Pages

Friday, 15 April 2016

Trip Paris - Day 1

Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik


................................................................................................................
Terbaru  2018 :
Baca perkongsian terbaru Mat Drat jika ingin melancong atau bercuti ke Paris.
Perkongsian ni agak detail dan juga ada info-info terbaru. 
................................................................................................................

Trip Paris :  River Cruise dan Pond de Art 



Day 1....
Selesai merehatkan badan sekajap di Hotel,kami memulakan aktiviti jalan-jalan di Paris. Ikut itinerry yang dirancang, tempat menarik yang akan kami lawati petang ni adalah :

- Museum De Louvre (beli tiket)
- Pont De Arts
- Seine River Cruise
- Eiffel Tower - view tower waktu sunset dari Trocendro



Makanan Halal Pertama di Paris

Dari Hotel ke station metro, kami singgah dahulu untuk lunch di restoran Grec Algerian di bawah ni sebelum meneruskan perjalanan ke Museum Du Louvre.

Sebenarnya di Paris tidak sukar mencari makanan halal sebab di sana ramai orang dari Algeria, yang rata-ratanya mereka adalah Muslim. Cuma kita kena pilih hotel atau penginapan berhampiran dengan kawasan mereka. Dan salah satu sebab Mat Drat pilih Victoria Hotel ni adalah kerana restoran halal yang berdekatan, cuma selang 3 4 lot kedai sahaja dari hotel. Juga kedai runcit bersebelahan hotel, senang nak beli apa-apa keperluan.




Sepanjang kami disini, restoran Grec Algerian ini menjadi pilihan kami. Pekerjanya tidak sombong, boleh berbual sebab mereka suka kami orang Malaysia. Dan dapat Mat Drat guna sepatah dua bahasa arab dengan salah seorang pekerja mereka. 

Mereka tidak berbahasa Inggeris, susah betul saya nak minta cili sos masa kat sini. Minta cili, diberi chili. Minta sos, diberi tomato sos. Akhir sekali dia tunjuk macam cili giling, Mat Drat hangguk je la kepala, buat menambah selera makan.


Lagi pun seronok di Restoran Grec Algerian ni sebab sepanjang masa restoran ni memperdengarkan bacaan ayat suci Al Qurran. 

Rupanya di sini, kita makan.... tray kita kena angkat sendiri dan buang sisa makanan dalam tong sampah macam di McD tu. Air free flow.... tapi air kosong la. Air lain, kena kena bayar la.



Makanan Halal Pertama di Paris
Restoran Grec Algerian.

Makanan Halal Pertama di Paris
Restroran ni tak ada sediakan kerusi dan meja bulat kecil di hadapan kedai,
 seperti kebanyakan cafe dan bistro di Paris


Makanan Halal Pertama di Paris
Harga kira murah... 5- 10 Euro satu set. Pilih mana berkenan


Makanan Halal Pertama di Paris
Selama 3H2M... inilah restoran pilihan kami.


Selain Restoran Grec Algerian ni, terdapat lagi dua restoran halal di kawasan ini iaitu Extra Doner dan Chez l'Ami

Betul-betul di sebelah tangga station metro Marcadet-Poissionier. Cuma kami tak makan di sini sebab keadaan rsetoran yang agak tertutup. Berbanding Grec Algerian tadi, pemilik dia duduk santai di luar restoran pada hari pertama kami sampai. Nampak pemilik tu, buat kami lebih yakiiin makan di Grec Algerian.


Bila travel ke negara-negara yang Muslim minority, mencari resoran halal satu perkara. Dan 'menerima' status halal yang mereka pamirkan juga satu perkara.




Restoran Extra Doner.


Ada tertulis "HALAL" dicermin restoran.



Musee Du Louvre dan Placa du Corousel

Tempat Menarik di Paris
Musee du Louvre




Peminat filem Da Vinci Code dan Tom Hanks pasti ingat satu scene di bawah ni

Tempat Menarik di Paris
Tempat yang sama, masa dan pelakon berbeza


Kami sampai di Museum Du Louvre ini sudah petang, tetapi pengunjung dan pelancong tetap ramai. 

Hari kami sampai ni memang museum De Louvre ni ditutup tapi tak sangka pula kaunter tiket juga di tutup. Jadi kami bersiar-siar sambil ambil gambar di sekitar sini. Pagi-pagi esok kami kena datang semula untuk dapatkan tiket. 

Baca entry saya Trip Paris Day 2 untuk tahu Tips macam mana saya dapat tiket tanpa beratur dan elak dari buang masa beratur 1 jam, atau mungkin 2 jam semata-mata nak dapatkan tiket ni!

Memandangkan tak dapat beli tiket hari ni, kami ambil masa untuk bersantai di sini (Musee Du Lourve) dan di sekitar Placa Du Corousel sebelum ke Pont de Art.



Tips: 

Kalau ada penjaja berkulit hitam jual key-chain, boleh la tawar menawar dengan mereka. Harga mereka cukup murah, dengan mereka kita boleh tawar menawar lagi walau harganya sudah murah.


Gambar sekitar Musee Du Louvre dan Placa Du Corousel

Pyramid Musee du Louvre Tempat Menarik di Paris
Pyramid Musee du Louvre
Pyramid Musee du Louvre Tempat Menarik di Paris
Pyramid Musee du Louvre
Tempat Menarik di Paris
Banyak betul patung kuda kat Paris ni 

Tempat Menarik di Paris
Mencuba memegang puncak pyramid, tetapi gagal...  jurucamera yang gagal!!

Pyramid Musee du Louvre Tempat Menarik di Paris
Maklumlah lah... pertama kali jejak kai ke Paris, memang banyak la bergambar.
Lagi gambar berlatar belakangkan Pyramid Musee du Louvre


Tempat Menarik di Paris
Kalau penjual ni tak datang kat kita, panggil je dia. Harga mereka memang agak murah.


Di sebelah Museem De Louvre ni terdapat Palace du Corousel, juga menjadi tumpuan pelancong bergambar. 

Di bawah Placa du Corousel ni ada shopping complex. Luangkan masa dan ambil la gambar puas-puas area Placa du Cosousel ni...



Gambar sekitar Palace du Corousel

Palace du Corouse Tempat Menarik di Paris
Di tengah-tengah dataran antara Musee du Louvre dan Palace du Corousel

Palace du Corouse Tempat Menarik di Paris
Placa du Corousel
Tempat Menarik di Paris
Placa du Corousel
Tempat Menarik di Paris
Palace du Corousel.

Pont de Arts

Dari perkarangan Musee du Louvre, kami menapak menyusuri tebing Seine River ke Pont de Arts. Jaraknya cuma dalam 500-600 meter dari Palace du Corousel.

Pont de Arts ni merupakan salah satu jambatan yang menyeberangi Seine River. Di Paris ini sahaja tak tahu entah ada berapa banyak jambatan yang menyeberangi Seine River. Memang banyak jambatan dan jambatan tu cantik-cantik pulak tu.


Pont de Arts ni menjadi tumpuan pelancong kerana ia menjadi satu destinasi orang ramai datang untuk meletakkan mangga kunci di situ. Siapa lah yang memulakannya dan sempena apa dia buat, sehingga menjadi ikutan pengunjung dan pelancong yang dating ke Paris. Orang ramai datang untuk mengunci manga di tepi pagar jambatan dan akan mencampakkan anak kunci ke dalam sungai sebagai satu simbolik menyimpan rahsia atau pun sebagai memeterai satu perjanjian. 


Tapi sejak kebelakangan ini untuk mengelak dari orang ramai meletakkan lagi manga kunci di situ, pihak berkuasa tempatan mereka telah menutup dinding / pagar jambatan di sepanjang Pont de Arts ni. Katanya tujuan penutupan adalah untuk mengelak dari jambatan runtuh kerana menampung berat yang melampau dan juga untuk mengelakkan struktur dinding / pagar jambatan rosak . 


Bayangkan apabila pagar di gayutkan dengan beribu-ribu manga, lama-lama rosak la pagar tu. Belum lagi pencemaran kepada sungai apabila beribu-ribu anak-anak kunci dicampakkan ke dalam sungai.



Tapi kami perhatikan ada sahaja papan-papan yang menutupi pagar jambatan di kopak untuk diletakkan mangga kunci. Tak dapat letak mangga di atas jambatan, di pagar-pagar menuju Pont de Arts juga menjadi tempat mereka melepaskan hajat. Dan yang paling sadis, bukan sahaja di jambatan Pont de Arts menjadi mangsa.... malahan jambatan bersebelahan dan berdekatan juga menerima tempias apabila turut digantung dengan mangga-mangga kunci.

Kalau ada yang berhajat nak gantung mangga kunci... bawa siap-siap dari Malaysia ye. Ada juga 2-3 orang yang menjual mangga dengan harga 5 euro satu.



Mat Drat memang teringin ke Pond de Art ni sebab teringat satu scene filem "Now You See Me".. antara Hero Mark Ruffalo dan Heroin MΓ©lanie Laurent di situ. 


Now You See Me Mark Ruffalo Pont  De Art
Scene Now You See Me : di  Pont  De Art


Now You See Me : Mat Drat di  Pont  De Art


Now You See Me Mark Ruffalo Pont  De Art
Now You See Me : Mat Drat di  Pont  De Art
Scene ending Now You See Me : di  Pont  De Art
Scene Now You See Me : Mat Drat di  Pont  De Art



Antara gambar kunci-kunci yang dimaterai di jambatan Pont de Arts....


Sebelah tu ruang dah kosong sebab dinding jambatan dah roboh bersama mangga kunci....

Tempat Menarik di Paris Pont De Art Kunci Lock
Kunci-kunci dah bertindih-tindih. Bukan lagi dimangga di dinding,tetapi dimangga pada kunci.
Kunci atas kunci, mana tak roboh.... tak mampu dinding jambatan ni menampung berat 

Tempat Menarik di Paris Pont De Art Kunci Lock
Ini bukan di atas jambatan, tetapi di pagar tebing sunagi berhampiran Pont de Arts.
Tak dapat gantung kunci di atas jambatan, mereka gantung di tebing sungai.

Tempat Menarik di Paris Pont De Art Kunci Lock Bridge
Bukan kecik-kecik punya mangga... saiz mangga motorsikal pun ada.

Tempat Menarik di Paris Pont De Art Kunci Lock Bridge
Dinding di tebing sungai... berderet dipenuhi mangga, 
berlapis-lapis dah mangga ni semua.

Setelah puas belek-belek mangga yang ada di sepanjang jambatan sungai ni, kami terus ke destinasi kami seterusnya untuk pengalaman Boat Cruise di Seine River.



Seine River Cruise


Di seberang River Seine sana, kami nampak banyak bot-bot berlabuh ditepi sungai. Sangkaan kami ianya merupakan bot-bot untuk Seine River Cruise, jauh kami menapak menuju ke situ.... apabila sampai rupa-rupanya semua tu bukan untuk boat cruise tapi adalah boat cruise untuk package sekali dengan dinner. 

Package sudah pasti agak mahal dan bab status ke-halal-lannya sendiri faham la. Jauh-jauh kami menyeberang, tak ada bot cruise, keciwa..... Ada satu kaunter tiket turut menjual tiket untuk boat cruise, tetapi kami kena naik di station bot 'Vedettes de Paris' berhampiran Eiffel Tower. Tiket tak ditetapkan masa tapi valid untuk beberapa hari. Kami bercadang untuk naik boat cruise petang tu juga memandangkan tiada apa aktiviti lain di petang itu.




Nampaknya terpaksa pulak kami menapak ke station metro terdekat. Check menggunakan Application Metro Renfe, yang kami download ke handphone... station metro terdekat adalah station Musee d'Orsay yang jauhnya hampir 800 meter. 

Jauh kalau ikutkan, tapi berjalan di Paris ni tak terasa jauh sebab kita dapat melihat bangunan-bangunan yang senibina cukup cantik. Sebenarnya di Musee de Orsay tadi ada juga hajat nak terus melawat ke situ, tapi difikir-fikir tak berbaloi bayar tetapi masa lawatan hanya tinggal satu jam lebih. Jadi kami terus menuju ke jeti Vedettes untuk boat cruise.


Dari station Museed'Orsay train kami terus ke station Champ de Mars - Tour Eiffel. Dan dari sini pula kami kena menapak dalam 600 meter lagi. 


Nampak je Eiffel Tower depan mata buat pertama kali,  mula terasa teruja... apa lagi, bergambar sekeping dua.





Tempat Menarik di Paris Eiffel Tower
Bunga-bunga mekar di sepanjang jalan menuju Eiffel Tower

Tempat Menarik di Paris Eiffel Tower


Tempat Menarik di Paris Eiffel Tower
Kota cinta la katakan....
Tempat Menarik di Paris Eiffel Tower
Yezzaa.......

Kami teruskan berjalan menuju station bot 'Vedettes de Paris', ia betul-betul berhampiran Eiffel Tower, ada laluan di sebelah Corrousel Eiffel Tower. Gerai-gerai di sekitar Corrousel ni pula jual minuman dan makanan tersangat la mahal... mineral water kecil pun € 4.00 sebotol.


Dari atas jambatan sebelum turun ke station boat kat bawah tu....

Kami sampai di station tapi bot dah penuh. Tak dapat naik dan kena tunggu next trip lagi 30 minit. 

Bot cruise ni berlepas ikut masa setiap 30 minit. 30 minit menunggu, terpaksalah melepak je mengadap Seine River sambil layan buskers yang ada kat sini. Sementara menunggu, nak minum-minum pun boleh, restoran pun ada kat sini. Kami hanya layan busker dan masuk ke kedai souveniour sahaja.

Kiranya kami orang pertama yang naik bot bila trip bot kami tiba. Boleh la pilih seat paling cantik kedudukan, atas dan depan sekali. 

Duduk di atas area atas open space, boleh layan angin petang.  

Ops.... No Photography please


Cruise akan mengambil masa 45 minit lebih kurang, pegi dan balik. Kami ambil cruise dah petang, memang terasa kesejukannya apabila di tiup angin.. Di sepanjang cruise akan ada tourist guide yang menceritakan kan serba sedikit mengenai sesuatu lokasi yang di lalui.

Pilih la bot yang macam kami naik ni, tak besar dan tak padat sangat. Ada boat yang terlalu besar dan terpaksa duduk di deck bawah, kurang menarik view nanti.



Antara gambar semasa Seine River Cruise


Seine River Cruise Paris
Yezz... Kami dapat seat tingkat atas dan depan sekali

Seine River Cruise Paris
Cruise pun bermula


Bot kami ni tak ramai sangat ... tak besar mana pun. Okey la.
Tengok bot yang kat belakang tu, penuhhhh dan padat

Seine River Cruise Paris
Datang pulang geng 4-5 orang ni dari tingkat bawah.... ganggu view kami. chittt


Seine River Cruise Paris
Tengok boat sana tu.... mak aiii, ramainya manusia

Seine River Cruise Paris
Ni restoran terapung tadi.... yg berdekatan dengan Pont de Arts

Seine River Cruise Paris
Selisih dengan satu boat... kebanyakan bot-bot lain memang besar dan panjang


Seine River Cruise Paris
Semasa cruise...  kita akan banyak lalui jambatan dan setiap satu jambatan ada keunikan
dan sejarah tersendiri. Kata tourist guide atas bot ni la

Seine River Cruise Paris
Menghampiri jambatan Pont de Arts.... dipenuhi dengan mangga-mangga kunci

Seine River Cruise Paris
Salah satu jambatan dengan keunikannya tersendiri...zoom la

Pada satu-satu masa, akan ada banyak boat cruise. Sentiasa akan berselisih

Seine River Cruise Paris
Tak silap nama jambatan ni Pont Marie... Antara yang tertua..1605 dah dibina!

Seine River Cruise Paris
Tak silap, ini berlatar belakangkan Musee d'Orsay


Seine River Cruise Paris
Belakang tu..Notre Dame


Seine River Cruise Paris
Notre Dame
Seine River Cruise Paris
Notre Dame yg dah berusia beratus tahun....

Seine River Cruise Paris Notre Dame Sunset
Dan note Dame waktu senjakala...boat dah berpatah balik, kira dah di penghujung cruise

Bila lagi dapat ke sini... tak tahu la...


Selesai 45 minir ber river cruise, seterusnya kami menuju ke satu lokasi, katanya tempat paling cantik untuk lihat Eiffel Tower.... Trocandero


...


...


View Eiffel Tower Paris dari Trocandero

Tracandero ni antara lokasi paling diminati untuk merakam gambar Eiffel Tower.

Mat Drat memang suka suasana sunset... selagi boleh kejar view sunset yang cantik dan indah, Mat Drat akan kejar. Kali ni ada peluang melihat keindahan sunset di Paris berlatar belakangkan Eifel Tower. Trocadero pilihan Mat Drat sebab ia memang terkenal antara tempat paling cantik untuk view Eiffel Tower.

Dari station river cruise tadi, kami menuju pula ke Jardin du Trocadero. "Jardin" ni maksud nya taman di Paris....

Sambil menikmati keindahan saat terbenamnya mentari di sini, kita akan ditemani oleh penyanyi-penyanyi busker dengan lagu-lagu cinta. Hulurkan la sikit barang sekeping dua syiling kalau rasa terhibur.

Satu kepuasan juga dapat melihat keindahan senjakala di sini.

Tak ada apa-apa nak tulis, cuma berkongsi sedikit gambar Eiffel Tower..... terutama gambar yang kami ambil dari Trocadero.


Trocadero Eiffel Tower
Dari Eiffel Tower kita akan melalui taman dan fountain yang cantik

Eiffel Tower Trocadero
View dari Trocadero

Eiffel Tower Trocadero
View dari Trocadero
Eiffel Tower Trocadero
Lagi..View dari Trocadero


Eiffel Tower Trocadero
Ada hiburan... penyanyi busker akan ada menghiburkan kita dengan love song...



Eiffel Tower Trocadero Sunset View
Senjakala di Eiffel Tower

Eiffel Tower Trocadero Sunset View
Paris... kota Cinta

Eiffel Tower Trocadero Sunset View



Tamat Day 1....

Balik ke hotel dan dinner kami malam ni di restoran Grec Algerian lagi. Kami keluar dari station metro Marcader-Poissinioer, dan singgah di restoran ni lagi sebelum balik ke Hotel.


Makanan Halal Paris Grec Algerian
Restoran Halal di Paris - Grec Algerian


Entry-entry Trip Paris ini



Day 1 - Part 1




Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik

Day 1 -Part 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur

Day 2 - Part 1






Day 2 - Part 2




Day 3 - Part 1

  


Day 3 - Part 2











~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡








No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.