Pages

Saturday, 15 September 2018

PERCUTIAN KE PORT DICKSON - Cuti Cuti Malaysia


Percutian Ke Port Dickson - Pantai Teluk Kemang

Kali ni Mat Drat share sikit mengenai Port Dickson. Harap-harap info yang Mat Drat share ni dapat beri sedikit manfaat.

Nak kata entry ni perkongsian pengalaman bercuti ke Port Dickson tak juga, sebab Mat Drat share general info sahaja. Tahun ni sehingga Julai hari tu, dah 2 kali ke Port Dickson. Yang terbaru hanya pergi 'balik hari' je, semata-mata nak main kayak waktu petang sambil menikmati sunset kat Tanjung Biru (sebelah PNB Ilham Resort). Bukan jauh pun, KL - Port Dickson boleh balik hari je.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat

PORT DICKSON

Sebut Port Dickson, boleh kata semua rakyat Malaysia tahu. Lagi-lagi yang duduk di Lembah Klang. Mana taknya, ni la destinasi percutian pantai yang paling dekat dengan KL / Lembah Klang.

Memang antara pilihan warga kota untuk bercuti hujung minggu kerana -
  • Hanya 1 jam - 1 1/2 jam dari KL / Lembah Klang
  • Jarak pun tak jauh dalam 80 km (dari Plaza Tol Sg Besi)
  • Tol pun tak mahal
Kalau guna highway PLUS, terus sahaja keluar di EXIT Port Dickson dan ikut signboard ke PD. Beberapa kilometer nanti, akan masuk ke highway Seremban - Port Dickson.

Mat Drat ada juga 2-3 kali ke PD pada public holiday atau cuti sekolah, terpaksa ikut jalan dalam, bukan ikut highway sebab jem. Pernah ikut jalan Sepang-Lukut - Port Dickson.

.............................................................................

Pantai Best di Port Dickson

Sebut Port Dickson, mesti nak pergi pantai kan... Di Port Dickson ni ada beberapa pantai awam yang biasanya menjadi tumpuan. 

Kalau yang check-in hotel tu, cari lah yang tepi pantai, boleh terus mandi di pantai hotel sahaja. Tak crowded sangat dengan public.

3 pantai yang jadi tumpuan di PD.
  1. Pantai Teluk Kemang
  2. Pantai Saujana
  3. Pantai Tanjung Biru
Selain 3 pantai ni, pantai lain yang ada kat Port Dickson ni Pantai Bagan Pinang, Pantai Sri Purnama dan Pantai Cermin. Tapi ketiga-tiga pantai ni agak kurang di jadikan tempat beristirehat.....

Masa guna Highway Seremban - Port Dickson tu nanti, lepas tamat sempadan selenggaraan highway tu, nak senang ke pantai-pantai tu nanti boleh keluar / belok di simpang berikut :
  • Pantai Port Dickson - di simpang Muzium Tentera 
  • Pantai Teluk Kemang - simpang menuju ke Politeknik Port Dickson
  • Pantai Tanjung Biru - terus ke Jalan Pintasan Teluk Kemang


1. Pantai Teluk Kemang

Teluk Kemang....
Kalau masih ingat lagu Apo Nak Di Kato nyanyian kumpulan Blues Gang
.
.
Batu Ompek Toluk Komang
Tompek oghang mandi mando
Aghi minggu ponoh sosak
Apo nak dikato
Air laut bertambah masin
Kek pokan Port Dickson

Jadi memang sah la..Teluk kemang cukup dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung dari dahulu lagi...

Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia
  • Antara ketiga-tiga pantai ni, ramai yang suka ke Pantai Teluk Kemang ni sebabnya...
    • Meriah - Memang ramai orang
    • Banyak Aktiviti seperti banana boat, paragliding, jet ski
    • Banyak restoran - Nak makan senang.
    • Banyak kedai - Nak cari baju mandi, t-shirt, pelampung dan makanan ringan serta buah tangan senang beli di sini. Kira pusat penjaja dan peniaga.
    • Dataran Teluk Kemang - banyak aktiviti seperti basikal, basikal roda tiga, kereta kontrol dll
  • Banyak operator yang tawarkan perkhidmatan sewa khemah dan payung. Kira nak pacak payung atau khemah sendiri, memang susah la kat sini.


Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia
Banyak khemah , payung dan kerusi untuk disewa.
Harga lebih kurang sama sahaja semuanya.

Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia
Banyak gerai-gerai di sini. 
Nak cari baju mandi, pelampung, t-shirt dll ada di sini

Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia
Harga tak mahal...murah je...

Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia
Banyak restoran di sini. Ni antara yang ada di sini.

Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia
Antara aktiviti di Dataran Teluk Kemang...
Ada kereta kontrol saiz besar ni, ada basikal , basikal roda 3.


Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia
Seronok anak-anak pusing dataran ni dengan 'basikal baring' ni...

Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia

Percutian Ke Port Dickson  Pantai Teluk kemang - Cuti Cuti Malaysia
Nak tunggang kuda pun boleh....pun ada di Dataran Teluk Kemang ini.



2. Pantai Saujana (Depan Petronas)

Kawasan ni agak seesuai untuk mereka yang ingin memasang khemah. Agak redup
  • Pantai ni tak se'crowded' di di Pantai Teluk Kemang, jadi ia lebih tenag dan damai.
  • Pantai di sini agak luas. Kawasan agak lapang.
  • Ramai suka ke sini terutama yang mereka yang ingin berkhemah.
  • Pokok-poko banyak dan agak redup, jadi memang sesuai nak berkelah atau berpicnic bersama famili.
  • Kalau park tepi jalan pun tak jauh nak kena menapak ke kawasan ni.



3. Pantai Tanjung Biru / Blue Lagoon


  • Pantai ni jauh sedikit antara 3 pantai tumpuan di Port Dickson
  • Ia terletak berdekatan dengan Rumah Api Tanjung Tuan.
  • Hotel/resort paling dekat adalah PNB Ilham Resort dan Tanjung Biru Apartment.
  • Pantai ni kedudukan di teluk dan pantainya agak kecil.
  • Ramai yang suka ke sini sebab ia tak terlalu ramai pengunjung.
  • Kedudukannya di teluk, jadi ombak tidak terlalu kuat. Agak sesuai untuk mandi manda. Tambahan pula airnya agak cetek.
  • Mat Drat suka ke sini sebab ombak tidak terlalu kuat, kalau air surut boleh jalan agak jauh ke tengah. 
  • Tapi kalau kebetulan pengunjung ramai, memang akan nampak sedikit penuh.
  • Aktiviti pantai agak terhad di sini. Banana boat dan kayak ada.
  • Terdapat gerai dan juga medan selera, tapi peniaga agak terhad.
.............................................................................

Trip Ke Port Dickson 2018  Tahun ni Mat Drat dah 2 kali ke Port Dickson. Sekali menginap di PNB Ilham Resort dan lagi sekali hanya datang berkhemah di Blue Lagoon ni.


Trip pertama (Blue Lagoon)

Ramai juga yang memasang khemah di sini. Agak redup

Pantai kat sini agak 'pendek'


Selain mandi manda... Aktiviti yang best kat sini adalah berkayak...
Salah satu minat Mat Drat


Kedudukan di teluk, jadi air sedikit kurang berombak


Dan part paling best....berkayak sewaktu hampir sunset....sangat mendamaikan


Sangat-sangat mendamaikan....


Kat sini , kalau nak layan sunset pun sesuai...cantik view matahari terbenam.
Kalau tak berawan dan cuaca elok lah...


Trip kedua (Pantai Tanjung Tuan)

Mat Drat datang sini baru-baru ni semata-mata nak berkayak je...  Tiba-tiba pagi tu rasa nak berkaya dengan anak-anak, lepas sarapan terus je ke sini.

Sampai di sini dalam 3pm, air masih surut. Biasa...


Pacak khemah dulu...


Bawa khemah tu jangan lupa bawa 'kipas' portable, beli je yang murah pakai usb.
cucuk kat power bank.
Tak la panas sangat dalam khemah

4pm lebih...air masih surut. 
Masalahnya tak ada tanda-tanda pulak air nak pasang.


5pm....masih surut. 
Sampai ke tengah sana boleh berjalan ...air memang surut
Tak dapat berkayak hari ni sebab brader jaga kayak kata, hari ni 'Air Mati',
pukul 7 mlm pun tak pasang lagi.

.............................................................................

HOTEL BEST DI PORT DICKSON

Sekarang ni kalau ke PD, ramai yang nak menginap di 2 hotel dan resort ni. Memang best....  Grand Lexis   atau   Lexis Hibuscus

Kalau ada budget lebih tu, boleh la try menginap di sini....










12th Miles Jalan Pantai, 
Pasir Panjang


Batu 2, Jalan Seremban, 
Port Dickson 


Hotel dan resort ni memang best giler, ada swimming pool private, ada unit yang unit atas air. Mana tak best, pandang bawah je air laut. 

Nak menginap best macam ni, cuma perlu bayar lebih la. Nak murah cuba beli voucher di MATTA Fair (kadang-kadang ada). Jangan walk-in sudah la.

Dua resort ni memang agak mahal sedikit, padan lah dengan suasana dan service yang ditawarkan.

Lexis Hibiscus Port Dickson Murah
Mat Drat ada jumpa unit water chalet ni ditawarkan below RM600 satu malam, diiklankan di Airbnb. Dari harga ni, boleh dapat diskaun RM 120 dengan klik link Mta Drat bagi ni.

Klik link untuk rebat RM 120
Klik link unit  Lexis Hibiscus Port Dickson

MaT Drat detail pasal nak claim rebat RM 120 Airbnb di bawah.


Avilion Port Dickson.
Kalau rasa 2 resort ni agak mahal, dan nak yang harga lebih murah dan resort yang agak best atas air...boleh cuba resort Avilion Port Dickson. Yang ni pun ada unit atas air juga.



Kampung Si Rusa, PD





.............................................................................

HOTEL MENARIK DI PORT DICKSON

Kat Port Dickson ni, boleh kata dah banyak hotel yang Mat Drat menginap. Ada untuk trip family, family day office la dan ada datang untuk kursus la.

Seingat Mat Drat, di bawah ni adalah antara hotel / resort / apartment yang pernah Mat Drat menginap di Port Dickson (ada yang dah lebih sekali):

Rate bagi hotel / resort ni antara RM 200 ke RM 300 untuk unit studio.




👉  Avilion Port Dickson ðŸ‘ˆ


👉 Bayu Beach PD ðŸ‘ˆ




👉 The Grand Beach Resort ðŸ‘ˆ


👉 The Thistle PD ðŸ‘ˆ




     ðŸ‘‰ PNB Ilham Resort ðŸ‘ˆ



  ðŸ‘‰ Eagle Ranch PD  ðŸ‘ˆ



👉 Glory Beach Resort ðŸ‘ˆ



👉 Corus Paradise ðŸ‘ˆ


.............................................................................

HOTEL MURAH DI PORT DICKSON

Di Port Dickson pun ada hotel atau resort yang agak murah, di bawah RM200 semalam. Tapi seingat Mat Drat, untuk yang murah ni kebanyakkannya agak jauh sedikit dari pantai.




👉 Sri Malaysia PD



👉  Klana Beach PD ðŸ‘ˆ



👉 Langit Langi ðŸ‘ˆ



👉 D-Wharf ðŸ‘ˆ



.............................................................................

AIRBNB DI PORT DICKSON / HOMESTAY PORT DICKSON

Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

Kebanyakkan unit AirBNB ni adalag homestay / apartment. Sekarang ni memang ramai yang menginap di unit yang diiklankan airbnb. Sampaikan ada hotel yang iklankan bilik mereka di AirBNB.  

Mat Drat sendiri pun, kalau trip dengan semua anak-anak, Mat Drat cari 'homestay' di Airbnb je. Jimat la sikit kos penginapan.


  Diskaun Airbnb RM 165    

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.

Tips dan Syarat nak RM 165
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.

Kupon diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu... 

Tapi ingat, dah daftar kena booking dalam masa 30 hari untuk layak rebet diskaun tu. Dah daftar, boleh booking terus unit yang masih kosong sebelum unit disambar orang lain.

Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.

Jadi nak dapat RM 120 tu, 
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Perlu buat reservation dalam masa 30 hari
- Nilai reservation melebihi RM 290
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.
- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi

Mat Drat senaraikan beberapa unit Airbnb....





👉 Laguna Kondo PD
2R 2BR
6-8 guest




👉  Kondo : 3R2B  ðŸ‘ˆ
3R 2BR
6-8 guest



👉 Kondo T.Kemang ðŸ‘ˆ
3R 2BR / 9-11 pax




👉 Ocean View Resort ðŸ‘ˆ
3R 2BR / 7 pax


.............................................................................

Tempat Menarik di Port Dickson

Untuk senarai tempat-tempat menarik di Port Dickson, boleh baca di entry berikutnya

👉👉 Tempat Menarik di Port Dickson


.............................................................................

Tempat Makan Best Sedap di Port Dickson

Untuk senarai tempat makan best dan sedap di Port Dickson, boleh baca di entry berikutnya

👉👉 Tempat Makan Best / Sedap di Port Dickson




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


2 comments:

  1. Salam tuan tanah tumpang iklan....

    Saya ada 1 unit Corus Paradise private apartment Port Dickson utk disewa harian/bercuti/kursus bolehlah hubungi sy cikgu nor (direct owner) 019-2222777...tq

    100% fully renovated with 2 rooms n 4 airconds..(hotel concept)..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info yang menarik dan padat.

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.