Baru-baru ini saya kena bertugas di Johor Bahru untuk 4 hari. Jadi trip ke Johor Bahru kali ni bukan trip Cuti-Cuti Malaysia, tetapi trip bekerja sambil tu buat trip Jalan-Jalan Cari Makan sendiri di sini.
Atas sebab tertentu, saya memilih hotel penginapan KSL Hotel untuk 2 malam dan 1 malam pula di Pulai Spring Golf Resort. Pada asalnya saya ingin menginap di Mutiara Hotel Johor Bahru tetapi rakan sekerja saya (Zul) mencadangkan saya menginap di KSL. Katanya KSL Hotel yang baru jadi nampak cantik dan menarik. Saya pun ikut je la.
Untuk tempahan dan review hotel boleh klik link berikut
Sebelum tiba di JB, saya dan rakan setugas singgah sebentar di JPO – Johore Premium Outlet. Rasanya dalam 3 tahun ni, ini kali ke 4 saya ke JPO. Kali ni saya singgah 2-3 butik sahaja, hendak membeli pun tak sempat sebab ada masa lebih kurang dari 2 jam. Saya cakap kepada rakan saya, kita shopping hari lain la…. Mungkin hari ke 3 atau ke -4.
Baca juga entry saya seterusnya di
KSL Hotel
Tempahan 2 bilik untuk 2 malam saya buat melalui booking.com . Setiap bilik saya dapat pada harga kurang RM200 semalam beserta 2 breakfast.
Saya memang biasa membuat tempahan hotel melalui booking.com kerana melalui booking.com saya tidak perlu membayar semasa tempahan dibuat. Walau pun kita telah berikan maklumat kad kredit atau kad debit, pembayaran sebenar hanya dibuat semasa kita check-in. Jadi transaksi kita bukan lah pada masa membuat tempahan, tidaklah duit kita ditolak awal dari akan bank (kad debit) atau kita di caj awal (kad kredit).
KSL Hotel |
Bilik Studio |
KSL Hotel - Room |
KSL Hotel - Bathroom |
KSL Hotel - Coffe and tea |
Laluan di hadapan Loby Hotel |
Yang seronoknya di KSL ni pula, kita tak perlu keluar jauh-jauh untuk melepak atau membeli barang-barang. Shopping complex bersambung dengan KSL Hotel dan banyak fast food restoran di sini.
KSL Hotel ni ada 2 tower iaitu Tower Hotel dan Tower Service Apartment. Dan di antara dua tower ini terdapat shopping complex.
Istimewa di KSL ni, ia ada roof top swimming pool. Tapi bukan lah macam roof top swimming pool di Marina Bay Sand Singapore tu, tetapi swimmping pool di atas roof top shopping complex. Kira betullah roof top swimming pool cuma kedudukannya tak setingggi yang saya mula bayangkan. Kira-kira hanya berada di tingkat 4.
Entry saya berkenaan penginapan saya di Marina Bay Sands Singapore. Infiniti Pool - Roof Top
Yang terlebih istimewanya, di sebelah swimmping pool ini terdapat ala-ala theme park. Mini theme park ini terdapat beberapa ekor dinasour. Anak-anak pasti teruja.
Baca Entry >> Dinasour Alive - KSL Hotel <<
Oleh kerana ini trip urusan rasmi, jadi tiadalah aktiviti melawat atau berjalan-jalan makan angin di sini. Hanya kerja…kerja….kerja.
Cuma bab makan boleh update, makan di sini memang ohsem…. Seperti saya update di FB gambar-gambar sedang menikmati makanan semasa berada di sini tempoh hari dengan status
"Orang Johor ensem-hensem sebab makanan di sini sedap-sedap! Seronok kawan-kawan dari Johor komen di FB saya.(Saya bukan orang Johor ye)
"Orang Johor ensem-hensem sebab makanan di sini sedap-sedap! Seronok kawan-kawan dari Johor komen di FB saya.(Saya bukan orang Johor ye)
Malam pertama kami makan di LC Catering, dan makan malam kedua di Benafe Village. Kedua-dua terletak berhampiran KSL Hotel dan dicadangkan oleh sahabat saya Fuz. Dan untuk makan di Benafe Village, dia yang payung.
Untuk makan tengah hari pula, hari pertama di Kedai Makan MNA Sembilan yang terletak di Bandar Uda Utama, manakala esoknya di MJ Catering yang terletak di Taman Impian Emas. Dua-dua restoran ini dicadang oleh sahabat saya yang bertugas di JB. Dia yang bawa saya ke kedua-dua tempat ini..
Entry Berasingan yang berkaitan : (akan update kemudian)
> LC Catering <
> Benafe Village <
Day 3
Di hari ke-3 saya check out dari KSL Hotel kerana perlu ke Pasir Gudang. Dan rancangan kami, dari Pasir Gudang kami akan terus ke JPO pada sebelah petangnya. Rasanya hendak ke JB semula dari JPO pasti akan memenatkan, jadi saya bercadang ambil hotel berdekatan JPO.
Saya booking 2 bilik di Pulai Spring Golf Resort, juga dapat pada harga bawah RM200 satu malam termasuk breakfast. Apabila confirm booking diterima, saya call hotel untuk pengesahan kerana takut pihak hotel tak dapat maklumat.
Dah confirm bilik di Pulai Spring Golf Resort memang telah dibooking atas nama saya, baru saya check out dari KSL Hotel. Kalau tak dapat bilik di Pulai Spring tadi, memang kena stay 1 malam lagi di KSL Hotel memandangkan KSL Hotel masih ada bnyak kekosongan bilik.
Jika ke di Pasir Gudang, jangan lupa untuk singgah makan di Kedai Makan Rahmat untuk menikmati siakap goreng yang menjadi menu istimewanya.
Kami sampai di Pulai Spring Golf Resort sudah lewat petang. Berehat sebentar sebelum ke JPO untuk beli apa yang patut. 3-4 jam juga kali ni kami pusing-pusing di JPO. Balik dari JPO singgah makan di area Pulai Perdana. Di sini memang banyak kedai makan, jadi bab makan memang tiada masalah kalau menginap di sini.
Pagi esoknya, tiada apa-apa aktiviti. Cuma bersarapan di sini sambil menikmati keindahan resort ini dan melihat keindahan padang golf di pagi hari.
Sekitar jam 10.30 pagi kami bergerak balik ke Kuala Lumpur dan singgah makan tengah hari di Kedai Makan Kambing 40 Hari !!
Entry berkaitan :
> Kedai Makan Rahmat Kampung Pasir, Pasir Gudang <
> Pulai Spring Golf Resort <
> Kedai Makan Kambing 40 hari <
Secara ringkasnya, Jalan-Jalan Cari Makan Johor Bahru untuk 4H3M ini saya singgah menjamu selera di :
Makan Tengah Hari
MNA Sembilan ( Asam Pedas) - Bandar UDA Utama
MJ Family Restaurant and Catering - Taman Impian Emas, JB
Kedai Makan Rahmat - Pasir Gudang
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.