Pages

Sunday, 26 January 2020

WATERPARK DESARU COAST - Tiket Murah Adventure Waterpark Desa Park

Tiket Murah Adventure Waterpark Desa Park

DESARU COAST

Desaru Coast ni baru dibuka sekitar Julai 2019 yang lalu, kini makin dikenali sebagai salah satu destinasi percutian, bukan sahaja untuk warga Johor, tetapi untuk pelawat dari negeri-negeri lain. Malahan dari negara jiran juga mulai datang ke sini.

Dan sejak kebelakangan ni banyak juga aktiviti-aktiviti untuk mempromosikan Desaru Coast ni di adakan. Paling Mat Drat ingat adalah gathering Desaru International Bike Week 2019 (DIBW 2019) yang diadakan pada September 2019 hari tu.

Memang meriah sebab satu Malaysia turun, penuh kawasan Desaru tu. Siap pemilik motorsikal dari Singapore dan Thailand pun sanggup datang sekali. Dan pastinya kehadiran TMJ, menjadikan acara tu semakin menarik.

.............................................................................

ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST

Tarikan utama di Desaru Coast sudah pastinya "Adventure Waterpark Desaru Coast".

Bagi Mat Drat, waterpark di sini boleh la di bayangkan seperti Sunway Lagoon cuma sizenya lebih besar.

Kalau dibandingkan dengan Legoland Waterpark, Mat Drat rasa 'ride' di sini lebih menarik dan 'meriah'.

Apa yang specialnya di Adventure Waterpark Desaru Coast ni??

Ombak Buatan / Wavepool
Ombak buatan di sini merupakan antara terbesar di dunia dan terbesar di South East Asia. Kolam buatan ni dipenuhi dengan lebih 4 million gallon air dengan keluasan hampir 3 ekar. Memang luas dan memang besar.

Ride Menarik
Selain ombak buatan (wavepool), banyak lagi tempat dan aktiviti menarik di sini. Antaranya
  • Penawar River - Longest Lazy River in Malaysia
  • Kraken's Revenge Roller Coaster & Spalshing Flume Ride
  • Super Twister
  • The Tempest
  • Swingging Ship
  • Penawar Fall
Boleh layari laman web Adventure Waterpark Desaru Coast  untuk detail ride-ride yang ada di sini.
.............................................................................

Harga Tiket Desaru Waterpark
Nak jimat belilah secara online di laman web atau melalui KLOOK

One-Day entry : per person   (Harga online pada 27.01.2020

 Adult 
(12-59)
Child / Senior
(3-11) / (60+)
  Regular   RM 128
 (Normal RM 151)
RM 96
 (Normal RM 113) 
Mykad  RM 121RM 90


Two-Day entry : per person   (Harga online pada 27.01.2020)

 Adult 
(12-59)
Child / Senior
(3-11) / (60+)
Regular  RM 219
 (Normal RM 151)
RM 164
 (Normal RM 113) 
  Mykad  RM 196RM 147

Klook.com
Klook.com

.............................................................................




...............................................................

Jemput singgah Youtube Chanel Mat Drat πŸ˜Š


Singgah lah ke chanel Youtube Mat Drat.
Mat Drat baru start belajar create travelog video. Jangan lupa subscribe ya... TQ support😊😊

.




Video Trip Desaru




HOTEL DI DESARU COAST

Ada beberapa hotel di sini, boleh pilih ikut budget masing-masing. Antaranya ;


Hard Rock Hotel Resort


 The Westin Desaru Resort


Sand & Sandals Desaru
Beach Resort & Spa



Tunamaya Desaru Coast


.............................................................................

Homestay Di Desaru Coast

Jika datang dengan ahli keluarga yang ramai, pilihan Homestay mungkin lebih menjimatkan. 

Mat Drat cadangkan cuba cari menggunakan AIRBNB. Mat Drat kalau mencari penginapan homestay/ apartment/ kondominium, memang biasanya cari melalui AIRBNB.

Pengalaman Mat Drat : 
Mat Drat pernah menginap melalui tempahan AIRBNB di ;
- Puteri Harbour (Kondominium)
- Taiping (Apartment/Kondo)
- Edinburgh Scotland (Bilik di rumah owner)
- Kuantan (Kondo Resort Residensi)
- Beserah Kuantan ( Kondo Resort)


Cadangan : 
Ada beberapa homestay / apartment / kondo yang boleh dipertimbangkan di area Desaru Coast ni.

.............................................................................

IRONMAN 70.3 - DESARU COAST

Beberapa bulan lepas juga Mat Drat ada hadiri majlis pelancaran IronMan 70.3 Desaru,  di mana Desaru Coast menjadi salah satu penaja utama. Waktu lihat penjelasan dari pihak mereka, memang menarik Desaru Coast ni.

πŸ‘‡πŸ‘‡
https://mat-drat.blogspot.com/2019/09/ironman-703-desaru-2020-desaru-coast.html


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


Thursday, 16 January 2020

Hello Kitty & Thomas Town Johor Tutup (Pengalaman Bercuti)

Hello Kitty & Thomas Town Johor Tutup

Hello Kitty & Thomas Town Johor Tutup



Thomas Town & Hello Kitty Puteri Harbour Johor

Thomas Town & Hello Kitty dah tutup, tapi Mat Drat tetap kongsi kat blog, buat kenangan. 

Mat Drat ke sini 2-3 bulan sebelum Thomas Town & Hello Kitty di tutup. Rezeki bawa anak-anak. Tapi waktu tu tak tahu pun yang Thomas Town dan Hello Kitty ni akan di tutup.

Memandangkan dah tutup, Mat Drat share gambar je la di hujung entry ni buat kenangan Mat Drat dan anak-anak.

.............................................................................





Thomas Town & Hello Kitty di Tutup


Penghujung tahun 2019, adalah detik terakhir Thomas Town dan Sanrio Hello Kitty di Puteri Harbour Johor Bharu ni beroperasi. Dan mulai 1 Januari 2020, kedua-dua taman tema indoor ini sudah tidak lagi beroperasi.

Mula beroperasi pada 2012, akhirnya kedua-dua taman tema indoor ini terpaksa menghentikan operasinya.

Antara faktor utama penutupannya dikatakan kerana selepas 7 tahun beroperasi, jualan tiket dan kehadiran pengunjung masih tidak mencapai sasaran. 

Bagi Mat Drat sendiri, selain kehilangan sedikit kepada sektor pelancongan Johor dan Malaysia amnya, ia juga satu kehilangan kepada peminat Thomas n Friends dan juga peminat Hello Kitty.

Mat Drat ke sini 2-3 bulan sebelum Thomas Town & Hello Kitty di tutup. Rezeki bawa anak-anak. Tapi waktu tu tak tahu pun yang Thomas Town dan Hello Kitty ni akan di tutup.

Memandangkan dah tutup, Mat Drat share gambar je la di hujung entry ni buat kenangan Mat Drat dan anak-anak.

.............................................................................








Desaru Coast Johor Dibuka

Walaupun Johor kehilangan satu destinasi lawatan (Thomas Town dan Sanrio Hello Kity), satu destinasi percutian baru kini mula sering dikunjungi orang ramai iaitu Desaru Coast.

Desaru Coast ni baru dibuka pertengah tahun lalu, rasanya sekitar Julai 2019.

Walau pun Mat Drat belum sampai ke Desaru Coast ni, tapi nampak gayanya memang menarik. Selain taman tema air, sini juga terdapat padang golf dan beberapa hotel dan resort.

Beberapa bulan lepas juga Mat Drat ada hadiri majlis pelancaran IronMan 70.3 Desaru,  di mana Desaru Coast menjadi salah satu penaja utama. Waktu lihat penjelasan dari pihak mereka, memang menarik Desaru Coast ni.

πŸ‘‡πŸ‘‡
https://mat-drat.blogspot.com/2019/09/ironman-703-desaru-2020-desaru-coast.html


Dan rasanya sejak kebelakangan ni banyak juga aktiviti-aktiviti untuk mempromosikan Desaru Coast ni di adakan. Paling Mat Drat ingat adalah gathering Desaru International Bike Week 2019 (DIBW 2019) yang diadakan pada September 2019 hari tu.

Memang meriah sebab satu Malaysia turun, penuh kawasan Desaru tu. Siap pemilik motorsikal dari Singapore dan Thailand pun sanggup datang sekali. Dan pastinya kehadiran TMJ, menjadikan acara tu semakin menarik.

Desaru International Bike Week 2019 (DIBW 2019)
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut berkenan untuk mempamerkan koleksi peribadinya pada Desaru International Bike Week 2019.
Kredit : mstar


Percutian ke Desaru Coast - Tiket Murah

Boleh la plan bercuti ke sini, Mat Drat pun dah intai-intai kalender untuk ke sini. 

Nak tiket murah, boleh ke entry berikutnya. Mat Drat kongsikan beberapa pilihan untuk dapatkan tiket murah ke Desaru Coast.



Gambar Hello Kitty dan Thomas Town

Macam Mat Drat tulis awal tadi, entry blog kali ni pun antara lainnya untuk kongsi sedikit gambar untuk dijadikan kenangan...



Hello Kitty & Thomas Town Johor


Hello Kitty & Thomas Town Johor


Hello Kitty & Thomas Town Johor


Hello Kitty & Thomas Town Johor


Hello Kitty & Thomas Town Johor






















Hello Kitty & Thomas Town Johor


Hello Kitty & Thomas Town Johor


Hello Kitty & Thomas Town Johor





~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Wednesday, 15 January 2020

Kupon Rebate Diskaun Airbnb Murah


Kupon Rebate Diskaun Airbnb Murah


Notis / update : 1.1.2021
AirBnb tidak lagi menawarkan promo rebate diskaun buat masa ini.


Sejak kebelakangan ni, Mat Drat kerap juga booking penginapan dengan Airbnb ni .

Bagi yang belum tahu, Airnb ni salah satu platform untuk booking penginapan. Dulunya ia lebih kepada 'homestay', atau owner sewakan ruang di rumah, dan kini Airbnb dah tawarkan pelbagai service di platform mereka. 

Dah ramai pemilik apartment, kondominium iklankan 'homestay' mereka sekarang. Hotel pun dah ada yang mula iklankan bilik mereka di Airbnb.

Mat Drat kalau mencari apartment atau homestay, biasanya akan cari melalui Airbnb. Kalau cari bilik hotel, lebih selesa melalui booking.com atau agoda, seperti biasa.

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni

πŸ‘‰πŸ‘‰   Claim rebate diskaun Airbnb sehingga RM 165. 

Nilai kupon ni pun berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi yang airbnb bagi.

Syarat-syarat dia pun rasanya kadang-kadang berubah.  Waktu Mat Drat tulis ni,  antara syarat nak dpt rebet ni:

Tips dan Syarat nak RM 165
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut untuk RM 165 ni, (waktu entry ni dituis)
1. Rebat RM 120 untuk tempahan penginapan homestay. 
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti .

Ingat
1. 1st time user
- Kupon diskaun ni untuk 1st time user je.
- Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain.
- Kalau dapat RM165 diskaun, banyak dapat jimat tu... 

2. Perlu lebih RM 290

- Kupon ni hanya valid untuk jumlah tempahan bernilai RM 290 ke atas.
- RM 290 tu termasuk caj yang macam-macam tu, bukan harga bilik sahaja.
- Maknanya service fee, cleaning fee dan fee-fee lain juga diambil kira.


3. Valid 1 tahun
- Diskaun / rebete ni hanya valid jika tempahan di buat dalam masa 1 tahun dari pendaftaran.
- Dah daftar, boleh booking terus unit yang masih kosong sebelum unit disambar orang lain.
- Atau daftar dulu,  nanti bila nak booking senang sebab dah ada akaun. nan

- Save link ni, nanti senang nak register akaun dan claim m rebat diskaun.



Ingat

1. Caj lain-lain

Nak booking dengan Airbnb ni, kena rajin survey sikit. Kadang-kadang tu kondominum yang sama, harga berbeza. 

Sebabnya, owner letak caj macam-macam... service fee la, cleaning fee la... mcm-mcm fee. 

Jadi pilih la kalau kita puas hati dengan unit dah harga yang ditawarkan.

2. Baca review
Jangan lupa baca review yang dtinggalkan pengguna untuk gambaran keadaan unit yang kita nak sewa atau pun keadaan sekeliling.

Ni contoh apartment yang Mat Drat sewa kebelakangan ini
1. Puteri Harbour
2. Taiping
3. Edinburgh Scotland
4. Balok
5. Cherating 
6. Gurun Kedah
7. Pulau Pinang

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

 

Tuesday, 7 January 2020

Bercuti ke Puteri Harbour, Nusajaya Johor



PUTERI HARBOUR, JOHOR

Oct baru ni Mat Drat ke Puteri Harbour mengambil kesempatan cuti panjang. Trip singkat sahaja, kerana tidur 1 malam sahaja di sana.

Plan ke sini nak bawa anak-anak ke Hello Kitty dan Thomas Town. Mat Drat tak pergi ke Legoland kali ni sebab dah pernah bawa anak-anak ke situ sebelum ni. Lagi pun cuti macam ni pasti orang sangat ramai dan setiap ride akan perlu beratur panjang.

Cukuplah anak-anak dapat main ride dalam Hello Kitty dan Thomas Town, kira dapatlah ganti keseronokan main ride di Legoland. Lagi pun ni bawa anak-anak kecil je.

Dan Mat Drat menginap di Merina Condominium dengan swimming pool, pun kira dapat ganti keseronokan bermain air di Legoland Water Park.

Okey... Ni perkingsian ringkaas e ye.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat



.............................................................................


PERJALANAN KE PUTERI HARBOUR

Macam biasa Highway Plus dari Bangi ke Nilai dan terus ke Seremban dan Senawang. Lepas tu baru clear sikit.

Masa perjalanan dari KL ke Puteri Harbour ni lebih kurang 4 jam - 4 1/2 jam je dalam  pemanduan 'kelajuan kebangsaan', iaitu ikut had laju dan bukannnya ikut kelajuan kebanggaan.

Dah alang-alang ke Johor, Mat Drat ambil kesempatan singgah di rumah saudara di Pontian, dah lama tak berjumpa. Kira trip bawa anak-anak sambil ziarah saudara.

Tanjung Piai - Tanah Asia paling Selatan 
Perancangan awal, dari Pontian akan singgah sekejap di Tanjung Piai sebelum ke Puteri Harbour.

Bila dah jumpa saudara ni, tak boleh buat apa. Memang akan lama, jadi plan nak singgah Tanjung Piai terpaksa dibatalkan sebab tak sempat.

Bagi yang belum tahu, Tanjung Piai Johor merupakan tanah besar Asia paling selatan.








..................................................................................................................

PENGINAPAN DI PUTERI HARBOUR


Kawasan Puteri Harbour ni juga sebenarnya jadi pilihan kepada mereka yang ingin bercuti ke Johor Baharu terutamanya  yang ingin ke Legoland atau pun Hello Kitty / Thomas Town.

Pelbagai unit boleh kita jumpa sama ada di Airbnb, booking.com atau agoda. Pilih mana yang berkenan.





Apartment / Homestay

Memandangkan kali ni Mat Drat menginap di service apartment / kondominum, jadi di entry ni Mat Drat senaraikan beberapa homestay dan apartment yang ada di Puteri Harbour ni.


Encorp Marina Puteri Harbour 

Kali ni Mat Drat menginap di sebuah service apartment melalui Airbnb. Murah dan sangat selesa. Mat Drat pilih sebab swimming pool kat sini cantik, sesuai untuk anak-anak bergumbira.

Okey, Encorp Marina Puteri Harbour ni antara service apartment yang terdapat di area Puteri Harbour ni. Ada beberapa lagi service / residence apartment di kawasan ni. 

Pelbagai unit boleh kita jumpa sama ada di Airbnb, booking.com atau agoda. Pilih mana yang berkenan.

Mat Drat menginap di Service Apartment Encorp Marina yang diberi nama oleh owner, "Cozy 5 Guest Hello Kitty & Legoland".  

Mat Drat boleh kata unit ni sangat 'class', sangat selesa, sangat luas dan sangat berbaloi.  

5 sebab Mat Drat pilih unit ni
  1. Harga sudah pasti sebab utama, tak mahal
  2. Swimming pool cantik dan menarik
  3. Unit sangat selesa (3 bilik)
  4. Walking distance ke Hello Kitty, Thomas Town dan deck kapal/bot
  5. Kedai dan restoran di tingkat bawah





 Homestay / Kondominium di Puteri Harbour  

Antara unit homestay di kondominium yang agak mewah di sini yang rate semalam dalam range RM 200 - RM 300 satu malam :

Mat Drat list kan (2 dengan gambar). Untuk unit lain, boleh clik link yang diberikan di bawah.


Encorp Merina  By KC


Teega By LC






1. Encorp Merina (2+1 Bedroom, 2 Beds 5, Guests) By KC (unit yang Mat Drat pilih)

2. Encorp Merina (Studio, 1 Bed, 3 Guests) By KC

3. Encorp Merina (2 Bedroom, 2 Beds, 5 Guests) By Robin n Louise

4. Encorp Merina (1 Bedroom, 1 Bed, 2 Guests) By Bryce [RentRadise]

..........................................


5. Teega (Studio, 2 Beds, 4 Guests) By LC

6. Teege (3 Bedroom, 3 Beds, 8 Guests ) By Yuhong

7. Teege (1 Bedroom, 1 Bed, 4 Guests ) By Havona

....................................................
8. Almas Suite (1 Bedroom, 2 Bed2, 3 Guests) By JB City

8. Almas Suite (1 Bedroom, 1 Bed, 2 Guests) By Michael J

10. Puteri Coves  (2 Bedroom, 2 Beds, 4 Guests) By Ser Kim


Mat Drat share pula sikit gambar apartment yang Mat Drat menginap ( Encorp Merina)

Homestay Airbnb murah Johor Bharu Nusajaya Iskandar
Living Hall- selesa
Homestay Airbnb murah Johor Bharu Nusajaya Iskandar
Chanel TV cukup banyak


Homestay Airbnb murah Johor Bharu Nusajaya Iskandar

Homestay Airbnb murah Johor Bharu Nusajaya Iskandar
Kitchen, lengkap untuk digunakan

Homestay Airbnb murah Johor Bharu Nusajaya Iskandar
Master Bedroom cukup selesa

Homestay Airbnb murah Johor Bharu Nusajaya Iskandar
Bilik air dengan basic toileteries

Bilik air dengan bath tub


Bilik -2

Bilik-3 dengan tilam (tanpa katil)


Kondominium ni masih agak kurang penghuni,
atau kebanyakkannya dijadikan homestay / airbnb

Suasana malam ...


Dan pagi esoknya, masa anak-anak ,mandi manda sebelum ke Hello Kitty dan Thomas Town















~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!