Wednesday, 17 August 2016

Dinosaur Alive - Water Park KSL Hotel Johor Baharu

Seperti saya nyatakan di entry sebelum ini, trip saya ke JB kali ini saya menginap 2 malam di KSL Hotel.

3 Faktor saya pilih KSL Hotel:
1. Harga yang agak murah
2. Bersebelahan dengan shopping mall iaitu KSL City Mall (bersambung sebenarnya)
3. Hotel yang baru

Apabila menginap di sini, satu faktor tambahan mengapa KSL ini menjadi pilihan... iaitu kerana terdapatnya Dinosaur Alive Water Park.

Swimming Pool KSL Hotel

Swimming Pool ini dibuka untuk penginap hotel dan juga hotel apartment.


Swimming Pool KSL Hotel

View dari bilik saya




Dinosaur Alive Water  Park'

Bersebelahan dengan swimming pool, terdapat satu 'mini' water park yang menempatkan dinosaur-dinosaur dan dikenali sebagai Dinosaur Alive.

Entrance Dinosaur Alive
Entrance Dinosaur Alive

Dinosaur Alive ini di buka setiap hari.

Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 10.00 pagi hingga 7.00 malam.
Sabtu, Ahad, Public Holiday dan Cuti Sekolah : 9.00 pagi - 7.00 malam

Tetamu hotel boleh masuk kesini secara percuma. Manakala bagi orang awam, bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.


Dinosaur Alive KSL - Ticket Price
Kadar Bayaran adalah seperti berikut :
Adult : RM 50.00
Child : RM 30.00
Tetamu hotel boleh masuk secara percuma.

Harga Tiket 

Bagi kemudahan pengunjung, pelampung dan locker disediakan untuk di sewa.

Peralatan untuk disewa

Peralatan untuk disewa

Peralatan untuk disewa

Di sekeliling kolam renang di sini, kerusi-kerusi disediakan. Jadi boleh la duduk di kerusi sambil memantau anak-anak bermain di kolam.

Untuk berehat sambil melihat telatah anak-anak bermain air


Juga terdapat di sini, 'wall' yang memaparkan nama-nama dinosaur dan sedikit penerangan bagi setiap jenis dinosaur.

Teringat anak saya yang berusia 10 tahun, dia memang minat sangat dengan dinosaur. Kalau ditunjukkan sahaja gambar dinosaur dia boleh kenal pasti nama setiap dinosaur dan ciri-ciri dinosaur tersebut. Sayang, dia tak ada sama sewaktu saya di sini.

Sebahagian nama-nama dinosaur yang dipapar

Sebahagian nama-nama dinosaur yang dipapar


Ada beberapa ekor dinosaur di sini, tetapi dalam banyak-banyak dinosaur itu cuma ada seekor sahaja yang 'hidup' sewaktu saya ke sini. Hidup pun cuma bergerak kepala sambil mengeluarkan bunyi. 2 3 kali tengok, sedikit teruja.... 3-4 kali tengok dah tak rasa apa-apa.

Sebahagian dinosaur yang sempat saya 'tangkap'.









Air yang di sembur... patut sembur la banyak sikit!!




Bagi saya water park ini tidak la terlalu istimewa kerana tidak banyak permainan di sini. Cuma water park ini berlainan sedikit kerana wujudnya dinosaur-dinosaur. 

Sewaktu saya ke sini, cuma ada satu family berada di water park ini. Mungkin tidak ramai pengunjung sewaktu saya menginap kerana hari persekolahan.

Dan gambar-gambar yang sempat saya rakam di sekitar Dinosaur Alive ini.








~mat-drat~




Juga Entry saya berkaitan Legoland / Johor Baharu

>> Cuti-Cuti ke Legoland <<<
>> Tips ke Legoland <<
>> Harga Tiket Legoland <<

>> KSL Hotel - Dinosour Alive Water Theme Park <<
>> Shopping di JPO <<
>> JJCM Johor Baharu <<
>> Kedai Makan Rahmat -Pasir Gudang <<


No comments:

Post a Comment