Pages

Sunday, 29 January 2017

Percutian ke Langkawi

Cuti-Cuti Malaysia Langkawi

Kali ni Mat Drat nak share sikit pasal trip percutian ke Langkawi Mat Drat pada 2 bulan lepas, sekitar pertengahan November 2016. 

Ini kali ke dua Mat Drat ke Langkawi, kali pertama beberapa tahun dahulu bersama ahli keluarga. Trip kali ini Mat Drat ke Langkawi bersama beberapa rakan setugas. Agak lama Mat Drat di sana... 6H5M tetapi bukan untuk bercuti sahaja sebenarnya. Mat Drat kesana bersama rakan sekerja atas urusan 'SEPARUH' kerja, jadi sambil peluang bertugas sambil berjalan-jalan. 

Oleh kerana kesana untuk urusan separuh rasmi, jadi masa agak terhad untuk menikmati "Cuti Cuti Langkawi". Cuma di dua hari pertama dapat lah kami pusing-pusing Langkawi. Di hari berikutnya pula, hanya sempat ronda-ronda sekitar Langkawi di waktu petang iaitu selepas perlawanan. Agak terhad masa kami di sana sebenarnya.

Tiket penerbangan Mat Drat beli agak awal, lebih kurang 2 bulan sebelum berlepas. 8 orang kami semuanya. Apabila Mat Drat survey tiket di antara MAS, Airasia, Firefly dan Malindo, jumpa tiket MAS yang paling murah. Pergi balik hanya RM 180.00, kebetulan ada promosi oleh MAS.

Penerbangan cukup lancar... cuaca pun baik. Penerbangan KLIA ke Langkawi yang mengambil masa 55 minit macam tak terasa, baru nak lelapkan mata dah sampai.

Penerbangan MAS kali ni tak disediakan inflight meal untuk penumpang sebab penerbangan kurang 60 minit. Setahu Mat Drat mana-mana penerbangan MAS yang kurang 60 minit memang tidak akan disajikan meal kepada penumpang.







Meal MAS
Dapat kacang MAS dan jus oren pun cukup la...

Percutian Ke Langkawi
Pesawat bersedia untuk mendarat...Dah nampak Langkawi


Percutian Ke Langkawi
Alhamdulillah.... safely landed. Cuaca okey di sini





Di Airport Langkawi, seperti airport kecil lain... perlu turun dari kapal terbang dan menapak ke terminal. Tak ada aero-bridge ye.





Airport Langkawi
Kalau hujan....macam mana ye??

Airport Langkawi
Macam biasa... kalau tak ada aero bridge,memang ramai yang bergambar

Airport Langkawi
Rakan sepasukan Mat Drat...Yus. 

Sementara menunggu transport kami tiba, kami pusing-pusing di area Airport sini dahulu. Tapi Airport kecil sahaja ye, pusing sekejap je dah habis. Terpaksa lepak di cafe di dalam airport ni dahulu sementara menunggu kereta sewa kami tiba.

Makan Murah di Airport Langkawi

Di sini terdapat banyak pilihan untuk makan. Jadi tak ada masalah kalau nak makan dahulu sebelum meninggalkan airport atau pun tiba awal di airport ini dan nak makan dahulu sebelum berlepas.

Selain restoran seperti Marrybrown, Starbucks dan seumpamanya... juga terdapat restoran yang lebih 'budget' di sini. Restoran ni terletak di belakang Starbucks. Kalau nak makan nasi dengan harga agak murah, boleh la ke Restoran Teratak Damai.


Airport Langkawi
Belakang Starbucks ada cafe harga patut sikit... "Teratak Damai"


Airport Langkawi
Cafe Teratak Damai. 

Airport Laangkawi
Dalam 30 minit menunggu, akhirnya kereta sewa kami sampai. 
Masa untuk bergerak ke hotel.




1. Pilih hotel di Pantai Cenang/ Pekan Kuah atau tempat lain?

Jika ke Langkawi, nak memilih hotel di Langkawi ni boleh memeningkan sedikit kepala juga sebenarnya. Banyak pilihan dan juga banyak lokasi yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada tujuan dan budget.

Seperti yang Mat Drat kongsikan di Entry sebelum ini....

Trip Mat Drat pertama kali bersama keluarga dahulu, untuk trip 5H4M Mat Drat menginap :
a. Langkawi Lagoon Resort 
- Langkawi Lagoon Resort ni terletak di kawasan Padang Maksirat.
- 2 malam kami di sini, Mat Drat pilih kerana untuk memenuhi kriteria anak-anak.... mereka nak hotel yang ada swimming pool. Pemandangan di swimming pool cukup cantik terutamanya ketika sunset. 2 



b. AB Motel di Pantai Cenang .
- Dan 2 malam berikutnya pula di AB motel, memang pilih lokasi pantai cenang. Mana bilik yang available, Mat Drat sambar sahaja.
- Ambik bilik / hotel di kawasan Pantai Cenang ni memang menyeronokkan. Pantai hanya beberapa meter dari pantai.


Untuk trip kali ni bersama rakan-rakan baru-baru ni pula, Mat Drat dan rakan-rakan menginap di:

De Baron Resort Langkawi (Baron Waterfront) 
- Terletak di Pekan Kuah. Kami pilih hotel ni bukan sahaja untuk memudahkan urusan logistik kami tetapi faktor bilik yang selesa dan harga yang berpatutan juga memainkan peranan .... maklumlah 5 malam menginap di sini dan duit poket sendiri kena keluar tu yang cari hotel yang agak murah. 

Nak makan juga cukup senang di kawasan sini. Ada banyak restoran di sekitar hotel De Baron ini....  nak jalan kaki ke restoram juga tiada masalah, dekat je.

Lagi satu, nak beli barang murah yang bebas cukai di RAMS juga senang sebab dekat. Kalau malas naik kereta, jalan kaki sahaja ke RAMS ni. Untuk yang belum tahu, RAMS merupakan salah satu pilihan membeli belah di Langkawi dengan harga murah. Boleh baca mengenai 'shopping di Langkawi' di entry Mat Drat berikutnya.

De Baron ni ada beberapa buah hotel / chalet di sekitar Langkawi. Jika nak tahu tawaran harga yang ada, boleh klik di sini 


Info Tambahan (Edited 5 Januari 2018):
Entry ni dahulu ditulis pada 2017 selepas trip Mat Drat bersama rakan ke Langkawi pada Dec 2016. Bila isteri baca dia kata 'lama' dah tak bawa anak-anak ke Langkawi. Jadi sempena cuti sekolah baru-baru ni, Mat Drat bawa mereka semua ke Langkawi.

Tapi kali ni trip lain sikit, kami tak naik flight atau naik feri. Sebaliknya Mat Drat bawa kereta masuk ke Langlawi dengan feri Roro. Nanti Mat Drat kongsikan pengalaman bercuti ke Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan feri Roro.

Dan untuk percutian ini, Mat Drat menginap 
- 2 malam di HIG Hotel n Aparment (Pekan Kuah) dan 
- 2 malam berikutnya di Malibest Resort (Pantai Cenang).



Kami menginapdi De Baron Waterfront. Budget kecik

Bilik basic je...Kira okey la untuk yang datang style  "orang-orang bujang"


Untuk pilihan hotel di Langkawi, boleh klik LINK ini :



Lokasi-lokasi Pilihan Penginapan di Langkawi:

A. Pantai Cenang

Jika ingin suasana yang agak 'happening', boleh lah menginap di hotel sekitar Pantai Cenang. Banyak hotel resort, motel dan chalet di sepanjang Pantai Cenang ini. Pantai Cenang ni boleh la dikatakan sebagai destinasi utama pelancong ke sini.... terutama pelancong luar negara.



Ramai yang pilih menginap di sini kerana pantainya agak cantik dan pemandangan agak mempersonakan terutama ketika sunset. Selain suasananya agak happening, di sini juga terdapat banyak kedai-kedai dan restoran. Senang nak makan, hanya perlu menapak sahaja dari hotel/chalet.

UnderWater World Langkawi juga terletak di Pantai Cenang.

Cuma sewaktu Mat Drat ke kawasan sini trip kali ni (Nov 2016), rasa tak berapa seronok pula kawasan ni. Kawasannya semakin sesak berbanding trip Mat Drat beberapa tahun dahulu. Dengan bangunan bertingkat yang semakin bertambah, dengan ada Mall pulak dibina disitu... rasanya agak kurang sesuai sebenarnya dibina di sini. Rata-rata pelancong yang datang kesini sebenarnya untuk menikmati suasana pantai, ni dah macam bandar la pulak. Tak mau komen lebih-lebih la. Jalan raya di sini yang sememangnya agak sesak terutama menjelang malam, dan kini bertambah sedikit sesak dengan pembinaan yang sedang berjalan.... menggangu pemandangan mata sungguh.





B. Pekan Kuah

Satu lagi pilihan adalah menginap di kawasan sekitar Pekan Kuah. Pekan Kuah ni lebih dekat dengan Jeti Kuah dan juga di sini terletaknya tempat membeli belah barangan bebas cukai. Cuma pantai agak jauh la jika menginap di sini...

Dataran Helang terletak di Pekan Kuah.

Bab nak makan, di sini tak ada masalah....memang banyak pilihan. Tapi kena ingat la, walau banyak mana pun restoran di sini tetapi sewaktu Musim Cuti Sekolah, memang rata-rata restoran akan penuh. 

C. Lokasi Lain

Selain dua lokasi pilihan utama di atas, beberapa tempat lain juga terdapat banyak hotel, resort, chalet, motel atau pun home-stay.

Antaranya di ;
Pantai Tengah - Lokasi Pantai Tengah ni sebenarnya berhampiran dengan Pantai Cenang.
Kuala Muda - Lokasi agak berdekatan dengan Airport Langkawi dan sedikit jauh dari kesibukan Pantai Cenang dan kesibukan Pekan Kuah. Agak hampir dengan Panorama Langkawi ( Langkawi Cable Car).
Pantai Kok


Mat Drat rasa, selain faktor harga bilik, kena consider juga faktor lokasi makan yang berdekatan. Kalau tempat makan jauh dari bilik penginapan, kita akan banyak buang masa untuk makan sahaja. Sekadar pendapat Mat Drat la... Siangnya dah letih berjalan, bila nak makan malam....jauh pula kena keluar, kesian anak-anak.


Untuk pilihan hotel di Langkawi, boleh klik LINK ini :








2. Tempat Makan Best di Langkawi

Dah pilih tempat penginapan, kena ambil tahu juga tempat destinasi nak makan. Set dan rancang awal-awal, jadi senang perjalanan di sana...tidak ada lah masa terbuang berpusing-pusing mencari tempat makan.





Memandangkan trip Mat Drat kali ni turut disertai 2-3 orang kaki makan... jadi bab makan kali ni memang tak ada masalah. Semuanya di putuskan oleh rakan-rakan Mat Drat. Mat Drat follow sahaja.

Boleh baca juga mengenai 'Tempat Makan Best di Langkawi' di entry berikutnya, ada Mat Drat sharekan.





Kak Yan Nasi Campur Langkawi - Ulu Melaka


Kami sampai di sini sekitar jam 1:30 petang, perut pun dah lapar. Kami terus menuju ke Restoran Kak Yan yang terletak di Ulu Melaka untuk makan tengah hari. Sampai-sampai kat situ, omakaiii....ramainya orang. Restoran ini menjadi tumpuan ramai rupanya untuk makan nasi campur di sini. Cukup terkenal sama ada dikalangan penduduk tempatan ataupun pengunjung yang datang ke Langkawi. Bas pun ada beberapa buah yang park ....  jadi memang ramai la. 


2 kali kami makan disini sebenarnya sepanjang 6H5M kami di sini.  Pada kali ke dua kami makan di sini, ada satu rombongan bas sekolah tiba tetapi semua pelajar terpaksa makan di dalam rumah. Tempahan makanan secara buffet telah dibuat dan pihak restoran pun telah reservekan satu khemah untuk mereka, tetapi khemah diduduki pula oleh pelanggan lain. Nak halau pelanggan tak manis sebab orang tengah makan (termasuk kami). Jadi tuan kedai siap bawa semua pelanggan tu (pelajar) makan dalam rumah dia, tapi rumah dia nampak macam luas la.... mungkin ruang tamu tu dah biasa di jadikan ruang makan kot sebab pantas je para pekerja pindahkan set buffet mereka.




Restoran Kak Yan Nasi Campur
Restoran Kak Yan Nasi Campur
 
Makan Best di Langkawi
Pilihan lauk memang banyak

Makan Best di Langkawi
Ruang makan memang agak luas...tapi pelanggan pun ramaiii


Makan Best di Langkawi
Beberapa bas yang berhenti... pun makan di sini 

Makan Best di Langkawi
Penuh... khemah reserve pun terpaksa digunakan



Laksa Sedap di Langkawi

Lepas makan di Restoran Kak Yan, kami terus check-in di hotel De Baron. Tak tahu nak buat apa kat bilik, sorang kaki makan ajak kami makan laksa pulak di Pantai Cenang berhampiran dengan Airport. Layan kan je...


Makan Murah di Langkawi
Terletak bersebelahan dengan runaway Airport Langkawi

Laksa Power Sedap Langkawi
Laksa Power...memang power


Laksa Power Sedap Langkawi
Makan laksa tepi pantai sambil di buai angin laut

Laksa Power Sedap Langkawi
Memang ramai orang di sini....santai

Makan sambil main chess tepi pantai... makan dan makan dan makan

Pantai cenang Langkawi
Seperti biasa... tunggu sunset teus sambil makan laksa

Pantai cenang Langkawi
YES.... Sunset moment di Pantai Cenang -Day 1

Ini dua tempat kami makan di hari pertama.... malam tu kami dah tak makan berat-berat, sekadar lepak minum teh je di  tengah malam.

Sepanjang 6H5M di sini, kami makan di sekitar Pekan Kuah sahaja terutama untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. Untuk makan malam tu dapat la makan jauh sikit....sampai ke Pantai Cenang dan di sekitarnya.


Harga makan di Langkawi ni tak la mahal sangat, biasa-biasa sahaja. Tapi jangan pula pergi restoran yang 'special'... yang tu memang kena bayar harga special la.

Mat Drat kongsikan beberapa tempat makan yang kami singgah dan tempat makan pilihan pengunjung ke Pulau Langkawi di entry berikutnya :






3. Tempat Menarik di Langkawi

Langkawi ni memang terkenal sebagai satu destinasi pelancong sama ada kepada pengunjung dalam negara mahu pun pelancong dari luar negara. Pulau langkawi menawarkan banyak tempat menarik dan pelbagai aktiviti juga boleh dilakukan di sini.



Bagi pandangan Mat Drat, kalau nak bercuti ke sini tanpa kelam kabut.... paling kurang datanglah bermalam minima 3 malam (4H3M). Tapi jangan pula menginap di sini 3 malam tetapi hari pertama sampai lewat petang dan hari ke empat pula balik di awal pagi. Jadi 2 hari yang tinggal memang tak cukup untuk meronda-ronda di sini.





Sebagai contohnya.... untuk Island Hoping perlu satu hari. Begitu juga untuk ke Cable Car, paling kurang 1/2 hari akan habis kerana perlu beratur panjang. Belum lagi habiskan masa di UnderWater World Langkawi, shopping barangan bebas cukai, pergi ke Rumah Mahsuri di Padang Maksirat, bermain di pantai dan aktiviti-aktivi lain. Jadi paling kurang kena ada 3 hari yang betul-betul full available di sini....baru berbaloi bercuti di sini.

Mat Drat turut kongsikan senarai tempat menarik di Pulau Langkawi di entry berikutnya :




Di dalam banyak-banyak tempat yang Mat Drat pergi kali ini, dapat menikmati suasana sunset dari Gunung Raya paling Mat Drat suka kali ni. Sangat suka...dan sangan berpuas hati. Jarang dapat moment sunset macam ni, terutama dari atas puncak gunung.


Tempat-tempat lain tu sebab dah pergi dengan family masa trip sebelum ni, tu yang tak berapa nak teruja. 

Untuk trip ke Gunung Raya Mat Drat buatkan satu entry khas. Sila KLIK



Sunset at Gunung Raya Langkawi
Best moment ni....sunset di puncak Gunung Raya



4. Shopping barang Murah di Langkawi


Langkawi juga terkenal sebagai satu destinasi bebas cukai (duty free zone). Jika ke sini, jangan lupa la beli barang-barang yang agak murah jika dibandingkan dengan harga di tanah besar. 



Biasanya kalau perempuan datang ke sini, aktiviti mencari set cari pinggang mangkuk aktiviti utama.... memang murah di sini Mat Drat akui sebab trip dahulu Mat Drat memang banyak membeli.










Jika lelaki pula terutama kaki-kaki smoker, rokok sekartun dua pasti beli punya untuk di bawa balik... 


Biasa pengunjung yang datang ke Langakawi juga pasti akan beli buah tangan lain seperti produk berasaskan gamat (minyak urut, jeli dll), coklat dan juga kain baik/kain pelikat.

Untuk perkongsian sedikit terperinci serperti lokasi... Mat Drat kongsikan di entry berikutnya :


5. Tips Bercuti di Langkawi



Langkawi ni memang sentiasa ramai pengunjung terutama hujung minggu. Apatah lagi kalau cuti sekolah dan sewaktu LIMA. Jadi perlu tahu beberapa tips kalau bercui ke sini.

Harap-harap tips yang Mat Drat senaraikan dapat membantu melancarkan percutian para pembaca.

Mat Drat kongsikan ringkasan tips di entry berikutnya :
👉👉  Tips Bercuti di Langkawi 



Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Selamat Bercuti.


~mat-drat~


Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇




Untuk Trip ke Langkawi kali ini, Mat Drat rangkumkan semuanya di entry-entry berikut.
>> Percutian Ke Langkawi
>> Tips Bercuti di Langkawi

>> Senarai Kereta Sewa Murah di Langkawi
>> Hotel Pilihan di Langkawi

>> Tempat Makan Best di Langkawi
>> Tempat Menarik di Langkawi

>> Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah

>> Oh Cantiknya sunset moment di Gunung Raya Langkawi




2 comments:

  1. tengah fikir2 nak bilik and hotel mana ni huhu ingat nak yang hadap pantai tapi ada anak kecik umur setahun huhu pening2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah takde apa... Kalau di pantai Cenang rasanya tak ada masalah, sbb tempat tak sunyi..

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.