Mat Drat senaraikan 15 Tempat Menarik Di Langkawi pilihan Mat Drat. Mungkin sesetengah orang lain mempunyai senarai yang berbeza.
Langkawi memang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan. Pelbagai tarikan yang ada di Langkawi menjadikan pulau ini sentiasa dikunjungi pengunjung dari dalam negeri dan juga pelancong dari luar negara.
Berikut Mat Drat senaraikan tempat-tempat menarik di Langkawi beserta sedikit info seperti kadar bayaran, waktu ia beroperasi dan sedikit TIPS jika ke tempat tersebut.
Cuma tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran agak terhad disini. Kebanyakkannya tempat tarikan perlukan bayaran untuk masuk.
Dan jika ada yang mencari tempat menarik di Langkawi pada waktu malam pula,Mat Drat rasa tidak banyak tempat atau aktiviti di Langkawi. Kebiasaanya pelancong atau penggunjung hanya akan habiskan masa malam mereka dengan shopping apa yang patut setelah seharian berjalan ke sana sini.
Sebelum lihat 15 tempat menarik di Langkawi yang Mat Drat senaraikan.... boleh baca juga entry saya mengenai trip Mat Drat ke Langkawi.
ππ Jalan-jalan Ke Langkawi.
Tempat Menarik di Langkawi
1. Kereta Kabel Langkawi / Langkawi Cable Car
1. Langkawi Cable Car |
Langkawi Cable Car turut dikenali sebagai Panorama Langkawi boleh dikatakan sebagai satu destinasi wajib jika bercuti ke sini.
Info
- Dikatakan sebagai kereta kabel tercuram di dunia, malah turut dikatakan sebagai yang terpanjang di dunia (2.2 km).
- Siapa yang pernah menaiki kereta kabel ini pasti tahu betapa curamnya kereta kabel ini, agak jauh berbeza dengan kereta kabel di Genting Highland.
- Ia mempunyai 3 station iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station.
- Jarak dari Base Station ke Middle Station adalah 1,700 meter dan ketinggian Middle Station ini adalah 650 meter dari aras laut.
- Kereta kabel akan berhenti di Middle Station tetapi Mat Drat tak galakkan untuk turun ke sini semasa perjalanan turun(balik) kerana kita akan perlu menunggu agak lama untuk gondola yang kosong berhenti di station ini. Ada gondola kosong, baru boleh sambung perjalanan.
- Di Top Station (station paling atas), pengunjung dapat menikmati Pulau Langkawi secara 360° panoramic view. Nikmatilah pandangan dari atas ini puas-puas.
Gondola
Terdapat 3 jenis gondola di sini iaitu Gondola biasa, Gondola VIP dan Gondola Lantai Kaca. Setiap satu gondola berbeza harga.
Lokasi
- Terletak di Gunung Mat Chinchang berhampiran Pantai Kok.
- Dari Pekan Kuah, mengambil masa lebih kurang 30 minit
- Jika dari Langkawi Airport atau Pantai Cenang, hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit perjalanan.
Tarikan Lain
- Di sini juga turut terdapat tarikan lain selain kereta kabel itu sendiri seperti SkyBridge, SkyDome, SkyRex dan F1 Simulator. Boleh layari http://www.panoramalangkawi.com/
- Muzium 3D juga berada di sini.
Ingat !!
- Jika datang pada cuti sekolah atau pun pada public holiday, jangkakan masa beratur yang lama. Mungkin perlu beratur 1-2 jam.
- Nak cepat, boleh beli pass ekspress.
Suasana semasa cuti sekolah. - Beratur nak beli tiket. - Beratur nak naik cable car. Dari bawah sampai ke tingkat atas . |
Waktu Operasi
- 9.30 am - 7.00 pm (Hari Biasa)
- 9.00 am - 7.00 pm (Public Holiday tertentu)
Ingat :
1. Pada hari Rabu tertentu dalam sebulan, ia mula beroperasi agak lewat iaitu pada jam 12 tengah hari.
2. Hari Tak Beroperasi. Perlu ambil tahu juga hari Langkawi Cable Car ini di tutup sama ada monthly closure atau yearly closure. Untuk jadual sebenar ia beroperasi bioleh klik laman web rasmi di http://www.panoramalangkawi.com/calendar/
Kadar Bayaran
a. Gondola Biasa :
Malaysian - Dewasa : RM 40 / Kanak-Kanak : RM30
Non-Malaysian - Dewasa : RM 55 / Kanak-Kanak : RM40
Ingat :
* Jangan lupa bawa I/C untuk dapatkan tiket pada harga 'Malaysian'. Termasuk IC anak-anak ye.
b. Gondola Lantai Kaca :
RM 105 seorang
* Semua harga tiket ni merupakan tiket Kombo beserta pass ke 3D Art Langkawi, SkyDome dan SkyRex
* Untuk harga tiket lain sila layarihttp://www.panoramalangkawi.com/buy-ticket/
...
2. Skybridge
2. Skybridge Langkawi |
Alang-alang telah menaiki kereta kabel ke puncak Gunung MaChinchang, sambung lah pula menikmati keindahan Langkawi dari Skybrdge ini.
Boleh la mencuba melalui jambatan in (SkyBridge) untuk menguji tahap ketahanan gayat, cuma perlukan sedikit keberanian sahaja.
Pandangan Pulau Langkawi 360° dari sini pasti mempersonakan apatah lagi ketika matahari hampir terbenam.
Info
- Skybridge ini terletak di puncak Gunung MaChinchang dan ia bersambung dengan Top Station Kereta Kabel Langkawi.
- SkyBridge ini merupakan "the longest free span and curve bridge" di dunia.
Kadar Bayaran
Dewasa : RM 5/ Kanak-kanak : RM 3
* Tiket boleh dibeli di Top Station
Info
- SkyBridge ini merupakan "the longest free span and curve bridge" di dunia.
Kadar Bayaran
Dewasa : RM 5/ Kanak-kanak : RM 3
* Tiket boleh dibeli di Top Station
3. 3D Art Langkawi
3D Art Langkawi ini boleh dikatakan antara tarikan terbaru di Langkawi dan menjadi satu destinasi yang seakan wajib jika bercuti ke Langkawi.
Info
- Muzium 3D Art ini dengan keluasan lebih 21000 kaki persegi, pasti banyak masa boleh dihabiskan di sini.
- Muzium ini dibahagikan kepada 9 zon dengan terdapat lebih 100 gambar lukisan 3D yang cukup menarik di pamerkan di sini.... semuanya untuk tatapan pengunjung.
- Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi mereka di http://www.panoramalangkawi.com/3d-art-langkawi/
Kadar Bayaran
Malaysian - Dewasa (RM 30) / Kanak-Kanak (RM30)
Non-Malaysian - Dewasa (RM 38) / Kanak-Kanak (RM 28)
Ingatan !
- Sediakan bateri camera atau handphone secukupnya kerana pengunjung pasti akan mengambil banyak gambar di sini.
- Jika anda suka bergambar dan datang secara berkumpulan, jangkakan juga banyak masa yang akan diluang di sini.
- Jangan lupa jadual pertunjukkan 3D yang menarik di sini. Rugi kalau tak tonton.
Tips !
- Untuk gambar yang betul-betul 3D, pastikan tanda kedudukan subjek (orang yang diambil gambar) dan tanda kamera sepatutnya berada.
- Ikut kedudukan yang diberi, baru gambar akan lebih real.
4. Underwater World Langkawi
4. Underwater World Langkawi |
Info
Underwater World Langkawi telah di bina lebih 20 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1995. Keluasannya melebihi 60,000 kaki persegi menjadikan ia antara aquarium marin dan air tawar terbesar di South East Asia.
Underwater World Langkawi ini terletak di Pantai Cenang dan turut menjadi satu destinasi utama pelancong ke Langkawi.
Pelbagai hidupan laut terdapat di sini dan pastinya yang paling memukau adalah telatah sekumpulan penguin-penguin.
Terowong bawah air |
Show Penguin : Sentiasa dinanti. Jadi lihat jadual. |
Waktu Operasi
10.00 am hari biasa
09.30 am cuti sekolah atau public holiday
Kadar Bayaran
Malaysian - Dewasa (RM 36) / Kanak-Kanak (RM 26)
Non-Malaysian - Dewasa (RM 46) / Kanak-Kanak (RM 36)
Lokasi : Pantai Cenang
Laman web rasmi : http://www.underwaterworldlangkawi.com.my
5. Dataran Helang
5. Dataran Helang / Dataran Lang |
Dataran Helang ini merupakan satu mercu tanda Pulau Langkawi. Jika anda menginap di sekitar Pekan Kuah atau datang ke Langkawi dengan menaiki feri, boleh lah singgah di Dataran Helang ini.
Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini kecuali bergambar dengan tugu helang ini.
Sesuai untuk mereka yang menginap berdekatan Pekan Kuah atau mereka yang mempunyai banyak masa terluang di Langkawi ini.
Suasana di sini sangat canti ketika waktu sunset |
Tapi kalau ke Langkawi, tak bergambar di sini macam tak lengkap pulak ke Langkawi teutama bagi mereka yang pertama kali ke sini.
Bergambar di sini memang agak cantik dan menarik terutama disebelah petang.
Kadar Bayaran
Tiada bayaran dikenakan untuk ke sini.
...
6. Kota Mahsuri / Makam Mahsuri
Kota Mahsuri / Makam Mahsuri |
Langkawi terkenal dengan lagenda Mahsuri. Jadi jika bercuti ke sini, ambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat kisah Mahsuri ini.
Info
Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak di Mukim Ulu Melaka sekitar 12km dari Pekan Kuah.
Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.
Makam Mahsuri |
Setiap petang Jumaat - Ahad, pementasan lagenda Mahsuri akan dipersembahkan kepada pengunjung. Sambil menikmati persembahan, pengunjung akan turut disajikan dengan iringan muzik tradisional yang mengasyikkan.
Laman web rasmi : http://kotamahsuri.com/
Waktu Operasi
08.30 pagi - 06.00 petang ( Isnin - Ahad)
Kadar Bayaran
Malaysian - Dewasa (RM 12) / Kanak-Kanak (RM 6)
Non-Malaysian - Dewasa (RM 17) / Kanak-Kanak (RM 7)
7. KILIM Geopark - Mangrove Tour
Info
- Kilim Geopark atau nama tepatnya adalah Kilim Karst Geoforest Park Langkawi.
- Kilim Geopark ini merangkumi keluasan 100 km persegi.
- Dikenali sebagai 'Geopark' kerana ia diiktiraf oleh UNESCO.
- Di Langkawi ini selain Kilim Geopark, terdapat lagi dua kawasan yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu Machinchang Cambrian Geopark dan Dayang Bunting Marble Geopark
Di Kilim Geopark, pengunjung akan disajikan keindahan, keunikan dan ketenangan apabila menyusuri hutan paya bakau, tasik, gua sambil melihat gunung-ganang dan pulau-pulau di kawasan ini.
Laman Web : http://naturallylangkawi.my/about-langkawi/
Mangrove Tour
Untuk ke Kilim Geopark ini, pengunjung perlu dmenaiki bot di Jeti Kilim yang terdapat di Kampung Kilim.
Di Kilim Geopark, pengunjung akan disajikan keindahan, keunikan dan ketenangan apabila menyusuri hutan paya bakau, tasik, gua sambil melihat gunung-ganang dan pulau-pulau di kawasan ini.
Boleh pilih pakej yang ada nak sama ada 1 jam, 2 jam, 3 atau 4 jam.
Memasuki Gua Kelawar |
Sessi di Kolam Ternakan Ikan |
Eagle Watching |
Kadar Bayaran
Bergantung kepada saiz bot dan masa tour.
Pakej serendah RM 250/bot boleh didapati untuk tour 1 jam.
Terdapat pelbagai pakej untuk dipilih. Harga bergantung kepada masa tour iaitu sesingkat 1 jam atau pun tour sehingga 4 jam. Lagi lama masa tour, lagi banyak aktiviti boleh dibuat dan lagi banyak tempat akan disinggahi.
Di bawah ini adalah harga pakej yang di cadangkan oleh persatuan. Walau bagaimana pun, dapatkan harga pakej di jeti.
Jika tidak mahu menyewa satu bot, boleh datang ke jeti dan menunggu bot yang di 'pool' tetapi perlu menunggu sehingga bot penuh baru tour akan bermula.
8. Langkawi Wildlife Park / Bird Paradise
Info
Langkawi Wildlife Park juga dikenali sebagai Bird Paradise kerana di sini terdapat beratus spesis burung.
Burung-burung di sini diletakkan di dalam 'taman' bertutup dengan pagar setinggi 15 meter jadi pengunjung akan dapat melihat burung-burung dalam keadaan yang lebih bebas.
Selain burung-burung, terdapat pelbagai haiwan lain seperti buaya, ular sawa, rusa, ostrich, monyet spesis bervet dan banyak lagi.
Disenaraikan antara 20 zoo terbaik di Asia oleh TripAdvisor
Dengan Kakak Tua |
Sessi bermesara dengan burung-burung jinak |
Dan bersama rusa |
Lokasi
- Bird Paradise ini terletak di kawasan Kilim dan jaraknya dari Pekan Kuah lebih kurang 15 km sahaja.
- Lot 1485 Kg Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat.
- Jika menggunakan WAZE, cari sahaja Langkawi Wildlife Park
Waktu Operasi
08.30 pagi - 07.00 petang ( Isnin - Ahad)
Waktu akhir kemasukan adalah jam 6 petang.
Kadar Bayaran
Malaysian - Dewasa (RM 24) / Kanak-Kanak (RM 14)
Non-Malaysian - Dewasa (RM 39) / Kanak-Kanak (RM 22)
Laman web : http://www.langkawiwildlifepark.com/
9. Galeria Perdana
Galeria Perdana |
Info
Galeria Perdana ini sebenarnya adalah ilham Tun Mahathir sendiri. Ia terletak di kawasan Kilim dan hanya 14 minit dari Pekan Kuah. Jaraknya dari Langkawi Wildlife hanya lebih kurang 2 km sahaja.
Di sini tersimpan ribuan hadiah, cenderahati, hadiah dan anugerah yang diterima oleh Tun Mahathir Mohamad dan di persembahkan kepada rakyat untuk tatapan semua. bagi Tun, apa yang diterima sepanjang khidmatnya sebagai Perdana Menteri adalah hak milik rakyat Malaysia kerana dia mewakili seluruh rakyat Malaysia.
Waktu Operasi
08.30 pagi - 05.30 petang (setiap hari)
08.30 pagi - 06.00 Cuti sekolah / public holiday
Kadar Bayaran
Dewasa (RM 10) / Kanak-Kanak (RM 4)
10. Pantai Cenang
10. Pantai Cenang |
Pantai Cenang merupakan satu destinasi utama pengunjung ke Langkawi terutamanya pelancong dari luar negara.
Tarikan utama Pantai Cenang bukan sahaja pantainya yang cantik dan keindahan ketika matahari terbenam, tetapi turut menarik minat pengunjung dan pelancong kerana terdapat kemudahan yang disediakan di sini.
Pengunjung dan pelancong asing meminati kawasan ini mungkin kerana tempatnya yang lebih happening terutamanya pada waktu malam.
Kedai-kedai dan restoran sentiasa menjadi tumpuan pelancong di kawasan ini.
11. Pantai Tanjung Rhu
11. Pantai Tanjung Rhu Sunyi dan mendamaikan. |
Jika Pantai Cenang menjadi tumpuan kerana suasananya yang meriah dan happening, Pantai Tanjung Rhu pula sebaliknya.
Pantai Tanjung Rhu lebih sunyi dan lebih mendamaikan. Pengunjung ke sini tidak seramai di Pantai Cenang. Terletak betul-betul dihujung....'tanjung' betul.
Pantai Tanjung Rhu agak landai dan sesuai untuk bersantai. Ada beberapa gerai dan kedai makan di sini. Jika ingin dapatkan harga pakej boat (mangrove tour, island hoping dll) boleh dapatkan di sini juga. Ada beberapa operator membuka kaunter di sini.
View memang cantik sebab mengadap pulau-pulau kecil dan batuan-batuan. Masa di sini, boleh lah bayangkan macam berada di Phuket ( ala-ala Pulau James Bond) π
Sebelum sampai ke Tanjung Rhu tu sebenarnya, ada satu pantai lagi yang terletak di hadapan pejabat Kastam Diraja Malaysia. Tak silap selepas restoran Fish n' Chip. Pantai di sini agak memanjang, tapi nak mandi manda tu kena berhati-hati sikit sebab air laut yang agak dalam dan pantainya tak landai. Saya perhatikan ada juga pengunjung yang mandi, tapi tak ramai lah. Rasanya pantai ni lebih kepada untuk aktiviti pantai jetski dan paragliding.
Pantai hadapan Pejabat Kastam Airnya yang agak dalam, agak tidak sesuai untuk bermandi manda |
Pantai hadapan Pejabat Kastam Beberapa operator menyediakan perkhidmatan sewa jetski, paragliding dan juga banana boat |
12. Pantai Pasir Hitam
12. Pantai Pasir Hitam |
Pantai Pasir Hitam agak unik kerana pasirnya yang bewarna hitam. Pantai ini agak tidak sesuai untuk mandi manda kerana ombak agak kuat dan juga airnya agak dalam.
Pantai ini tidak ramai pengunjung tetapi pelbagai kemudahan disediakan. Di sini juga terdapat deretan kedai menjual cenderahati dan pakaian serta terdapat gerai makanan.
Gerai Pantai Pair Hitam Langkawi |
Cenderahati di gerai Pantai Pair Hitam Langkawi |
Gerai Makan Pantai Pair Hitam Langkawi |
Terdapat cerita tersendiri mengenai Pantai Pasir Hitam ini. Mengikut cerita dongeng rakyat tempatan adalah kerana Perang Saudara di antara Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut. Selebihnya boleh baca di papan info yang terdapat ketika menuruni tangga ke pantai ini.
Pantai Pasir Hitam Langkawi |
Manakala dari sudut sains pula, penerangannya pasti jauh berbeza dengan kisah dongeng tadi. Juga perlu dibaca di papan info.
13. Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak berhampiran Pekan Kuah. Walau bagaimana pun, untuk ke sini para pengunjung perlu mengambil pakej island hoping yang disediakan dengan menaiki bot dari jeti Pekan Kuah. Masa perjalanan dengan bot laju lebih kurang 15 minit.
Pakej island hoping serendah RM 35 ditawarkan untuk pengunjung.
Tasik Dayang Bunting ini turut mempunyai ceritanya sendiri. Cerita orang dulu-dulu kononnya Tasik Dayang Bunting ini menjadi tempat tumpuan puteri kayangan bernama Puteri Mayang Sari untuk mandi di sini. Ia menjadi satu cerita dongeng yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Tasik Dayang Bunting ini terletak di Pulau Dayang Bunting ( pulau ke dua terbesar selepas Pulau Langkawi). Ia mendapat nama 'Dayang Bunting' kerana di pulau tersebut terdapat sebuah gunung yang kelihatan seperti 'seorang" wanita yang sedang hamil berbaring. Sekali pandang lengkap dengan kepala, tangan dan perut seperti gambar di bawah.
Dayang Bunting. Sumber : Supermenmalaya.blogspot |
Tasik Dayang Bunting ini menjadi tumpuan bukan sahaja untuk aktiviti mandi manda, tetapi ada yang datang untuk minum air di sini. Kata orang dulu-dulu, nak 'bunting' bolehlah mencuba minum air di sini. Ini cerita orang dulu-dulu, sekarang sudah jarang diperkatakan kerana masyarakat telah sedar bahawa itu adalah tidak benar.
Jeti Tasik Dayang Bunting. Kredit : Panaromio.com |
Air Tasik Dayang Bunting ini sangat dalam jadi jika datang untuk mandi, pastikan memakai jaket keselamatan (jaket pelampung) yang disediakan di jeti. Jika anda pandai berenang sekalipun,pakai lah jaket untuk keselamatan kerana airnya sangat dalam. Seboleh-bolehnya elakkan dari membenarkan anak-anak mandi di sini dan pantau mereka dengan rapi ketika berada di atas jeti.
Jeti Tasik Dayang Bunting. Kredit : supermeng.blogspot.com |
Jika tidak mahu mandi, cukup sekadar duduk di atas jeti sambil menjulur kaki ke dalam air tasik.
Kredit : supermeng.blogspot.com |
14. Gunung Raya
Vewing Tower Gunung Raya |
Gunung Raya merupakan gunung tertinggi di Pulau Langkawi. Perjalanan mendaki (menggunakan kenderaan) mengambilmasa lebih kurang 20 minit. Tidak banyak kenderaan dan pengunjung ke sini.
Tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan di sini kecuali melihat keindahan sekeliling Pulau Langkawi dari puncak Gunung Raya ini.
Jika cuaca baik, Perlis dan Thailand boleh kelihatan dari puncak ini.
Terdapat sebuah viewing tower yang mengenakan bayaran untuk naik ke atas.
Sila baca catitan saya ketika saya ke sini untuk menikmati keindahan sewaktu matahari terbenam.
Saat matahari terbenam dari Puncak Gunung Raya |
15. Kedai Bebas Cukai HIG / Rams / Idaman Suri dll
Ini bukanlah tempat menarik untuk di lawati TETAPI tempat yang boleh dikatakan wajib disinggahi jika ke Langkawi.
Pelbagai barangan pada harga murah ( bebas cukai) boleh di dapati di sini seperti beg luggage, coklat dan juga pinggang mangkuk.
Kedai-kedai bebas cukai ini terletak di Pekan Kuah dan berhampiran di antara satu sama lain.
~mat-drat~
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. πππ
Untuk Trip ke Langkawi kali ini, saya rangkumkan semuanya di entry-entry berikut.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
sangat membantu =)
ReplyDeleteTQ singgah blog saya
DeleteBerguna sekaliπ
ReplyDeleteTQ Singgah blog saya
Deleteisland hoping agak2 sesuai ade bawa baby 2yrs?
ReplyDeletebulan ogos baru ni saya pergi sana lagi dengan family serta anak kecil umur setahun 1 bulan.... Mangrove tour saya bawa mereka, tak ada masalah. Yang penting, safety jacket jgn lupa.
DeleteTapi Island Hoping saya tak pergi sbb risau di Pulau Dayang Bunting dgn anak kecil. Tapi 2 tahun mungkin okey kot...
Lagipun Island Hoping makan masa lagi lama dari Mangrove Tour, tu saya bawa anak2 berMangrove Tour je... Island Hoping 4 jam bagi saya agak makan masa, kesian kat budak kecil...
-my 2 cent-
saya bawa anak kecil umur 1 thn stgh masa awl buln 3 hari tu, alhamdulillah tak ada masalah, cuma pastikan bawa susu/snek sebab takut dia lapar (masukkan dlm beg utk elak kena rampas dgn monyet).
DeleteBest information.Thanks to the person who put the effort as to introduce the Best Places in Langkawi.Well done!!!
ReplyDeleteThanks.. π
DeleteTq . Very useful info. W re going early march.
ReplyDeletetq singgah my blog n enjoy your trip.
Deletepenerangan yg jelas
ReplyDeleteTQ singgah my blog
DeleteSalam admin ...
ReplyDeletesaya pelajar fakulti hospitaliti pelancongan daripada umk , kami ingin publish satu article tentang Hutan Sedim di Kedah. Mohon jasa baik tuan utk membantu kami bagi menyiapkan tugasan subjek rekreasi kami . email : muhamadjazli_mahadhir@yahoo.com
Email kpd saya.
DeleteTRADING ONLINE TERPERCAYA
ReplyDeleteIni dia, Broker Trading yang Transaksi Aman dan Proses Cepat
HASHTAG OPTION merupakan platform trading Binary Option berbasis di Indonesia.
Kami menawarkan produk-produk Cryptocurrency & Forex.
yuk gabung yukkk visit link nya www.hashtagoption.com
Minimal DP Rp. 50.000,- dapat BONUS Depo awal 10%** T&C
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Ada BONUS REFERRAL juga lohhh...
Bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover....
Kami juga menyediakan AKUN DEMO untuk Trader HASHTAG OPTION yang ingin berlatih, sampai kamu benar-benar bisa menuju AKUN REAL
Salam. Info yg berguna. Tahniah semoga Allah tambahkan dengan kebaikan yang banyak kepada Tuan.
ReplyDeleteTerima kasih Tuan atas doa dan sudi singgah blog saya
Deletetq very good info.. saya jadikan sebagai rujukan ^^
ReplyDeleteTq singgah my blog
Deletebyk info dpt kt blog encik
ReplyDeleteTima kasih
Deleteterima kasih encik info tmpt menarik di langkawi.. akk nk pegi langkawi bln feb thn. dpn.. sngt membntu
ReplyDeleteTq kak singgah blogm.. Selamat bercuti
DeleteSangat2 membantu.. Mudah difahami & sgt jelas penerangannya.. Terima kasih mat drat..
ReplyDeleteTQ. Selamat bercuti
DeleteInfo yg sgt membantu, sy akan ke langkawi awal bulan april ni. Nk tnya, seeloknya beli pakej utk island hoping kt sana ke beli dlm klook shj? Mana yg lebih murah ya? Tq :)
ReplyDeleteKalau saya, Island Hoping saya lebih prefer beli kat sana.
DeleteMana yang murah, saya tak pasti sbb saya tak survey di KLOOK utk Island Hoping
Pada sesiapa yang bercadang untuk melancong ke langkawi dan memerlukan kereta sewa bolehla whatsapp saya di no ni 0134621154..axia dan myvi shj..service terbaik saya bagi..π
ReplyDelete