Kita adalah pengembara dalam kehidupan ini. Jadi mengembaralah di muka bumi ini.
Menjadikan blog sebagai medium berkongsi pengalaman dan tips serta panduan untuk mereka yang ingin bercuti dan mengembara.
Pages
▼
Tuesday, 29 January 2019
Travelog Trip London (Part 4) Day 1 - Tower Bridge dan Tower of London
Okey, untuk itenerari hari ni Mat Drat destinasi 1, Stamford Bridge Mat Drat dah cover, jadi Mat Drat terus ke destinasi berikutnya ....Tower Bridge dan Tower of London
Stamford Bridge (Stadium Chelsea) ✔️
Tower Bridge (bukan London Bridge ye)
Tower of London
London Central Mosque
Sherlock Holmes Muzium
Oxford Street
Tower of London dan Tower Bridge
Kedua-dua ikon London ini terletak berdekatan antara satu sama lain.
Jika ke Tower Bridge, terus je la ke Tower of London. Atau kalau ke Tower of London, pergilah ke Tower Bridge.
Kedua-dua ni adalah ikon dan mempunyai sejarah tersendiri, kalau dah ke London tak ke sini lihat depan mata, rasanya satu kerugian.
Kalau tengok menara Tower of London dengan menara Tower Bridge ni, kedua-duanya hampir sama.
Bila sebut Tower Bridge, jangan tertukar pulak dengan London Bridge ye.
London Bridge atau Tower Bridge yang betul ?
Ramai yang keliru antara kedua-dua ni.
Mat Drat sebelum ke London pun sangka jambatan ikon London tu adalah London Bridge, TETAPI sebenarnya yang tu adalah Tower Bridge.
London Bridge pula ni jambatan yang berdekatan dengan Tower Bridge, tetapi jambatan asal telah digantikan dengan jambatan baru.
Bukan la ambik tahu sangat, tapi bila anak-anak layan lagu "London Bridge Has Fallen Down" kat you tube, kita pun tengok sekali dan lagu tu pulak guna Tower Bridge sebagai background video clip. Jadi secara automatik, Mat Drat pun sangka tu la London Bridge
Ni video tu...video yang tak tepat sebenarnya gambaran jambatan..
Cara Ke Sini
Mat Drat kongsi 3 cara ke sini, Underground Tren, Bus dan River Cruise.
Mat Drat ke sini dengan underground tren (Day 1) dan River Cruise (Day 2)
1. Underground Tren Tube
Turun di Station Tower Hill (District dan Circle Line)
5 minit jalan kaki je.
Signboard cukup clear.
Tak nampak signboard, boleh nampak bangunan tu atau pun ikut orang ramai.
Station Tower Hill, waktu puncak memang ramai orang. Kira station utama ni.
Di station Tower Hill, ada kedai souveniour. Boleh la sebab harga tak terlalu mahal.
2. Riverboat
Turun di Tower Pier
Boleh naik river taxi atau river cruise
Day-2, Mat Drat naik Thames River Cruise dari Big Ben dan turun di sini.
3.Bas
Kalau bas merah double decker tu, boleh naik bas 15, 42, 7 atau 100
Klaau naik Tour Bas, kebanyakkan bas akan singgah di sini
TOWER BRIDGE
Tower Bridge adalah jambatan yang boleh diangkat (dibuka) dan bersuspensi yang di bina pada tahun antara 1886 - 1894. Kira kapal boleh lalu melepasi jambatan ni bila ia diangkat.
Tower Bridge ni berhubung dengan Tower of London dan menjadi ikon bagi London.
Jambatan ni memang epik, dah lebih 100 tahun. Rekabentuk Tower Bridge ni yang agak menonjol senibina nya menjadikan ia gah sebagai ikon London.
Banyak filem-filem yang blockbuster buat shooting di sini ataupun ada menggunakan Tower Bridge ni sebagai scene dalam filem.
Filem London Has Fallen, James Bond, Mission impossible, Tom rider, The Mummy Return antarafilem yang ada menyelitkan Tower Bridge dalam scene mereka.
James Bond 007, ejen perisikan M15 British memang hebat. Betapa hebatnya ejen 007, sampaikan perasmian sukan olimpik London 2012 dulu dia (Daniel Craig) boleh ada scene dalam majlis perasmian. Siap jemput Queen Elizabeth di Buckhingam Palace dan lalu bawah Tower Bridge. Bukan senang-senang dapat lalu celah Tower Bridge tu dengan helikopter, silap hari bulan kalau terlanggar...habis ikon London.
Ni video dari Youtube...gembak gile perbukaan Olimpik 2012 dulu
Harga Tiket
Dewasa : £9.80
Kanak-kanak :£4.20 (5-15 tahun)
Nak jimat, beli secara online in-advance
Nak jimat lagi, beli dari KLOOK (diskaun dan kredit)
Kalau beli di KLOOK, jangan lupa print baucer untuk reference
Jadi terpaksa beli payung kecil (payung lipat) dengan penjajaluar station.
Harga payung ,£5 = RM 30
Hari ni Sabtu, jadi orang memang ramai.
Kaunter tiket Tower of London dan Tower Bridge berada di kaunter lain-lain., bukan sekali ye.
1. Tower Of London
Mat Drat dan isteri tak masuk ke dalam Tower of London ni sebab
Orang agak ramai
Harga tiket agak mahal
Tak ada niat nak masuk pun, masa tak mengizinkan
Kawasan agak luas, rasanya 1 jam lebih akan ambil masa nak explore dalam ni.
Lusa Mat Drat nak castle di Edinburgh, sana lagi best
Mat Drat sekadar bergambar di sekeliling sini. Cuaca kurang memihak kepada kami sebab hujan gerimis dan awan agak berawan.
2. Tower Bridge
Asalnya kami nak naik ke atas, tapi bila sampai sini, masa seakan tak mengizinkan.
Jadi kami berpatah balik dan menuju je Tower Hill Station untuk ke Masjid London pula
DAY- 2
Kami naik river cruise dari Big Ben ke sini.
Cruise memang berhenti di sini, kecuali mereka yang akan sambung perjalanan ke Greenwich
Rezeki kami hari ni sebab cuaca sangat cantik, langit cerah.
Jadi lepas turun dari cruise, kami ambil peluang bergambar sedikit di kawasan ni.
Semalam hujan, mendung dan berawan. Jadi gambar tidak secantik di hari ke 2.
Gambar kami di DAY-1 di sini.....
Hari ni hujan dan mendun, jadi gambar agak kurang umph... Hari ke dua, gambar-gambar lebih umph....
Sign cukup clear di Tower Station ni - Ke Tower of London atau Tower Bridge - Ke Tower Pier
Berkenan pulak dengan Die Cast ni... Mini Cooper London tu
Harga key-chain di sini.
Mafla dan cap football club utama ada dijual di sini, tapi... macam yang Chelsea ni, lebih mahal di sini berbanding di Chelsea Megastore Stamford Bridge, Dan yang ni 'made in China'
Dataran di hadapan kaunter tiket Tower of London
3 ekor singa yang jadi ikon dan lambang di bendera England
The Lion Tower ni siap dibina pada tahun 1270. Dah 700 tahun lebih dah ni
Dari sebelah Tower of London dan sambil menyusuri tebing sungai, kita akan nampak jelas Tower Bridge ni.
THAMES RIVER CRUISE
Yeasss...dapat ikut ke London akhirnya
Sempat berkenalan dengan awek Poland ni dan menjadi kawan di Instagram sekarang
Buah yang sempat di beli masa keluar dari hotel pagi tadi. Murah dan fresh. Ni je makanan tambah energy kami untuk hari ni sebelum kami ke masjid.
Jangan kata akak tak payung
Dan abang pun payung jugak...
Dari Tower of London, kami semakin menghampiri Tower Bridge
Di atas jambatan. Tak jadi nak naik ke atas Tower Bridge, sebab hujan dan orang pun ramai. Masa tak ada, cukuplah sekadar bergambar atas ni
Tak ada rezeki hari ni untuk naik ke atas
Gambar kami di DAY-2 di sini.....
Di atas cruise , menghampiri Tower Bridge
Berlatar belakangkan Tower Bridge
Sampai ke London akhirnya
Citycruise kami
Tower Bridge...cerah langit hari ni, walau pun pagi tadi hujan
Kameraman yang berjaya...
Ni la yang terbaik...ni pun dan lebih 10 kali snap gambar...tak dapat angel yang tepat jugak
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.