Pages

Tuesday, 14 August 2018

MAT DRAT...


MAT DRAT....
MAT DRAT....


MAT DRAT..... 

Seorang yang suka jalan jalan. Suka membaca perkongsian di blog blog sebelum trip. Dan apabila pulang, suka berkongsi pengalaman sendiri pula kepada pembaca lain. 

Mula menulis di blog di tahun 2016 selepas percutian ke Barcelona-Paris-Doha. 

Sekadar berkongsi pengalaman semoga menjadi sedikit panduan mereka yang ingin bercuti terutama ke luar negara.


Blog ini juga sebagai medium untuk saya berkongsi pengalaman saya bercuti di dalam dan di luar negara, tips dan panduan.

Masih ingat lagi saat mula terlintas untuk menulis dan berblog terutamanya mengenai travel dan percutian, ketika sedang 'bersantai'  menikmati sunset semasa river cruise di Seine River, Paris di dalam Trip Barcelona - Paris - Doha dahulu. 

Masih ingat lagi terasa waktu agak sukar mencari info mengenai Percutian Barcelona di dalam blog Bahasa Malaysia. Di Paris inilah ketika itu saya mula berangan-angan ingin memiliki blog dan beberapa bulan selepas itu lahirlah blog MAT DRAT ni.

Saya bukanlah 'kaki travel' sebenarnya tetapi Allah berikan rezeki dan kesempatan kepada saya untuk beberapa tahun kebelakangan ini melawat beberapa negara yang saya sendiri pun tidak terlintas sebenarnya.

Selain berkongsi mengenai travel dan percutian, saya juga berkongsi tips dan info berkaitan kewangan di blog saya..... www.sayangwang.comwww.sayangwang.com

Harapan saya, sedikit perkongsian saya ini dapat memberikan sedikit maklumat dan panduan, moga-moga ia bloleh digunakan oleh pembaca. Seperti mana saya membaca blog sebelum bercuti, saya juga mengharapkan blog saya ini memberikan manfaat kepada pembaca.


Untuk menghubungi saya, boleh follow saya di Google+ atau email saya di matdrat76@gmail.com.


~Mat Drat~



Pesanan ikhlas.... 

Bumi tuhan ini terbentang luas, kembara lah ke serata dunia.
Langkah yang beribu batu jauhnya bermula dengan langkah pertama.

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.