ABOUT ME
Assalamualaikum dan salam kenal dari saya...... Mat Drat.
mat-drat.blogspot.com adalah blog di dalam Bahasa Melayu yang menjadi medium untuk saya berkongsi tentang info dan tips perjalanan dan percutian.
Blog ini juga sebagai medium untuk saya berkongsi pengalaman saya bercuti di dalam dan di luar negara.
Mula terlintas untuk menulis dan berblog terutamanya mengenai travel dan percutian ini ketika sedang 'bersantai' sewaktu menikmati sunset semasa river cruise di Seine River, Paris di dalam Trip Barcelona - Paris - Doha saya. Masih ingat lagi agak sukar mencari info dari blogger mengenai Percutian Barcelona di dalam Bahasa Malaysia. Di Paris ini mula berangan-angan ingin memiliki blog dan beberapa bulan selepas itu baru 'hajat' memblogging tercapai.
Saya bukanlah 'kaki travel' sebenarnya tetapi Allah berikan rezeki dan kesempatan kepada saya untuk beberapa tahun kebelakangan ini melawat beberapa negara yang saya sendiri pun tidak terlintas sebenarnya.
Selain berkongsi mengenai travel dan percutian, saya juga berkongsi tips dan info berkaitan kewangan di blog saya..... www.sayangwang.com
Harapan saya, sedikit perkongsian saya ini dapat memberikan sedikit maklumat dan panduan, moga-moga ia bloleh digunakan oleh pembaca. Seperti mana saya membaca blog sebelum bercuti, saya juga mengharapkan blog saya ini memberikan manfaat kepada pembaca.
Untuk menghubungi saya, boleh follow saya di Google+ atau email saya di matdrat76@gmail.com.
~Mat Drat~
Alhamdulillah, terima kasih, banyak info jalan-jalan boleh rujuk kat blog ini.
ReplyDeleteTerima kasih singgah blog saya
DeleteSalam...saya nak minta tolong bagi contact tourist guide ke Kundasang utk 4hari 3malam boleh?saya akan anjurkan family day ofis saya bulan November nanti.
ReplyDeleteMaaf, kali pertama dan kali ke-3 saya kesana .... saya tak guna tourist guide. Trip ke dua tu, saya dah tak ada contact nombor ejen tersebut
DeleteSalam kenal. Jom kita tukar bloglist.
ReplyDeleteSalam kenal Bro. Otai n top blogger ni. Saya newbies 😊. Sangat berbeza hati... (maksud tukar bloglist pun Tak faham lagi 😁)
Deleteokey.. dah tahu maksud bloglist... hi hi hi. Nanti saya masukkan dlm senarai (nak buat bloglist juga la)
DeleteAkhirnya... Baru jumpa widget bloglist.. �� ��
Deleteblog bagus sebagai rujukan...kerja apa yea??umrah haji dh pegi ke
ReplyDeletetq.... kerja yg memerlukan saya travel sesekali, lebih kurang 4-5 bulan sekali.
Deletehaji masih menunggu duit cukup dan menunggu panggilan dan menunggu anak2 besar. Umrah Insyaallah next few month kesana lagi.... Kalau Ada rezeki
Hi Abg Mat Drat..sy newbie dalam blog lagi..terinspirasi nak tulis blog macam abg juga!..huhu..doakan sis!!
ReplyDeleteHai Lili, saya pun newbies.. . baru 2 tahun lebih je menulis.
DeleteYang penting minat dan tulis dari hati. Insyaallah ramai suka baca nanti
Alhamdullilah... baru balik dr bercuti terimakasih atas maklumat, info dan tips yang Mat Drat kongsikan. Sangat2 membantu kpd sesiapa yg suka bercuti secara DIY dan adventure.. THUMBS UP👍👍👏👏
ReplyDeleteTQ cik/puan Yanni singgah blog saya..
DeleteBaru balik dari mana tu...
Baru balik bercuti dr London dan Paris.. dan Disneyland
ReplyDeleteLondon... Seronok tu.. Trip dah 2 bulan, tapi tak sempat nak uodate.
ReplyDeleteSaya buat London - Scotland, tapi gila sikit la... 3 hari je (2 hari London, 1 hari Edinburg) 😁
Salam perkenalan dari Kota Kinabalu
ReplyDeleteSalam kenal juga dari saya
DeleteAssalam Mat Drat.ada pengalaman bercuti di Koh lipe Thailand tak?kalau ada share2 la ye
ReplyDeleteWasallam... belum ada rezeki ke situ. Baru sampai Bangkok dan Pattaya shj
Delete