Pages

Saturday, 2 February 2019

Travelog Trip London (Part 6) : Day 2 - Buckingham Palace & Big Ben





TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 6

Entry sebelum ni... 
👉👉   Trip London - Masjid London, Sherlock Homes Museum, Oxford Street   



DAY 2


Okey, untuk itenerari hari ke-2 ni, Mat Drat akan cover tempat berikut ....
  1. Buckhingham Palace - Royal Guard Changing Ceremony
  2. Palace of Westminster
  3. Big Ben
  4. Thames River Cruise
  5. Tower Bridge (semalam hujan)
  6. Market Portobello Road - Beli souveniour murah
  7. Harrod - cuci mata / windows shopping
  8. Royal Albert Hall - concert Europe Walk The Eart Tour
  9. Kings Cross Station - Platform 9 3/4 Harry Potter

Dan hari ni Mat Drat dan wife dah kira, kami akan banyak sedikit berjalan ...6km lebih rasanya
- 300 meter : Hotel ke Station Hunslow 
- 600 meter : Station King's Cross - Hotel Elmwood - King's Cross
- 700 meter : Station Green Park ke Buckingham Palacce
- 1.5 km      : Buckingham Palace ke Westminster / Big Ben
- 500 meter : Tower Bridge ke Tower Station
- 1.0 km      : Ladbroke Grove Station - Portobello Market (Road)
- 600 meter : Station King's Cross - Hotel Elmwood - King's Cross
- 1.3 km      : Knightbright Station - Royal Albert Hall



Pagi ni Mat Drat bersarapan dulu di hotel, bilik yang ditempah included breakfast.. Tapi kami hanya minum dan makan roti dan jem sahaja.

Pagi ni London masih hujan, agak lebat. 

Bila Mat Drat tanya receptionist hotel, dia kata normal la London mcm ni, pagi hujan dan tengah hari cerah... hu hu hu...

Bila Mat Drat share FB Live semalam, dan tunjuk hari hujan...ada kenalan yang komen...."Tak Hujan bukan London la..." Ni komen dari kenalan yang selalu travel dan beberapa kali ke London.

Macam ni la kot hari-hari tertentu kat London, hujan je sebelah pagi.
Dah 9am tak ada tanda nak reda, so kami redah jugak la dalam hujan. Nasib baik ada payung yang beli semalam kat Tower of London.

Okey la, Mat Drat anggap rezeki Mat Drat dapat hujan bila kat London.

10:45am akan start Royal Guard Changing Ceremony, dan Mat Drat plan nak sampai sana dalam 10am, aal sejam boleh lah nak cari port paling bagus. Tapi rezeki pagi ni hujan lebat, jadi pergerakan kami agak slow.

Ikut plan 8am nak keluar, check out, dan terus ke hotel Elmwood di King's Cross untuk drop beg sebelum ke Buckingham Palace. 
Dah hujan, 9 am baru gerak dari hotel... Jadi sampai Buckingham Palace agak lambat, orang dah penuh. Dan hari pun masih hujan...








BUCKHINGHAM PALACE

  • Buckingham Palace ni kediaman rasmi Ratu England (Queen Elizabeth)
  • Ni antara top-10 dari list Tempat Menarik Wajib dilawati di London
  • Pergi London kena singgah la sini.
  • Apa yang istimewanya... 
    1. Royal Guard Changing Ceremony (Upacara Pertukaran Pengawal Diraja)
    2. Melawat Istana (State Room)
  • Untuk info dan maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Buckhingham Palace

Royal Guard Changing Ceremnony

  • Aturcara 
    • 10:45 Ketibaan Guard dan Band 
    • 11:00 Upacara Bermula
    • Upacara berlangsung dalam 45 minit
  • Tiba awal sejam untuk lokasi terbaik, kalau lambat kena lihat dari jauh je la.
  • Tempat paling strategik rasanya
    • Tepi gate istana
    • Dari atas Victoria Memorial

Masuk Melawat Istana Buckingham Palace



Lokasi Buckingham Palace

  • Station underground terdekat adalah Hyde Park Corner, Green Park atau St' James Court. Semua jarak lebih kurang je.
  • Mana yang paling terdekat, tengok kita dari mana dan line tren mana.
  • Mat Drat turun di station Green Park. 
    • Menapak dlm 700 meter.
    • Berjalan dlm kawasan taman
    • Ada lokasi jalan agak basah, ada sedikit air bertakung.


Klook.com


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Mat Drat kira 'less' jalan kaki kalau turun di station Green Park ni


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Masih hujan, jalan agak basah.


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Semua berjalan laju... nak kejar masa takut terlambat.


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Sampai kat Buckingham Palace, tengok orang dah ramai..


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Lokasi depan istana, dah penuh. 


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Mat Drat ke depan istana mencari tempat boleh selit-selit, tapi tak ada.
Nak menyelit pun tak boleh, jadi kami lihat dari sini sahaja lah.


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Couple ni dari Mexico, kesian mereka tak ada payung. Jadi bagi la mereka payung satu, habis basah dah jacket mereka.
Tapi tak boleh nak berbual, sebab tak faham sangat English.
Baru Mat Drat tahu, orang Mexico pun guna bahasa Spanish, ada beberapa perkataan yang mereka sebut tu Mat Drat cukup familiar, masih ingat trip ke Barcelona hari tu.


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Polis / Askar Berkuda ronda, nak bagi tahu hari ni tak ada Royal Guard Changing Ceremony, sebab dah 11:30 hujan masih tak reda. Upacara hari ni batal.


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Bila upacara batal, semua pengunjung dan pelancong start la bergambar..... termasuk la kami.


Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Depan Istana



Percutian London Buckingham Palace & Big Ben
Buckingham Palace, dari Victoria Memorial.
Rasanya view dari sini cukup bagus kalau nak tonton upacara pertukaran guard tu.


Victoria Memorial


Happy Moment...




Buckingham Palace ke Big Ben / Westminster

  • Kalau iku google map, jarak paling dekat berjalan kaki dari Buckingham Palace ke Big Ben adalah melalui Birdcage Walk. Jarak 1.3 km.
  • Jadi memang ramai yang berjalan di laluan ni selepas bersurai.
  • TAPI, Mat Drat ikut The Mall dan masuk ke Taman St James Park.
  • Sebenarnya tak rancang pun nak ikut sini, asalnya nak ke public toilet tapi nampak berbaloi ikut sini. Jarak jauh sikit je, 1.5km (lebih dalam 200 meter je)
  • Berbaloi jauh sikit sebab view kat The Mall ni memang cantik. Rasanya selalu jugak movie-movie buat shooting film kat sini.
  • Dan lalu melalui St James Park tu pun seronok pulak rasanya bila kami berhenti makan (bawa bekal nasi Brahim's + sambal bilis Adabi) ditemani dengan burung-burung merpati dan tupai.... 
  • Waktu pagi ni (11:30am), sangat sejuk sebenarnya. Mungkin sebab hujan kot. Dalam 10-11 ℃, memang sejuk menggigil. Kami pulak ke London ni memang bawa light jacket je.... memang tak tahan sejuk pagi ni.
  • Dan bila nampak kat google map, sebelah public toilet tu ada coffee shop, memang Mat Drat tak lepas peluang la beli secawan kopi panas... memang nak hangatkan badan.
  • Nikmat sungguh minum kopi panas waktu sejuk-sejuk ni.
  • Toilet, kena pakai coins. So bawa coins siap-siap sebab toilet ni pakai auto-barrier, masuk coins baru palang terbuka. 

 ..............................................................................................

1. The Mall

The Mall Buckingham Palace Big Ben
Buckingham Palace dari The Mall...


The Mall Buckingham Palace Big Ben
The Mall - Victoria Memorial - Buckingham Palace

The Mall Buckingham Palace Big Ben
Cakkkk....

The Mall Buckingham Palace



The Mall Buckingham Palace St James Park
Memulakan langkah ke Big Ben


The Mall Buckingham Palace The Mall St James Park
Kosong...lengang laluan ni. Jumpa la / selisih dengan beberapa orang


The Mall Buckingham Palace The Mall St James Park
Jejaka Malaya di Buckingham Palace


 ..............................................................................................

2. St James Park


The Mall Buckingham Palace The Mall St James Park
Banyak green park kat London ni...luas-luas pulak tu


The Mall Buckingham Palace St James Park
Memang tak ramai yang guna laluan ni
The Mall Buckingham Palace St James Park
Seberangi jambatan utk ke laluan sebelah


The Mall Buckingham Palace St James Park
Laluan ni mula agak ramai orang


The Mall Buckingham Palace St James Park
Cantik...

The Mall Buckingham Palace St James Park
Kami singgah makan dulu...perut dah lapar. Nasi sejuk pun sedap hujan-hujan n.
Menu, nasi goreng + sambal bilis

The Mall Buckingham Palace St James Park
Berkongsi rezeki.
Merpati London makan nasi goreng


The Mall Buckingham Palace St James Park
Tupai mencari rezeki


The Mall Buckingham Palace St James Park
Merpati dan Tupai...Tak segan mereka ni...

The Mall Buckingham Palace St James Park


The Mall Buckingham Palace St James Park




 ..............................................................................................

3. Churchill War Room

- Ni antara lokasi yang ramai nak pergi. (Yang minat sejarah)
- Setahu Mat Drat dari pembacaan, di sinilah bilik operasi dan bunker sewaktu Winston Churchill mengepalai WWII (Perang Dunia ke Dua)

Siapa Winston Churchill
Bila nak kat sini baru Mat Drat tahu yang dia ni merupakan Perdana Menteri United Kingdom yang mengepalai WW II dan menang.

Lokasi 
- Dari Buckingham Palace ke Big Ben memang akan melalui Churchill War Room ni
- Google Map


Harga Tiket : Dewasa : £22.00  / Kanak-kanak : £11.00

Nak murah beli muzium Pass (kalau nak masuk banyak muzium di London)


Waktu Buka  :9:30am - 6:00



Nota :
Laman web official menyatakan 'Jangkakan Barisan lebih panjang sewaktu weekend dan cuti sekolah



Mat Drat tak masuk pun sebab bila sampai, orang memang beratur panjang nak masuk. Tak sanggup la nak beratur dalam hujan renyai-renyai tu.. Lagi pun ada destinasi lain nak dikejar.




Klook.com




Trip London Churchill War Room
Panjang tu beratur menunggu turn nak masuk


Trip London Churchill War Room
Ni la Churchill



Trip London Churchill War Room
Mat Drat tak tahu apa nama tempat sebelah Churchill War Room ni, tapi suka dengan badak ni....!!




 ..............................................................................................

4. BIG BEN


  • Big Ben ni satu lagi ikon London.
  • Big Ben ni merupakan menara jam setinggi 96 meter dengan 4 jam besar di puncak menara.
  • Big Ben ni kira sebahagian dari Palace of Westminster dan dibina pada tahun 1859.

  • Dulu dikatakan jam terbesar di dunia, tapi tak sure ia masih kekal terbesar atau tak selepas menara jam di Masjidil Haram di bina.

  • Kira termasuk jugak la dlm 10 ten tempat yang biasa di suggestkan dilawati kalau ke London. Kira macam tempat wajib di lawati juga la.

Big Ben di Tutup sehingga 2021




Closure Big Ben London
Notis Tutup sehingga 2021


Trip London
Bangunan-bangunn lama di area sini.


Trip London
Palace of Westminster


Trip London
Bergambar dengan dia, hulur la 1-2 pound...
Letih dia meniup tanpa berhenti

Phone Box Booth Red London
HELLO......
No satu lagi ikon London, jangan lupa bergambar di pondok telefon  merah ni. Ada beberapa pondok di kawasan ni.


Phone Box Booth Red London
Sebagai bukti dah sampai London...


Opposite Big Ben...Di bawah tu jety untuk Thames River Cruise yang akan kami naik.




Entry berikutnya Mat Drat share Thames River Cruise dan Shopping Souvenior di Portobello Road. 


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 





No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.