Pages

Wednesday, 25 January 2023

Cara Membawa Masuk Kereta / Memandu Ke Thailand ( Ride Motor ke Thailand )

 

Memandu Ride Motor ke Thailand
Memandu Atau Ride ke Thailand
Lokasi Gambar : Phattalung


Masuk tahun 2023, pastinya rakyat Malaysia semakin ramai akan melangkah keluar negara. Thailand pastinya antara destinasi pilihan.

Bagi yang ingin memandu kereta atau menunggang motor ke Thailand, sedikit perkongsian ini mungkin boleh membantu.

Nota :
Panduan ini berdasarkan pengalaman Mat Drat. Baca juga dari sumber lain untuk info-info atau maklumat berbeza.


Pintu Sempadan / Masuk Ke Thailand

Ada beberapa pintu sempadan untuk ke Thailand. bergantung kepada destinasi kita nak pergi, jadi pilih mana yang sesuai dan menyenangkan ;
  1.  Bukit Kayu Hitam (Kedah)
  2. Padang Besar (Perlis)
  3. Rantau Panjang (Kelantan)
  4. Bukit Berapit (Perak)
  5. Wang Kelian (Perlis)
Kebanyakan pintu sempadan dibuka setiap hari dari 6:00 pagi hingga 10:00 malam dan ada sehingga 12 tengah malam. Boleh rujuk makluman di laman rasmi untuk jadual operasi.



✅ 1. Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam

  • Pintu sempadan Bukit Kayu Hitam antara yang paling jadi tumpuan sebab ia laluan yang mudah untuk ke Hat Yai. 
  • Hat Yai adalah bandar ke-3 terbesar di Thailand dan kini menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia terutama bila cuti sekolah.
  • Pekan/bandar terdekat apabila melepasi sempadan Thailand adalah Danok
  • Klik untuk baca 
    • 👉 Percutian Ke Hat Yai
    • 👉 Percutian Ke Phattalung

Klook.com

✅ 2. Pintu Sempadan Padang Besar

  • Pintu sempadan Padang Besar jadi tumpuan terutama kepada mereka yang menggunakan train ETS.
  • Biasa pelancong dari Malaysia ;
    • KL -  Padang Besar : Naik Train ETS
    • Padang Besar - HatYai : Keretapi / Van Transfer
  • Klik untuk baca 
👉 Ke Hatyai dengan Train

✅ 3. Pintu Sempadan Wang Kelian


Gambar awal 2022.
Pintu sempadan Wang Kelian masih ditutup waktu ini
  • Border Wang Kelian telah kembali dibuka pada April 2024
  • Sebenarnya pintu sempadan / masuk Wang Kelian ini mulai ditutup pada tahun 2015 apabila kubur beramai-ramai warga Rohingya ditemui di kawasan ini pada tahun tersebut. 
  • Bagi yang masih ingat, isu ini ada kaitan dengan isu penyeludupan warga asing.
  • Kali terakhir Mat Drat ke sini waktu ia masih dibuka dahulu rasanya sekitar tahun 2013-2014. 
  • Keadaan Wang Kelian sekarang sudah jauh berbeza, dah seakan pekan mati (ghost town). 
  • Lot-lot kedai (arked) dah jadi usang, tiada lagi penjaja-penjaja yang berniaga di sempadan.
  • Kampung di sini juga sudah agak suram, tiada banyak aktiviti ekonomi boleh dilakukan.
  • Diharap dengan dibuka sempadan ini, ekonomi kawasan sekitar akan kembali 'hidup' rancak.
Pintu Sempadan Wang Kelian Ditutup
Pintu Sempadan Wang Kelian Ditutup
(Gambar awal 2022)

  • Klik untuk baca 
    • 👉 Percutian Wang Kelian Perlis


✅ 4. Pintu Sempadan Bukit Berapit

  • Pintu sempadan / masuk Bukit Berapit terletak di Pengkalan Hulu, Perak. 
  • Ia mungkin kurang digunakan kerana kedudukannya yang agak ‘ke bawah’ jika dibandingkan dengan Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar. 
  • Jadi ia bukan pilihan bagi mereka yang ingin ke destinasi pelancongan utama di Thailand (Hat Yai, Krabi atau Phuket)
  • Pekan/bandar terdekat di Thailand dari pintu sempadan ini adalah Betong.

MEMANDU KERETA / RIDE MOTOR KE KRABI / PHUKET

  • Biasanya untuk ke Krabi, pintu masuk / sempadan Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar yang sering digunakan.
  • Jarak perjalanan ke Krabi ambil masa dalam 5-6 jam ( 300 - 330 km) bergantung kepada pintu masuk 
  • Laluan selepas pintu masuk ;
o Bukit Kayu Hitam > Danok > Hat Yai > Phatthalung > Trang >> Krabi
o Padang Besar > Hat Yai > Phatthalung > Trang >> Krabi


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Masuk Thailand

Berikut dokumen-dokumen yang perlu ada/dibawa jika kita ingun masuk ke Thailand. Kalau ada apa-apa yang tertinggal dalam senarai  ni, tinggalkan di ruangan komen ye. Nanti Mat Drat update.

✅ 1. Passport

  • Pastikan passport dibawa bersama dan passport masih belum tamat tempoh. Passport (buku merah ni) adalah dokumen pengenalan kita apabila berada di luar negara, jadi sangat penting ya.
  • Bagi negara Thailand, Mat Drat tak pasti berapa lama passport kita perlu ada tempoh sah (validity period), sebab ada negara tertentu perlu minimum hanya 60 hari belum tamat tempoh. Tapi kebanyakkan negara memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan ! Jadi seeloknya, pastikan passport masih valid untuk 6 bulan.


Klik untuk baca 

Nota : 
Kedua-dua perkongsian di atas dikongsikan Mat Drat sebelum ini sudah agak lama. Dapatkan juga info/maklumat terkini dari sumber lain terutama sumber rasmi ya. Jika berkesempatan nanti, Mat Drat kongsikan info terkini jika ada perubahan.

Bagi yang pergi berkumpulan dan tiada passport, boleh gunakan ‘passport berkumpulan’, ia lebih jimat. Tapi pengalaman dahulu ke Bangkok dengan dokumen ni, sedikit merumitkan sebab jarang orang guna dan pihak imigresen mereka juga ada yang tidak tahu/biasa dengan 'passport kumpulan' ni. Jadi proses akan ambil masa lama di imigresen.

✅ 2. Geran / Sijil Pemilikan Kenderaan

  • Geran/sijil pemilikan kenderaan ni wajib untuk dibawa sekali semasa kita nak masuk ke Thailand.
  • Bagi yang tiada geran, boleh pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk cetak salinan geran kereta/motor.
  • Bagi yang pandu kereta milik orang lain pula, pastikan ada geran dan surat akuan sumpah yang sah yang ditandatangan oleh pemilik kereta tu sendiri benarkan kita bawa kenderaan tersebut.

✅ 3. Insurans Kereta Thailand

  • Kita wajib beli insuran motor/kereta Thailand jika nak masuk Thailand. Wajib beli.
  • Insuran ini boleh dibeli daripada agensi-agensi yang ada di sepanjang jalan menuju ke pintu sempadan seperti di Changlun atau Rantau Panjang.
  • Kita boleh Nampak agensi-agensi atau pihak ketiga yang tawarkan perkhidmatan ni kerana papan tanda boleh kelihatan ditepi jalan beberapa kilometre sebelum pintu sempadan.
  • Sangatlah dinasihatkan untuk membeli/mengambil comprehensive travel insuran yang melindungi kenderaan, penumpang dan liabiliti pihak ke-tiga. Banyak kes kita baca berkaitan rakyat kita yang kemalangan di sana. Jadi beringat ye !
  • Trip terbaru Mat Drat ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, kami berhenti di hentian (RnR) Naluri Aman, beberapa kilometer sebelum pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Di hentian rehat ni turut ada kiosk/kedai menjual insuran kereta /motor ni dan juga sediakan perkhidmatan isi borang TM 2 dan TM 3 serta kad TM 6.
  • Antara lokasi yang boleh disinggahi di Lebuhraya Changlun, beberapa kilometer dari Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam
    • Naluri Aman Sdn Bhd – 6.5 km sebelum
    • Cuctus CTC Recreation Sdn Bhd – 6 km sebelum
    • Search di google map atau waze destinasi ni dan ada kiosk/agensi di situ yang

💥 Harga Premium Insuran Motor/Kereta Masuk Thailand

1. Premium Harga Insuran Motor
  • Harga berbeza ikut ;
    1. cc motorsikal dan 
    2. tempoh insuran ( 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun).
  • Contoh harga premium insuran motor 125 cc ;
    1. RM 36 (3 bulan) dan 
    2. RM 50 ( 6 bulan).

2. Premium Harga Insuran Kereta
  • Harga premium juga berbeza ikut ;
    • cc kereta dan 
    • tempoh insuran ( 8, hari, 18 hari, 1 bulan, 3 bulan atau 1 tahun).
  • Contoh harga premium insuran bagi kereta; 
    •  RM 29 untuk 8 hari, 
    • RM 36 untuk 18 hari dan 
    • RM 50 untuk 1 bulan.
  • Waktu beli insuran, pekerja/agensi akan kirakan untuk kita. Tanyalah juga apa-apa nak tanya seperti coverage dan dapatkan maklumat apa perlu dibuat jika berlaku kemalangan dan sebagainya.
Harga Insuran Motor Masuk Thailand
Harga Insuran Motor Masuk Thailand

Harga Insuran Kereta Masuk Thailand
Harga Insuran Kereta Masuk Thailand

✅ 4. Lesen Memandu

  • Lesen memandu kita boleh digunakan di Thailand. Jadi tidak perlu lesen antarabangsa. Tapi jangan lupa bawa dan pastikan lesen masih belum tamat tempoh.
  • Ingat : Bawa lesen memandu fizikal ye, lesen memandu digital hanya boleh digunakan di Malaysia.
  • Update 2024: Untuk yang akan memandu ke negara yang perlukan lesen antarabangsa, nanti boleh singgah YouTube Mat Drat. Mat Drat apply lesen antarabangsa untuk trip memandu di Spain sewaktu trip Spain-Morocco Freb 2024.

✅ 5. Borang T2 dan T3

  • TM2 'Information of Conveyance form'. – 2 copies
  • TM2 ni borang maklumat kenderaan yang kita bawa masuk (yang kita pandu/ride).
  • TM3 'Passenger List form' – 2 copies
  • TM3 ni borang  maklumat penumpang. ( Ini kalau ada bawa pembonceng atau penumpang lain).
  • Borang TM 2 dan TM 3 ( percuma) boleh diperolehi sewaktu di imigresen Thailand. Tapi jarang orang ambil dan isi borang di situ. Kita akan kerugian masa nak mengisi sebab biasanya bila sampai di imigresen pintu masuk Thailand, pasti dah ramai yang beratur.
  • Jadi borang-borang ni juga kita boleh dapatkan di hentian-hentian tertentu di Changlun sebelum tiba di Pintu Sempadan Kayu Hitam (bagi yang menggunakan pintu Bukit Kayu Hitam).
  • Antara lokasi Naluri Aman Sdn Bhd (6.5 km sebelum) dan Cuctus CTC Recreation Sdn Bhd ( 6 km sebelum). Search di google map atau waze destinasi ni dan ada kiosk/agensi di situ yang
  • Ambil di sini lebih mudahkan dan cepatkan urusan kita di imigresen.
  • Bayaran dikenakan untuk TM 2 dalam RM 3-5 untuk 1 borang (nama). Manakala TM 3, bayaran dikenakan dalam RM 2 seorang (setiap nama). Tapi nanti check juga dengan kaunter/agensi pihak ketiga yang isikan borang tu nanti, mungkin caj bayaran dah berubah.

✅ 6. Kad T6 (Arrival/Departure White Card)

  • Kad ini juga available di kaunter imigresen secara percuma.. Tapi untuk cepatkan proses dan masa di kaunter imigresen, kita boleh ambil di agensi-agensi atau pihak ketiga yang sediakan kad ni sebelum pintu sempadan.
  • Bayaran dikenakan oleh mereka untuk kad ni sebab mereka akan isikan siap-siap. Hanya berikan passport, mereka akan isikan kad ni.
  • Ada satu keratan kecil untuk simpanan kita, dan pastikan kad ni disimpan elok-elok kerana keratan kad ini mesti ditunjukkan apabila kita nak balik semula ke Malaysia nanti.
  • Jika keratan kad ni hilang, kita akan hadapi sedikit masalah di kaunter imigresen/kastam Thailand nanti waktu nak balik. Jadi pastikan simpan elok-elok.!! 
  • Update 2024 : Ada berita melaporkan tidak lama lagi yang pelancong Malaysia tidak perlu isi Kad TM 6 n. Tapi bila akan dilaksanakan , belum pasti. Pengecualian ni hanya untuk border darat sahaja ya.

✅ 7. Visa

  • Kita tidak perlu visa untuk bergerak di dalam negara Asean, dan sudah pastinya ke Thailand juga tidak perlukan visa.
  • Walau bagaimana pun, jika merancang untuk berada di Thailand melebihi 30 hari, kita perlukan Visa untuk masuk ke Thailand. 
  • Jika masuk lebih 30 hari tanpa visa, kita boleh ditangkap, didenda, dipenjarakan dan dihantar balik ke Malaysia dengan kos kita tanggung.
  • Klik untuk baca 
    • 👉Beza Passport dan Visa

LAIN -LAIN

✅ 8. Sim Kad

  • Sim kad boleh dibeli di hentian sewaktu kita beli insuran atau isi borang TM 2/3 atau kad TM 6.
  • Sim kad serendah RM 20 untuk unlimited data bagi tempoh 7-8 hari. Rasanya ada 2 telco yang sediakan sim kad tourist iaitu DTAC dan AIS.
  • Kalau terlepas beli di hentian sebelum pintu sempadan Bukit Kayu Hitam/ Padan Besar, biasanya di checkpoint Thailand akan ada penjual menjual simkad ni. Pemerhatian Mat Drat, harga juga sama, serendah RM 20.
  • Satu lagi alternative, di pekan Danok (jika melalui Bukit Kayu Hitam), ada kedai-kedai telco yang jual sim kad tourist ni. 
    Sim Kad Murah Thailand
    Sim Kad Murah Thailand


  • Dan satu laguI cara, beli melalui shopee/lazada. Mat Drat baru ni beli melalui shopee, dalam 2-3 hari dapat sim kad. Bila masuk Thailand baru aktifkan sim kad (hanya enable-kan sahaja), tanpa daftar dan boleh terus boleh guna.
  • Lagi mudah. Trip ke Bangkok baru ni, Mat Drat order kat shopee je.


Klik link untuk 👉👉 BELI SIM KAD MURAH




✅ 9. Duit Mencukupi ( Peraturan THB 20,000)

  • Mengikut peraturan, pelancong perlu bawa THB 20,000 ( lebih kurang RM 2,000) apabila memasuki Thailand.
  • Tapi sejauh mana ketat peraturan ni, Mat Drat tak pasti. Mungkin random checking dilakukan.

✅ 10. Matawang Bhat

  • Jika tak sempat tukar atau tak cukup tukaran matwang Bhat, untuk last minit masih boleh tukar di RnR atau hentian sewaktu menghampira sempadan, sewaktu kita beli insuran/isi borang TM2/TM3/TM6.
  • Exchange rate macam murah pulak ikut pengalaman Mat Drat (tak sangka dapat murah hari tu).
  • Di Kuala Lumpurt, 100 Bhat Mat Drat tukar dengan rate RM 13.25-13.35
  • Tapi di sini, untuk 100 Bhat hanya RM RM 13.17. Kira murah tu sebab hanya sehari berbeza tarikh tukar di KL dan di sini.
  • Bawa la lebih sikit matawang Bhat, nanti senang nak membeli belah.
  • Tukaran di Thailand, kita akan rugi kadar tukaran dan tak banyak Money Changer yang terima RM.
Tukar Thai Bhat Murah
Tukar Thai Bhat Murah

✅ 11. Aktifkan Kad Debit

  • Boleh juga standby dengan aktifkan kad debit untuk transaksi luar negara. Mana tahu matawang bhat tak cukup nanti, sebab biasanya kita akan banyak shopping.
  • Cuma kadar tukaran lebih tinggi jika keluarkan tunai di sini dan ada caj oleh bank.
  • Contoh :Mat Drat tukar 2,000 Bhat dikenakan kadar RM 13.46 untuk 100 Bhat dan caj tambahan +- RM 30.
Pesanan :
  1. Biasanya kad debit yang Mat Drat aktifkan, tidak akan ada banyak wang di dalam akaun. 
  2. Sekadar peringatan untuk elak apa-apa terjadi (kena scam atau seumpamanya). Pernah kena balik dari Trip London-Scotlan dahulu, sampai-sampai Malaysia, kad digunakan oleh scamamer/hacker.
  3. Kalau duit tak cukup di kad debit (bank), kita buat je pindahan online ke akaun yang kad debit aktif.

Tips :
  1. Sekarang kalau travel, Mat Drat guna kad WISE. Jimat tukaran sebab rate rendah.

✅ 12. Kad Debit WISE

  • Untuk travel, Mat Drat lebih banyak bayar guna kad WISE. 
  • Bukan untuk bayar sahaja, cash pun keluar dari ATM guna kad WISE.
  • Kenapa orang suka guna Kad Debit WISE
    • Jimat tukaran matawang. Rate lebih rendah
    • Selamat dan trusted
    • Ada Akaun Multi-Currency
    • Ada kad fizikal 
    • Diterima seperti Visa/Mastercard di luar negara
Untuk apply KAD DEBIT WISE boleh klik 👉💳APPLY KAD WISE

Boleh whatsapp Mat Drat untuk pertanyaan lanjut
👉 : WhatsApp Tanya MatDrat ( Mat Drat jawab mana yang boleh / tahu sahaja)

  • Update 2024: Terbaru Mat Drat guna sewaktu Trip Spain dan Morocco
    • Mat Drat depositkan dalam akaun Euro dan juga Dirham Morocco
    • Di sana, Mat Drat lebih suka bayar guna kad WISE berbanding kad kredit (untuk jimat rate)
    • Withdraw duit senang, pergi je mana-mana ATM. Cuma kena cari ATM yang tiada caj atau caj minima untuik pengeluaran
    • Boleh top-up anytime kalau duit tak cukup



✅ 13. Status Sekatan Perjalanan (PTPTN/LHDN)

  • Jangan lupa, 1-2 minggu sebelum pergi kita check dahulu nama kita sama ada dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara tau tidak.
  • Dan sehari sebelum pergi, check lagi sekali. 
  • Sekatan mungkin dikenakan oleh LHDNM, PTPTN, Polis atau agensi kerajaan yang lain.
  • Semakan boleh dibuat secara online sahaja.
            ðŸ‘‰ https://sspi.imi.gov.my/sspi/

 14. Travel Insuran

  • Jadikanlah amalan dengan ambil insuran perjalanan (travel insuran) kalau keluar negara walau hanya ke Thailand.
  • Katakan jadi sesuatu seperti kemalangan atau sakit yang perlu masuk ke wad, kita tidak akan terbeban sangat.
  • Kos insuran, terutama ke negara Asia tidak mahal. 
  • Contoh harga untuk trip seminggu (Asia)
    • RM 25-30 ( Single )
    • RM 50-60 ( Family )

 15. Vaksin Covid-19

  • Buat masa ini, kerajaan Thailand telah menarik balik keperluan vaksinasi untuk memasuki Thailand.
  • Tapi untuk persediaan, tiada masalah kalau nak print sijil vaksinasi.

PROSES CHECKPOINT  

✅ 1. Check Point Malaysia

  • Pengalaman Mat Drat : Beg-beg akan diperiksa dan di scan
  • Seawal 6 pagi jika cuti sekolah atau 'long public holiday', jangkakan sudah banyak kenderaan menunggu di pintu sempadan.
  • Datang awal untuk elak kesesakan dan tunggu sehigga border dibuka.
  • Solat siap-siap atau wudhu dahulu.
  • Bagi hari biasa, pemeriksaan akan ambil masa dalam 30-45 minit (bukan waktu kesesakan cuti sekolah/long public holiday)

✅ 2. Check Point Thailand

  • Ikut pengalaman : Beg-beg tidak akan diperiksa (sewaktu masuk ye)
  • Proses pemeriksaan dan pendaftaran ambil masa lebih cepat, sekitar 20-30 minit (bukan waktu kesesakan cuti sekolah/long public holiday)
  • Ikut signboard atau arahan untuk lancarkan proses
  • PASTIKAN passport kita di-chop oleh imigresen Thailand
  • PASTIKAN keratan TM 6 disimpan, untuk diserahkan waktu balik.

PERINGATAN
Pandulah secara berhemah, ikut had laju dan peraturan negara Thailand

Jika di Malaysia, kita jenis pemandu yang memandu secara merbahaya, memandu melebihi had laju atau suka cucuk rapat, maka bolehlah kita tinggalkan tabiat pemanduan begitu.



SELAMAT BERCUTI


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

MGID