Pages

Sunday, 4 September 2016

Ikan Celup Tepung Kuala Terengganu - Trip Ke Kuala Terengganu

Ikan Celup Tepung Pok Nong




... bersambung dari entry sebelum ini.....

👉👉 Trip ke Kuala Terengganu
👉👉 Air Buah Gelas Besar Kuala Terengganu


Entry ini saya ingin berkongsi pula berkaitan gerai pilihan untuk menikmati ICT - Ikan Celup Tepung.

Orang sini, mereka sebut ICT je... iaitu Ikan Celup Tepung. 1st time dengar dulu, rasa janggal jugak. Lama-lama dah biasa dan faham apa  itu ICT, bukannya yang saya sangka masa dengar mula-mula ... ingatkan mereka sebut " I-City",  rupa-rupanya ICT.

Jika ingin makan ikan celup tepung, pergi la ke Batu Rakit Kuala Terengganu. Di situ terdapat beberapa gerai yang menjual ikan celup tepung. Tetapi yang paling glamour dan diminati adalah Warong Pok Nong.

Di hadapan sedikit ada Warong Adik Beradik dan Warong Sotong Cik Su. Pilih la yang mana satu berkenan di hati.


Ikan Celup Tepung Warong Pok Nong 


Warong Pok Nong
Pada asalnya kami bercadang untuk ke Warong Pok Nong. Tetapi sewaktu sampai pengungjung agak ramai. 

Saya terpaksa beratur dan semasa beratur 'nombor giliran' telah habis kerana masih ramai pengunjung yang masih belum menerima makanan. Oleh kerana yang masih menunggu hidangan agak ramai, jadi nombor untuk pelanggan baru ditangguh dahulu sehingga order 'backlock' selesai dihidangkan.

Mencari lokasi tidak susah,  selain WAZE yang banyak membantu,  signboard kedai juga jelas kelihatan.... Warong pula betul-betul terletak di tepi jalan.

Edited : Baru-baru ni saya ke Kuala Terengganu lagi, dan hajat nak makan ICT di Warong Pok Nong juga tak kesampaian. Tak sanggup saya nak beratur panjang. Ke warung Adik Beradik je lagi. 

Warong Pok Nong Ikan Celup Tepung
Tidak sukar mencari. Terpampang nama Warong Pok Nong

Warong Pok Nong Ikan Celup Tepung
Parking Yang luas disediakan

Harga tidak mahal kerana ikan dan hidupan laut yang disediakan adalah yang fresh dari laut.
- Udang RM 5 untuk 3 ekor
- Ikan kembung pula RM 4.

Harga makanan

Tengah sedap-sedap beratur, di maklumkan nombor giliran untuk mebuat tempahan di 'hold' dahulu memandangkan masih ramai yang belum dapat hidangan yang di order.


Warong Pok Nong Ikan Celup Tepung
Sabar menanti sehingga dimaklumkan perlu tunggu lebih lamaaa.....

Warong Pok Nong Ikan Celup Tepung
Yang beratur dah panjang.... yang masih menunggu hidangan di meja juga ramai

Warong Pok Nong Ikan Celup Tepung
Muka ketat je masing-masing menunggu hidangan

Pemandangan memang cantik... mengadap laut

Memandangkan kami semua tersangatlah lapar... jadi kami decide untuk beralih ke tempat lain kerana tidak sanggup beratur panjang dan menunggu lama. 




Ikan Celup Tepung Warong Adik Beradik 



Dari Warong Pok Nong kami bergerak kedepan sedikit untuk mencari kedai makan yang kurang pengunjung. Dalam 100 meter dahaja dari Warong Pok Nong, kelihatan Warong Adik Beradik

Pelanggan tidak ramai ... jauh berbeza dari Warong Pok Nong. Sewaktu kami tiba, hanya ada 2 kumpulan pelanggan lain.

Berbeza dengan Warong Pok Nong yang kita perlu menunggu makanan di goreng tetapi di sini ada sebahagian ikan/ sotong telah siap digoreng. Kita order dan tokey kedai akan panaskan semula. Kureng sikit la rasa dia nanti....


Warong Adik Beradik Ikan Celup Tepung
Warong Adik Beradik Ikan Celup Tepung

Harga setiap makanan
Warong Adik Beradik Ikan Celup Tepung
Kami pelanggan utama sewaktu kami makan... paling ramai 
Warong Adik Beradik Ikan Celup Tepung
Nun di belakang sana, ada 1 family sednag makan

Malas makan kat kedai, bungkus dan 
menapak ke tepi pantai untuk makan di situ. Sebelah warung  je.



Ikan pari RM 5 (2 ekor kecil), kembung RM 6, Udang RM 5 ( 4 ekor)


Pari


Makan dengan nasi putih, sup kosong dibekalkan percuma

Sewaktu kami selesai makan, pelangan semakin ramai. 
Mungkin tak sabar tunggu di Warong Pok Nong

Menjelang petang kebanyakan meja telah dipenuhi pelanggan


Parking lot yang luas semakin dipenuhi, 
sewaktu kami sampai tadi hanya da akereta kami sahaja!!!


~mat-drat~


Entry berkaitan trip Kuala Terengganu kali ini
👉👉 Jalan Jalan Ke Kuala Terengganu

Entry berkaitan destinasi lain di Terengganu
👉👉 Trip Ke Pulau Perhentian
👉👉 Trip Ke Tasik Kenyir 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.