Pages

Monday, 30 January 2017

Tempat Makan Best di Langkawi

Tempat Makan Best di Langkawi


Selain melawat tempat-tempat menarik di Langkawi, apa kata singgah makan di beberapa tempat makan best di sini. Mat Drat senaraikan beberapa tempat makan best di sini.

TAPI... senarai ni tak ikut rangkin ye. Semua berdasarkan pengalaman beberapa kali ke sini dan juga pembacaan.



1. Kak Yan Nasi Campur

Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi
1. Kak Yan Nasi Campur


Kalau nak makan nasi campur dengan pilihan lauk yang banyak, boleh la ke Kak Yan Nasi Campur . Lauk memang banyak dan kedai makan ni sentiasa menjadi pilihan pengunjung.

Boleh kata,setiap hari kedai makan ni akan dipenuhi pelanggan terutama jika cuti sekolah. Bukan pelanggan berkereta sahaja yang kesini, yang datang dengan bas juga makan di sini.


Jika ingin buat tempahan awal dan makan secara buffet dalam kumpulan besar, boleh hubungi tuan empunya kedai untuk tempahan


Lokasi : Ulu Melaka

Map : 👉👉  Peta Google Map Kak Yan

Nak senang, guna sahaja WAZE dan lokasinya di tepi jalan sahaja.


Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best di Langkawi
Add caption

Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best di Langkawi



Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi

Tempat Makan Best di Langkawi



2. Laksa Power Tepi Airport Langkawi

Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi
2. Laksa Tepi Airport

Kalau datang ke Langkawi, jangan lupa singgah makan di beberapa gerai bergerak / lori yang terletak di tepi Airport Langkawi. 

Antaranya 
1. Laksa Power
2. Laksa Kaw Ikan Sekoq.

Mat Drat suka ke gerai Laksa Power. Pilih gerai Laksa Power ni sebab tempat parking agak luas (terletak di hujung sekali).

Lokasi : Di Pantai Cenang bersebelahan Airport Langkawi

Map : 👉👉  Peta Google Map Laksa Power






Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi


Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi



Makan laksa sambil mengadap laut memang seronok terutama di sebelah petang. Kawasan makan agak luas dan redup. Sambil makan boleh mengadap laut. Santai ....

Selain laksa, terdapat juga menu lain seperti pasembor, cendol dan rojak.


Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi




Yang best tu, sambil makan bukan sahaja boleh lihat kapal terbang berlepas/mendarat tetapi turut boleh menikmati suasana sunset di sini.







3. Nasi Dagang Pak Malau




3. Nasi Dagang Pak Malau
Sumber : Twitter Tourism Malaysia


Mat Drat suka ke sini sebab suasana makan di sini yang agak santai dan menu utama nasi dagangnya yang memang sedap. Harga pun biasa-biasa sahaja.

Kalau nasib baik, boleh makan di 'gazebo' (kalau ada kosong.

Bukan senang nak dapat makan sambil melihat pemandangan sawah padi dan gunung.

Info Update (10.12.2018):
Nasi Dagang Pak Malau 3.0 (fasa 2), dibuka bersebelahan dengan tapak lama. Jadi makin luas dan makin banyak ruang makan.
Alhamdulillah, makin murah rezeki owner Nasi Dagang Pak Malau


Pantun yang mengalu-alukan pelanggan...

"Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,
Kajang Hamba Mengkuang Layu,
Dagang Pak Malau Dagang Bertempat,
Dagang Hamba menumpang Lalu..."


Suasana di sini

Nasi Dagang...menyelerakan...
Jemput Makan...

Terbaik...


Dah kenyang.....masa sandarkan diri... 😊😊


Menu Pilihan : Nasi Dagang Ayam Kampung, Ayam, Ikan, Daging

Waktu Operasi : 8pagi – 2petang


Telefon : 012-271 1977
Lokasi : No 186, Jalan Makam Mahsuri,  Kampung Mawar

Map : 👉👉  Peta Google Map Nasi Dagang Pak Malau




xxxxxxxx

xxxxxxx


4. Jom Ikan Bakar


Tempat Makan Best di Langkawi
4. Jom Ikan Bakar


Antara pilihan ramai untuk makan tengah hari di Langkawi . Menu utama pastinya masakan melayu dan ikan/seafood bakar segar menjadi pilihan.

Telefon : 013-512 9931
Lokasi : Padang Mat Sirat
- Terletak bersebelahan Pejabat Pos Mini Padang Mat Sirat
500 meter dari bulatan/roundabout Airport Langkawi. 

Untuk senang, gunakan sahaja WAZE.

Waktu Operasi  : 10:00am - 5:00 pm





5. Restoran Seashell - Laman Padi


Tempat Makan Best di Langkawi
5. Seashell Langkawi


Restoran ini sememangnya menjadi salah satu tempat makan pilihan pengunjung sama  ada dari dalam negara atau pun dari luar negara. 

Pelbagai pilihan menu/set hidangan untukmakan tengah hari dan amakan malam. 

Makan di sini, akan terasa sedikit kelainan kerana kita makan dengan turut disajikan dengan padi yang menghijau. Pasti selera bertambah, apatah lagi jika makan di pondok-pondok yang disediakan!!

Info Update (10.12.2018):

Teringat pertengahan tahun hari tu, Mat Drat makan di restoran yang berkonsepkan sama tetapi di MARDI Sepang. Cuma dimaklumkan oleh pengurus, menu di MARDI Sedang di sesuaikan dengan tempat di sana. 


Tempat Makan Best di Langkawi








6. Restoran Nelayan Bukit Malut


Sumber : Blog Restoran Nelayan Langkawi



Satu lagu pilihan ramai untuk makan malam di Langkawi. Sajian, pastinya ikan/seafood segar menjadi pilihan pelanggan di sini. Keunikan makan di sini adalah restoran ini terletak berhampiran pokok-pokok bakau, jadi kita akan menikmati makan malam dalam suasana yang cukup tenang.


Lokasi : Bukit Malut
- Jika datang dari Jalan Padanag Mat Sirat, restoran ini terletak di sebelah kiri.
- Perhatikan signboard yang ada ditepi jalan terutamanya jika datang selepas maghrib (takut tak perasan simpang ke restoran ni). 
- Tak ada kedai atau bangunan lain bersebelahan restoran ini, jadi susah juga nak cari landmark. 
- Untuk senang, gunakan sahaja WAZE.



Telefon : 04-966 459

Website (blog) : http://foodspottinglangkawi.com/medan-selera-nelayan-bukit-malut/



Pesanan Mat Drat
Apabila makan di restoran seafood ni, elok perhati dahulu tanda harga ikan / seafood. Jangan main ambil je. Harga di sini sepadan dengan ikan/seafood segar yang disajikan serta suasananya yang agak unik.

Jangan jadi orang yang masa makan tak ingat, bila bayar terkejut harga dan lepas tu viral kesana sini.











7. Uncle Jai Cafe

Tempat Makan Best di Langkawi
7. Uncle Jai Cafe 


Restoran ini merupakan pilihan utama bagi mereka yang menginap di sekitar Pekan Kuah. Restoran ini menyajikan masakan alai Thai, masakan melayu dan juga western food.

Terletak di kawasan yang terdaat banyak kedai-kedai 'free duty'. Jadi lepas membeli belah, boleh la singgah makan di sini. 

Harga di sini amat berpautan. "Harga biasa-biasa"

Waktu Operasi : 5:oo pm - 

Lokasi : Jalan Pandak Mayah 7, Pekan Kuah







8. Medan Selera HIG - Haji Ismail Group


8. Medan Selera HIG Bazaar


HIG - Haji Ismail Group semakin berkembang setahun ke setahun. Kini HIG juga mempunyai medan selera yang terletak di hadapan komplek HIG itu sendiri. DI medan selera HIG ini terdapat beberapa gerai yang menyajikan makanan yang sedap. Selepas penat shopping di komplek HIG, boleh la singgah makan di sini.

Lokasi : Hadapan Kompleks HIG, Pekan Kuah





Antara restoran dan sajian yang menjadi pilihan Mat Drat kalau ke sini.

A. Gerai Otak-otak JB
Sambil menunggu makanan berat, boleh la order otak-otak dari gerai ni dahulu.




B. Gerai Ahmad Pasembor Top Langkawi

Ada dua gerai yang saling berhadapan. Satu gerai menjual rojak dan pasembor. Manakala satu lagi menjual masakan ala Thai dan masakan melayu. Paling mantap adalah su tulang kat sini.











C. Gerai Jus Mangga King Kong / King Kong Mango Juice


Setiap kali makan, mesti saya order air buah mangga dari gerai akak ni. Memang kaw jus mangga kat sini.











Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Jika rasa bermanfaat untuk rakan-rakan Facebook, boleh klik butang SHARE.


Selamat Bercuti. 

~mat-drat~
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇


37 comments:

  1. Saya kalau ke Langkawi, bab makan antara susah nak cari. Lagi2 yang sedap dan berpatutan. :) Terima kasih sbb berikan info ni.
    ..
    Komen Boleh - Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ tuan singgah blogb saya. Susah cari, dah jumpa ramai pulak orang yg makan kat situ... terpaksa la menunggu... 😀

      Delete
  2. Info bermanfaat..thanks !

    ReplyDelete
  3. Nice..nak share pengalaman makan dekat sebuah kdai makan kat jeti kuah. Kita mintak sotong goreng garlic butter di buatnya sup garlic butter. Spoiled...tak reti masak tapi letak dalam menu. Bila tegur confident je ckp mmg masak mcm tu. Nasib la dia facing dgn org melayu yg tak fussy tahap flip meja if expectation agains reality. So zabar je la😒😒 sambil bayar buat muka nak tampar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yg kadang2 buat mood bercuti hilang sikit...
      😀😀

      Delete
  4. Terbaek ni! Cuma sy terkilan sikit. Saya ambik mangrove tour dan depa bwk pegi floating restoran. Makan memang sedap tapi harga sangaaaaaaaaaaat mahal. Tak salah nak bawak customer pegi sana tapi bg tau la awal2 range harga makanan. Pengsan sekejap aku tadi nak kena bayar RM400

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi... Boleh hilang sehari punya mood cuti tu.
      Tu antara sebab saya tak masuk kan dlm list makan di Floating restoran, harganya mmg boleh tahan.
      Bbrapa bulan lepas saya ke sana big family saya, utk mangrove tour mmg saya inform awal2 kat bot operator yg saya nak singgah sahaja Tapi tak nak makan atau minum kat situ.

      Delete
    2. Adoi... Boleh hilang sehari punya mood cuti tu.
      Tu antara sebab saya tak masuk kan dlm list makan di Floating restoran, harganya mmg boleh tahan.
      Bbrapa bulan lepas saya ke sana big family saya, utk mangrove tour mmg saya inform awal2 kat bot operator yg saya nak singgah sahaja Tapi tak nak makan atau minum kat situ.

      Delete
  5. I am not sjre where you are getting youur info, but great topic.

    I needs to spend some time learning much mkre or understanding more.
    Thanks for great info I was looking for this info for my mission.

    ReplyDelete
  6. hi. boleh saya tahu range harga untuk restaurant di atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga keselurhannya bagi Mat Drat adalah biasa-biasa sahaja. Boleh kata tak mahal KECUALI di Seafood Restoran, di sini harga lebih kurang standard harga di restoran seafood. Di Seashell Laman Padi, harga pun boleh tahan juga tetapi masih dikira reasonable dengan suasana makan yang agak selesa dan unik

      Delete
  7. tq mat-drat..
    baru ni g langkawi ada port baru kot air buah tu..lokasi dia sebelah EE burger..rasa tu lg sedap kot..
    yg kt HIG tu pn ok la..
    apa pn tq all ur info..EE Burger time mlm ramai gak..

    cuma nk tny langkawi ari selasa byk kedai tutup ke..mcm nasi dagang pak malau..emm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ singgah blog saya... Baru saya ke sana lagi, Tapi naik Roro pula.

      Ada info dan Lokasi tak sempat nak update n tambah.

      Nasi Dagang Pak Malau, tak sure lak Selasa tutup ke tak... Nanti saya update dgn gambar waktu operasi.
      TQ lagi sekali utk info burger EE

      Delete
  8. great info ! :D
    nk tanya, gerai jus mangga kingkong area mana ye ?

    ReplyDelete
  9. Great info mengenai tempat mkn best di langkawi...dan saya da pergi mkn di nasi dagang pak malau seperti yg diwar-warkn....bg saya ianya tak lah sehebat mana pun...macam biasa jer....tak der yg special....yg hebat adalah harga nasi dagang tu sendiri..Rm9 teh tarik gelas kecil pun rm3....mkn nasi dagang di negeri lain pun harganya tak semahal nasi dagang pak malau ni....kebiasaan harga nasi dagang ni sekitar rm5.5-6.5
    ...saya rasa pak malau tak rugi pun kalu mengikut harga semasa...bg saya ini adalah kali pertama dan terakhir utk saya mkn di warung pak malau...bg saya biar harga brpatutan...dan kita takkn hilang pelanggan...pelanggan itu sendiri akn mempromosikn warung kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ singgah blog saya.... saya suka makan di situ sebab suasana yang tenang, relax dan santai...lagi lagi makan dengan family...

      Bab rasa tu sbnarnya susah juga, lain oraang lain citarasa, bagi saya okey.... harga masih reasonable bagi saya dengan suasana yg ditawarkan

      Delete
  10. Seashell laman padi tu bukan ke kat tepi jalan menuju ke pantai chenang? Buka lagi ke? nampak haritu macam dah tak beroperasi. Kami lalu malam ingatkan dah tak beroperasi. Sebab nampak lusuh dan terbiar. Kami kat sana bulan 12 2017. Waktu operasinya bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan, saya rasa masih buka kalau lihat pada FB mereka, https://www.facebook.com/SeashellsChenang/

      Saya tulis entry ni Jan 2017, baru balik dari Langkawi dan ia masih buka. Dan Hujung thn 2017 saya pergi lagi, masih juga buka lagi

      Delete
  11. Buka.Saya kat langkawi sekarang tadi pergi ke restoran ni dia tak buka sebab ada kenduri kahwin.Esok isnin katanya buka

    ReplyDelete
  12. Pusat kraf ke ape name. X ingat.. Blh btau lokasi x encik.. Tq

    ReplyDelete



  13. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    ReplyDelete
  14. Sy dah rasa makan di tanjung tirai view, pekan kuah... Makanannya biasa².. Mntk sup campur pun byk bawang dr lauk, harga rm 10.. Dekat sejam lebih br dapat makan... Tu blm makanan yg lain. . Harga sgt² mahal... Siapa yg br nk mencuba.. .Rasanya baik tak payah kot... Boleh hilang mood bercuti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... Saya baru ni, nak singgah makan kat situ tapi tak jadi sebab ramai sgt orang...

      Saje nak try sbb suka suasana dan view di situ, tapi dah ramai sgt... Tak jadi nak singgah

      Ramai pelanggan tu yg lama sikit menunggu kot.

      Delete
  15. salam tuan saya singgah lagi nak tanya tuan tahu tak kalau nak makan lobster di langkawi ada ke tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa seafood di sini, tapi nak cari yg ada lobster agak susah dan harga agak mahal sikit.

      Delete
  16. Nak ke Langkawi bln12 ne then have no idea nak p makan mana nasib baik jumpa blog ne...thnks sgt utk infonya..selamat majujaya jgn lupa selalu share info terbarunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ... (baru perasan komen ni masa nak update info di sini)

      Tq ye singgah blog

      Delete
  17. ASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN BEBERAPA PAKEJ – PAKEJ MENARIK MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA SEPERTI KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA DAN BERAPA TEMPAT LAIN MENARIK DI MEDAN.

    PAKEJ KAMI TEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. SEMUA PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM FULL SERVICES
    TAK ADA EXTRA BAYAR …. !!! TAK ADA TIPU – TIPU !!!

    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG ) MEDAN & LAKE TOBA
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG ) MEDAN AND LAEK TOBA
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 400 (10 ORANG ) LAKE TOBA , SAMOSIR AND SILANGIT
    HARGA PAKE 04 HARI / 03 MALAM MYR : 550 (10 ORANG ) LAKE TOBA, SAMOSIR AND SILANGIT

    KALAU NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT SYARIKAT KAMI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
     HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
     DRIVER
     PATROL
     EKSIDENT INSURANCE
     GOVERNMENT TAX

    ReplyDelete
  18. tima kaseh info tuan blogger...amat berguna ...bab harga mahal ttg makan ni sy tidak lah hairan bila kawasan itu tempat tumpuan pelancong...jika harga makanan murah tempat tumpuan pelancong itu yg akan menghairan kn saya...sy dh jejak langkawi dua kali...waktu lima 2007(zaman pak lah badawi) dan tahun 2010...best place ever to visit is langkawi

    ReplyDelete
  19. hi tuan ade any idea x homestay or chalet yg menarik kt langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Mas, saya ada 2 contact homestay / chalet di Langkawi, nanti jumpa saya share. Tapi saya tak pernah menginap di homestay/chalet.

      - sorry lambat reply

      Delete
  20. Tq.pengkongsian info yg sangat berguna

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.