Pages

Friday, 26 February 2016

Trip ke Gold Coast Australia : Day 1 - KL ke GC




Rezeki kali ini, menang grand prize dalam satu peraduan dianjurkan channel AXN Asia. Hadiah merupakan trip ke Goald Coast Australia. Hadiah yang diberi merangkumi:
- 2 tiket pergi balik KLIA, Kuala Lumpur - Brisbane Airport, Brisbane
- Pengangkutan Airport Brisbane - Apartment dan pulang
- Penginapan 3 malam di De Ville Apartment, Gold Coast
- Tiket Seaworld Gold Coast
- Pengangkutan Apartment ke Seaworld

Dapat sahaja makluman terpilih memenangi hadiah ini, terus study blog sana sini dan juga tip melancong ke Australia terutamanya ke Gold Coast. Tarikh yang saya pilih adalah berdasarkan tarikh yang cuaca paling okey (dingin dan berangin) dan tidak bertembung dengan cuti sekolah di sana.





Masa Terbaik ke Gold Coast

Secara amnya, melawat ke Gold Coast Australia adalah sesuai dilakukan disepanjang tahun. Walau bagai mana pun, cuba elak cuti sekolah dari negeri bersebelahan. Berikut adalah musim dan purata suhu di Gold Coast

Summer ( Dec - Feb )
Temperatures 20-28°C.
Pada waktu ini cuaca agak berangin tetapi nyaman

Autumn ( March - May 
Temperatures between 16-26°C.
Sunny days & warm night.

Winter ( June - August )
Temperatures of 11-21°C
Generally sunny and dry .
Pada ketika ini, kebanyakan warga Australia dari negeri sebelah selatan akan mengelak cuaca sejuk dengan bercuti ke Gold Coast. Kebarangkalian hujan agak rendah.

Spring (September - November)
Temperatures 15-25°C.
Sunny days followed by mild tropical evenings. 




Visa Ke Australia - Online

Untuk ke Australia, kita perlukan VISA ETA. Visa ke Australia saya buat di travel agent dengan bayaran RM 30 untuk seorang. Visa ni di proses secara online jadi boleh dapat on-the-sport. Harga proses bayaran VISA bergantung kepada travel agent, lain agent.... Lain harganya. Ada yang caj sehingga RM 50.


Edited (maklumat tambahan): 




Tiket Murah MAS






Penerbangan Kuala Lumpur ke Gold Coast

Kami menaiki penerbangan MAS dari Kuala Lumpur (KUL) ke Brisbane (BNE).

Perjalanan mengambil masa hampir 9 1/2 jam.
KUL 9.30 pagi - BNE 9.00 malam ( Beza waktu 2 jam)

Baru sampai Darwin.... ada lagi 2/5 jarak penerbangan


Selain MAS, Airasia ada menawarkan penerbangan terus ke Gold Coast. Tak silap saya, penerbangan Air Asia berlepas malam dan tiba awal pagi di Gold Coast dalam lingkungan pukul 7 pagi.

* Sewaktu entry ini ditulis, MAS tidak lagi menawarkan penerbangan Kuala Lumpur - Brisbane.






Airport Brisbane

Sebelum pesawat mendarat, kami diedarkan satu borang "arrival card" iaitu satu pengistiharan kastam/custom declaration.

Semasa membuat persiapan sebelum berlepas, saya sudah membaca berkenaan senarai barang-barang yang dilarang dibawa ke Australia. Dadah sudah sepastinya tidak boleh dibawa masuk, yang saya maksudkan adalah barangan makanan yang dilarang. Jadi kita perlu isytihar kan di borang tersebut semua barang yang perlu diisytihar (jika  ada) untuk elak sebarang masalah di Airport. 

Sampai di Airport, barisan di kaunter imegresen dan kastam agak panjang kerana pemeriksaan di sini agak ketat. Hulurkan "arrival card" yang diminta dan buat biasa sahaja. Mereka memang nampak serius. Ini baru betul enforcement officer, muka kena garang dan serius.... bukannya perlu manis dengan senyuman.

Sampai giliran kami, beg  dibuka dan diperiksa isi kandungannya. Untuk memudahkan kita dan juga pihak mereka, saya tidak bawa barangan berasaskan telur dan kekacang. Saya hanya membawa mee segera, bubur nasi segera, sardin dalam tin, rendang dalam tin, sedikit biskut dan coklat bar. Semua produk-produk ini  memaparkan kandungannya dengan jelas di luar pack/tin.

Untuk lebih memudahkan kita, elok kita asingkan dan kumpul sekali barangan makanan di dalam satu beg sahaja. Jangan dalam beg kita ada makanan, beg pasangan ada makanan, beg anak-anak juga ada makanan.  Kalau kena punggah keluarkan barang dalam beg, kita.juga yang susah nanti nak.kemas balik... masa pun akan banyak terbuang.

Selesai mereka memeriksa beg saya (beg berisi makanan), mereka tanya beg kedua isi apa. Saya kata hanya pakaian dan belum sempat saya buka, pegawai tu dah suruh saya terus jalan. Dia tak periksa beg kedua sebab makanan saya dah asingkan siap-siap. Yang penting semua makanan yang saya bawa boleh dibawa masuk tanpa halangan.




Petikan dari laman web rasmi Tourism Australia 

"Australia’s customs laws prevent you from bringing drugs, steroids, weapons, firearms and protected wildlife into Australia. "

"Some common items such as fresh or packaged food, fruit, eggs, meat, plants, seeds, skins and feathers are also prohibited. 

If you are carrying cash into Australia, that's ok, but you must report it. Find out more and obtain a report form on the AUSTRAC website atwww.austrac.gov.au/travellers. "


Airport Brisbane ni agak lengang ketika kami sampai


Kami tiba di Airport jam 9 malam tapi disini seakan sudah agak lewat, airport sudah agak lengang. Perkara pertama saya pergi adalah ke kaunter pelancongan dan ambil semua pamplet-pamplet berkaitan Gold Coast. Di sini juga saya beli siap-siap kad "Go Card". Go Card ini merupakan kad pra bayar ynag memudahkan kita menaiki public transport mereka dengan tambang yang lebih murah.

Sim kad tidak sempat saya beli disini kerana agak kelam kabut kerana risaukan pemandu yang telah sedia menunggu kami. Kami terus ke kenderaan yang menunggu kami. Kami berkongsi kenderaan bersama 2 pasangan lain yang juga ke destinasi sekitar Gold Coast. Satu pasangan dari Singapore dan satu pasangan lagi warga Australia yang pulang bercuti dari Malaysia.

Jarak Brisbane Airport ke Gold Coast lebih kurang 80km dan jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.


Van/Bas yang menunggu kami. Sangkakan limosin yang menunggu.
Syarikat  Con-X-ion menyediakan pengangkutan dari Airport dan sebaliknya.  Boleh book online.


Ingat !!
1. Declare betul-betul di dalam 'arrival card'
2. Elakkan bawa buah-buahan, daging serta makanan berasaskan tenusu, telur, kekacang
3. Packing barang makanan bagi memudahkan pihak kastam memeriksa.
4. Seeloknya makanan di sekali kan satu luggage, jika di minta buka luggage hanya perlu buka satu luggage sahaja untuk pemeriksaan. Ini yang saya buat.




De Ville Apartment


Lebih kurang 1 jam  perjalanan, kami sampai di Apartment kami.... De Ville Apartment.  Apabila kami keluar dari van, kesejukan mulai terasa, saya jangkakan waktu suhu sekitar 14-16°C. 

De Ville ini bukan hotel tetapi lebih kepada Hotel Apartment. Kaunter receptionist tidak dibuka 24 jam tetapi pre-arrangement boleh di buat untuk pekerja menunggu. Pekerja ini pun sebenarnya tinggal di Ground Floor sahaja. 

De Ville Apartment terletak di "Main Beach". Pantai Main Beach ini agak tenang dan pengunjung agak kurang, mungkin kerana cuaca yang agak sejuk sewaktu kami tiba di sini. Di Gold Coast ni, pantai yang selalu jadi tumpuan pelancong dan pelawat adalah Broadbeach dan juga "Surfer Paradise". Kira dua pantai ni lebih glamour dan agak happening sikit la...


Hotel Murah Gold Coast Australia
Ruang tamu dan dining hall untuk 1 Bedroom Superior
http://www.deville.com.au/apartments

Hotel Murah Gold Coast Australia
Sungguh selesa dan luas, apatah lagi jika hanya berdua.
http://www.deville.com.au/apartments

Masuk sahaja ke apartment, hilang sedikit keletihan apabila melihat keluasan dan kekemasan apatment. Kami diberikan 1 Bedroom Superior. Sangat selesa untuk kami berdua.

Kesejukan terkena udara luar tadi masih terasa dan nasib baik disediakan dua heater di dalam apartment untuk kami gunakan. Ini pertama kali guna heataer... Kat Malaysia tak pernah jumpa benda alah ni. .

Apartment De Ville yang kami duduk ni jaraknya hanya 5 km ke Surfer Paradise. Di sekitar De Ville Apartment ni, hanya ada satu kedai runcit yang kami jumpa. Tetapi dalam radius 1 km dari sini terdapat banyak cafe-cafe di sepanjang Tedder Avenue, Peak Avenue dan Hughes Avenue. 

Ada satu restoran halal di sini, iaitu  Boardwalk CafĂ© . Tapi kami tak sempat pun nak singgah makan di sini.


Juga jangan lupa bawa socket plug (travel) yang sesuai di sini, Kami terlupa bawa dan akhirnya terpaksa meminjam dari petugas kaunter. Sungguh baik hati memberikan kami pinjam sepanjang kami menginap di situ. Untuk senang, beli sahaja universal traveler punya.... boleh pakai di mana-mana negara.


Sedikit gambar De Ville Apartment dari kamera kami...

Hotel Murah Gold Coast Australia
Ruang yang luas dan selesa. TV dengan berpuluh channel disediakan.

Hotel Murah Gold Coast Australia
Apartment yang sungguh luas dan selesa
Hotel Murah Gold Coast Australia
Ruang dapur yang selesa

Hotel Murah Gold Coast Australia
Mesin basuh dan pengering disediakan juga. 
Kalau seminggu di sini, tak perlu bawa baju banyak-banyak.


Gold Coast Australia

Goal Coast terletak di dalam negeri Quensland (QLD). Di sini memang menjadi tumpuan pelancong, bukan sahaja dari luar Australia  malahan juga dari seluruh Australia itu sendiri dan juga jiran terdekat mereka, New Zealand. Biasanya apabila kawasan selatan Australia mengalami musim sejuk, mereka akan bercuti ke territory Quensland terutamanya di Gold Coast.

Bagi yang ingin ke Gold Coast dinasihatkan juga untuk memeriksa musim cuti sekolah negeri-negeri lain di Australia juga Biasanya musim cuti sekolah mereka adalah musim sejuk, dan mereka mengambil peluang uti panjang ini untuk bercuti ke tempat/negeri lain. 

Di Gold Coast ni tarikan utamanya adala theme park, jadi kalau bertembung dengan cuti sekolah mereka.... alamatnya kena beratur panjang la di dalam theme park tu....

Cuaca di Gold Coast dikatakan sesuai untuk kesana sepanjang masa, boleh kata hujan agak jarang-jarang berlaku disini. Mungkin sekali sekala akan ada gerimis, itu pun susah nak jumpa. Langit sentiasa cerah dan cuaca berangin, dingin dan nyaman. Mungkin sebab itu ramai yang suka ke sini menikmati ketenangan dan kedamaiannya.





Pengangkutan Murah di Gold Coast


Sepanjang kami di sini, kami tidak menyewa kereta. Rasanya agak kurang berbaloi untuk menyewa kereta sedangkan boleh dikatakan setiap hari kami akan habiskan masa di sesuatu tempat dan bukannya akan memandu lama. 

Caj parking di sini juga agak mahal di siang hari, terutamanya hari bekerja. Bagi yang menyewa kereta, jangan bawa perangai parking sesuka hati di sini.... di sini denda parking tersangat lah mahal. Kalau caj parking pun mahal, dendanya lagi la mahal.

Kenderaan awam di sini terutamanya bas cukup selesa dan boleh dipercayai ketepatan masanya. 3 hari kami di sini, kami hanya menggunakan pengangkutan bas awam mereka sahaja. 

Untuk lebih jimat, kami beli go card. Kad ni menjimatkan apabila kita kerap menggunakan pengangkutan awam (bas) di sana berbanding bayar setiap kali naik bas. Harga cuma USD 10 satu kad dan kita boleh top-up di mana-mana 7 eleven.



Motorhome / Caravan di Gold Coast, Australia

Sebelah apartment kami ni, terdapat satu lot parking untuk motorhome/caravan. Di situ lengkap dengan kemudahan seperti  tempat mandi, tandas, tempat BBQ, swimming pool dan lain-lain. Bagi yang berangan nak ber"caravan" ke Gold Coast, bolehlah intai-intai tempat parking Caravan/Motorhome ni iaitu Gold Coast Tourist Park . 

Untuk info, caravan/motorhome tidak boleh dipandu ke kawasan bandar Gold Coast, jadi di sini la pelancong park caravan mereka dan seterusnya gunakan public transport untuk ke bandar Gold Coast.

Sekitar pemandangan di waktu malam dan pagi dari Apartment De Ville yang kami diami.

Hotel Murah Gold Coast Australia
Malam di Main Beach, Gold Coast. 


Hotel Murah Gold Coast Australia

Hotel Murah Gold Coast Australia
Sekitar Main Beach di waktu pagi

Hotel Murah Gold Coast Australia
Kelihatan Tourist Park dipenuhi pemilik caravan/ motorhomes


Setiap hari sekitar jam 6 pagi sehingga 8 pagi kami bersiar-siar dahulu di Main Beach sambil menikmati ketenangan dan kedamaian di sini. 

Seronok melihat warga Gold Coast beriadah di pagi hari sebelum memulakan tugas masing-masing. Rata-rata kedai dan pejabat di sini dibuka sekitar jam 10 pagi.

Sejuk....17°C

6.39 pagi.... sudah cerah 

Jinak burung ni - Di hadapan Southport Surf Lifesaving Club
Burung yang sama

Jalan-jalan di Main Beach. Agak lengang
Percutian ke Gold Coast Australia
Main Beach ni lapang dan tenang di waktu pagi



Semasa di sini, terserempak dengan satu lori ni...lori sampah tapi tak gaya macam lori sampah. 

Lori ni cukup bersih dan berkilat serta tak ada bau apa-apa.Dan tak nampak pun sampah berterbangan atau air sampah keluar dari lori ni, jadi tiada pencemaan mata dan pencemaran bau.

Yang menariknya, hanya seorang pemandu yang ada, dia lah 'co-pilot dan dia lah pengutip sampah. Semua dia buat sendiri. 

Bila la Malaysia nak sampai tahap macam ni.

Lori sampah ni di Gold Coast


Hotel di Main Beach Gold Coast

Sebenarnya kami sangat berpuas hati dengan penginapan kami di De Ville Apartment. Cukup mendamaikan dan tenang. Tak crowded dan tak pening-pening dengan hiruk pikuk pelancong lain seperti di area Surfer Paradise. 

Tapi mungkin ada yang tidak menggemari penginapan 'HotelApartment' seperti De Ville ini boleh la melihat lain-lain penginapan di kawasan Main Beach ini.

Lain - lain penginapan di kawasan Main Beach ,antaranya



~mat-drat~

Booking.com

Lain-lain entry berkaitan trip kali ini;

>> Trip ke Gold Coast Australia : Day 1 - KL ke GC
>> Trip Gold Coast Day 2 - Sea World
>> Trip Gold Coast : Day 2 - Makanan Halal di Surfer Paradise Dan Hotel Murah
>> Trip Gold Coast : Day 3 - Warner Bros Movie World
>> Trip Gold Coast : Day 4 - Shopping Harbour Town
>> Trip Gold Coast : Itinerari 4D3N




Monday, 22 February 2016

Panduan membina blog 1 : Nak pilih blogspot atau wordpress

Ilmu kosong pasal blog

Antara perkara pertama yang saya google adalah : Cara membina blog / Panduan membina blog.

Maka keluarlah nama-nama blog dan pelbagai entry yang memberikan tunjuk ajar cara membina blog. Terpaksa la baca disana dan disini. Baca pun ikut pemahaman sendiri.

Ada juga terjumpa "blogger" yang jual buku atau ebook berkaitan membina blog ni, tapi bagi saya selagi kita mampu membaca dan boleh faham sikit-sikit.... kita cari je la ilmu yang percuma di internet ni. Google sahaja.

Pada mulanya saya memilih wordpress kerana saya rasa wordpress cukup user friendly terutama jika menggunakan application di mobile phone. Banyak yang boleh dilakukan dari app di mobile phone berbanding blogspot. Jadi waktu itu saya rasakan, wordpress lebih sesuai untuk saya. Apa yang saya lihat di app mobile phone untuk blogspot, arahan/command agak terhad. Template blog juga agak terhad di blogspot. Jadi wordpress sesuai sangat la dengan saya yang "zero" ilmu blog ni.

Saya juga review blogger-blogger punya komen pro and con antara wordpress dan blogspot.