Pages

Tuesday, 7 August 2018

Phu Quoc Island Destinasi Terbaru AirAsia di Vietnam



AirAsia hari ni, 7 Ogos 2018 memperkenalkan laluan baharu terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan ke destinasi ini akan diadakan empat kali seminggu dan akan bermula pada 2 November 2018. 






Xin Chao yang bermaksud Hello.... pastinya Phu Quoc amat mengalu-alukan ketibaan penerbangan pertama AirAsi Phu Quoc November nanti. Phu Quoc ini  merupakan laluan terus kelima AirAsia dari Kuala Lumpur ke Vietnam selepas Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang. 

Pada pelancaran tu, AirAsia Malaysia Head of Commercial Spencer Lee berkata, 
"Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyΔ± Asean, Phu Quoc".
"Sebaga syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa lebih pelawat ke rantau ini. Para tetamu kami kini boleh terbang terus ke Phu quoc melalui Kuala Lumpur. 
"Kami juga berharap untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Phu Quoc melalui rangkasai yang luas dan harap dapat bekerasama dengan kerajaan tempatan bagi membangunkan Phu Quoc untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia". 
Spencer Lee, AirAsia Malaysia Head of Commercial 
ketika melancarkan laluan terbaru AirAsia

Pada pendapat Mat Drat, AirAsia cukup bijak mengembangkan sayapnya terutama di rantau Asean ni dengan meneroka destinasi baru. Rasanya baru minggu lepas AirAsia melancarkan penerbangaan terusnya Kuala Lumpur ke Danau Toba. Makin keraplah rakyat Malaysia bercuti nampaknya....






Tambang penerbangan Kuala Lumpur - Phu Quoc


Sempena pelancaran ini, AirAsa menawarkan tambang istimewa 'All-in' Kuala Lumpur ke Phu Quoc bermula dari RM90 khas untuk ahli BIG. 

Tempahan dengan harga ni boleh dibuat di laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019






AirAsia lancar Destinasi Terbaru ke Phu Quoc Island Vietnam



Yang ada keahlian BigPay jangan lupa nikmati caj pemprosesan sifar bila buat bayaran menggunakan kad BigPay ye. Ahli BIG juga boleh tebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja). 

πŸ‘‰πŸ‘‰ Special : Ahli BIG Loyalti tebus Tiket dengan Mata Ganjaran BIG 
πŸ‘‰πŸ‘‰ 5 Cara naikkan Mata Ganjaran BIG





AirAsia lancar Destinasi Terbaru ke Phu Quoc Island Vietnam

Jadual penerbangan Kuala Lumpur - Phu Quoc

AirAsia menawarkan 4 penerbangan seminggu untuk destinasi terbaru mereka ini :
  • Kuala Lumpur - Phu Quoc  12:50pm ( Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad)
  • Phu Quoc - Kuala Lumpur  14:05pm ( Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad)
Jadi bagi Mat Drat untuk trip kat Pulau ni, 3H2M sudah memadai dan sesuai.


Mat Drat tahu je destinasi terbaru AirAsia ni, terus je share info ni kat 2 'group travel WhatsApp' Mat Drat. Bila Mat Drat share je gambar pantai kat Phu Quoc ni dan kata plan nak ke sana hujung tahun ni,  terus je member-member suruh Mat Drat buat plan dan itinerari serta kira budget.

Mat Drat study la sikit pasal Phu Quoc ni. Phu Quoc ni merupakan pulau terbesar di Vietnam yang boleh kata menjanjikan pemandangan yang cukup menarik. Tarikan utamanya pastilah pantai..... pulau la katakan. 

Dan paling best adalah pemandangan sewaktu sunset, serius memang cantik gambar kat pantai di sini.


Traveloka




Info Menarik di Phu Quoc

Phu Quoc menjanjikan beberapa tempat yang menarik untuk diterokai dan dinikmati.
  • Ia merupakan pulau terbesar di Vietnam.
  • Ia merupakan sebahagian Wilayah Kien Giang yang diiktiraf sebagai Rizab Biosfera Dunia oleh UNESCO pada tahun 2006. 
  • Pantainya sepanjang 150km dengan tiga kawasan tarikan utama ialitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. 
  • Pantai lain yang turut menjadi perhatian adalah Long Beach, Ong Lang, Gahn Dau dan Starfish. 
  • Suoi Tranh Waterfall






Aktiviti Menarik di Phu Quoc

  • Beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini, antaranya
  • Bersantai di pantai
  • Island Hoping
  • Menikmati dan meneroka keindahan Air Terjun Suoi Tranh
  • Melawat perkampungan nelayan - Kampung Ham Nihn


Hotel Murah di Phu Quoc

  • Oket, masa menulis ni Mat Drat sebenarnya juga plan konon-konon akan ke sana dengan 3-4 orang kawan, jadi macam biasa la Mat Drat akan survey dulu hotel utk menginap jika jadi ke sana.
  • Bukan survey hotel pada harga jadi keutamaan, Mat Drat lihat juga lokasi hotel pilihan
  • Dan pilihan utama Mat Drat adalah hotel di tepi pantai di sepanjang Long Beach terutamanya di area pantai Duong Dong
  • Antara yang dalam budget Mat Drat dan rakan-rakan (kami cari yang below RM 150 /nite) :

Hotel Murah (Bawah RM150) di Pantai Long Beach - Duong Dong








Booking.com


Atau klik sahaja link ni untuk senarai hotel by Agoda




Nanti Mat Drat share tips nak ke sini, dah alang-alang Mat Drat study dan intai-intai hotel dan buat itinerari untuk trip Mat Drat dan kawan-kawan.



~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





10 comments:

  1. RM90 is relatively cheap for a flight to vietnam. I am sure this new place will be a very hot tourist attraction soon. It is awesome that AirAsia is opening this new route which will benefit locals and tourists alike. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM90 is cheap but the RM90 ticket not available anymore. Tak sempat nak grab that ticket

      Delete
  2. I tak pernah sampai Phu Quoc tapi dengar dari kawan ia tempat yang sangat indah. Murah juga la, sekarang ada AirAsia. Hotel pun tak mahal. Boleh plan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Ramai Malaysian akan ke sana bila AirAsia start Direct flight ke PHU Quoc

      Delete
  3. Mcm menarik ja ni...tgh survey2 percutian utk nx year

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak destinasi dalam bucketlist tu.... tengok pulau dan pantai memang Nampak menarik Phu Quoc island ni

      Delete
  4. mat drat ..bila plan tu ke sana tu.. ne tahu leh terserempak..hihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak pergi tu, entah la...saya ni biasa main terjah je.

      last week pergi London, pun terjah je. 48 hours sebelum flight, baru dapat tiket...

      kalau terserempak kat Phu Quoc ni jgn lupa tegur ye...

      Delete
  5. nak join group travel mat darat boleh? nak cari gang travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip ke Phu Quoc ni tak tahu bila, sblum Ramadhan dah ada 3 trip jauh yang confirm (Insyallah). Mungkin lepas raya la kot baru sempat ke si i

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.