Feri ke Pulau Pangkor
Gambar : Marina Island
1. FERI KE PULAU PANGKOR
Ini perkongsian ringkas bagi mereka yang nak ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri dari Jeti Marina.
Untuk ke Pulau Pangkor, sebenarnya ada 3 pilihan. Boleh menaiki feri dari ;
1. Jeti Lumut
2. Jeti Marina
3. Jeti Teluk Batik
Sebelum ada Jeti Marina beberapa tahun dulu, Jeti Lumut pilihan utama. Sejak jeti Marina dibuka, orang ramai lebih suka ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina ni.
Rasanya orang suka guna feri dari Jeti Marina ni sebab jimat masa.
Nota (28.10.2022)
Nanti Mat Drat update trip terbaru Mat Drat ke Pangkor. 3H2M di Pulau Pangkor.
Sebelum tu, jemput baca 2 perkongsian berkaitan...
|
|
...............................................................
Jemput singgah Youtube Chanel Mat Drat 😊
Jemput singgah chanel Youtube Mat Drat.
Mat Drat baru start belajar create travelog video. Jangan lupa subscribe ya... TQ 😊😊
.
Mat Drat baru start belajar create travelog video. Jangan lupa subscribe ya... TQ 😊😊
.
...............................................................
2. Masa Perjalanan Ke Pulau Pangkor
Menaiki perjalanan feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina ni dapat jimat banyak masa.
Masa perjalanan ;
- dari Jetty Marina : hanya 10 minit
- dari Jetty Lumut : 40-45 minit
NOTA : (UPDATE 2023)
KLIN VIDEO YOUTUBE
👇👇
3. Tambang Feri Ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina
Tambang feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina berbeza untuk 'warga' Pulau Pangkor dan orang awam.
Tiket dijual untuk 2 hala. Kita pelancong (orang awam), beli tiket 2 hala (pergi balik). Jangan hilangkan tiket tu bila sampai di Pulau Pangkor sebab akan guna tiket yang sama untuk balik.
Tiket Umum (Orang Awam) - Harga 2022*
- Dewasa : RM 20.00 (2 hala)
- Kanak-kanak : RM 10.00 (2 hala).
Utk trip 2022 baru ni, Mat Drat beli online shj. Print boarding pass siap-siap, tak kelam kabut kat jetty.
Kaunter tiket dibuka se awal 6.30 am. |
Biar sampai awal, tak perlu berebut dengan orang ramai |
4. Jadual Feri Ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina
Oleh kerana masa perjalanan Jeti Marina - Pulau Pangkor - Jeti Marina yang singkat, maka di sini kekerapan feri lebih tinggi.
Boleh kata setiap jam ada feri berlepas. Walau bagaimana pun, perlu semak di laman web rasmi mereka untuk jadual jeti terkini.
[ Ingat ] : Jadual feri masih tertakluk kepada perubahan operator feri.
Jadual Feri Jeti Marina ke Pulau Pangkor
Feri terawal 7.15am dan terakhir 8.00pm
Jadual Feri Pulau Pangkor ke Jeti Marina
Feri terawal 6.45am dan terakhir 7.30pm
Jadual Feri Marina - Pangkor - Marina |
Jadual Feri Pulau Pangkor ke Jeti Marina sewaktu PKP Covid-19
Pastikan jadual terkini operasi feri dan jeti ini sewaktu PKP kesan dari pandemic Covid-19 ini.
Pastikan patuh SOP yang ditetapkan.
Sila rujuk laman web Marina Island untuk maklumat terkini.
5. Parking di Jetty Marina
1. Lot parking agak luas. Tapi jangkakan kereta akan berparking di tengah panas.
2. Parking berbumbung sangat limited. Harga mahal sikit, tapi tetap penuh.
3. Parking VIP pun ada, lagi mahal tetapi pun cepat penuh juga.
4. Better datang awal untuk dapat lot parking yang agak berdekatan dengan terminal.
Bukan apa, jika lambat, parking agak jauh. Jadi kena jauh sikit berjalan (tak jauh mana pun). Mat Drat suka parking dekat-dekat dengan terminal, untuk lebih keselamatan.
Kalau bawa anak-anak ramai atau warga emas, boleh terus ke terminal/komplek untuk turunkan penumpang sebelum parking kereta.
[ Ingat ] :
Jangan tinggalkan barang berharga dalam kereta.
Jangan lupa tutup lampu kereta.
Jangan tinggalkan power bank atau botol air mineral.
Jangan lupa lock kereta.
Kadar Parking
RM 0.70/ jam - tak berbumbung
RM 10/hari - tak berbumbung
RM 15-20/ day - berbumbung (per entry)
RM 20-30/ day - VIP /
* Parking berbumbung, masuk je terus kena caj parking rate daily. 1 Hari bukan ikut kiraan bilangan 24 jam ye, tapi ikut hari kalender.
* Contoh masuk Sabtu 3pm dan balik Ahad 1pm, ni dah kira 2 hari ye.
RM 30/day (VIP Parking)
Parking VIP. Berbumbung dan dekat terminal. |
6. Bas ke Jeti Marina - Nak ke Pulau Pangkor
Bagi yang menaiki pengangkutan awam (bas ekspress), jangan risau. Boleh terus naik bas dan turun di sini.
Beli tiket online je macam diportal Bus Online lebih senang. Memandangkan operator bas sangat limited, dan bilangan bas pun tak banyak setiap hari, jadi belilah tiket awal dan beli retutn tiket siap-siap.
[Ingat] :
Jangan lupa beli tiket return siap-siap ye, nanti balik dari Pulau Pangkor tak risau tak dapat tiket.
Cek jadual terkini. Poster ni panduan sahaja ye. Cek online di Bus Online.
Jadual Bas Kuala Lumpur ke Jety Marina. Bukan jadual terkini ni ye. Untuk jadual terkini, cek link di atas.. |
Tambang Bas Kuala Lumpur ke Jety Marina (Bukan harga terkini). Harga terkini cek online link di atas. |
7. Kemudahan di Jetty Marina
Surau ada disediakan. Selesa.
Restoran dan Cafe juga ada. Boleh pilih mana berkenan.
Tempat menunggu juga selesa.
Dan nak bergambar sekitar sini pun okey, cantik view di sini.
Signboard surau cukup jelas. Jangan lupa tunaikan kewajiban sebagai umat Islam. |
Kalau masa terluang banyak, pi kat jeti kayu ni. Cantik kalau awal pagi |
Berlatar belakangkan Pulau Pangkor |
Ruang menunggu |
Marina Yatch Club. Minta kebenaran nak masuk ye. Tak boleh masuk suka-suka |
Ini perkongsian ringkas bagi mereka yang nak ke Pulau Pangkor dengan menaiki feri dari Jeti Marina.
Harap bermanfaat.
Klook.com
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
salam sejahtera En Mat, kalau naik motor - blh parking di parking VIP ke? Terima kasih
ReplyDeleteSorry tuan...tak perasan komen pertanyaan tuan.
DeleteSaya tak perasan parking motor vip.
Assalam cik mat ada kemudahan utk oku x...cth laluam kerusi roda
ReplyDeleteWadallam...maaf tuan .tak perasan.
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Sangat bermanfaat.
ReplyDeleteTq singgah blog saya
Deleteas salam ...untuk yang berkerusi roda camne...ada kemudahan disediakan tak...
ReplyDeleteSatu perkongsian info yg terbaik. Sy rancang nak bawa famili ke sini minggu kedua Januari 2022. insya-Allah. Terima kasih. Moga tn beroleh rahmat-nya
ReplyDeleteKalau ad emergency case malam nk kena balik dari pangkor mcm mna yaa . Ada bot kecil ke
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteAda feri ke utk bwk moto ke pangkor, jeti yg mana dan tambang
ReplyDeleteRasanya boleh bawa motor ke pngkor tp bukan Dari Jeti Marina. Kena naik dari Jeti Lumut
DeleteSalam, tiket feri kn booking online ke bosku
ReplyDeleteWalk in je..😊
DeleteSalam. Berkenaan harga feri tu, sama atau Lumut lagi mahal dari Marina Bay or vice versa?
ReplyDeleteTksh ats mklman, amat membantu.
ReplyDeleteSalam...kalau feri pukul 1pm.. jam berapa sebaiknya kena berada marina jeti ye?
ReplyDelete