Pages

Friday, 6 May 2016

Cuti Cuti Doha, Qatar - Hamad International Airport




Destinasi kami seterusnya adalah Doha, Qatar untuk trip percutian Barcelona - Paris - Doha ini.



Memang salah satu syarat untuk hadiah dari Qatar Airways ini, selain perlu ke Barcelona untuk menonton salah satu perlawanan bola sepak Barcelona FC di stadium Nou Camp, kami juga perlu bermalam di Doha, Qatar. Ikut kan sahaja syarat ini asalkan hotel 5 bintang di sediakan.😁

Sebelum membaca perkongsian pengalaman sepanjang kami di Doha, apa kata baca entry-entry awal berkaitan trip ini dulu

👉👉 Qatar Airways : Percutian Percuma

👉👉 Trip Barcelona 4D3N : KL ke Barcelona

Penerbangan kami dari Paris ke Doha mengambil masa 6 1/2 jam. Kami tiba di Hamad International Airport - HIA pada jam 5.55 pagi. Di luar sudah nampak panas terik mentari dan sudah mencecah 35 darjah celcius. Sangat panas.

Pesawat tiba seperti ikut jadual. Kebetulan sahabat saya yang bekerja disini pula sedang mengerjakan umrah, jadi tiada sesiapa untuk menjadi tourist guide kami disini. Hendak melawat sekitar Doha pun, rasanya tiada tempat menarik selain Sauq al Waqif ( pasar Al Sauq) dan Museum of Islamic Art. Tapi memandangkan beg kami yang semakin beranak -pinak dari 2 beg kepada 5 beg, maka kami bercadang akan memulakan kembara di Doha apabila telah Check In di Hotel.


VISA QATAR

Untuk kita rakyat Malaysia, kita boleh apply visa sewaktu tiba di  Airport HIA ( Visa on arrival ). Visa akan diproses di kaunter imigresen, pegawai imigresen akan mengeluarkan visa apabila pemiksaan passport selesai. 

Fee Visa Qatar

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak QAR 100. Valid untuk tempoh sebulan.
Lanjutan tempoh adalah dengan caj QAR 100.
Denda tinggal melebihi tempoh adalah QAR 200 sehari. Ingat tu!!

Pembayaran hanya di terima melalui kredit kad atau debit kad di kaunter. Jika ingin bayar menggunakan tunai, kita perlu pula ke bank dahulu untuk membuat pembayaran dan di kenakan caj QAR 25 untuk setiap visa. Agak melecehkan dan membuang masa. Jadi pastikan kad kredit atau kad debit di aktifkan untuk transaksi luar negara.

Bagi mereka yang menggunakan  penerbangan Qatar Airways, Visa on Arrival boleh di mohon sewaktu tempahan hotel dibuat, tetapi hendaklah ditempah melalui laman web Qatar Airways Holiday.


Memandangkan kami ke sini dengan penerbangan Qatar Airways dan menggunakan bussiness class, jadi kaunter pemeriksaan imigresen kami tersangat la lengang. Ruang khas di sediakan dan pembantu akan bawa kami ke kaunter imigresen. Qatar Airways cukup menjaga keselesaan penumpang Bussiness Class mereka.

Tips dan Peringtan : Things to avoid
Please don’t approach a passport control counter if you’d like to pay your visa fee in cash. The passport control counters can only accept credit cards and debit cards. Please use the designated bank counter for cash payment (map).

Please don’t commence your journey before confirming visa requirements. This will help minimise any inconvenience or delays during travel.

Untuk maklumat lanjut, sila klik http://dohahamadairport.com/airport-guide/at-the-airport/visas-immigration#sthash.NyCVjQ6g.dpuf



Selesai urusan imigresen dan kami terus ke kaunter tuntutan bagasi. Kemudian kami menuju ke Arrival Lounge


Hamad International Airport HIA - Lounge

Bagi saya HIA ini tersangatlah luas. Oleh kerana HIA ni meruapakan hub untuk penerbangan Qatar Airways, jadi tak hairan lah dengan keluasan dan kemudahan yang disediakan.

Lounge yang ada di sini dibezakan mengikut kategori tiket dan kategori penumpang itu sendiri. Saya memang study habis pasal lounge di HIA ini seba dalam tempoh 10 hari, kami akan berada 3 kali di HIA ini iaitu semasa :
  • Transit ( Penerbangan Kuala Lumpur ke Barcelona : KUL - DOH - BCN )
  • Arrival ( Penerbangan Paris ke Doha : CDG - DOH )
  • Departure ( Penerbangan Doha ke Kuala Lumpur  : DOH - KUL ) 

Di HIA ni ada lebih dari 5 Lounge

1. Oryx Lounge
- Untuk Airline's premium passengers ataucard holder kredit kad tertentu
- Untuk economy passengers, bayaran QAR 200 di kenakan
2. Al Mourjan Business Lounge
- Untuk Qatar Airways First and Business Class passenger
* Kami gunakan sewaktu penerbangan Doha ke Kuala Lumpur
3. Al Safwa Lounge

4. Al Maha Lounges 
Customers of Al Maha Meet and Assist Services

5. First Class Lounge 
First Class ticketed passengers as well as select QR Privilege Club and oneworld alliance members may access this facility. 

6. Business Class Lounge 
First or Business class ticketed passengers as well as select QR Privilege Club and oneworld alliance members

7. First and Business Class Arrivals Lounges 
Untuk Qatar Airways First and Business Class passenger. Terletak sebelum dan selepasa kaunter imigresen* Kami gunakan sewaktu tiba dari Paris

8. Unaccompanied Minors Lounge

9. Special Assistance Travellers’ Lounge



Boleh dapatkan maklumat berkaitan Lounge yang ada di HIA di sini 


Arrival Lounges 

Jam masih awal, baru sekitar 6.30 pagi. Cuaca di luar sudah panas terik dan beg-beg kami pula menyukarkan untuk kami bersiar-siar di sekitar Doha. Jadi kami akan bersiar-siar di Doha selepas ccheck-in di hotel.

Sementara hendak menunggu waktu yang sesuai untuk ke Hotel, kami beristirehat dahulu di Arrival Lounge di HIA ini. Arrival Lounge sedang di naik taraf, jadi kami diminta ke Lounge sementara. Penumpang Business Class dan First Class boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma.

Kami masuk ke sini, suasana lengang dan tiada penumpang yang menggunakannya. Mungkin kebanyakan penumpang business Class dan 1st Class akan terus ke hotel atau pun pak arab Qatar sendiri, jadi mereka akan terus pulang ke rumah mereka sendiri.

Sewaktu berbual dengan petugas di meja kaunter, dimaklumkan kami berdua penumpang pertama yang masuk hari ini. Kami hanya berdua tetapi pelayan kami sampai empat orang. Ini baru pelayan di kaunter dan di ruang makan. Macam VIP rasanya. Kami berehat-rehat sekejap untuk recharge tenaga sebelum meronda-ronda di Doha.

Sekejap-sekejap datang la pelayan offer itu dan ini, sebab kami hanya duduk berehat tanpa makan apa-apa.. Bersungguh-sungguh suruh kami makan. Kesian kat chef yang telah sediakan makanan,

Kami yang kekenyangan makan di dalam flight Paris- Doha tadi terpaksa juga la merasa apa yang terhidang. Makanan pelbagai tetapi selera dah tak ada sebab kekenyangan.

Bebas dan keseorangan…. partner saya ni akhirnya makan juga la sebab kasihan kat chef yang bersusah payah sediakan pelbagai pilihan makanan walau pun tak ada pengungjung.

Lengang

Terasa seperti Lounge ini, ana yang punya…. 
Boleh makan sepuas-puasnya. Boleh guling-guling sebab tak ada orang


Selepas mengisi perut, kami melelapkan mata di ruang bilik yang agak kecil. Tiada sofa dan tiada katil untuk tidur. Mungkin kerana ini lounge sementara sahaja. Kami buat style kami, susun kerusi dan jadikan katil.

Dalam jam 11 pagi lebih, untuk segarkan diri… kami mandi disini. Bilik air cukup bersih dan kemas. Tip Top. Kelengakapan lengkap disediakan termasuk tuala, sabun, shampoo, body lotion dll. Kalau dalam pesawat diberi toileteries jenama Giorgio Armani, di sini pun jenama yang diberi cukup class… tapi tak ingat nama apa lak.

Betapa tak ada kerja nya mereka-mereka ini, sampaikan ada tiga orang pekerja yang menunggu saya sewaktu saya hendak  mandi. Mereka menunggu di luar bilik mandi dan  tak sabar-sabar nak masuk ke bilik air apabila saya selesai mandi. Tak sabar nak lap semua kesan-kesan percikan air rupanya. Patut saya masuk tadi kering semacam je bilik air ni.

Di sini disediakan bilik conference dan bilik komputer ala ala cyber cafe. Dalam bilik yang ada lebih kurang 10 komputer ni pun, ada 2 orang pekerja. Setiap kali saya lalu, bersungguh-sungguh la mereka ni mengelap meja dan kaki kerusi yang memang sedia berkilat tu. Agaknya pak arab ni memang garang kot… sebab tu mereka takut betul kalau nampak tak ada kerja nak dibuat.

Apabila kami bersiap-siap untuk keluar, datang la pula pelayan suruh kami tunggu sekejap sebab chef akan serve lunch dalam 10-15 minit lagi. Emmm…. rezeki jangan di tolak, kami tunggu sekejap untuk chef sediakan menu lunch.


Lunch time…. Ini Lounge, ana yang punya. ha ha ha…..




Nampaknya buffet lunch yang disediakan, hanya kami sahaja yang makan. Selesai memenuhkan perut, kami terus menuju ke hotel penginapan kami, Hotel W Doha





Transport Hamad International Airport ke Doha City 


Teksi Ke Doha City

Di sini teksi banyak tersedia menunggu di luar arrival hall. Teksi bewarna biru ke hijau-hijauan. Kami ambil teksi dan terus menuju ke W Doha Hotel. Pemandu teksi hanya menerima bayaran secara tunai, dan kami bayar apabila sampai di hotel. Caj minimum adalah QAR 25  dan bergantung kepada sejauh mana destinasi anda. Kami dikenakan caj QAR 50 untuk jarak lebih kurang 20 km dari HIA ke W Doha.

Teksi-teksi di sini dipunyai oleh Mowasalat; a Qatari state-owned company

Bas Ke Doha City

Pada asalnya kami merancang untuk menggunakan bas sahaja. Itu sewaktu perancangan asal kami di mana kami akan bermalam di Doha semsasa penerbangan Kuala Lumpur ke Barcelona. Waktu tu beg hanya ada dua, jadi masih senang kehulu kehilir dengan menaiki bas.

Tapi memandangkan kami tukar jadual, dan singgah di Doha dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan beg yang semakin bertambah .... jadi kami tukar dari naik bas kepada teksi


Sedikit info pasal bas dari HIA

Bas berlepas dari HIA, berhampiran dengan arrival hall
Tambang bas hanya boleh di bayar menggunakan kad Karwa Smartcar - yang boleh di beli terus dari pemandu bas.

Kad Karwa Smartcard 24 Limited berharga QAR 10 membolehkan kita menaiki 2 kali trip (within Greater Doha) dalam masa 24 jam dari tarikh pertama di gunakan.

Kad Karwa Smartcard 24 Unlimited berharga QAR 20 membolehkan kita menaiki tanpa had trip (mana-mana destinasi) dalam masa 24 jam dari tarikh pertama di gunakan.

Maklumat berkaitan bas dari HIA boleh baca di http://dohahamadairport.com/airport-guide/to-from-the-airport/bus



W Doha Hotel

Tengah hari buta yang terik ni kami tiba di W Doha Hotel. Keluar je dari teksi, terasa bahang panas dan tak selera nak bergambar kenangan di luar hotel. Terus ke kaunter untuk check-in. Seminggu sebelum berlepas saya telah buat semakan dengan pihak hotel, confirm nama kami telah didaftarkan oleh pihak Qatar Airways, saja buat semakan takut-takut Qatar Airways terlupa nak booking kan untuk kami.

Sewaktu check-in, petugas kaunter minta QAR 5OO sebagai deposit. Malas bagi kredit kad dan malas bagi QAR yang ada sedikit ni, jadi saya keluarkan tunai dari ATM mesin yang ada di lobby hotel. 

Tak banyak beza currency rate exchange yang di caj oleh Master Card dengan kita tukar awal-awal di Malaysia. Lagi pun saya tak bawa banyak tukaran QAR Riyal, sebab kawan kata RM di sini diterima kalau kita nak tukar kepada QAR. Di Sauq Al-Waqif ada beberapa tempat tukaran currency. Lagi pun kami dari Barcelona & Paris, jadi lebihan sedikit Euro dari sana kami akan tukarkan disini. 

W Doha Hotel
Masuk bilik..... dekorasi lagi menarik dari W Barclelona Hotel. Cuma view dari bilik kami kurang menarik berbandin W Barcelona. Kami ambil peluang rehatkan diri sekejap sebelum terus ke destinasi pertama kami di Dpha. 

Kami kongsikan juga sikit gambar-gambar W Doha Hotel sebagai tanda terima kasih kami kepada Qatar Airways dan W Doha Hotel.

Di sambut dengan se-tray chocolate/manisan dan sebakul buah-buahan.
Manisan.... 

Nampak "panas terik" di luar hotel
Bilik air... kemas dan cukup bersih
View dari bilik yang kurang menarik.... tak dapat sea view

Kami berehat sekejap sahaja di hotel sebab dah lama berehat di lounge di HIA tadi. Tak sampai satujam, kami keluar untuk ke Sauq Al Waqif.

Sila baca sambungan di 👉👉Tempat Menarik di Doha - Sauq Al Waqif 👈👈

~mat drat~

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.