Bulan Ogos lepas saya telah ke Kuala Terengganu. Tapi trip kali ini bukanlah satu trip percutian sebenarnya tetapi lebih kepada atas urusan 'kerja' tak rasmi. Saya ambil kesempatan berkongsi beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu dan juga tempat-tempat makan yang biasa menjadi tumpuan pengunjung.
Perjalanan ke sana sebenarnya telah di uruskan oleh pihak urusetia dimana pengangkutan dengan bas disediakan dan bas kami akan bertolak dari Shah Alam di awal pagi. Kalau dengan kereta biasanya mengambil masa dalam 5-6 jam, dengan bas saya rasa mungkin mengambil masa sekitar 8 jam.
Jadi 3 hari sebelum bertolak saya intai-intai tiket kapal terbang dan mana tahu dapat tiket murah. Rezeki saya kerana Malindo dan MAS sedang menawarkan tiket penerbangan dengan harga yang agak murah.
- Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu saya pilih MALINDO (dari Subang Airport).
- Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur saya pilih MAS (KLIA).
- Kedua-dua tiket penerbangan saya beli kurang dari RM 70 sehala.
- MALINDO dengan 15 kg luggage allowance, manakala tiket MAS pula dengan 30 kg luggage allowance.
- MALINDO dengan 15 kg luggage allowance, manakala tiket MAS pula dengan 30 kg luggage allowance.
- Saya pilih MAS untuk balik memikirkan faktor luggage allowance yang besar (30kg) memandangan kemungkinan banyak buah tangan yang akan saya beli.
MALINDO : Penerbangan dari Subang Airport ke Kuala Terengganu
Tiket murah Malindo berharga RM 69, lebih kurang sama harga tiket MAS, cuma saya naik dari Subang Airport lebih dekat dengan rumah dan senang untuk wife saya hantar ke Airport.
Ini kali pertama saya menaiki pesawat dari Subang Airport dan rasanya kali ke 3 menaiki pesawat Malindo. Dan ini juga kali ke 3 juga penerbangan saya dengan Malindo di re-time.
Penerbangan yang asalnya pada jam 1.35 petang di tunda ke jam 3.45 petang. Nasib baik tak mengganggu apa-apa perancangan saya di Kuala Terengganu. Penerbangan ke Kuala Terengganu mengambil masa 1 jam 5 minit sahaja.
Apabila keluar dari boarding gate dan menuju ke kapal terbang, rupa-rupanya semua penumpang termasuk saya perlu menapak ke pesawat dan bukan menggunakan aero-bridge. Macam naik Air Asia dulu-dulu di LCCT, terpaksa menapak di hangar lapangan terbang. Nasib baik la tak hujan masa ni. Teringat dulu pernah dibekalkan payung untuk naik ke pesawat AirAsia semasa di LCCT.
Sewaktu berjalan menuju ke pesawat tu terasa terkejut sedikit apabila di arahkan untuk menuju ke pesawat yang sedia menunggu.... kecil je pesawat nya. Kelihatan kipas tersembul di luar. !! Inilah pesawat ATR rupanya.
1st time rasanya saya naik pesawat ATR ni. Patut lah masa saya nak pilih seat secara online, hanya ada 2 seat di kiri dan 2 seat di kanan yang boleh dipilih. Biasa tu 6 seat satu row. Kalau pesawat besar pula, sehingga 7 seat satu row ( 2+3+2). Masa nak pilih seat tu saya dah terfikir, kapal terbang apa kecil macam ni....
Kena menapak ke kapal terbang, macam naik Air Asia dulu-dulu di LCCT |
1 kipas kiri.... 1 kipas kanan... |
Saya antara yang terakhir sekali naik pesawat... sebab nak selfie dulu. |
Pesawat penuh, tiada seaat kosong. Dan lebih separuh penumpang adalah rakan-rakan saya rupanya!!!
Seat yang saya booked di sebelah tingkap telah di 'rampas' oleh penumpang lain, tak apa la.... penerbangan pun tak sampai 1 jam. Lagipun saya tak jangka akan dapat lihat pemandangan yang cantik dari atas ni semasa penerbangan.
1 jam penerbangan tu sebenarnya terlalu singkat. 10-15 minit pertama dah untuk persedian penerbangan dan fasa awal penerbangan. 10-15 minit terakhir pula fasa pesawat bersedia untuk mendarat. Jadi masa untuk bersenang lenang di dalam pesawat ni lebih kurang 30 minit sahaja. Nak layan 1 movie kat laptop pun tak sempat habis. Jadi duduk termenung sahaja la dalam pesawat.
Pesawat ni tak disediakan interactive screen untuk movie dan lain-lain. Penerbangan singkat, tak berbaloi Malindo nak sediakan itu semua.
1 jam penerbangan tu sebenarnya terlalu singkat. 10-15 minit pertama dah untuk persedian penerbangan dan fasa awal penerbangan. 10-15 minit terakhir pula fasa pesawat bersedia untuk mendarat. Jadi masa untuk bersenang lenang di dalam pesawat ni lebih kurang 30 minit sahaja. Nak layan 1 movie kat laptop pun tak sempat habis. Jadi duduk termenung sahaja la dalam pesawat.
Pesawat ni tak disediakan interactive screen untuk movie dan lain-lain. Penerbangan singkat, tak berbaloi Malindo nak sediakan itu semua.
Agak sempit sikit... pesawat kecil |
Pesawat ni rupanya salah satu pesawat ATR 72-600 yang dimiliki oleh Malindo. Setakat ni ada 13 pesawat yang sama dimiliki oleh Malindo.
ATR 72-600 - Hanya 72 penumpang sahaja. |
Sekitar jam 5 petang pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Seorang kawan telah sedia menunggu dan kami akan terus ke tempat penginapan.
Mendarat di Lapangan Terbang Kuala Terengganu |
Sambil berjalan... boleh la tengok pekerja mengangkat luggage kita. |
ATR 72-600 Malindo Air |
Trip Kuala Terengganu
Air Buah Gelas Besar
Dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu, kami berhenti dahulu untuk minum di gerai Air Buah Gelas Besar Pok San yang terletak di Seberang Takir. Tak sah la kalau ke Kuala Terengganu kalau tak minum air gelas buah besar kan. Dan dari situ kami terus bergerak ke tempat penginapan.
Dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu, kami berhenti dahulu untuk minum di gerai Air Buah Gelas Besar Pok San yang terletak di Seberang Takir. Tak sah la kalau ke Kuala Terengganu kalau tak minum air gelas buah besar kan. Dan dari situ kami terus bergerak ke tempat penginapan.
Boleh baca entry saya berikutnya untuk lokasi-lokasi Air Buah Gelas Besar :
👉👉 Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu
👉👉 Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu
Ikan Celup Tepung - ICT
Oleh kerana saya datang ke sini atas urusan separuh rasmi, di mana jadual untuk hari ke 2 dan ke 3 agak padat, jadi tidak la dapat melencong ke mana mana. Cuma selain singgah di gerai air gelas buah besar, sempat la juga saya singgah untuk Jalan-Jalan Cari Makan versi Terengganu dengan berkunjung ke Ikan Celup Tepung yang terletak di Mengabang Kuala Terengganu .
Oleh kerana saya datang ke sini atas urusan separuh rasmi, di mana jadual untuk hari ke 2 dan ke 3 agak padat, jadi tidak la dapat melencong ke mana mana. Cuma selain singgah di gerai air gelas buah besar, sempat la juga saya singgah untuk Jalan-Jalan Cari Makan versi Terengganu dengan berkunjung ke Ikan Celup Tepung yang terletak di Mengabang Kuala Terengganu .
Ikan Celup Tepung |
Dan baca juga Entry saya berikutnya untuk ;
👉👉 Gerai Pilihan Ikan Celup Tepung Kuala Terengganu
👉👉 Gerai Pilihan Ikan Celup Tepung Kuala Terengganu
Keropok Lekor
Hari ke tiga di sini, urusan selesai sekitar jam 5 petang. Sebelum balik ke tempat penginapan, saya ajak rakan-rakan saya singgah untuk membeli keropok lekor untuk di bawa balik ke Kuala Lumpur esok. Sudah pastinya destinasi tujuan adalah di Losong.
Hari ke tiga di sini, urusan selesai sekitar jam 5 petang. Sebelum balik ke tempat penginapan, saya ajak rakan-rakan saya singgah untuk membeli keropok lekor untuk di bawa balik ke Kuala Lumpur esok. Sudah pastinya destinasi tujuan adalah di Losong.
Memandangkan flight saya esok dan tiada fridge untuk saya simpan keropok lekor biasa yang fresh tu, jadi saya terpaksa beli keropok lekor vacuum. Keropok lekor vacuum ni frozen, jadi tiada masalah untuk simpan di suhu bilik sementara menunggu penerbangan esok. Cuma rasanya keropok lekor frozen ni tidak sesedap yang biasa iaitu yang fresh baru di buat.
Nak beli sikit je asalnya, tapi terborong banyak pulak keropok lekor. Dan malam tu terpaksa saya beli 'totte' beg untuk check in kan isi keropok lekor ini esoknya.
Kropok Lekor Vaccum / frozen |
Sebagai info, kalau nak beli keropok lekor di Terengganu ni, 2 tempat yang menjadi tumpuan iaitu di Losong dan di Seberang Takir. Masing-masing ada kelebihan dan tarikan tersendiri. Jarak antara satu lebih kurang 10 km. Tetapi di Losong ini pilihan untuk membeli keropok lekor lebih banyak kerana terdapat beberapa kedai yang menjadi tumpuan orang tempatan dan juga pelawat.
Kebetulan nama kedai keropok lekor yang kami singgah ini sama dengan warong ikan celup tepung yang kami singgah semalam. Bukan dirancang tetapi hanya kebetulan. Semalam kami singgah makan ikan celup tepung di Warong Adik Beradik.
Sebenarnya di Losong ini ada beberapa kedai keropok lekor yang menjadi tumpuan tetapi saya mengambil jalan mudah dengan singgah di kedai yang paling awal ditemui. Hanya saya sahaja yang akan balik ke Kuala Lumpur pagi esok, jadi tidak mahu menyusahkan rakan-rakan pusing mencari kedai lain.... berhenti sahaja di kedai pertama yang saya jumpa.
Keropok lekor di sini lebih dikenali dengan keropok losong bersempena dengan nama tempat ini iaitu Losong. Jadi sebut keropok lekor pun boleh, keropok losong pun boleh.
Tu dia... Keropok Losong Adik Beradik |
Kedai Keropok Lekor Adik Beradik |
Sebelum beli keropok, saya tanya dulu kepada makcik kedai sama ada keropok lekor yang saya beli boleh tahan atau tidak sehingga esok. Maksud saya rasa 'sedap' keropok tu bertahan sehingga keesokan hari. Biasa tu kalau beli, memang beli masa dah nak balik. jadi tak ada masalah..
Makcik tu cadangkan saya beli yang 'vacuum' di mana keropok lekor telah dibungkus tanpa angin dan di sejuk bekukan. Jadi saya kena beli yang vacuum.
Memandangkan saya beli agak banyak, makcik tu bekalkan percuma keropok lekor yang telah digoreng untuk kami makan di dalam kereta katanya.
Malam tu saya singgah di kedai runcit, beli beg 'totte' yang berharga RM 7 untuk bungkus keropok-keropok lekor ini semua.... Masa check-in, baru tahu berat keropok lekor yang saya beli sahaja lebih 20 kg. Nasib baik naik MAS.
Keropok lekor sejuk beku ni, sampai awal pagi sebelum bertolak ke lapangan terbang pun masih sejuk lagi, jadi tak ada masalah rasanya sampai di KL nanti.
Selain keropok lekor, keropok segera dan keropok keping juga ada. |
Ikan Tennggiri Masin - RM 9 je sebotol. Pembuka selera makan. |
Baik makcik ni... siap bekalkan keropok lekor yang dah goreng utk kami... |
Murah senyuman makcik ni... Kita kalau membeli kena ramah sikit, baru boleh nak dapat murah sikit... Tak dapat murah pun tak apa, janji kita berjual beli pun rasa seronok.
Dan baca juga Entry saya : 👉👉 Keropok Lekor Kuala Terengganu Pilihan Ramai
Selepas maghrib, saya mendapat perkhabaran kurang baik di mana anak saudara saya meninggal dunia kerana terlibat di dalam kemalangan. Al-Fatihah untuk adik Amirulmukminin.
Memandangkan sudah malam dan saya ke sini tanpa memandu kereta sendiri, jadi tidak dapat ziarah abang saya malam itu. Flight saya awal pagi esok mengikut jadual.
Oleh kerana ini adalah Trip Ke Kuala Terengganu atas urusan kerja separuh rasmi, jadi tidak banyak tempat yang boleh saya lawati.
Di hari terakhir iaitu hari Ahad, pihak urusetia sebenarnya ada menyediakan bas untuk lawatan ke beberapa tempat menarik. Memandangkan penerbangan saya Kuala Lumpur adalah pada awal pagi Ahad, jadi saya tidak dapat mengikuti kemana-mana lawatan ke tempat yang disediakan oleh pihak urusetia.
Walau bagaimana pun saya senaraikan beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu berdasarkan pembacaan dan beberapa kali saya ke Kuala Terengganu.
Boleh baca Entry saya : 👉👉 10 Tempat Menarik di Kuala Terengganu
Boleh baca Entry saya : 👉👉 10 Tempat Menarik di Kuala Terengganu
Makan Sedap di Kuala Terengganu - Medan Selera Pantai Batu Burok
Sebenarnya tak banyak tempat makanan sedap yang sempat saya singgah di masa yang singkat ini. Selain singgah makan di warong/gerai ikan celup tepung dana minum air buah gelas besar, saya hanya sempat bersarapan di Medan Selera Pantai Batu Burok.
2 hari saya bersarapan di sini memandangkan terpaksa bertugas berhampiran kawasan ini. Lagi pun memang saya minta rakan saya bawa ke sini untuk bersarapan nasi dagang dan laksam. Kata kawan saya, di sini sarapan nya agak sedap.
2 hari saya bersarapan di sini memandangkan terpaksa bertugas berhampiran kawasan ini. Lagi pun memang saya minta rakan saya bawa ke sini untuk bersarapan nasi dagang dan laksam. Kata kawan saya, di sini sarapan nya agak sedap.
Medan Selera Pantai Batu Burok |
Laksam 'pior' kuah.. |
Mangkuk ke-2 ... |
MAS : Kuala Terengganu ke KLIA
Keesokkannya, sekitar jam 6.30 pagi hari Ahad saya ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Saya tidak sempat bersarapan semasa dalam perjalanan ke airport, jadi terpaksa bersarapan di Airport Kuala Terengganu.
Rupanya di airport sini, ada 'gerai' yang harga agak budget. Gerai terletak di tingkat bawah dan betul-betul di luar pintu ketibaan. Dengan kurang RM 10, boleh la makan nasi lemak dan milo tarik secawan. Jarang di airport dapat harga macam ni.
Lapangan Terbang Kuala Terengganu ini tidak terlalu sibuk, jadi urusan check in tidak memakan masa yang lama. Walau pun saya telah check-in secara online di Mobile App, tetapi di sini perlu dapatkan boarding pass yang printed kerana tiada alat pengimbas di sini.
Penerbangan ke KLIA mengambil masa 1 jam sahaja, mungkin kerana pesawat lebih besar dan laju. Berbanding dengan penerbangan Malindo semasa saya ke sini yang mengambil masa 1 jam 5 minit.
Dengan harga tiket yang agak murah iaitu RM 69.00 sahaja, saya dapat bawa keropok lekor saya yang melebihi 20 kg tanpa masalah. 20 kg keropok lekor sahaja ye!!
Beg 'Totte' tu lebih 20 kg dengan keropok! |
Bersedia untuk berlepas |
Pesawat terpaksa membuat pusingan 'U' dihujung landasan sebelum berlepas di runaway yang disediakan |
Kuala Terengganu |
Penerbangan mengambil masa kurang 1 jam, jadi MAS tidak sediakan apa-apa makanan. Memang mana-mana penerbangaan tidaak melebihi 60 minit tidak akan diberikan meal. Walau bagai mana pun, di dalam pesawat... kacang MAS tetap di beri. Boleh la kunyah-kunyah sementara nak sampai KLIA.
Cuaca cantik tidak terlalu berawan |
Safely landed di KLIA. |
Sampai di KLIA, saya terus ke tingkat bawah untuk mengambil bas ke Subang Airport kerana isteri menunggu di sana. Memandangkan bas ke Subang Airport akan bergerak lagi 1 jam 30 minit, jadi saya bertukar haluan dengan mengambil BAS ke KL Sentral. Tambang bas hanya RM 10 ke KL Sentral.
Jadual bas dari KLIA ke Subang Airport bukan setiap jam, jadi perlu menunggu mengikut jadual yang ditetapkan. Bas KLIA ke KL Sentral pula ada setiap jam, jadi tidak perlu menunggu lama.
Boleh baca Entry saya : < BAS dari KLIA >
Sampai di KL Sentral, isteri sedia menanti dan terus saya mengambil alih tugas sebagai pemandu kereta dan memandu ke Pahang untuk menziarahi abang saya yang kematian anak nya pada sehari sebelum.
~mat-drat~
Entry berkaitan trip Kuala Terengganu ini
👉👉 Jalan Jalan Ke Kuala Terengganu
Entry berkaitan destinasi lain di Terengganu
👉👉 Trip Ke Pulau Perhentian
👉👉 Trip Ke Tasik Kenyir
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.