Ini hari terakhir saya di Kota Kinabalu. Flight ke Kuala Lumpur pada jam 8.20 malam. Memang sengaja saya ambil penerbangan malam kerana semata-mata untuk menikmati keindahan sunset pada petang tu di Tanjung Aru Kota Kinabalu.
Jadi sementara menunggu masa untuk check-in di airport, saya dan seorang rakan singgah di Tanjung Aru untuk menjamu selera sambil menjamu mata dengan keindahan pantainya ketika matahari terbenam.
Jadi entry ini lebih kepada perkongsian gambar-gambar suasana ni Tanjung Aru semasa matahari terbenam.
Suasana sungguh cantik... cuma handphone tak berapa mahal, jadi ini sahajalah gambar-gambar yang mampu di kongsikan untuk tatapan pembaca.
Jika tadi pantai agak lengang, sekarang suasana di pantai telah mula dikerumuni orang ramai. Jurufoto professional dan amatur pun mula la standby dengan kamera masing-masing. Yang kaki selfie pun mula la selfie menyelfie.
Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru ini merupakan tempat istirehat penduduk di sekitar Kota Kinabalu untuk menikmati keindahan pantai dan suasana sunset sambil menjamu selera.
Kedudukannya hanya 4-5 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan kira-kira 6-7 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.
Kedudukannya hanya 4-5 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan kira-kira 6-7 km dari Bandaraya Kota Kinabalu.
Anjung Perdana Tanjung Aru |
Saya sampai di sini sekitar jam 4.45 petang. Maghrib pada hari ini lebih kurang pada jam 6.15 petang. Keadaan pantai sekitar jam 4.45 petang.
Matahari terbenam lebih kurang satu jam lagi. Jadi kami Anjung Perdana dahulu untuk makan dan minum. Suasana di sini agak meriah, memang ramai orang terutama ketika hujung minggu.
Selain banyak gerai di dalam anjung ini, terdapat juga gerai-gerai di luar anjung.....termasuk gerai menjual makanan dan souveniour.
Kemudahan surau turut disediakan, jadi nak bersolat di sini tak ada masalah. Surau terletak bersebelahan anjung sahaja.
Apabila matahari semakin menghampiri ufuk barat, maka cahaya keeamasan mula menerjah ke dalam anjung..... ini maknanya masa telah sampai untuk ke tepi pantai untuk mengambil gambar suasana sunset.
Pantai Tanjung Aru |
Matahari terbenam lebih kurang satu jam lagi. Jadi kami Anjung Perdana dahulu untuk makan dan minum. Suasana di sini agak meriah, memang ramai orang terutama ketika hujung minggu.
Suasana di anjung selera. |
Kemudahan surau turut disediakan, jadi nak bersolat di sini tak ada masalah. Surau terletak bersebelahan anjung sahaja.
Surau Tanjung Aru |
Apabila matahari semakin menghampiri ufuk barat, maka cahaya keeamasan mula menerjah ke dalam anjung..... ini maknanya masa telah sampai untuk ke tepi pantai untuk mengambil gambar suasana sunset.
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu |
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu |
Orang mulai ke pantai |
Dan ini sebhagaian gambar-gambar saya ketika sunset di Tanjung Aru Kota Kinabalu pada trip kali ini.
Selesai sahaja matahari terbenam, saya terus bergegas ke Airport untuk penerbangan kami balik ke Kuala Lumpur
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu |
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu |
Sunset Tanjung Aru Kota Kinabalu |
Selamat Bercuti
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah:
Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu
Trip Kota Kinabalu & Kudat
Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.