Pages

Wednesday, 7 December 2016

Batu Luang Kuala Penyu Sabah

Perjalanan saya ke Kuala penyu diteruskan...

bersambung dari entry sebelum ini .... Jalan Jalan Ke Kuala Penyu Sabah


Credit : IG danny_ho
Dari airport saya tidak terus menuju ke Kuala Penyu tetapi sebaliknya singgah sebentar di Pasar Ikan Masin disebelah Pasar Filipino,  Kota Kinabalu. Setelah 'deal' harga dengan penjual ikan bilis, barulah kami meneruskan perjalanan ke Kuala Penyu.


Saya siap pesan kat bro Jaafar yang jual ikan bilis tu, jangan tutup kedai malam ni selagi saya belum sampai kerana saya jangka akan tiba semula di Kota Kinabalu sekitar jam 11 malam ke atas.... dia okey je sebab saya dah agak biasa dengan dia. 



Kota Kinabalu ke Kuala Penyu

Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kuala Penyu adalah sejauh lebih kurang 120km dan mengambil masa 2 jam perjalanan.

Destinasi yang saya tujui hari ini adalah sebuah perkampungan yang terletak diantara Kuala Penyu - Menumbok. Jaraknya 15 km dari Kuala Penyu.

Sebenarnya jika saya tidak tukar tiket penerbangan saya dari tiket KL- Labuan kepada KL - Kota Kinabalu, saya juga boleh ke Kuala Penyu dengan menaiki feri dari Labuan.  Feri dari Labuan akan menuju ke Membakut dan dari Membakut saya boleh terus memandu ke Kuala Penyu. Kurang 20 minit sahaja ke destinasi yangkami tujui jika dari jeti Membakut.

Oleh kerana saya dapat tahu jenazah anak adik saya telah dibawa ke Kuala Penyu pun sewaktu saya di Airport KLIA, jadi saya teruskan sahaja dengan penerbangan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, takkan nak tukar semula kepada penerbangan Kuala Lumpur - Labuan.



Saya ada menghubungi seorang kawan saya yang menetap di Kota Kinabalu untuk bertanyakan keadaan suasana jalan dari Kuala Penyu ke Kota Kinabalu pada waktu malam, dia berkata dari Kuala Penyu ke jalan besar agak sunyi kerana ianya bukan jalan utama. Apabila memasuki jalan utama ( Jalan Beuafort ke Kota Kinabalu), kenderaan mulai banyak - tidak terlalu sunyi.Tapi dia pesan seeolknya memandu pulang sebelum jam 7 malam kerana jika berlaku kerosakan kereta atau seumpamanya, bantuan masih agak senang untuk dicari.

Sahabat saya ni dahulunya pernah bekerja di Labuan dan setiap minggu akan berulang alik ke Kota Kinabalu dengan menggunakan feri. Untuk lebih jimat, dia akan turun di Menumbok dan memandu ke Kota Kinabalu. Katanya masa perjalanan dari Labuan ke Kota Kinabalu lebih kurang sama sahaja jika dia terus menaiki feri dari Labuan ke Kota Kinabalu. Lebih jimat turun di Membakut.

Dalam perjalanan ini sebenarnya, saya dan isteri memperolehi satu pengalaman yang cukup berharga... saya gelar ia sebagai kisah 'penjual ikan bilis yang setia". 










Tempat Menarik Kuala Penyu Sabah


Saya sampai di pekan Kuala Penyu sekitar jam 2 petang. Adik saya minta saya menunggu di situ, katanya agak sukar saya nak mencari rumah dia kerana rumah dia terletak di kawasan kampung. Tambahan pula internet agak kurang memuaskan di kawasan rumah adik saya, sekejap ada sekejap tiada. Usahkan 4G nak dapat 3G pun sekejap ada sekejap tak ada. Jadi tak boleh nak bergantung kepada Waze.

Pekan Kuala Penyu ni bukanlah sebuah pekan besar. Walau bagaimana pun nak mencari keperluan tiada masalah. Banyak kedai-kedai di sini cuma suasana agak lengang dan sunyi. 

Stesyen minyak Shell terletak betul-betul di pekan Kuala Penyu ini.

Nak cari bahan mentah boleh terus ke Pasar Kuala Penyu. Sewaktu saya sampai, masih ada beberapa penjual yang berniaga. Cuma harga buah yang saya beli sedikit mahal - mungkin kerana lokasi pekan ini yang agak jauh dari bandar besar. Lagipu  pasar ni kecil sahaja. 


Pasar Pekan Kuala Pemyu
Pasar Pekan Kuala Pemyu


Yang menarik di sini bagi saya, terdapat sebuah medan selera yang mengadap kuala Sungai. Terletak bersebelahan pasar tadi. Sambil kami mengalas perut di sini, dapatlah kami menikmati suasana di tepi sungai yang tenang ini.  Dahulunya penduduk di sini menyeberang sungai menggunakan feri, tetapi kini telah terdapat sebuah jambatan. Jadi feri tidak lagi digunakan oleh penduduk di sini.


Kuala Penyu... makan di medan selera sambil menikmati pemandangan yang tenang



Majlis Tahlil - Daging rusa


Apabila kami sampai di rumah adik ipar saya, beberapa orang ahli keluarga sedang memasak juadah untuk dijamu kepada orang yang datang malam ini. Hanya jamuan kecil untuk majlis tahlil kerana jemputan tak ramai dan penduduk juga tak berapa ramai disini.

Tapi paling tak tahan tu, masa kamj sampai gulai rusa satu kuali besar sedang di masak. Dapatlah saya dan isteri makan daging rusa sepuas-puasnya pada petang tu. 

Tengah-tengah makan, abang ipar kepada adik saya balik dari laut dengan seekor ikan yang cukup besar (lupa dah nama ikan). Sempat mereka bakar seekor untuk dijamu kepada saya dan isteri. Usahkan seekor, setengah pun kami tak mampu nak habiskan walau pun ikan tu cukup segar dan manis isinya. Dah kenyang makan daging rusa tadi. . . 

Saya dan isteri tak lama di situ, setelah berehat seketika .... lenguh-lenguh kaki pun dah mulai hilang, kami bertolak semula ke Kota Kinabalu.

Tak boleh menunggu sehingga majlis tahlil kerana kami perlu balik semula ke Kota Kinabalu.  Lewat malam nak bergerak,  rasa tak sesuai sebab lokasi yang agak jauh. 

Dapatlah kami ziarah adik saya dan isterinya,  walaupun asalnya datang untuk ziarah anak dia yang sakit tapi bertukar ke ziarah kematian.  Allah lebih menyayangi adik Ifat

Sekitar jam 5.30 petang kami bertolak. Memang sengaja saya tunggu sehingga 5.30 petang, kerana ingin ke satu destinasi untuk merakan suasana sunset yang indah.... Batu Luang. 


Sunset di Batu Luang, Kuala Penyu 


Sebenarnya tempat ni pun saya baru tahu masa di rumah adik ipar saya. Sambil berehat dan menjamu selera, sempat lagi saya cari di Instagram dengan hashtag #Kuala Penyu. 

Terjumpa beberapa post gambar suasana sunset yang agak menarik di kawasan ini, atau lebih tepat lagi di Batu Luang. Sempat lagi saya bertanya kepada tuan empunya IG akan kedudukan Batu Luang tu.  Rupanya hanya beberapa km sahaja dari rumah adik ipar saya.  Memang kena pergi la.... 

Antara IG yang saya jumpa pada waktu itu dan sempat menyapa mereka ;


Thanks kepada pemilik IG Maslina_saii !!
Thanks kepada pemilik IG Marr_ Photography !!

Thanks kepada pemlik IG Noratikahjuamaat


Adik ipar saya dan adik beradik dia yang lain pun tak tahu sebenarnya tempat ni. Yang tahu pastinya yang jenis minat dengan sunset dan kaki photographer. 

5.30 petang kami menuju ke Batu Luang yang hanya terletak beberapa kilometer dar rumah adik ipar saya. Jalan sangat lengang di kawasan ini.



Rezeki kurang baik kepada saya, cuaca agak berawan dan sedikit berjerebu, jadi cahaya kemerahan tidak jelas kelihatan. Ini sahaja gambar yang saya dapat ambil sekitar situ.... nak buat macam mana, matahari tak nak menonjolkan diri...

Saya sempat berhenti di satu lokasi ditepi jalan, cantik pulak pemandangan dari atas ni..... 



Tak ada orang lain untuk minta tolong snap picture kami, terpaksala selfie....



Seterusnya kami menuju ke Batu Luang, destinasi utama photographer untuk mendapatkan view dan moment yang cantik.

Antara gambar-gambar dan moment indah yang ada di Instagram.
Thanks 



Lokasi utama untuk amil gambar sunset juga saya tak dapat dekati kerana air pasang pada waktu itu, jadi terpaksa saya bergambar dari pantai sahaja.... sepatutnya saya boleh ketengah sedikit jika air surut. Tambahan pula saya tak bawa pakaian extra, baju cukup-cukup sahaja untuk persalinan malam ini dan untuk pagi esok untuk balik ke Kuala Lumpur.


Thanks pemilik IG "cliffelvin"

Tengok gambar-gambar di atas ni memang buat rasa geram sangat sebab waktu saya di situ, air laut pasang dan juga cuaca agak berawan dan berjerebu. Terlepas satu peluang untuk saya merakam suasana indah di situ.


Dan ini pula gambar yang saya sempat rakam dari handhone saya. Nasib baik ada bawa handphone spare, dapat juga rakam gambar. Handphone yang biasa saya guna kehabisan bateri. 


Batu Luang Kuala Penyu
Ketika kami sampai, ada seorang photographer sedang beraksi.
Dia pun cakap, cuaca tak berapa bagus untuk ambil gambar. 



Batu Luang Kuala Penyu
 Gambar yang dia offer untuk tolong snap
Sunset Batu Luang Kuala Penyu
Gambar 2 yang dia offer untuk tolong snap




Memandangkan cuaca tak berapa cantik, jadi saya tak tunggu lama untuk pulang ke Kota Kinabalu. Matahari terbenam sahaja, saya terus bertolak ke Kota Kinabalu,  nam elak memandu dalam keadaan gelap di jalan sunyi. 







Kuala Penyu ke Kota Kinabalu


Perjalanan pulang dari Kuala Penyu ke Kota Kinabau terasa sangat jauh pada malam itu. Tambahan pula handphone dan powerbank semuanya kehabisan bateri. Keletihan dan suasana jalan yang agak sunyi membuatkan rasa jarak terlalu jauh.

Sempat singgah di Kimanis beli ikan bilis sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu. Satu pengalaman yang akan saya ingat.... saya kongsikan di 
👉👉  Kisah Penjual Ikan Bilis Kimanis ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ



Sekitar jam 10.30 malam kami sampai di Kota Kinabalu, terus saya ke Pasar untuk ambil tempahan ikan bilis dari brother Jaafar yang kami tempah pagi tadi. 


Ikan Bilis Kota Kinabalu
Singgah di Pasar Kota Kinabalu untuk ambil ikan bilis dan udang kering yang ditempah.



Rancangan asalnya kami hanya ingin tidur di kereta pada malam tu sebab flight kami adalah flight paling awal pagi esok iaitu jam 7.20 pagi. 

Maknanya dalam 6.30 kami dah kena tiba di airport untuk check in ikan-ikan bilis kami. Jadi 5.30 kami dah kena bergerak ke airport. Kira tak berbaloi nak sewa bilik untuk tidur beberapa jam sahaja.

Itu rancangan asal saya lah...konon-kononya...


Menginap di Hotel Budget Kota Kinabalu


Tapi bila lihat isteri yang keletihan dan memikirkan faktor kusulitan untuk mandi pagi esok, waktu tu juga saya cari budget hotel. 4 -5 hotel budget yang saya call tetapi semuanya penuh. Saya hanya cari hotel di bawah RM 100.  Akhirnya dapat satu bilik pada harga RM 90 semalam yang terletak di Jalan Gaya. Tingkat 4 pun tingkat 4 la.... ambil sahaja walau terpaksa pikul beg bawa ke atas.


RM 90 untuk bilik yang hanya ada kipas, kena pula berkongsi bilik mandi dengan 3 bilik lain. Macam cerita P.Ramlee pulak rasanya.

3 bilik lain dihunioleh 3 couple mat salleh dari Europe, sempatlah saya berbual dengan dua couple sewaktu tunggu turn nak mandi. Mereka pun baru sampai dari makan-makan.

Kalau menginap di Jalan Gaya ni kena parking jauh sedikit. Elok-elok saya dah parking kereta depan pintu hotel, awek kaunter suruh saya alihkan kereta. Dia kata esok hari Ahad ada Pasar Ahad di sepanjang jalan tu. Saya kata tak apa, esok pagi-pagi sebelum pukul 5 saya bertolak ke airport dah. Dia kata usahkan 5 pagi, 4 pagi pun saya dah tak boleh keluar sebab peniaga datang dalam pukul 3 pagi pasang khemah untuk meniaga.

Kepada yang dah pernah ke Pasar Ahad di Jalan Gaya (Gaya Street)  di Kota Kinabalu ni, pasti tahu suasananya kan.....

Keesokkanya dalam pukul 5 pagi kami bergerak ke airport, bersarapan di dalam kapal terbang. Tu untung naik MAS.

Dan sampai di KLIA, terus ambil kereta danpulang ke rumah. Trip sehari ni memang tak berbaloi unuk saya park kereta di Park n Ride Purajaya Sentral. 

Selesai trip pendek ke Kuala Penyu. Dapat saya menziarahi adik saya dan isteri. Rancangan asal untuk ziarahi anak dia yang sakit bertukar kepada hadir ke majlis tahlil.



Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 

Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.