sama, pastikan terminal mana kita akan balik.
- Kita ke Paris tak perlukan VISA. Jangan risau. Yang penting sampai di airport, cop passport di imigresen.
- Pemeriksaan kastam dan imigresen sewaktu ketibaan, Mat Drat tak sure seketat mana... Adakah seketat nak masuk Australia.
- Ikut pengalaman Mat Drat dulu, masa masuk Paris tak diperiksa langsung....macam tak percaya je. Tak jumpa pun imigresen atau kastam, mungkin flight dari Europe mereka tak check sangat. Tak pun mereka pantau dari jauh je, danbuat random check. Passport pun tak chop masa masuk.
- Dan ikut pengalaman, airport ni memang sangat sibuk....sangat-sangat sibuk.
- Oleh kerana sibuk dan besar, jangkakan bagasi dapat diambil dalam 30 minit paling awal...
- Untuk maklumat detail, boleh rujuk laman web ni 👉http://www.about-paris.com/charles-de-gaulle-airport.htm
AIRPORT TRANSFER KE PARIS CITY
- Untuk airport transfer CDG Airport ke Paris ada 4 pilihan, sama juga seperti kebanyakan airport transfer ditempat lain
- 4 pilihan yang ada untuk CDG ni (boleh click link untuk detail )
- Tren : Paris by RER Train
- Bus : Paris by Rossy Bus
- Coach : Paris by Les Cars Coach
- Taxi : Paris by Taxi
- Mat Drat naik RER train untuk ke Paris dan juga dari Paris ke airport bila balik ke KL. Jadi Mat Drat share sikit pengalaman Mat Drat naik tren dan tambah sikit info dari laman web https://insidr.co/getting-charles-de-gaulles-airport-paris-city-centre/ .
- Jarak dari Airport ke Paris City dalam 40 km.
- Untuk lain-lain punya airport transfer (bas, coach atau taxi), boleh rujuk link kat atas tu ye.
Naik Tren dari Airport CDG ke Paris
- Merupakan pilihan yang paling cepat dan paling senang.
- Di sini lebih dikenali sebagai Aeroport.
- Perhatikan signboard Paris par Train / Paris by Train untuk ke platform train.
- Untuk ke Paris City, kita akan naik tren RER B
- Harga tiket tren CDG-Paris 10.30€ (adult fare) / 7€ (children 4 – 9) / free (children under 4) . Prices as of September 1, 2017
- Train akan berhenti di beberapa station utama sebelum tiba di Paris. Di Paris sendiri, ia akan berhenti di 3 station utama di Paris iaitu Station Gare du Nord, Station Châtelet Les Halles dan Station Saint Michel/Notre Dame sebelum terus ke station Luxembourg, Port Royal dan seterusnya. Kesimpulannya, memang banyak station la.
- Lebih separuh perjalanan terpaksa berdiri dalam tren terasa jugak la letihnya dengan bagasi yang agak banyak. Nasib baik masa tu tiba Paris dari Barcelona je, kalau dari Malaysia yang berbelas jam penerbangan....mahu pengsan dalam tren. Waktu nak naik tren tu, tren dah separuh penuh.... jadi memang kena berdiri la. Bagasi pegang dan jaga masing-masing punya..... Boleh kata semua penumpang denganbagasi masing-masing.
- Mat Drat hari tu berhenti di station Gare du Nord. Kalau yang naik train Eurostar London-Paris pun akan berhenti di sini. Berhenti di Gare du Nord ni sebab nak sambung metro tren ke hotel.
- Train station RER B ni terletak di Terminal 2.
- Kalau yang turun di Terminal 2, terus sahaja berjalan menuju ikut signboard "Paris par Train/ Paris by Train".
- Manakala, jika dari Terminal 1 perlu naik train Airport Shuttle (CDGVAL) yang disediakan ke Terminal 2. Ni tren yang menghubungkan antara terminal, tak perlu bayar.
- Kat Airport ni nanti ada vending machine warna kuning dan putih. Tak silap yang kuning untuk tiket TGV/Intercity train. Manakala yg putih berkotak tu untuk tiket RER B.
- Untuk panduan ParisByTrain boleh baca link atas tadi.
Pass Paris Visite / Paris Navigo Pass.
- Untuk lebih jimat, beli tiket Pass Paris Visite atau Paris Navigo.
- Pass Paris Visite sesuai untuk yang kurang seminggu di Paris manakala Paris Navigo lebih sesuai untuk yang nak laam di Paris...lebih seminggu atau mungkin berbulan.
- Pass ni boleh di beli di mesin di airport juga. Senang beli kat airport sebab sampai Paris boleh terus turun naik tren, tak payah nak pening-pening beli tiket. Mana tahu sampai Paris tengah waktu peak balik kerja ke. Station metro penuh dan padat.
- Memandangkan Mat Drat berada 3 hari sahaja di Paris, jadi kat airport ni Mat Drat terus beli Pass Paris Visite di sini. Lebih jimat dan menyenangkan sebab tak perlu beli tiket setiap kali nak naik metro/train bila di Paris nanti.
- Oleh kerana tempat yang akan kami lawati hanya berada di Zone 1 - Zone 3 (City Center), jadi kami beli untuk Pass Paris Visite yang cover ke Zone 3 sahaja. Semua area Paris je. Dan dari airport ke Paris City, kami beli tiket asing.
- Kalau ada yang nak ke Disyneyland Paris atau ke Palace of Varsailes, tu dah masuk Zone 1-5 (Greater Paris Area). Jadi berbaloi terus ambil Pass Paris Visite untuk yang cover sehingga zon 5.
- Untuk Airport ke Paris City termasuk Zone 1-5. Kalau kat Paris nanti pusing-pusing Paris je (tak keluar dari Zone 3), rasanya lagi jimat ambil Paris Pass Zone 1-3 dan untuk tren airport ke Paris kena beli tiket asing.
- TAPI kalau kat Paris nanti nak melwat tempat jauh yang masuk zone 5, jadi dari airport terus je beli Pass Paris Visite untuk yang cover zone 5. Airport ke Paris dah tak payah beli tiket asing, boleh guna Paris Pas Visite tu je.
- Macam Mat Drat beli tiket asing... dapat jimat sikit je (dalam € 6 seorang)
- € 26.65 pass 3 hari untuk zone 3
- € 20.60 tiket tren RER B (return)
- Total = € 47.25
- Kalau beli Paris Pass Visite (Zone 1-5) = € 53.75.
Harga Paris Pass (Transport)
Paris Visit (Pass Transport) 1 day (zone 1 to 3) / Adult € 12 / Child € 6Paris Visit (Pass Transport) 2 day (zone 1 to 3) / Adult € 19.5 / Child € 9.75
Paris Visit (Pass Transport) 3 day (zone 1 to 3) / Adult € 26.65 / Child € 13.30
Paris Visit (Pass Transport) 3 day (zone 1 to 5) / Adult € 53.75 / Child € 26.85
Kalau nak lama kat Paris (lebih seminggu) lebih jimat beli Paris Navigo Pass.
Untuk maklumat lanjut mengenai Paris Navigo Pass boleh baca kat link ni Paris Navigo Pass. Paris Navigo ni untuk weekly atau monthly, kalau agak lama kat sini, sesuai sangat beli yang ni.
Nota :
Seeloknya aktifkan kad debit sebelum ke luar negara. Kad kredit memang dah auto active, tak perlu diaktifkan. Senang beli tiket atau perlukankan cash, boleh guna kad kredit atau kad debit.
Amaran :
Hati-hati penyeluk saku jika berada di tren station atau pun di dalam tren!
Kalau nak lama kat Paris (lebih seminggu) lebih jimat beli Paris Navigo Pass.
Untuk maklumat lanjut mengenai Paris Navigo Pass boleh baca kat link ni Paris Navigo Pass. Paris Navigo ni untuk weekly atau monthly, kalau agak lama kat sini, sesuai sangat beli yang ni.
Nota :
Seeloknya aktifkan kad debit sebelum ke luar negara. Kad kredit memang dah auto active, tak perlu diaktifkan. Senang beli tiket atau perlukankan cash, boleh guna kad kredit atau kad debit.
Amaran :
Hati-hati penyeluk saku jika berada di tren station atau pun di dalam tren!
Sewaktu melalui pintu laluan tiket untuk ke platform train, isteri Mat Drat di tolak dan seakan dirempuh dari belakang oleh seorang perempuan, sedangkan laluan lain kosong masa tu. Terconfius sekejap masa tu, apasal lah dia ni main rempuh je. . Terus wife saya check hand beg, Alhamdulillah tiada apa-apa yang hilang. Mungkin inilah contoh cara penyeluk saku yang dikatakan cukup cekap di sini
.
Sim Kad murah di Paris
Sebenarnya hasil pembacaan, Lebara juga antara telco yang menawarkan harga sim kad yang murah di Paris.
Pengalaman beli beli sim kad di kedai telekomunikasi di hadapa, mendatangkan sedikit masalah apabila penjual tidak dapat berbahasa Inggeris. Memang mereka memang tak suka agungkan bahasa Inggersi pun.
Mat Drat minta dia setkan internet di telefon, tapi dia suruh saya ikut instruction di startek pek.
Jadi, kalau nak beli simkad tu saya rasa lebih baik beli di airport kerana di sana biasanya mereka memang user friendly. Biasa di mana-mana airport, penjual sim kad memang akan bantu setkan sim kad yang kita beli.
Klook.com
Mana nak duduk kat Paris?
Paris ni terlalu besar dan terlalu banyak hotel, beribu-ribu hotel. Jadi nak pilih hotel atau penginapan tu agak pening jugak asalnya.
Tapi biasanya nak pilih hotel mana nak duduk tu, faktor di bawah ni boleh diambil kira kot...
Kupon Diskaun Klook (10.01.2019)
Kalau ada yang nak kupon diskaun KLOOK, boleh ambil di link yang Mat Drat share ni.
Mat Drat akan share dari masa ke semaa kupon diskaun KLOOK di sini
👉👉 KUPON DISKAUN KLOOK 👈👈
Station Gare De Nord
Station Gare De Nord ni antara salah satu station metro di Paris yang integrated dengan lane-lane metro yang lain. Walau pun ia station yang dah lama tetapi tetap antara yang paling menjadi tumpuan.
Bagi Mat Drat la, Gare De Nord ni station yang cukup besar dan juga serabut dengan orang ramai yang bertali arus. Semuanya berjalan pantas, pagi jalan laju.... balik petang pun jalan laju. Dah jadi budaya mereka, tak seperti di negara kita yang berjalan sambil lewa.
Klook.com
Bagi Mat Drat la, Gare De Nord ni station yang cukup besar dan juga serabut dengan orang ramai yang bertali arus. Semuanya berjalan pantas, pagi jalan laju.... balik petang pun jalan laju. Dah jadi budaya mereka, tak seperti di negara kita yang berjalan sambil lewa.
Klook.com
Jika belum beli Paris Visit Pass, sediakan duit syiling atau kredit kad untuk membeli tiket metro train untuk ke destinasi lain. Kami gunakan Paris Visit Pass jadi senang dah kat station ni untuk ke destinasi lain (tukar tren).
Gare du Nord |
Gare du Nord ni memang ramai orang |
TRANSPORT DI PARIS
- Transport utama di Paris sudah pastilah tren Metro.
- Jadi nak datang sini study serba sedikit map metro tu, ambik tahu location hotel kat mana dan nearest station metro.
- Kalau rajin, buat summary siap-siap untuk itinerari kat Paris nak naik tren dari mana ke station mana untuk satu tempat yang di tuju.
- Plan awal-awal ni bagus, tak lah masa kat station metro tu baru trhegeh-hegeh nak cari map, nak fahamkan map. Kalau kita dah tengok awal, at least sampai sana tak ada lah nak start dari '0'
- JANGAN lupa intsall app metro Paris. Sangat membantu untuk
- tahu nearest station destinasi nak pergi
- best option line metro. Kat sini banyak line metro
- mana tahu ada station atau line yang ditutup, kita dah tahu awal-awal.
- Walau pun dah install app Metro Paris ni, tak salah buat summary kat nota kecil. Mana tahu batteri hp habis ke, tak la kita kelam kabut nak cari best route semula.
- Tiket tren...macam Mat Drat bagi tahu awal tadi, nak jimat beli Paris Visite Pass atau Paris Navigo Pass. Ikut mana yang sesuai dengan kita.
- Dan pesanan ikhlas Mat Drat
- JANGAN buat perangai kat Malaysia, jalan sambil lewa kat station metro dan tak bagi laluan orang di belakang. Mereka di sini jalan cukup laju, semua nak kejar next tren.
- JANGAN 'kurang sivik'. Nampak ibu mengandung, orang tua bagi la mereka duduk.
- DAN ingat
- Kat sesetengah station metro ni ada penyeluk saku. Jadi jaga barang elok-elok. Beg galas elok letak kat depan
- Pengemis agak ramai (ikut kawasa), sampai dalam tren pun mereka berani mengemis. Kasar pulak tu cara mengemis. Pengalaman Mat Drat, siap yang pegang tangan Mat Drat minta duit dalam tren...selemba je ngemis macam tu. Ni kes rare la ni...
- Dan kalau turun di station yang hujung-hujung dan terutamnya belah malam, sentiasa perhati sekeliling. Beringat tak salah.
Untuk tips dan info lanjut mengenai Tren di PARIS boleh baca kat link ni Paris Transport - Trens
- Transport utama di Paris sudah pastilah tren Metro.
- Jadi nak datang sini study serba sedikit map metro tu, ambik tahu location hotel kat mana dan nearest station metro.
- Kalau rajin, buat summary siap-siap untuk itinerari kat Paris nak naik tren dari mana ke station mana untuk satu tempat yang di tuju.
- Plan awal-awal ni bagus, tak lah masa kat station metro tu baru trhegeh-hegeh nak cari map, nak fahamkan map. Kalau kita dah tengok awal, at least sampai sana tak ada lah nak start dari '0'
- JANGAN lupa intsall app metro Paris. Sangat membantu untuk
- tahu nearest station destinasi nak pergi
- best option line metro. Kat sini banyak line metro
- mana tahu ada station atau line yang ditutup, kita dah tahu awal-awal.
- Walau pun dah install app Metro Paris ni, tak salah buat summary kat nota kecil. Mana tahu batteri hp habis ke, tak la kita kelam kabut nak cari best route semula.
- Tiket tren...macam Mat Drat bagi tahu awal tadi, nak jimat beli Paris Visite Pass atau Paris Navigo Pass. Ikut mana yang sesuai dengan kita.
- Dan pesanan ikhlas Mat Drat
- JANGAN buat perangai kat Malaysia, jalan sambil lewa kat station metro dan tak bagi laluan orang di belakang. Mereka di sini jalan cukup laju, semua nak kejar next tren.
- JANGAN 'kurang sivik'. Nampak ibu mengandung, orang tua bagi la mereka duduk.
- DAN ingat
- Kat sesetengah station metro ni ada penyeluk saku. Jadi jaga barang elok-elok. Beg galas elok letak kat depan
- Pengemis agak ramai (ikut kawasa), sampai dalam tren pun mereka berani mengemis. Kasar pulak tu cara mengemis. Pengalaman Mat Drat, siap yang pegang tangan Mat Drat minta duit dalam tren...selemba je ngemis macam tu. Ni kes rare la ni...
- Dan kalau turun di station yang hujung-hujung dan terutamnya belah malam, sentiasa perhati sekeliling. Beringat tak salah.
Untuk tips dan info lanjut mengenai Tren di PARIS boleh baca kat link ni Paris Transport - Trens
HOTEL MURAH DI PARIS
Mana nak duduk kat Paris?
Paris ni terlalu besar dan terlalu banyak hotel, beribu-ribu hotel. Jadi nak pilih hotel atau penginapan tu agak pening jugak asalnya.
Pilih Hotel di Paris
Rasanya kalau cari hotel tu, faktor paling utama orang pilih adalah
- Berdekatan dengan station metro.
- Nak senang cari lah hotel berhampiran station Gare du Nord atau pun station Gare de L'East, ni kira station utama. Jimat banyak masa bila nak travel tak ada nak tukar tren banyak kali.
- Tapi kalau nak jimat, cari la dekat dengan station metro lain pun okey. Tapi elok tengok map dulu, jangan jauh sangat dari pusat PARIS nanti buang masa dalam tren je.
- Senang mencari makanan halal.
- Kat Paris ni kira banyak juga restoran halal, tapi di kawasan-kawasan tertentu la.
- Rakyat Paris kan ramai yang dari Algeria dan negara Afrika lain, jadi muslim agak banyak.
- - Dekat dengan Eiffel Tower
- nak cari hotel dekat dengan Eiffel Tower, kena booking awal-awal la...kalau lambat, yang murah-murah memang tak dapat lah. Kalau ada pun agak mahal.
- Memang seronok, buka tingkap je, nampak eiffel tower.... tapi untuk ni kena bayar lebih la.
Pilih hotel tu kena tengok juga kawasan hotel tu kawasan apa.... Ada tempat yang Mat Drat lalu, agak kurang selesa apabila lihat terlalu ramai golongan pengemis dan tempat macam kurang selesa.
Tapi kawasan ni memang ramai yang suka sebab kira dekat dengan Pusat Bandar Paris, tu yang jadi agak crowded.
Station Gare de I'Est
Masa Mat Drat berjalan di sekitar station Gare de l'Est, siap cakap kat isteri.... nasib baik tak ambik hotel area sini!. Entah, rasa cukup tak selesa melihat gelagat orang di kawasan sekitar sini. Rasa macam crowded sangat pun ye.Tapi kawasan ni memang ramai yang suka sebab kira dekat dengan Pusat Bandar Paris, tu yang jadi agak crowded.
Gare de I'Est |
Gare de l'Est . Ni rasanya station dah lebih 100 tahun kalau tengok kepada bangunan dia |
Hotel di Gare de Nord dan Gare de l'Est
.
.
Victoria Hotel
Lepas baca review-review beberapa hotel, akhirnya Mat Drat pilih Hotel Victoria.
Mat Drat pilih Victoria Hotel sebabnya
- hanya murah , € 65 semalam. Hotel bawah € 100 kira hotel murah la.
- antara yang direkemenkan bagi kategori hotel murah di bawah RM250 semalam.
- berhampiran metro station, 200 meter je dari Station Mercedet-Poisoniers
- terletak di kawasan ramai muslim, senang nak cari makanan halal
- hotel-hotel yang lagi okey tapi dibawah €100/nite kebanyakannya penuh waktu Mat Drat cari. (Hotel yang dekat dengan station metro)
- wifi percuma /.
- boleh tinggal luggage lepas check out dan sebelum check-in.
- ada kedai runcit sebelah hotel
Hotel yang Mat Drat menginap ni cukup simple, tapi padanlah dengan harga.
- Tak ada lift, naik tangga kecil.
- Bilik agak sempit, cukup-cukup untuk 2 orang tapi okey je. Kira boleh la sebab bilik hanya untuk tidur sahaja, banyak masa akan di habiskan berjalan-jalan di Paris. Nak solat pun, solat atas katil je!!
- Wifi di tingkat 4, sekejap okey...sekejap tak okey.
- Bilik air kecik sangat tapi kira boleh la untuk rate yang kurang RM 250 se malam kat Paris ni.
- Yang penting, restoran halal ada tiga berdekatan dan di bawah juga ada satu kedai runcit (sebelah sahaja).
....................................................
Edited : 02.01.2019
Mat Drat check di google map, booking.com tak ada link nak booking online.
Mat Drat hari tu booking melalui satu laman web tempahan hotel di Europe tapi pembayaran masih melalui booking.com (masa nak check-in pun nama di masukkan bawah guest booking.cim)
Nanti Mat Drat share 2 hotel lain paling dekat dengan station Station Mercedet-Poisoniers
....................................................
Tangga kecil sampai ke tingkat 4 |
Hotel Murah (Budget) Di Station Mercedet - Poisoniers
Mat Drat suka kawasan ni sebab senang nak makan
- Ada 3 restoran HALAL yang Mat Drat jumpa
- Grec Algerian
- Makanan Algerian (ada nasi, kebab dll)
- Harga tak mahal
- Sepinggan boleh makan berdua, portion besar
- Buka 11:00 am
- Suka makan kat sini sebab sepanjang masa dia pasang ayat suci Al Qurran
- Lokasi
- terletak di Boulevard Barbes
- 100 meter je dari station Mercedet Poisoniers
- Antara station metro dengan Victoria Hotel
- Google Map Grec Algerian
- Fast Food Chez l'Ami
- Sajikan fast food (kebab, tacos dan cheese nan)
- Ada logo halal besar
- Lokasi
- terletak simpang Boulevard Barbes / Rue Marcedet
- Keluar station, akan jumpa restoran ni
- Berhampiran hotel (sebaris ) dengan The Playce Hotel
- Sebaris dengan Grec Algerian, bertentangan dengan Extra Doner
- Google Map Chez l'Ami
- Extra Doner
- Keluar sahaja station metro akan jumpa
- Ada tulisan Halal, dan San Alcohol (Tiada Alchohol)
- Mat Drat tak makan di sini
- Lokasi
- Keluar sahaja station metro akan jumpa
- Bertentangan dengan Chez l'Ami
- Sebaris Hotel De France 18
2 hotel yang paling dekat dan harga murah
- 4 star hotel
- rating bagus, 7.8 - boleh dpt below RM 400 - 200 mtr dari station metro - sebelah SuperMarket |
Hotel murah di Paris -Hotel bawah RM250 / malam
Di Paris, penginapan dalam range RM 250 semalam boleh di kira sebagai budget hotel. Mungkin hanya dapat 1 star hotel * atau 2 star ** sahaja.
Jika ambil hotel dalam range ni, jangan harapkan macam-macam seperti 3-star atau 4-star hotel.
Apa yang penting, kena baca review mereka-mereka yang pernah menginap di hotel tersebut.
Antara hotel yang Mat Drat 'intai' hari tu... Harga ni berubah-ubah, yang ni ikut masa Mat Drat survey dulu.
Hotel murah/budget ( RM 250 ke bawah)
Hôtel Victoria
1-star
|
2-star
|
-Walking distance dari
Eiffel Tower
- Ada beberapa jenis bilik
| |
( Gare de Nord )
3-star
|
Porte de Vincennes
2-star
|
Kalau nak hotel mahal sikit je ( RM 250 ke atas)
- New Hotel Saint Lazare - Champs Elysées
- Holiday Inn Paris - Gare de l'Est
- Avalon Hotel - Gare du Nord Paris
TEMPAT MENARIK DI PARIS
Nanti Mat Drat share senarai tempat menarik di Paris di entry berikutnya. Nak kena cari info terkini dan juga cari gambar-gambar Mat Drat punya trip dulu.
Masa trip singkat kat Paris hari tu 3H2M, tempat menarik yang sempat Mat Drat pergi dan aktiviti yang sempat di buat
- Eiffel Tower ('Layan sunset')
- Eiffel Tower (naik tower)
- Musee de Lourve
- Seine River Cruise
- Pont de Art
- Sacre de Coure
- Champ Elsyee
- Arc de Triumph
- Arc de Triomphe
- Jardine des Tuileries
- Placa de la Concorde
Kalau .....
- Mat Drat dapat tambah sehari lagi hari tu, nak je Mat Drat ke Palace of Versailes. Ni jauh sikit dan kira satu hari akan habis untuk travel ke sana dan juga masa melawat.
- Dapat tambah 2 hari lagi, nak ke Mont Saint Michel. Tahu tempat ni 'lepas setahun dua balik dari Paris. Memang lawa dan epik 'gile' tempat ni. Macam cerita dongeng je...
- kalau datang sini dengan anak-anak la, mesti nak pergi ke Disneyland Paris. Dah alang-alang kan....kena la pergi.
Yang berkesempatan, pergi la ke Mont Saint Micheal.... tak ramai rasanya orang kita sampai sebab sebelum ke PARIS, Mat Drat baca blog-blog tak jumpa pun yang ke sini.
Untuk panduan, boleh baca dulu beberapa artikel dari INSIDR.
Tapi secara kasarnya, boleh je baca dulu perkongsian Mat Drat sebelum ni...tak banyak info berubah rasanya kecuali harga tiket.
| |
|
|
Tips Beli Tiket Tak Perlu Beratur
Mat Drat ada share cara macam mana Mat Drat tak payah beratur berjam-jam nak naik Eiffel Tower, dan tak beratur panjanggggggg nak masuk Musee De Lourve kat Paris tu.
Hati-Hati Scammer
Dan ingat, kat tempat tumpuan pelancong ni selalu juga ada scammer / 'kaki-kaki' pow pelancong. Macam-macam cara mereka buat. Ingat lagi macam mana 2 pompuan kena scam depan Sacre-Coeur. Hu hu hu...
Bukan nak takutkan, tapi tak salah beringat.
Filming location
Mat Drat ke Paris ni siap tuju spot filming location yang Mat Drat minat... Eiifel Tower tu dah pasti la... banyak sangat filem dan drama yang ada Eiffel Tower ni. Paling diingati 'An Evening in Paris...flem Hindustan lama.
4 movie tempat lain yang Mat Drat ingat
- Pont de Art dalam Now You See Me
- Musee de Lourve dalam Da Vinci Code
- Place de la Concorde dalam The Devil Wear Prada
- Station Gare de Nord dalam Jason Bourne
Scene movie Now You See Me di Pont De Art |
Now You See Me : Mat Drat di Pont De Art |
Scene dari movie Da Vinci Code di Musee de Lourve |
Tempat yang sama, masa dan pelakon berbeza - Musee de Lourve |
Scene movie The Devil Wears Prada....
|
Ada sikit sama la.... Prada dan fountain yang sama. |
Boleh rujuk senarai yang di beri oleh INSIDR. Sangat membantu dan info sentiasa di kemaskini.
TEMPAT MAKAN HALAL DI PARIS
Nanti Mat Drat share semula beberapa tempat makan halal di Paris di entry berikutnya. Nak kena cari info dan update apa-apa yang baru.
Tapi sebelum tu boleh baca di entry Mat Drat sebelum ni...
👇👇👇
|
Makan kat Paris ni macam kat negara Europe lain, portion dia agak besar. Kira satu set tu boleh makan untuk berdua. Tapi ni Mat Drat punya perut la... Kalau yang makan agak banyak tu, mungkin kena order sorang satu.
INSIDR pun ada share beberapa posting mengenai tempat makan. Cuma bab makanan halal Mat Drat tak jumpa lagi. Nanti Mat Drat email direct kepada mereka untuk buat satu entry khas mengenai tempat makan halal di PARIS.
Antara sharing di INSIDR page
TEMPAT SHOPPING DI PARIS
Dan akhir sekali, Mat Drat akan share tempat shopping di Paris.
Paris ni orang kata pusat fesyen dunia. Jadi nak menyopping fashion terkini, brand yang selalu di idamkan, boleh la ke sini.
Yang ingat filem The Devil Wears Prada... jangan lupa datang sini bergaya macam tu...
Champs-Élysées
Champs-Élysées pastinya tempat utama, tak kira lah nak shopping ke atau nak window shopping je.
Mat Drat ada share dulu pengalaman 'bershopping' kat sini.
Souveniour murah
1. Sacré Couér
Kalau nak cari souveniour murah, kedai-kedai masa mendaki nak ke Sacré Couér tu banyak kedai souvenior. Memang murah. Borong lah kat sana.
2. Penjaja Afrika
Kalau jumpa mat-mat afrika yang jual souvenior macam key-chain, beli dengan mereka pun okey. Memang murah. Jangan segan untuk tawar dengan mereka...tawar je, kita Malaysian kan terkenal dengan orang yangs uka menawar harga.
Mat Drat pun ada share satu kedai yang agak murah untuk beli luggage beg incase kalau sampai sana tak cukup luggage beg. Biasalah, dah shopping kan...
Penjaja-penjaja souveniour di jalan atau berdekatan Eiffel Tower, pemerhatian Mat Drat harga sedikit mahal. Kalau nak beli banyak, Mat Drat cadang beli di area Sacré Couér atau masa jumpa mat-mat Afrika.
Tax Refund
Jangan lupa tuntut tax refund (VAT / TVA) jika layak. Boleh baca di perkongsian Mat Drat
Penjaja-penjaja souveniour di jalan atau berdekatan Eiffel Tower, pemerhatian Mat Drat harga sedikit mahal. Kalau nak beli banyak, Mat Drat cadang beli di area Sacré Couér atau masa jumpa mat-mat gelap.
Mat Drat share link dari INSIDR je la dulu.... banyak tips dan panduan yang mereka share, antara yang agak menarik bagi Mat Drat
Sim Kad murah di Paris
Sebenarnya hasil pembacaan, Lebara juga antara telco yang menawarkan harga sim kad, caj panggilan dan data internet yang termurah di Paris.
Pengalaman Mat Drat beli sim kad di kedai telekomunikasi di hadapan Victoria Hotel agak mengecewakan. Pemilik kedai ( remaja berkulit hitam) agak kasar dan kurang mesra. Bila di minta tolong setkan telefon untuk membolehkan panggilan dan melayari internet, tapi dia suruh try sendiri ikut instruction di startek pek.
Instruction dalam bahasa France, sampai hari terakhir di Paris... Mat Drat tak dapat guna sim kad Lebara ini untuk melayari internet.
Mat Drat cadangkan beli sim kad di airport lebih baik dari beli di kedai. Beli di airport biasanya mereka memang user friendly. Ikut pengalaman beberapa kali membeli sim kad di luar negara.
Masa kat CDG Airport hari tu, Mat Drat rushing nak kejar tren dan nak kejar itinerari untuk hari tu....tak sempat nak pusing-pusing dalam airport cari telco punya kaunter.
Info Lain Yang perlu diketahui
Bahasa
Orang France dan pastinya di Paris ni agak kurang yang menggunakan atau faham Bahasa Inggeris. Mereka kuat jati diri dengan bahasa mereka.
Jadi ambil tahu beberapa perkataan basic dalam bahasa France untuk memudahkan (menambah mesra) dalam perbualan dengan penduduk di sini, mungkin di kedai, di hotel atau di restoran
5 perkataan yang WAJIB tahu
- Bonjour - Hello
- Oui - Yes
- Non - No
- Où est…? - Di mana ......?
- Merci - Terima Kasih.
Paling kurang pun, hafal la 2 perkataan ini.... Bonjour dan Merci !!
Applikasi Handphone Utama yang pelu di install
Bagi Mat Drat, sebelum ke sini install la 5 app ni kat hp. InsyaAllah akan berguna dan mungkin satu dua sangat berguna.
- Paris Metro - Official metro Map and train times
- Senang nak tengok maps dan jadual tren
- Next Stop Paris RATP
- Menyenangkan nak ke tempat-tempat menarik, ada guide naik tre mana dan turun di mana
- Currency Converter
- Ada kala kita perlukan untuk keputusan pantas, terutama masa nak shopping atau membeli sesuatu
- Google Translate
- Download la siap-siap untuk versi offline, jadi walau handphone tak ada data ia masih boleh digunakan.
- Masa di hotel (terutama hotel yang 1,2 3 bintang), mungkin staff front desk tidak berapa menggunakan bahasa Inggeris jadi boleh gunagoogle translate je.
- Kita sebut (walau dalam bahasa France) tapi sebutan berbeza, mereka tak faham.
- Google Map
- Sangat berguna juga terutama kita akan perlu banyak berjalan di Paris.
- Boleh guna google map ni untuk jadikan panduan untuk ke sesuatu destinasi.
Ingatan
Lagi sekali Mat Drat ingatkan dan pesan.
- Jaga barang-barang, di sini agak ramai pencopet terutama di kawasan tumpuan pelancong.
- Berhati-hati dengan scammer di tempat tumpuan pelancong
- Pengemis di sini agak ramai terutama di station metro
- JANGAN lupa aktifkan debit kad sebagai persedian
Rasanya ni dulu, nanti Mat Drat update apa-apa yang perlu.
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
.
Wahh terima kasih utk info yg sgt detail ni. Memang berhajat ke paris. Masa tu je xtau bila. Huhu moga berguna dimasa hadapan
ReplyDeleteInsyaallah... Sampai la satu hari nanti...
DeleteTerima kasih.. Time g korea pun baca entry en.. Alhamdulillah dpt info berguna.. Now plan nk g paris n london pula baca lagi entry ni.. Sgt membantu👍👍👍
DeleteAlhamdulillah... Panjang langkah en/cik.
DeleteAda apa apa info/tips penting, share la kat blog saya ye. Boleh bantu pembaca lain.
Thanks juga singgah blog saya
Wow complete tips semua..lengkap..bagus sangat and thanks for sharing..ada kawan nak pi Paris hujung tahun ni..boleh la SA share entry Mat Drat ni kat dia
ReplyDeleteJangan lupa kirim handbeg/purse LV dari dia... 😀😀😁😁
DeleteBestnyer entry ni sebab boleh bagi idea tentang bagaimana nak expect Paris tu. By the way saya buat entry tentang saya meet family dari Paris ni. Saya tak ingat bila tapi dia cerita kat IG dia rumah dia kat Paris ada salji turun. Lebat jugak.
ReplyDelete2018 rasanya pertama kali salji lebat selepas banyak tahun... Haru biru transport kat Paris masa salji tu. Tahun sebelum-sebelum ni salji nipis je... Boleh kata sampai kat jalan, cair...
DeleteParis. Kota romantis. Di bibir setiap org yg sukakan perlancongan. Round europe. Aid lom ada rezeki tiba paris. Asben blaja di UK. Dgr citer saje dari asben. Tgk gambar kenangan dia di sana. Wow! Best.
ReplyDeleteTq for sharing semua ni. Dpt idea. Dpt tahu what to expect.
Tak lama sampai la tu... Mesti dia nak melawat UK semula. Nanti boleh la lajak ke Paris
DeleteWah paris kota romantik di dunia. Teringin nak pegi satu hari nanti. Banyak tempat cantik kat sana.
ReplyDeleteOrang kata kota cinta... Jadi kena la bawa sekali cinta hati nanti. 😊😊
DeleteBaguslah tips dan perkongsian ini sangat berguna kalau kita nak ker Paris tapi bila tu heheh tak terfikir nak pergi sana dalam hati memang meronta-ronta nak pergi wakakakaka
ReplyDeleteIngat Paris...ingat Rotatuile....Sesuai sgt blogger makan-makan pegi sana buat review restoran halal yang best-best
Deletesyok yer Mat drat dan isteri dapat jalan-jalan Paris. lama dah teringin nak ke Paris ni. Tq sharing, nanti nak pergi boleh refer artikel ni.
ReplyDeleteinsyallah ada rezeki tu nanti...pasang je angan-angan dulu, kami pun tak pernah berangan dulu, tapi tersampai jugak.
DeleteSis dah ke Paris adalah 2 ke 3 kali tapi dah berbelas tahun jugak tak ke sana, rasa nak repeat lagi tapi dok pikir baik sis pergi tempat yg belum pernah pergi, kalau duit berlebih boleh lah..:D
ReplyDeletebetul tu sis....kalau saya pun pergi tempat lain. xplore tempat lain pulak. tiap tempat ada keindahan dan keseronokan tersendiri
Deletememang detail habis artikel ni. good job. kalau ada peluang pergi paris nanti, saya pun akan pegi ke spot yang pernah jadi filming location.
ReplyDeleteterkilan sikit.... nak pi ambik gambar gaya Jason Bourne kat Gare De Nord tak kesampaian...manusia ramai dan kelam kabut sangat kat situ
DeleteSalah satu tmpt idaman.. Belum pernah jejak lg..
ReplyDeletetak lama sampai la tu nanti....
Deletememang best gi paris. setahun duk kat nancy, paris. macam2 ragam orang sana. hihi
ReplyDeletepergh....orang Paris rupanya. 'Merci' singgah blog saya... hi hi
DeleteTq tq for the comprehensive info.. dulu ke paris ikot jalan darat.. tp nanti nak kna transit di paris dua hari sblm balik msia.. ingat nak round paris sementara malam... so, belik 1 day pass la untung kan? kalau dari airport nak ke area2 luvre tu, belik zone 1 to 3 aja kan?
ReplyDelete2 hari paris mmg tak cukup...transit la lama sikit...
Deleteairport ke area luvre dah kira zone 1-5, kalau pergi area lourve je, ambik tiket biasa je pun okey, lagi jimat dari Pass Visite.
tak
best jugak masuk jalan darat....mesti naik tren dari London ni..tak pun drive dari Germany
This is great, I can refer to this in the future, I was actually planning to go last year hopefully got extra next year can go and visit this beautiful city.
ReplyDeleteEnjoy you trip Jia.... don't forget to share your experince
DeleteDetail n lengkap...tq for d tips...boleh rujuk sni klau nk ke Paris...bestnya da smp Paris
ReplyDeleteTQ sudi singgah blog saya....
DeleteBestnya. .mcm mana boleh dpt sponsor dr qatar airways tu?
ReplyDeleteRezeki... Lucky draw Qatar Airways. Esok Insyaallah ke London pulak, juga Hadiah dari Qatar Airways... Nanti singgah blog saya 😊
DeleteAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian. Mmg mncari maklumat ttg trip di Paris sbb sy plan pergi bulan oct ni. Cumanya sy akan menaiki train dr switzerland to paris. Hrpnyer dipemrudahkan. Tq atas blog yg bagus ini...
ReplyDeleteTQ singgah blog saya... Seronok tu ke Switzerland. Saya hari tu tak sempat nak lajak ke Switzerland, dapat Barcelona n Paris je... Tu pun dah tinggalkan anak2 lebih seminggu
Deleterasa takut pulak nk ke paris ade pencompet. kang lain lak jadinye hmmm
ReplyDeleteYang penting hati2, jaga dompet dan Jangan jalan sorang2 lagi2 kalau perempuan.
DeleteSaya dah reply melalui email ye
Deleteade emel x tuan senang nk tanye soalan byk2 huhu. ni emel sy naimleha88@gmailcom.
ReplyDeleteAssalam. Hari ni sy fly ke paris. Stay area gare du nord. Selain jln2 naik tran.. bas hop on off tu ok ke? Atau lebih mahal?
ReplyDeleteWasallam. selamat Bercuti dan have a safe journey.
DeleteSaya rasa kalau stay a few days, naik metro dah okey. Saya hari tu 3H2M boleh cover dengan naik tren je.
tapi kalau masa suntuk dan 'malas' nak menapak, mungkin boleh consider naik hop on hop off tu. Tapi bas hop on hop off ni biasanya mmg mahal sikit.
Bercuti ke Paris dan sambung ke mana ye?
saya last 2 week ke London + Edinburgh. Tapi kat Edinburgh tak sampai 24 jam, malas nak 'study' nak kena naik bas / tram mana, saya naik bas hop on hop off je kat situ. masa suntuk
Salam, saya cuma ada di Paris 2 nites shj. 2nd day tu advisable ambik hop on hop off? di mana nak beli tiket & check point di mana kalau tahu?
ReplyDeleteWasallam...
DeleteRasanya berhantung kpd destinasi Bas tu, sama ada puan minat atau tak ke tempat yg dia singgah.
Saya hari tu pun 3D2N di Paris. Saya tak ambil bas hop on hop off sebab saya hanya nak pergi bbrapa tempat.... Dan lama di tempat tu.
Salam, insyaAllah sya bersama 3 rakan yg lain akan ke paris pada tahun hadapan, terima kasih atas perkongisiaon tips dari saudara & ianya sgt berguna untuk info saya di sana nnt.... sya bersama rakan mungkin akan berada beberapa hari d paris ,, beberapa hari di amsterdam dan seterusnya ke london.. hrp2 kami berjaya , Selamat & happy ketika berada di europe nnt. any tips for london & amsterdam to share? hehhehehe... tq in advance ya
ReplyDeleteWasalam.
Delete1. TQ singgah blog saya
2. London, Insyaallah saya start update lagi a few days. Nak habiskan update travelog Seoul.
Londom saya buat short trip, less than 48 hours je kat situ sblum ke Edinburgh.
3. Enjoy your trip... Semoga dimudahkan semua urusan dan perjalanan
Wah.. menarik! Banyak tips.. bolehlah nanti kalau nak ke situ artikel ni jadi rujukan.. 😊
DeleteThanks for the info..plan nak g paris dari london..2D 1N..early feb 2019
ReplyDeleteSelamat bercuti, tapi 2D1N mcm agak terkejar kejar tu. Kalau tak masuk Musee de Lourve, mungkin ok kot.
DeleteInfo Terbaik..Thanks
ReplyDeleteThanks Tuan
DeleteAs Salam En.Mat,boleh bagi contact number Victoria Hotel di Paris tu tak? Sbb saya rasa gambar hotel yg e mat upload tu bukan hotel victoria yg en. booking. Saya check dlm google map hotel yg dekat dgn Restoran Grec Algeria tu ialah Victoria Hotel yg lama sikit...betul ke?
ReplyDeletet.kasih
Wasallam. TQ utk info. Memang saya tersilap gambar. Yang di Grec Algerian tu mmg yang lama. Saya dah tukar gambar (gambar saya ) dan saya dah remove link. Really appreciate it.
DeleteSaya check di agoda atau booking, tak ada list hotel ni. Saya dulu booking dari satu laman web, tapi payment melalui gateaway booking.com
Saya tak ada no contact dia, tapi di google map ada diletakkan nombor telefon (tak sure betul atau tidak.
- sorry lambat reply
bloger yg hebat.. menarik pembaca kepada yg berangan2 dn memang berbesar hati ke Paris mcm saya hehe. Semoga di permudahkan semuanya segala urusan awal tahun depan sy dengan suami akan ke paris. tpi abang mat boleh tak tolong send email kan kepada sy zone2 ticket tu? sy kurang faham laa. buat persedian awal lebih baik kan.. hehe terima kasih yaa.
ReplyDeletePuan Atinah,
Deletetakbde hebatnya, saya kongsikan semula apa info yg saya cari dan apa yg saya tempuhi..
Zone 1-5 tu saya tak study detail, saya ambil info penting je...
Kebanyakkan main attraction di Paris, berada di zone 1-3. Jadi beli tourist pass dah mencukupi.
Nak beli pass yg cover zone 1-5 boleh, kalau nak ke Disneyland, Palace Varsaile atau nak guna utk tiket tren Airport -Paris.
Saya jawab kat sini ye, bagi pembaca lain baca kalau ada yg tak clear saya tulis kat atas.
bloger yg hebat.. menarik pembaca kepada yg berangan2 dn memang berbesar hati ke Paris mcm saya hehe. Semoga di permudahkan semuanya segala urusan awal tahun depan sy dengan suami akan ke paris. tpi abang mat boleh tak tolong send email kan kepada sy zone2 ticket tu? sy kurang faham laa. buat persedian awal lebih baik kan.. hehe terima kasih yaa.
ReplyDeleteTerbaik info yg dishare.
ReplyDeleteUntuk kes kehilangan duit kerana pickpocket/pencopet di Eropah, AIG travel insurans sediakan coverage loss of personal money sehingga RM9,000. Selain itu plan AIG menyediakan cashless hospitalization (GL) andainya jatuh sakit diluar negara. Klik www.ejentravelinsurance.com atau https://wa.me/60192543130
Tq for sharing...
DeleteHarap2 pembaca jangan lupa ambil travel insuran/takaful bila bercuti.
Plan Sept 2019 (8 hari) nak cuba Paris-London-1 lg x sure.....terima kasih tips & info yg berguna.
ReplyDeleteSaya dulu Paris - Barcelona, Sep last year London - Edinburgh.
DeleteMungkin u boleh buat Paris - London - Edinburgh.
Biasa org ke Amsterdam / Venice, saya lebih suka Edinburgh.. Cadangan je 😊😊
You are not wrong choosing a place to vacation and enjoy the atmosphere in Paris. I like reading your holiday experiences. Thank you for sharing your vacation experiences and knowledge. theapartmentsubud.com
ReplyDelete😊😊
DeleteAssalamualaikum Mat Drat..merci untuk info yang sangat detail ni...perlu ke ada kredit kad kalau nk ke sana?
ReplyDeletewaalaikumussalam.
DeleteC.card bukan keperluan, tapi sedikit membantu utk tempat2 / urusan tertentu.
cadangan saya, paling tidak aktifkan 1 debit card
cash dalam poket kena sentiasa ada ke?
Deletecash memang kena ada la....mcm biasa biasa kita bergerak / meronda.
Deletebonjour ., chanteknyer paris.,
ReplyDeleteBonsoir..... Yup Paris memang cantik, bangunan-bangunan lama memang ohsem
Deletewah bestnya baca pengalaman jalan2 europe...teringinnya nak jalan jugak lepas2 covid ni...
ReplyDelete