Nak share satu tempat makan roti canai yang best area Rawang dan Sg Buloh iaitu Warung Roti Canai Pak Sarip.
Lokasi :
Warung Roti Canai Pak Sarip ni terletak di Kampung Melayu Sri Kundang.
Kg Melayu Sri Kundang ni terletak di jalan Kuandang - Sg Buloh. Jika dari Sg Buloh ia selepas Tasik Biru dan jika dari Rawang pula, sudah pastinya ia sebelum Tasik Biru.
Warung ni terletak di tepi jalan di selekoh Kampung Melayu Sri Kundang. Jika gunakan WAZE, serach sahaja "Roti Canai Pak Sarip".
Jika datang pada hujung minggu, warung ni agak penuh...jadi kena tunggu sekejap untuk dapat tempat kosong.
Walau pun penebar roti canai di sini lebih 3 orang, rasa roti canai tetap sama.... macam ada QC pulak... Boleh control.
Antara penebar roti canai di sini |
Antara penebar roti canai di sini |
Menu Pilihan :
Menu pilihan ramai pastinya roti canai. Tak perlu menunggu lama kerana ada 3 -4 orang penebar roti canai di sini.
Pilihan utama saya... roti canai banjir kuah kari.
Biasa saya mesti kena makan 2 keping....bukan saya sahaja, anak-anak saya juga.
Selain roti canai, nasi lemak juga ada dan juga kuih-kuih tempatan. Mana la tahu ada yang ke sini tapi tak makan roti canai....jangan risau, ada pilihan lain.
Roti Canai Banjir |
Nasi lemak |
Suasana di dalam warung |
Seorang 2 keping...biasanya
mat-drat
Roti canai tu nampak menyelerakan
ReplyDeletewww.cikza.com
scrumptious!
ReplyDelete