Pages

Friday, 10 August 2018

PERCUTIAN KE PHU QUOC VIETNAM - Tips dan Panduan


Bercuti ke Phu Quoc Vietnam - Tips dan Panduan


TIPS / PANDUAN KE PHU QUOC

Entry ni Mat Drat kongsi sikit tips dan panduan untuk ke sana. Apa yang Mat Drat baca dan maklumat yang di cari dan dijumpai, Mat Drat share di sini. Ye la, Mat Drat pun plan nak ke sini, jadi kena la study serba sedikit....lagi-lagi ni destinasi yang agak baru dan masih kurang rakyat Malaysia yang ke situ.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat



Nota:
Harap pembaca maca juga dari sumber lain, Mat Drat bimbang ada info lain yang lebih tepat atau terbaru berbanding apa yang Mat Drat perolehi.

Penerbangan ke Phu Quoc

  • AirAsia akan memulakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc mulai 2 November 2018.
  • AirAsia akan menyediakan 4 penerbangan seminggu.
  • Penerbangan mengambil masa 1 jam 45 minit, lebih kurang terbang ke Kuching dari KLIA je.
  • Selain terbang dari Kuala Lumpur, boleh juga ke Phu Quoc dari Ho Chi Minh City atau Hanoi dengan penerbangan tambang murah Vietnam iaitu Vietjet.
  • Penerbangan dari Ho Chi Minh hanya mengambil masa 1 jam, manakala dari Hanoi pula lebih kurang 2 jam penerbangan.

Airport Transfer ke Phu Quoc City /  Long Beach

  • Jarak antara International Phu Quoc Airport ke Phu Quoc City lebih kurang 21 km.
  • Ada pilihan jika ingin ke Phu Quoc Ciry dari airport
    1. Taxi
    2. Motor taxi
    3. Car Rental
  • Info berikut Mat Drat dapat dari laman web Dichungtaxi
  • Kadar tambang adalah seperti berikut mengikut laman web tersebut
  • Taxi
    • Tambang taxi bergantung kepada jenis kereta / kenderaan dan juga sama ada taxi 'kongsi' (ride share) atau 'private'.140.000đ
    • Contoh jika taxi sedan 4 penumpang ke Phu Quoc City (Duong Dong) adalah 140.000đ untuk taxi kongsi (ride share) dan 200.000đ untuk private taxi.
  • Motor Taxi
    • Tambang untuk motor taxi jauh lebih murah sekitar 60.000đ  - 70.000đ untuk ke Phu Quoc City ( Duong Dong )
    • Mat Drat pernah naik taxi motor ni masa trip ke Bangkok dan juga masa di Pattaya tahun lepas, serik dahhhhhh.....
  • Car Rental
    • Berdasarkan maklumat dari laman web taxi Phu Quoc, car rental juga boleh dieprolehi di airport tapi harga lebih tinggi dari Taxi biasa. 
  • Grab atau Uber car di vietnam terutama di Phu Quoc ni Mat Drat tak jumpa info, boleh google untuk maklumat lebih.

Klook.com




Makanan Halal di Phu Quoc

  • Nak cari restoran menyajikan makanan halal agak sukar di sini. Mat Drat cuba search, tapi belum jumpa. 
  • Pilihan yang ada bagi pandangan Mat Drat buat masa ni adalah 
    • Bawa bekalan makanan ready to eat macam makanan jenama Brahim' atau Chef.
    • Atau kalau di restoran kena makan seefood je la... Makan seafood pun, kena masak tanpa apa-apa bahan tambahan la. Minta bakar semata-mata dan pastikan restoran tu hanya sajikan seafood sahaja.
    • Beli seafood di pasar di sini dan buat BBQ di tepi pantai. 


Hotel Murah dan menarik di Phu Quoc

  • Mat Drat cadangkan nak menginap tu, cuba cari hotel atrau resort di tepi pantai.
  • Datang sini nak menikmati keindahan pantai, jadi kenalah menginap di resort tepi pantai terutamanya di pantai Long Beach
  • Lokasi cadangang Mat Drat adalah di kawasan Duonh Dong, banyak resort yang murah tetapi cantik dan menarik di kawasan ni, boleh dapat bawah RM 150/ malam.
  • 4 resort yang Mat Drat cadangkan

Hotel Murah (Bawah RM150) di Pantai Long Beach - Duong Dong







Booking.com




Rasanya ini sahaja sedikit panduan untuk mereka yang bercadang ke Phu Quoc.
Ada apa-apa info atau maklumat tambahan, Mat Drat akan tambah kemudian.


Entry Lain Berkaitan





~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇






2 comments:

  1. Salam, bila plan nak pergi tu bang. Please update tempat wajib lawat kalau dah sampai sana ya,

    Jasmin

    ReplyDelete
  2. Harga makanan dekat sana macam Mana ya?

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.