Tempat menarik di Doha Qatar
😁😁... bersambung dari entry sebelum ini.... 👉👉Cuti-cuti Doha - Hamad International Airport 👈👈
Sebagai intro, Doha adalah destinasi ke 3 dalam trip percutian kami kali ini. Trip Barcelona - Paris - Doha.
Mat Drat memang diminta oleh pihak Qatar Airways untuk bermalam 1 malam di Doha dengan penginapan disediakan di W Hotel Doha sebagai salah satu syarat hadiah tersebut.
Sebelum memulakan trip Barcelona - Paris - Doha ini, saya buat risikan dahulu mengenai tempat-tempat yang menarik di lawati di Doha ini terutamanya di laman web Tripadvisor.
Jika menurut Tripadvisor, tempat menari dilawati di Doha Qatar - mengikut senarai adalah seperti berikut:
8. MIA Park
Setelah baca review-review mengenai tempat menarik di Doha ini, Mat Drat rasa cukup lah 2H1M kami di sini. Faktor keletihan dan rasa macam tak banyak tempat yang betul-betul menarik, jadi tak perlu sambung penginapan di sini. Lagipun dah lebih seminggu tinggalkan anak-anak di rumah.
Kami plan untuk melawat ke empat tempat sahaja ( item 1,2,3 dan 9)
Sauq Al-Waqif
Pada hari pertama, ikut itinerari dirancang kami akan ke Souq Waqif dan Museum of Art.
Dari W Doha Hotel, kami menapak ke City Centre Mall untuk menunggu bas di situ.
Teksi ada, tapi kami lebih suka berjalan santai sambil tengok bangunan-bangunan di sini.
Suasana waktu malam. |
Bergambar dicelah bangunan mencakar langit antara W Doha Hotel dan City Centre Mall |
Dah ronda-ronda kedai dalam City Centre Mall, kami terpaksa menunggu bas lebih kurang 20 minit sebelum bas tiba.
Di sini, banyak teksi-teksi sapu yang akan berhenti dan offer untuk hantar kita ke destinasi kita. Cuma kata kawan yang bekerja di sini, hati-hati dengan teksi sapu, bimbang caj yang dikenakan agak tinggi.
Naik bas dalam 10 minit sampai ke Sauq Al Waqif. Beritahu kat driver awal-awal, dia siap ingatkan kami bila tiba di Sauq Al Waqif.
Sauq Al Waqif (gambar belakang) |
Sauq Al-Waqif ini merupakan satu-satunya pasar tradisional yang masih wujud di sini. Sauq ini bermakna pasar. Kat sini macam-macam ada jual...... bagi Mat Drat, kira macam tempat shopping barang murah juga la di Doha ni.
Shopping barang murah di Doha Qatar
Di Sauq Al Waqif ni banyak terdapat barang-barang yang untuk dibeli... untik diri sendiri atau pun untuk dijadikan buah tangan / cenderahati.
Jika ingin mencari jubah yang berkualiti dengan harga yang agak murah, di sini lah tempatnya. Harga kira murah berbanding di Malaysia sebab kualitinya agak berbeza. Percayalah, kita tak akan balik dengan tangan kosong, pasti ada beberapa helai jubah yang dibeli.
Kedai pakaian memang agak banyak, jadi kita ada banyak pilihan. Jangan segan silu untuk tawar menawar.
Tak cukup duit QAR jangan risau, tempat tukaran matawang ada di sini. Kami kehabisan QAR Riyal masa memborong jubah disini, tak sangka akan banyak me'nyopping' di sini, nasib baik ada mesin ATM.... cucuk sahaja dan keluarkan duit dan sambung memborong.
Tak cukup duit QAR jangan risau, tempat tukaran matawang ada di sini. Kami kehabisan QAR Riyal masa memborong jubah disini, tak sangka akan banyak me'nyopping' di sini, nasib baik ada mesin ATM.... cucuk sahaja dan keluarkan duit dan sambung memborong.
Pesanan saya jangan la lupakan jubbah sehelai dua untuk orang di Malaysia.... Sampai Malaysia nanti menyesal kalau tak beli.
Kalau nak beli minyak wangi, di sini juga banyak kedai-kedai menjual wangian. Kami tak berminat... jadi kami tak singgah pun kedai perfume.
Nak beli repah ratus..... pun ada. Mana la tahu ada yang nak beli rempah special kat sini dan di bawa balik.
Yang uniknya bagi kami, kat sini juga banyak terdapat penjual yang menjual binatang peliharaan seperti burung, arnab, kura-kura dan lain-lain. Paling banyak adalah burung. Pilih la nak burung apa, burung nuri, burung kakak tua atau burung helang. Kalau boleh bawak balik burung helang, nak je rasanya beli seekor dan bawak balik ke Malaysia.
Banyak penjual-penjual menjual binatang peliharaan.... burung terutamnaya |
Kura-kura pun ada.... teringat video pak arab main lumba kura-kura |
Burung kakak tua / nuri pun ada.... tak mahal... harga cuma ratus-ratus QAR je ( RM pun ratus juga la..) |
Burung yang ni boleh cakap sepatah dua.... jadi harga yg ni mahal sikit |
Makan di Doha Qatar
Bab makan..... jangan risau di sini. Banyak kedai dan restoran. Dah datang negeri arab, masa ni la nak makan nasi arab betul-betul. Memang sedap la makan kat sini.
Kena pulak kami dah seminggu lebih tak jumpa nasi. nikmat sungguh dapat makan nasi kat sini.
Kena pulak kami dah seminggu lebih tak jumpa nasi. nikmat sungguh dapat makan nasi kat sini.
Nak makan di sini tak ada masalah... banyak gerai dan restoran. |
Hampir seminggu tak makan nasi... malam ni jumpa pulak nasi arab! |
Memang banyak pilihan.... lepas makan, kita lepak-lepak ngeteh pulak |
Pening sekejap mencari arah |
Selepas Isyak, kebetulan ada kumpulan berarak sambil bersalawat . Teringat cerita P.Ramlee.... budak-budak menyanyi "Tolong kami...bantu kami..." |
Semakin malam... semakin ramai pengunjung rupanya |
Juga ada satu bahagian di pasar ni, terdapat penjual-penjual wanita menjual makanan tradisional. Boleh la try beberapa jenis makanan tempatan. Tak ingat dah apa nama kuih yang kami beli dan makan kat bahagian ni hari tu.
Kat area sini semua penjual adalah wanita.... menjual makanan ala-ala pasar malam. |
Selesai makan di sini, hari sudah agak gelap dan badan terasa letih. Sangkakan akan sekejap sahaja di sini tapi rupanya berjam-jam masa kami habiskan di sini. Rancangan hendak ke Museum of Islamic Art pula terpaksa di batalkan.
So kami decided terus balik ke hotel je la.
Camera-man yang cekap! |
Gagal lagi pegang puncak |
Antara iconic Doha - Fanar Muzium |
Kami menunggu bas hampir 30 minit untuk ke hotel dari Sauq Al Waqif ni, tapi tak nampak satu kelibat bas pun. Akhirnya terpaksa tahan teksi di tepi jalan. Nasib baik teksi disini boleh berhenti sesuka hati. Dari sini, kami naik teksi terus ke hotel penginapan kami W Doha Barcelona.
Menunggu bas.... tak ada orang lain, kami je |
Hampir 30 minit... kelibat satu bas pun tak nampak. Akhirnnya terpaksa tahan teksi |
Pemerhatian kami, pemandu-pemandu disini agak kasar cara pemanduan. Beberapa kali di traffic light, lampu baru sahaja merah..... kereta-kereta di belakang dah bunyikan hon. Bila kami tanya pemandu teksi, katanya ni memang cara mereka.
Di waktu siang, kereta-kereta agak kurang dan agak lengang jalan raya, tetapi bila malam akan Nampak sedikit sibuk. Ye la, siang-siang di sini panas, mungkin mereka lebih gemar keluar di waktu malam.
Sampai di W Doha Hotel, tambang teksi hanya QAR 20 sahaja untuk jarak dalam 10km. Kira okey la.
Sampai di W Doha Hotel, tambang teksi hanya QAR 20 sahaja untuk jarak dalam 10km. Kira okey la.
Dan bila sampai di hotel.... Emmm..... night life di W Doha Hotel ni berwarna warni rupanya.......
Baru tahu di W Doha Hotel ni mempunya beberapa pub yang paling di gemari oleh expatriate dan juga penduduk tempatan. Masa lepak di luar hotel, melihat kereta-kereta yang parking.... memang mantap. Apabila saya msg kawan saya, dia kata hotel ni memang pilihan utama kaki clubbing di Doha, patutla....
Seronok juga lepak di lobby sambil tengok kereta-kereta mewah pak arab. Dan Nampak la juga gelagat-gelagat pak arab kat sini ... boleh tahan juga rupanya mereka ni.
Baru tahu di W Doha Hotel ni mempunya beberapa pub yang paling di gemari oleh expatriate dan juga penduduk tempatan. Masa lepak di luar hotel, melihat kereta-kereta yang parking.... memang mantap. Apabila saya msg kawan saya, dia kata hotel ni memang pilihan utama kaki clubbing di Doha, patutla....
Seronok juga lepak di lobby sambil tengok kereta-kereta mewah pak arab. Dan Nampak la juga gelagat-gelagat pak arab kat sini ... boleh tahan juga rupanya mereka ni.
Kita tengok gelagat pak arab yang hampir lupa daratan dulu... |
Di dalam lobi hotel, pak-pak arab ada juga yang berjubah je.... yang perempuan, dia punya seksi...perghhhh boleh tahan, macam tak percaya ni negara arab.
Tapi nak hairan apa, Qatar adalah negara terkaya dan pendapatan perkapita rakyatnya adalah yang tertinggi. Rata-rata rakyatnya kaya..... terlara dan terleka dengan duit la tu....
Saya sempat juga berbual dengan salah seorang staff di hotel ini yang berasal dari Tunisia. Dia kata hampir semua staff hotel ini adalah dari luar negara. Cuma beberapa post jawatan tertinggi sahaja dipegang rakyat tempatan. Rakyat tempatan lebih suka bekerja di sektor kerajaan kerana gaji yang di bayar oleh kerajaan sangat tinggi. Jika bekerja di sector swasta, mereka hanya memegang jawatan tertinggi.
Tak ada apa nak buat, masuk bilik dan tidur je la merehatkan diri selepas penat seharian.... Kiranya kami singgah di Doha ni dapatlah merehatkan diri sebab tak banyak tempat yang dilawati. Esok malam dah flight balik ke Kuala Lumpur.
Tapi sebelum tu, baca dulu sambungan trip kami di Doha ini 👉👉 berpanas di Pantai Corniche 👈👈
Tapi sebelum tu, baca dulu sambungan trip kami di Doha ini 👉👉 berpanas di Pantai Corniche 👈👈
Loby W Doha Hotel |
Loby W Doha Hotel |
Seronok juga pergi Doha ni. Banyak tempat menarik untuk dilawati di sana.
ReplyDelete2022 nanti lagi menarik kan kalau ke sini... World Cup masa tu
DeleteBanyak juga list yang boleh pergi bila sampai di sana. Terima kasih atas info ini.
ReplyDeleteSekadar Berkongsi cerita dan pengalaman.
DeleteTerpaksa masukan doha dalam list travel..hehe
ReplyDeletememang kena bayar visa on arrival tu ye even just for 8 hours?
ReplyDeleteKalau in-transit shj tanpa keluar aiport, tak perlu visa. Tapi saya ada terbaca di page Qtar Airways (dan baru-baru ni di twitter Qtar Airways).. passanger Qtr Airways yang layover atau in transit 5-96 jam boleh ke Doha tanpa visa. Rasanya kena apply melalui Qtar Airways... try cari info detail di website Qtar Airways on Tempat menarik di Doha Qatar
DeleteSalam
ReplyDeletekenapa perlu keluarkan semua beg kalau hanya transit saja,
dan juga tak ada ka train atau komuter menghubungkn airport dgd bandar Doha.
Wasallam .. Saya transit tapi kena stay 1 mlm di W Doha atas kehendak Qatar Airway . Kira layover 1 malam kat sini
DeleteTren atau komuter tak ada
DeleteSaya dulu plan nak naik bas Tapi agak susah nak tukar bas (dgn beg dan cuaca panas), jadi saya naik teksi shj
teksi sapu? masa ni xde Uber atau Grab lg erk?
ReplyDelete2016 dulu ni...
Delete