Pages

Friday, 15 April 2016

Bercuti ke Barcelona : Day 1 - Barceloneta Beach

Percutian Pengalaman Melancong ke Barcelona
Berlatar belakangkan Hotel W Barcelona








dari entry sebelum ini.... 👉👉 Percutian ke Barcelona : Tips dan Panduan


Entry ringkas ni Mat Drat kongsi pengisian Day 1 Mat Drat kat sini. Hari pun dah lewat petang, tak banyak tempat boleh pergi. 

Ptg ni Mat Drat plan nak jalan-jalan santai di Barceloneta Beach dan Port Vell je. 


Terlepas Game...Hu Hu Hu

Sebelum memulakan aktiviti bersantai di Barceloneta Beach dan Port Vell petang hari pertama ni, kami ambil peluang menghilangkan lelah dengan berehat sebentar sambil menonton TV. Maklumlah letih menempuh lebih kurang 18 jam penerbangan.

Sambil berehat, mata saya tertarik dgn channel sport di tv yg menayangkan perlawanan bolasepak, Barcelona FC sedang bermain pulak tu. Terpampang tulisan “LIVE” di screen tapi dlm hati berkata “takkan pulak mereka ada game hari ni, sedangkan esok ada game liga terakhir”.  Mungkin ini siaran ulangan tapi terlupa buang perkataan “LIVE”. Takpe, biarkan. Tapi hairan tetap hairan la. Kemudian ternampak pula di dalam stadium, banner besar kat bawah ni dipamerkan.


Bercuti ke Barcelona : Tempat Menarik Barceloneta Nou Camp
Saya menjadi bertambah hairan apabila 
ternampak banner besar ni tertulis “6RACIESXAVI "


Apalagi, terus saya ambik tiket utk perlawanan Barcelona vs Depotivo. Tiket yang diberikan oleh pihak Qatar Airways semasa stopover di Hamad Airport Doha tidak pula tertulis tarikh perlawanan! Hanya ditulis perlawanan Barcelona vs Depotivo. Hati makin rasa tak sedap…. Hati masih tertanya-tanya.....

Selang beberapa minit, tiba2 sahabat saya, Mazlin yang bekerja di Doha tag saya di IG FC Barcelona serta satu soalan maut di ruangan komen “ko dah kat stadium ni sekarang kan art?”. Terkedu sekejap.....


Apalagi terus cek di website FC Barcelona, dan betullah game telah diawalkan sehari, cuma saya terlepas pandang. Tarikh perlawanan telah diubah 3 minggu sebelum ni. Check IG Barcelona, sah… perlawanan sedang berlangsung. Terus hilang mood…. marah pun ada , terkilan pun ada.

Mula la geram kat mereka-mereka ini:
-Teksi driver : kenape dia tak minat bola, kalau tak mesti dia tahu game hari ni

-"Alexadra Qasih" staff receptionist  Hotel : kenape tak bagitahu pasal jadual game hari ini sedangkan dia tahu saya dtg untuk tonton bolasepak

-Qatar Airways : kenape tak inform dan tukar jadual flight saya. Terus saya email kepada Qatar Airways dan lahirkan betapa kecewanya saya. Rupanya person incharge juga tak perasan tarikh telah ditukar.

-Saya sendiri : Kenapelah saya tak intai2 website FC Barcelona seminggu dua sebelum berlepas.



Dalam keadaan dan perasaan yang bercampur baur, terasa down sekejap…. rasa nak lepak kat bilik je sbb kecewa betul…. Sambil mengelamun memikirkan nasib tak dapat masuk Nou Camp, layan pemandangan pantai Barcelenota dari bilik je la…. bila dah cool sikit, baru la kami turun bersiar-siar di Barceloneta Beach dan skitar Port vell.

Tak ada rezeki......


Barceloneta Beach - Pantai yang Hot

Hotel penginapan kami, W Hotel Barcelona ni terletak di hujung pantai Barceloneta. Kalau google "Barceloneta Beach", banyak gambar-gambar pengunjung berjemur di pantai ni, terutama pada musim panas.

Barceloneta Beach ni kira pantai paling menjadi tumpuan warga Barcelona untuk bersantai dan berjemur.

Kalau Malaysia ni kita anggap macam PD la, tapi PD tak la ramai sangat orang berjemur pun. Lebih kuirang Surfer Paradise kat Gold Coast atau pun macam Hyuangdae Beach kat Busan Korea Selatan. 


Dari bilik, kami lihat pantai agak kosong tidak penuh dengan pengunjung, mungkin cuaca sedikit sejuk terutama dah lewat petang.

Rasanya kalau tenah hari atau awal petang terutamanya musim panas ni, mesti penuh pantai ni....




Keluar je hotel, nampak pulak Lamborghini Evantador ni.
Rasanya baru nak keluar kat market waktu ni.




Isteri senyum kegembiraan dapat menjejakkan kaki ke Barcelona.
Cuma Mat Drat je masih agak terkilan pasal terlepas game bola.


Bercuti ke Barcelona : Barceloneta Beach W Barcelona Hotel
Jalan-jalan hirup udara petang di pantai...

Bercuti ke Barcelona : Barceloneta Beach W Barcelona Hotel
Suasana petang di Barceloneta Beach.


Tak nampak sangat pencemaran mata pompuan berjemur di sini. Cuaca agak sejuk dan hari pun dah petang.  Kalau tak, penuh 'ikan duyung' berjemur di sini.




Bercuti ke Barcelona : Barceloneta Beach
Basikal untuk disewa. Cantik mereka susun basikal.
Ambil disini, bayar dan boleh pulangkan di tempat lain.
Ada 3  station basikal ni disepanjang jalam dari  Barceloneta – Port Vell yg Mat Drat jumpa.

Kat Malaysia boleh ke buat macam ni ek...




Barceloneta Beach
Suasana Barceloneta Beach. Memang ramai yang berjemur.
Sumber IG Barceloneta Beach



Barceloneta Beach ke Port Vell

Dari Barceloneta Beach ke Port Vell, kami menyusuri belakang Museum Historica. Sepanjang perjalanan terdapat banyak cafe-cafe untuk melepak sambil mengadap pantai dan port yang dipenuhi kapal-kapal layar dan bot-bot. 

Di belakang Museum Historica ni terdapat ramai penjaja yang kebanyakannya dari Afrika yang menjual pelbagai souvenior. Fridge magnet dan key chain disini hanya €1 tetapi pilihan tak berapa banyak. Mereka kat sini agak kurang peramah dan jgn tanya banyak-banyak kalau tak nak beli. 

Walaupun di sini banyak cafe2, tetapi kami tak nampak yang ada sign halal. Jadi kami singgah di kedai runcit untuk beli sedikit buah-buahan untuk mengalas perut. Cukuplah untuk makan malam, lagi pun  di bilik pun ada mee segera Maggi dan bubur segera Quaker Oat.

Berderet cafe di sini....seronok melepak ditiup angain sambil melihat gelegat pelancong lalu lalang.




Jalan-jalan tenojk bot....tengok kapal layar....

 
Seronok betul berselfie kat sini....

memang seronok lalu di deck lihat kapal-kapal dan bot-bot  mewah yang berlabuh.


Bercuti ke Barcelona : Barceloneta Beach
Salah satu icon Barcelona. Tugu / menara yang agak unik bentuknya
Jauh juga kami berjalan di sekitar Port Vell. Kawasan ni memang agak ramai pelancong bila petang rupanya.



Jam dah 7pm lebih, asalnya kami nak ke pertunjukan Magic Fountain di Placa Espanya , tapi sebab keletihan campur mengantuk kami batalkan. 

Kami berpatah balik ke Hotel untuk menunggu saat sunset di Laut Mediterranean. 

Jika tadi menapak dari hotel sampai ke sini... ni nak balik dah tak sanggup menapak, lenguh sangat kaki. Kali ni terpaksa naik bas... kaki dah lenguh sangat. nasib baik dah hafal habis bas nombor berapa dan berhenti di mana.


Peringatan :
Sewaktu bersiar-siar di gerai-gerai sepanjang jalan menuju Port Vell, tiba-tiba saya perasan seperti beg galas saya di tarik. Bila saya memalingkan kepala sahaja, lantas seorang wanita muda terus meminta maaf. Katanya tangannya tersangkut di beg saya. Entah betul atau tidak tangannya tersangkut saya tak pasti. Jadi sebagai ingatan, eloklah berhati-hati kalau bersiar-siar di Barcelona ni sebab dengarnya di sini ramai penyeluk saku professional.



Sunset di Barceloneta Beach

Sampai hotel, Mat Drat tak naik terus ke bilik, tapi melepak di pantai kononnya nak menunggu sunset.

Sehingga 8.30 pm tetapi langit masih cerah sedangkan mata pula dah sangat mengantuk. Patutlah mengantuk sebab kalau ikut  waktu Malaysia dah 2.30 pagi. Sunset di sini pada bulan Mei ini sekitar 9.10-9.15 malam. Rasanya tak mampu dah kami menunggu sebab terlalu letih. Kami batalkan hajat melihat saat matahari terbenam pada hari ini, terus naik ke bilik.





8.30 pm kami masih di Barceloneta Beach ni masih cerah.
Kononnya nak menunggu sunset, tapi matahari tak nak terbenam lagi….




Bercuti ke Barcelona : Day 1 - Barceloneta Beach
9.00 mlm baru la senja menjelma. Layan sunset dari bilik sahaja la.

Malam di Barceloneta Beach
Sumber IG W Hotel Barcelona


Dan jam 9.30 mlm masa untuk tidur. Esok baru start pusing-pusing Barcelona betul-betul…. dijangka satu hari yang pasti memenatkan esok.


Sambung ke entry berikutnya untuk travelog Mat Drat di Barcelona ni...

~mat-drat~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.