Pages

Tuesday, 22 October 2019

Travelog Perth Part 5 : Fremantle (E Shed, Kailis Fish Market & Rainbow Sea Container)

Percutian Ke Perth Itinerari

DAY 2 - FREMANTLE, PERTH


Travelog Perth bersambung di hari ke-2. Hari ni Mat Drat akan ke area Fremantle sahaja. Banyak tempat nak pergi di situ sebenarnya.

Ni itinerari Mat Drat di hari ke-2.

08:00 am - Sarapan di rumah
08:45 am - Bergerak ke Fremantle
09:30 am - E Shed Market - beli Souveniour
11:30 am - The Roundhouse
01:00 pm - Kailis Fish Market / Cicerello's - Lunch
02:30 pm - The Rainbow Sea Container
03:00 pm - Coles Fremantle - (Macam Tesco)
03:30 pm - South Mole Lighthouse ( Green)
04:00 pm - North Mole Lighthouse ( Red )
05:00 pm - Apartment
06:00 pm - Scarborough Beach (refer entry sebelum ni)
08:30 pm - Apartment dan rehat...

Sebelum tu, jemput baca entry sebelum ni... 

👇👇
 Travelog Perth - 
Sunset at Cottesloe Beach 
& Scarborough Beach


.............................................................................

FREMANTLE


Fremantle ni pun salah satu lokasi yang 'pasti' dikunjungi kalau bercuti ke Perth.

Rasanya dulu ada 2 sebab orang ke sini
1. Beli souveniour di E-Shed / Fremantle Market
2. Makan Fish n Chip di Kailis Fish Market / Cicerello's

Sekarang ada tarikan baru iaitu 'bergambar' di The Rainbow Sea Container

Dah alang-alang sampai area Fremantle, boleh la juga melawat tempat-tempat lain di Fremantle ni.

Boleh la habiskan 1 hari di sini. Maknanya kalau ke Fremantle, hampir sehari juga kita akan habiskan masa di sini. Paling kurang pun 1/2 hari, bergantung kepada itinerari masing-masing.

E-Shed hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jadi biasa orang kita akan cuba datang pada 3 hari tu sebab nak menyopping souveniour di E-Shed. Kalau tak dapat datang 3 hari tu, hari lain pun boleh sebab masih boleh membeli belah cenderahati/buahtangan/ souveniour di Fremantle Market (Freo Souvenirs). Harga masih dikira murah kalau bandingkan dengan harga di Perth.


Tempat Menarik di Fremantle

Senang.... Mat Drat senaraikan beberapa tempat yang agak menarik di Area Fremantle ni. Pilih mana yang sesuai dengan jiwa dan minat.

1. Beli Souveniour. Di kedai Megabes atau Aussin Store di E-Shed, atau Freo Souvenirs di Fremantle Market Street.


2. Makan Fish n Chip di Kailis Fish Market / Cicerello's
3. The Round House
4. WA ShipwreckS Museum
5. The Shipwreck Galleries Museum
4. The Rainbow Sea Container
5. South n North Mole Lighthouse
6. Fremantle Prison (Museum)
7. Fremantle Market (jalan-jalan)
8. Fremantle Fishing Boat Harbour
9. South Beach
10. SeaLINK Rottnest Island

Cara Ke Sini

Untuk ke sini, Mat Drat rasa ada 4 option. 

  1. Kereta (drive sendiri)
  2. Train
  3. Bas
  4. Uber Car

1. Kereta (Drive Sendiri)

Jarak dari Perth City dalam 20 km. Masa pemanduan dalam 20-25 minit.. Pengalaman Mat Drat bergerak dalam 8:30am, jalan tak sesak, smooth je. Pakai Waze je, InsyaAllah tak sesat.

Parking di Fremantle
Parking di sini mahal juga, City of Fremantle Parking punya rate dalam $2.20 - $2.80 sejam. Ikut lokasi.
Nak jimat, parking di luar sikit dari pusat bandar Fremantle (parking rate $1.60/jam) dan gunakan Bas Percuma CAT Fremantle. Tapi rugi masa la, nak kena tunggu bas!

Parking yang disediakan oleh City of Fremantle ni agak limited. Yang park lot tepi jalan, rasanya limit 1-2 jam. 

Boleh check lokasi parking, rate, parking bay di  

Mat Drat cadangkan nak senang park kereta di lot parking Victoria Quay, depan E-Shed.  Situ ruang parking agak banyak (1,800 bay), disediakan oleh Wilson.

Dari sini boleh menapak ke The Round House, Shipwreck, makan Fish n Chips di Kailis Fish Market. Dari E-Shed ke Kailis nampak macam jauh, 800 meter tapi kita jalan-jalan santai singgah The Round House, WA Shipwreck Museum dan Bather Beach, kita tak akan rasa jauh.

Rate parking sini $2.50 sejam. Senang bayar je terus 4 jam ( $8 je) atau 1 Day ($10)
- Isnin-Khamis sahaja boleh ambil 'All Day Parking'.
- Jumaat - Ahad, limit parking 4 jam sahaja di sini.

Nak tengok area parking di Fremantle ni yang disediakan oleh Wilson, check kat sini

Ingat
Saman parking di sini mahal ye, tak kira la walau terlebih 5 minit!. Jadi pastikan bayar parking, ada tiket dan tak lebih masa.

Cheap parking at freamntle
Ni bukan kereta sewa Mat Drat.
Owner kereta Alfa Romeo ni ada sebelah Mat Drat sebenarnya, Mat Drat minta izin sblum bergambar.
Ingatkan lepas tu dia nak offer duduk dalam kereta dia...h he he

Cheap parking at freamntle
Sampai awal, kita boleh park betul-betul depan E-Shed. Menjelang tengah hari, agak penuh, so kena park jauh sikit.
Bangunan belakang tu, E-Shed Market


2. Train dari Perth City ke Fremantle

Kalau tak sewa kereta, boleh juga naik train   Fremantle Line  Fremantle.

Train Fremantle Line ni 
  • start dari Station Perth dan last station Fremantle Station
  • masa perjalanan dalam 30 minit
  • Dari Perth Station, train akan singgah ke Station City West, kemudian station station lain.
Kalau macam Mat Drat yg stay kat Hay St (Pusat Bandar Perth), station train terdekat adalah Station City West ni. 

Untuk list station-stations lain, boleh try cek web Transperth atau lihat je route train ni di Google Map. Senang nak agak station terdekat dengan hotel/apartment kita duduk.

Tambang, kalau satu family boleh ambil Family Rider $12.60 return. 

Fremantle Station ni tak jauh dengan E-Shed, kalau ikut Google Map dalam 700 meter je.

Keluar dari Station Fremantle, jalan ke sebelah kanan dan jalan sedikit akan nampak E-Shed. Kena cross landasan keretapi. Senang

Nak lagi senang, keluar je Fremantle Station, terus on location Handphone dan jalan kaki guna Google Map.

3. Bas dari Perth City ke Fremantle

Tak perlu naik bas, naik train je la senang. Lagi jimat masa dan tak meletihkan!

Tapi kalau nak naik bas, boleh naik bas nombor 207
 ðŸ‘‰ Bus 107 Route Transperth (Elizabeth Quay Bus Station - Fremantle Station)

Tambang sama je naik tren atau bas, sebab underTransperth. Nak jimat, ambil tiket Family Rider kalau layak.

4. Uber

Mat Drat check uber estimate fare, tambang dari Perth City ke Fremantle, dalam $31-$40 untuk kereta biasa. 

Mat Drat rasa agak Mahal juga rate ni, jadi option terbaik kalau tak sewa kereta adalah ke sini dengan keretaapi/ train.

BAS Percuma CAT Fremantle

Mana tahu ada yang nak guna bas CAT Fremantle ni, nak ke lokasi-lokasi tertentu.

2 route bas percuma CAT Bus di area Freamantle adalah Fremantle Blue Cat Bus dan Freemantle Red Cat Bus

CAT Bus di Freamantle ni
- Mula agak lewat, dalam 7.00 lebih, weekend ada yang start 10am. 
- Kekerapan 15 minit (CAT Red) dan 11 minit (CAT Blue)

Kalau rasa perlu naik CAT Fremantle ni, cek route dan timetable di laman web Tranperth ye.

Jadi, tu sedikit info dan panduan kalau nak ke Fremantle.

Di bawah ni Mat Drat share sedikit kisah-kisah Mat Drat di sini.







.............................................................................

E-Shed - Beli Belah Souveniour / Shopping Souvenir Murah


2 lokasi yang biasa dikunjungi untuk beli atau shopping souveniour ni kalau Bercuti di Perth iaitu di E-Shed dan Fremantle Market Street.

Di E-Shed ada 2 kedai besar dan murah iaitu Megabes Store dan Aussin Store. Harga lebih kurang sama je dua dua kedai ni. Sebelah menyebelah.

Ingat ye, E-Shed ni dibuka 3 hari sahaja (Jumaat- Ahad)

Dalam E-Shed ni ada disediakan public toilet dan ada cafe jual makanan halal.

Mat Drat tak ke Freo Souvenirs di Market Street sebab dari bacaan, katanya lebih murah di E-Shed ni. Lagi pun dah park kereta kat E-Shed ni kan... buat apa nak jalan kaki jauh-jauh. 

Boleh la luangkan masa dalam sejam di sini. Lagi ramai ahli rombongan, lagi lama akan ambil masa menyopping.

Dan datang sini, boleh kata kita akan jumpa 90% orang Malaysia, Indonesia atau Singapore di kedai ni. Jadi senyum-senyum la sesama kita. 

Dan last sekali, kat sini harga tetap TETAPI masa bayar, ringankan je mulut untuk minta diskaun atau free gift. Ada rezeki dapat je, sebab cashier dan pekerja mereka ni peramah. 

Lokasi Google Map : 
👉 E-Shed (Megabes & Aussin )
👉 Freo Souvenirs

Info lanjut boleh la intai-intai : https://eshedmarkets.net.au/

E-Shed Market

Mula menyopping

Ni tengah kira-kira harga dalam RM...

Lengan panjang, $15 je... semua size. 

Kena bagi limit budget sebab semu anak beli kat kawan kelas la, kawan tu la, kawan ni la...


Datang awal, orang tak ramai, jadi senang memilih

Murah? Nak murah lagi, beli yang dalam pack 5 atau 10..banyak pilihan

Okey la,,, dapat baru, baju beli kat Gold Coast dah lusuh. 

Pilihan nak makan di E- Shed, kalau tak nak makan Fish n Chip di Kailis atau Cicerello's.
Ni staff (tourist guide) syarikat Dato' Burn yang Mat Drat sewa apartment dia. 


Satu lagi pilihan, Kebab di E-Shed.






.............................................................................

The Fremantle Round House

On the way dari E-Shed nak ke Kailis Fish Market atau Cicerello's untuk makan Fish n Chip tu boleh singgah The Fremantle Round House.

The Round House ni merupakan bangunan tertua di Western Australia (bukan Perth sahaja ye). 

The Round House ni merupakan sebuah penjara yang dibina pada tahun 1830, ada 8 sel penjara di sini.

Lokasi : 

View dari atas ni pun cantik jika nak bergambar. 


The Round House Fremantle
The Round House

Statue C Y Connor.
Tak tahu pun siapa

Bersantai tengah hari...

Panas tapi berangin...
Relax sementara menunggu yang lain melawat

No Caption...

Tengah panas pun ramai yang mandi manda

View dari atas The Round House
.............................................................................

WA Shipwrecks Museum

Depan sikit dari The Round House, nak menghala ke Kailis dan Cicerello's tu akan jumpa WA Shipwrecks Museum ni dulu.

Ni muzium artifak-artifak berkaitan dengan kapal-pakal karam dan seumpamanya.

Memandangkan Mat Drat punya trip ni dengan anak-anak, jadi tak patut la singgah... kesian mereka nanti. Mat Drat ni kalau muzium, boleh lama. Boleh baca detail setiap explanation di bahan pameran.

Lokasi : Google Map WA Ship Wreckecks

.............................................................................

Fish n Chip Sedap di Kailis Fish Market / Cicerello's Fremantle


Mat Drat baca kat blog, orang pergi Perth mesti makan Fish n Chip kat sini. Tengok kat FB, kawan-kawan ke Perth pun makan kat sini.

Dan tanya kawan office yang dah ke Perth, pun suruh makan kat sini. Jadi Mat Dart pun follow jugak la...

Lunch hari ni, Mat Drat n family makan Kailis Fish Market. Cicerello's ni sebelah je. Mana-mana sama je kot.

Boleh kata masa Mat Drat sampai, memang penuh. Kena menunggu juga nak dapat meja kosong. 

Betul lah best makan kat sini....sebabnya
- Fish n Chip sedap, fresh ikan dia...
- Sotong sedap...fresh
- Harga tak mahal (jangan convert to RM)
- Makan di suasana harbour dengan kapal-kapal disebelah
- Orang ramai, jadi 'rasa' makanan bertambah sedap.

Cadangan
- Portion agak besar, jadi satu set boleh makan berdua kalau jenis tak kuat makan macam Mat Drat
- Bawa sos sendiri kalau jenis yang makan nak kena ada sos. Sini tak ada sos (tomato atau cili)
- Boleh minta sause yang dia sediakan.

Harga (Yang Mat Drat ingat sebab order)
- Fish n Chip (1 filet $12), / (2 filet $17)
- Squid (sotong) n Chip ($14)
- Seafood Delight ($19)

Lokasi : Google Map Kailis Cafe

Kailis Cafe Voted the best Fish n Chip
Kailis Cafe "Voted the best Fish n Chip"

Kailis Cafe best Fish n Chip in Fremantle Perth
Kailis Cafe
Cicerello's  best Fish n Chip in Fremantle Perth
Cicerello's. Sebelah menyebelah dengan Kailis
Kailis Cafe best Fish n Chip in Fremantle Perth
Kira fast food... Order, dan tunggu di meja.
Ops, ada lagi awek staff Dato Burn ni




Kailis Cafe best Fish n Chip in Fremantle Perth
Menu lain
Kailis Cafe best Fish n Chip in Fremantle Perth
Dah order, kita diberi 'pager'. Tunggu kat meja sehingga pager (dengan nombor order kita beep untuk ambil menu yang siap.

Kailis Cafe best Fish n Chip in Fremantle Perth
Makan dengan bertemankan kapal-kapal

Kailis Cafe best Fish n Chip in Fremantle Perth
Sedap juga Squid n Chip ni.
Cuma harga je tak berapa sedap...

Kailis Cafe best Fish n Chip in Fremantle Perth
Deretan meja makan di Kailis
.............................................................................





.............................................................................

Fremantle Fishing Boat Harbour
Dah makan, atau sebelum makan atau tengah makan... boleh je ke Fremantle FishingBoat Harbour ni.

Sebelah Kailis dan Cicerello's je lokasinya.

Bukan selalu dapat bergambar dengan bot-bot ikan besar macam ni. Teringat siri Deadliest Catch kat Astro. Ni rancangan realiti perlumbaan menangkap King Crab di Alaska.


Fremantle Fishing Boat Harbour.
Fremantle Fishing Boat Harbour.
Mat Drat malas nak menapak ke signboard dia.

Fremantle Fishing Boat Harbour.
Tengah makan, Mat Drat lari berselfie sekejap. 

.............................................................................

Bathers Beach
Dah kenyang makan, singgah sekejap di Bather Beach. Berehat dan bersantai sebelum ke destinasi berikutnya. South Beach, jauh sangat nak menapak jadi singgah sini je on the way nak balik ke E-Shed.


South Bather Beach Fremantle
Rehatkan kaki sekejap

South Bather Beach Fremantle
Berjemiur tengah panas sekejap
South Bather Beach Fremantle
Menunggu sementara ayah mereka selesai ambil gambar sekeliling
Tak baca dulu sebelum bagi naak baring... hu hu hu

South Bather Beach Fremantle
Masa untuk bergerak balik 
South Bather Beach Fremantle
Perut dah kenyang... boleh balik




.............................................................................

The Rainbow Sea Container
Antara landmark baru di Fremantle dan Perth amnya. Semakin terkenal selepas drama lakonan Zahara McWilson dalam drama Jangan Benci Cintaku.

Datang sini, park di lot parking di Beach Street dan bergambar la kat sini. 
Jangan park tepi jalan utama (bukan lot parking). Mat Drat nampak satu van bawa orang kita main suka je park tepi jalan utama tu. Please la tinggal lah perangai pelik-pelik tu kat Malaysia, tak payah bawa ke sini.

Mat Drat ada juga terjumpa beberapa orang yang menapak dari Freamantle. Agak jauh juga gayanya dia berjalan kaki dari bus stop terdekat tu. Nak datang juga, try la guna uber car, jauh nak menapak.

Lokasi : Google Map Rainbow Sea Container


Rainbow Sea Container Fremantle Perth
Bukan sahaja ada warna rainbow, warna hitam (bayang-bayang) pun ada.
Jadi pastikan bergambar di side yang betul

Rainbow Sea Container Fremantle Perth Place To Visit
Baru betul...bayang-bayang di belakang

Rainbow Sea Container Fremantle Perth Place To Visit
Yeazzaa.....
Rainbow Sea Container Fremantle Perth Place To Visit
Selesai sessi bergambar di The Rainbow Sea Container

.............................................................................

South Mole Light House dan North Mole Light House

Tak ramai rasanya orang akan ke sini. Hanya rumah api / lighthouse.

Dua lighthouse terletak dihujung tanjung Fremantle Harbour, dipisahkan oleh terusan di antaranya.

Tiada apa di sini, hanya rumah api. Sesuai untuk yang ingin memancing atau sekadar singgah untuk bergambar.

Suasana sunset sangat cantik tetapi Mat Drat tak tunggu sunset di sini sebab ada lokasi lain yang lebih menarik... Scarborough Beach.

Tak ada bas nak ke South Mole Lighthouse (green) ni ye. Boleh jalan kaki (santai walk), lebih kurang 1-1.5km dari E Shed.

Dari South Mole Lighthouse nak ke North Mole Lighthouse (red) ambil masa dalam 15 minit dengan kereta.

Mat Drat datang sekejap sahaja di dua-dua lokasi, hanya untuk bergambar.

















Dari sini, terus Mat Drat balik ke Apartment untuk solat sebelum sambung itinerari ke Scarborough Beach

.............................................................................

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

17 comments:

  1. wah .. bagusnya mat drat .. lengkap betul info .. kita tak pernah sampai lagi rainbow container tu .. kena repeat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharing is caring orang kata kan....

      Nanti sampai lagi, jgn lupa share kat blog.... boleh kita pulak refer nanti

      Delete
  2. Guess you have a pretty amazing trip in Fremantle with lots of fresh seafood to fill your tummy. Great post indeed!

    ReplyDelete
  3. Pertama kali Naim ucapkan terima kasih dengan Abang. Kerana pengalaman yang Abang share dalam blog ini memberi manfaat kepada newbie nak pergi travel

    ReplyDelete
  4. bestnya.. kena masuk wishlist australia ni nanti.

    done follow sini #41

    ReplyDelete
  5. bestnya pergi perth.. banyak betul tempat menarik. kalu datang dengan family mungkin tak jadi problem sangat.. sekarang banyak isu tourist malaysia yang datang travel alon atau small group kena reject visa sebab isu bekerja kutip buah tu

    ReplyDelete
  6. Sekuabtempat ni memang dalam wishlist liez. Aduh bila la nak sampai tak tahu lah.. simpan duit tapi hujung2 guna utk kepentingan yang lain. Harap dapat la ke sini nnt

    ReplyDelete
  7. Dah pernah pergi Freemantle tapi dah lama dah and aekrang melalui pix tu bnyk gak yg dah berubah. Kena g lagi ni.

    ReplyDelete
  8. Dah permah g Freemantle tapi dulu tak la macam ni. Dari pix pix tu bnyk yang menarik yg dulu xde. Kena g lagi ni.

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpaat melancong semua.. Nak juga pergibtapi entah bila ya dpat rezkei ke sini.. Hehehe.. Bagus mat drat cerita details.. Boleh jadikan rujukan

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat travel ke Perth. Banyak juga tempat menarik di Perth untuk dilawati ya. Itinerari di Perth pun penuh dan padat banyak aktiviti dibuat. Best sekali sekala berjalan ke tempat orang kan

    ReplyDelete
  11. Bestnye kailis. Tenkiu share info ni. Boleh jadi guide kalau ke sana nanti

    ReplyDelete
  12. Fuhhhh... Terbaik laaa..
    Perkongsian yang cukup lengkap. Kita savebookmark dulu. Nanti one day nak pi sini, nina refer entri awakk

    ReplyDelete
  13. Amazing trip you had there thanks for sharing your itinerary in details it'll be really helpful for those who are planning a visit.

    ReplyDelete
  14. Semuanya lawa ! Tak sabar nak tunggu tabung penuh untuk ke sini. Ramai org ke perth skang disebabkan kecantikan alam semulajadi di sana.

    ReplyDelete
  15. Best tempat2 attraction di Perth ni. Saya pun nak berjalan ke sini utk bawa suami & anak2. Mereka tak pernah pergi. Saya pernah dah.. memang best Perth.. dekat pun dekat kan ngan Malaysia.

    ReplyDelete
  16. Wow thanks for sharing this useful guide that will surely benefit a lot of people who are going to Perth

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.