Pages

Saturday, 4 February 2017

Sunset View di Langkawi Island




Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Keindahan sewaktu sunset Gunung Raya Langkawi


Kali ni Mat Drat share antara tempat view atau spot best untuk menikmati sunset di Langkawi.

3 tempat atau spot yang best layan sunset di Langkawi ni adalah 
  1. Pantai Cenang
  2. Sunset Cruise
  3. Gunung Raya
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat


1. Pantai Cenang

Layan sunset di Pantai Cenang, tempat paling biasa dan paling senang sebab sambil main pantai boleh layan sunset.

Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Bermain layang-layang sambil layan sunset di Pantai Cenang Langkawi. 


Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Ini sewaktu menimati laksa ikan sekoq tepi airport.

2. Sunset Cruise

Kalau ada budget lebih, boleh la layan sunset dari cruise.

Memang best..... lagi best ambil pakej sekali dinner

Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island


Untuk pakej sunset cruise, boleh try klik link di bawah, ada 3 Mat Drat jumpa di KLOOK

Klook.com

..................................

3. Sunset di Gunung Raya

Kali ni Mat Drat share detail pengalaman layan sunset dari atas gunung pula. Gunung Raya.

Info mengenai  Gunung Raya
  • Gunung Raya ini merupakan gunung tertinggi di Langkawi iaitu dengan ketinggian melebihi 3000 kaki.
  • Dari Airport hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk tiba ke 'kaki gunung' atau simpang untuk naik ke Gunung Raya ini. Manakal jika dari Pekan Kuah pula mengambil masa lebih kurang 20 minit.
  • Dari 'kaki gunung' itu pula, akan mengambil masa lebih kurang 20-25 minit memandu. 
  • Puncak Gunung Raya ini agak sunyi, kenderaan memang kurang melaluinya.
  • Viewing Tower boleh dinaiki dengan bayaran. Tetapi hanya berbaloi jika cuaca tidak berawan. Saya ke situ November tahun lepas dan baru-baru ini ke situ lagi (Ogos), tetapi kedua-dua kali tidak dapat naik ke viewing tower

Amaran (Edited 2018)
Ogos baru ni Mat Drat ke Langkawi Lagi, dan ke Gunung Raya sekali lagi. 

Cuma kali ni nak ingatkan...
1. Hati kalau hujan - Jalan Licin
Jika menaiki motor pada waktu hujan, berhati-hati menunggang motorsikal kerana jalan licin. Pada trip ini, saya bersama petugas kaunter viewing tower membantu seorang penunggang motorsikal membalut luka tangannya. Jatuh di satu selekoh ketika menghampiri puncak gunung.

2. Hati-hati bersandar - Dinding reput
Berhati-hati jika bersandar atau berdiri di tepi tembok di puncak gunung ini. Isteri Mat Drat hampir terjatuh kebawah kerana kayu diatas tembok telah reput. Nasib baik isteri saya sempat menahan diri dari jatuh. Hanya melihat kayu jatuh kebawah bukit. 

Papan-papan di atas tembok di tepi viewing tower itu ada yang telah reput bahagian paku/skru yang melekatkan papan dan tembok. Kebanyakannya telah reput, jadi PERLU BERHATI-HATI. 


Gambar-gambar sewaktu melayan sunset di Gunung Raya


Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Signboard di Jalan Utama menuju ke Gunung Raya



Papan Tanda amaran ada diletakkan di jalan masuk.
Jadi berhati-hati memandu.

Jalan semakin mengecil dan mula berselekoh.
Kenderaan memang sangat kurang. Boleh dikira dengan jari sahaja.




Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Menghampiri puncak Gunung Raya



Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
View Point sebelum tiba di puncak Gunung Raya

Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Viewing Tower yang dilitupi awan.
Waktu sampai ni, cuaca berawan

Amaran : Berhati-hati bersandat di tepi tembok yang terdapat kayu diatasnya.
Kebanyakan kayu telah reput - jadi paku tidak melekat di tembok.



Kaunter menuju ke Viewing Tower

Tiket naik ke Viewing Tower


Awan masih tebal dan berkabus


Kita tunggu sampai awan beredar.. harap-harap ia beredar la

Sabar menanti...dah 6pm lebih
 
Akhirnya langit kembali cerah


Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Mentari muncul dan awan berarak pergi


Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Menikmati sunset


Dari atas


Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Terpersona


Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Yeah,.... sunset di Langkawi. Ohsem

Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Akhirnya...Dapat menikmati saat indah



Untuk Trip ke Langkawi kali ini, saya rangkumkan semuanya di entry-entry berikut. 


Semoga bermanfaat.

~mat-drat~
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇


Lain-lain entry mengenai Trip Langkawi 
>> Percutian Ke Langkawi





No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.