Pages

Wednesday, 8 August 2018

East Or West Guangxi Landscape Is The Best

Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik


Baru-baru Mat Drat hadir ke satu program yang dianjurkan oleh Guangxi Autonomos Region Tourism Development Commission bagi mempromosikan pelancongan Guangxi  yang diadakan di Summit 1, The Vertical Bangsar South City.

Terima kasih Team Proparangers kerana  mempelawa Mat Drat untuk sama sama hadir ke majlis ni. 

Program yang diadakan pada 31 Julai lalu adalah bertujuan bagi mempromisikan industri pelancongan Guangxi kepada Malaysia di samping mengeratkan hubungan 'tourism' di antara Kuala Lumpur - Guangxi.









Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik


Mat Drat sendiri sebenarnya sudah agak dekat dengan "Guangxi' ini kerana sememangnya Guangxi ni dah termsuk dalam 'radar' destinasi yang Mat Drat imipkan untuk melawat. Cuma jika sebelum ini, destinasi dan aktiviti utama yang bermain difikiran Mat Drat adalah menyusuri Li River di Guilin. Bagi Mat Drat Sungai Li ni boleh la kita katakan sebagai sungai tercantik di dunia, dengan landscapenya yang sunggu mempersona.

Sebelum ini Mat Drat tengok gambar-gambar di IG dan Facebook sudah cukup memanggil-manggil ke Guilin ni, lepas melihat salah satu video pendek yang ditayangkan sewaktu program ini, apa yang diperlihatkan jauh lebih menarik dari yang Mat Drat bayangkan sebelum ini.


Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
Aktiviti Utama : Menysuri Sungai Li
Sumber : IG





Program ini sebenarnya bertemakan "East or West Guangxi Landscape Is The Best" dan ia disampaikan dengan cukup menarik melalui 6 filem pendek yang bertajuk "Lao, Shao, Bian, Shan, Hai, Shou".... semuanya menceritakan keunikan yang terdapat sama ada di Timur (East) mahupun di bahagian Barat (West) Guangxi.


Intro mula-mula program pun menarik minat Mat Drat apabila tetamu yang hadir (Mat Drat pun kira tetamu jugak ye) disajikan dengan muzik dan tarian tradisi Guangxi.
Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
2 gadis ethnic Zhiang ni didatangkan dari Guangxi  untuk mempromosikan Guangxi.
Mereka juga turut membuat pertunjukkan tarian istimewa Guangxi

Dan keunikan Guangxi di teruskan dengan tayangan 6 video pendek Lao, Shao, Bian, Shan, Hai, Shou yang Mat Drat nyatakan tadi. 

Selain dipertontonkan dengan pemandangan yang alam semula jadi yang begitu memukau seperti Sungai Li dan juga Air Terjun Detian (Detian Waterfall), tetamu juga dapat melihat dengan lebih dekat keindahan adat tradisi masyarakat, budayakuno yang penuh misteri (mysterious ancient) serta rahsia bagaimana kehidupan penduduk di satu perkampungan yang hidup dengan umur panjang..... Istimewanya Guangxi.


Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
Detian Waterfall yang memang cantik

Sebelum acara bermula, Mat Drat sempat juga menjelajahi mini pameran yang diadakan. Teh Guangxi yang cukup terkenal pun mereka bawa memebri peluang kepada tetamu merasai keunikan dan keistimewaan teh mereka....Man atak uniknya, teh Guangxi ni ada yang dijual sehingga harga RM26,000 / kilogram. Jangan main-main harga dia, lagi lama disimpan teh ni....lagi mahal harga dia. Dalam salah satu video tu pun ada ditunjukkan proses pembuatan teh ni yang agak rumit.


Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
Produk-produk istimewa dari Guangxi.
Mat Drat panggil ni bola cinta sebab selalutengok filem China lama, bola ini duguanakan oleh anak-anak muda untuk mencari jodoh.


Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
Buah Rohan yang dikatakan antara faktor  penyumbang  penduduk di perkampungan tersebut rata-rata berumur melebihi 100 tahun
Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
Teh didatangkan terus dari Guangxi


Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
Antara aktiviti untuk mendekatkan lagi tetamu dengan Guangxi


Okey, bagi Mat Drat program ni sedikit sebanyak telah mendekatkan lebih kurang 200 tetamu yang hadir dengan Guangxi. Berjaya mereka sampaikan keunikan dan keindahan Guangxi kepada tetamu. Siap Timbalan Pengarah Tourism Commission Guangxi dan rombongan mereka pun datang sekali. Betul-betul ingin mempergiatkan promosi Guangxi kepada pelancong dari Malaysia.



Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
Rombongan dari Tourism Commission of Guangxi dan wakil Kementerian Pelancongan Malaysia 


Yang bercadang nak bercuti menikmati keindahan Guangxi khasnya menyusuri Sungai Li, Mat Drat sarankan 'buat homework' betul-betul jangan sampai tertinggal keunikan dan keindahan lain di Guangxi ni.



Guangxi Guilin China Percutian Tempat Menarik
Gadis Guangxi ni bagi Mat Drat cukup cantik..

Harap-harap Mat Drat pergi Guangxi nanti dapatlah jumpa gadis Guangxi ni...


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

2 comments:

  1. Belum pergi lagi pun dah macam best kan? Kalau dah pergi mesti lagi best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.. Tgk gambar dah rasa best... Kalau pergi mesti lagi best

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.