Kalau bercuti ke Port Dickson, selain menuju ke Tempat Menarik di Port Dickson dan Pantai-Pantai di Port Dickson, antara yang dituju pula pastinya tempat makan yang sedap dan best. Biasalah orang kita kan suka JJCM - Jalan Jalan Cari Makan. Sambil jalan-jalan, sambil makan-makan.
Tahun ni 2 kali Mat Drat ke Port Dickson, jadi rasa nak share jugak la beberapa tempat makan sedap di Port Dickson ni ikut pengalaman Mat Drat ke sini.
Sebelum ke PD, Mat Drat pun ada baca juga di blog-blog mana tempat makan yang dsedap di Port Dickson. Jadi perkongsian ni Mat Drat share apa yang Mat Drat baca dan juga pengalaman Mat Drat sendiri.
Kena ingat ye, Port Dickson juga seperti destinasi pelancongan lain di mana restoran dan kedai makan akan sentiasa penuh terutamanya pada sebelah malam. Lagi-lagi kalau public holiday atau pun cuti sekolah. Masa paling peak pastinya selepas waktu maghrib sehingga lebih kurang 9:30 malam. Bila dah lewat sikit tu, biasanya dah mulai kurang pelanggan.
Ingatan :
Tapi Mat Drat bagi tahu awal-awal:
- Senarai ni tak ikut ranking dan
- SEDAP dan BEST tu agak subjektif. Mungkin tekak A lain, tekak B pula lain.
- Restoran atau kedai makan di area Port Dickson ni rata-rata akan sentiasa penuh terutamanya apabila sebelah malam hujung minggu
1. KING'S CHAR KUEY TEOW
King's Char Kuy Teow |
King's Char Kuey Teow ni antara tempat makan yang sentiasa penuh di Port Dickson ni lagi-lagi kalau dihujung minggu.
Selain Char Kuey Teow itu sendiri, yang turut menjadikan tempat ini sentiasa ramai planggan adalah adalah kerana konsepnya yang 'open'. Orang-orang kita suka makan dalam suasana macam ni.
Pokok besar di hadapan restoran/kedai makan ni menambahkan lagi keunikan dan tarikan kepada King's Char Kuey Teow ni.
Menu utama sudah pastinya Char Kuey Teow. Boleh pilih antaranya Char Kuey Teow biasa, special, kambing dll. Bukan senang nak jumpa Char Kuey Teow Kambing!!
Selain Cahr Kuey Teow, ada juga menu lain.. Jadi jangan risau kalau ada yang tak berapa gemar Char Kuey Teow.
Okey, gambar kat atas tu nampak lengang sebab Mat Drat ambil weekday dan awal petang ...sekitar 5 pm. Dan pastinya pelanggan belum ramai. Nak tahu suasana malam terutama weekend, gambar bawah ni ye.....memang meriah.
Suasana malam di Kings Char Kuey Teow (Sumber : FB King's Char Kuey Teow) |
Char Kuey Teow Kambing..... power... |
Waktu Operasi : bermula 4:00 petang
Lokasi : Jalan Pantai (Berhampiran Pantai Cahaya Negeri, Si Rusa)
Lokasi Google Map : Direction Google Map
Facebook Page : https://www.facebook.com/kingsckt/
2. PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE POWER RM2 ASAM PEDAS
PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM 2 Asam Pedas ni pun antara tempat makan yang sentiasa penuh di Port Dickson ni lagi-lagi kalau dihujung minggu.
Nama pun dah panjang. Dalam nama pun dah ada 3 menu uatama iaitu CENDOL, COCONUT SHAKE dan ASAM PEDAS. Kira 3 ni menu utama la. Selain tu ada pelbagai lagi jenis menu disediakan, jadi pilihan memang banyak.
Kalau singgah waktu tengah hari dan cuaca agak panas, dapat pekena Cendol atau Coconut Shake pasti sedap....
PD Famous Cendol ni terletak berhadapan dengan station minyak PETRON. .
Di sini, mengamalkan konsep layan diri. Ada beberapa kaunter / station mengikut menu. Jadi order di kaunter/station tersebut.
Kalau nak order Coconut Shake, jangan pi beratur di barisan yang nak tapau / take away...nanti lama Q tu.
Waktu Operasi : -
Lokasi : Teluk Kemang (Berhadapan Station PETRON Teluk Kemang)
Lokasi Google Map : Direction Google Map
Facebook Page : -
Signboard cukup besar....pasti nampak punya. Kalau dari PD menghala ke Teluk Kemang, ia terletak di sebelah kiri (PETRON sebelah kanan) |
Jom lihat suasana dan antara menu yang ada di sini....
Ni suasana tengah hari weekday... Bukan Hari orang bercuti di PD, jadi agak lengang. |
|
Pilih mana berkenan..Cencol atau coconut shake |
Ikut citarasa masing-masing... Cendol biasa, cendol durian, cendol pulut |
Tauhu bakar ada....Kerang bakar pun ada... |
Nasi Kambing Black Pepper pun sedap... Ayam Grill...Set Meatball...macam macam ada... |
3. COWBOY PALACE - Nasi Kukus Ayam Panggang
Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy ni pun antara tempat makan yang sentiasa penuh di Port Dickson ni lagi-lagi kalau dihujung minggu.
Menu utamanya Nasi Kukus Ayam Panggang sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk makan tengah hari di sini.
Jika datang dalam bilangan yang ramai, seeloknya hubungi tuan kedai dahulu untuk membuat tempahan tempat duduk.

Lokasi : Jalan Pantai, Batu 9
Lokasi Google Map : Direction Google Map
Facebook:FB Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy
Nasi dah kukus...Ayam pulak panggang...Memang mantap |
Ada ketikanya ada live show...sambil makan, sambil layan.. |
5. RESTORAN CITARASA KAMPUNG
Bagi yang mencari tempat makan tengah hari yang special dengan citarasa dan pelbagai menu kampung, boleh lah ke Restoran Citarasa Kampung.
Selain makan tengah hari, restoran ni turut sediakan sajian sarapan pagi dan juga makan malam.
Nak makan ramai-ramai pun boleh, call owner dan buat reservation. Selesa makan sini ramai-ramai sebab restoran ni 3 lot kedai.
Makan Tengah Hari
- Rasanya kat Port Dickson, ini satu-satunya restoran yang sajikan lebih 80 jenis masakan untuk tengah hari.
- Paling best, mestilah resepi tradisi 'Nogori' iaitu Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan. Inilah menu yang paling dicari kalau ke sini.
- Setiap hari je, lebih 10 jenis Masak Lemak Cili Api di sediakan... Masak Lemak Cili Api daging ada, masak lemak ayam ada, masak lemak ketam pun ada. Peminat siput sedut, mai sini... Masak lemak cili api siput sedut pun ada. Pilih la mana berkenan.
- Satu lagi yang best untuk makan tengah hari, ikan bakar. Boleh la try ikan pari bakar, cencaru bakar atau pun sotong bakar. Ni antaranya...
Makan Malam
- Makan malam kat sini pun best, tapi Mat Drat pesan awal-awal ye, kena datang awal. Orang agak ramai kalau malam terutama hujung minggu.
- Kalau malam, menu macam biasalah, masakan ala Thai ala-carte macam tomyam, siakap tiga rasa dan lain-lain.
- Seafood kat sini pun best, boleh try Chilli Crab. Ni kira yang dicari kalau ke sini.
Steamboat
- Jumaat dan Sabtu, Restoran Citarasa Kampung ada sediakan Steamboat
- Harga tak mahal, hanya RM 20/pax
- Tapi Mat Drat tak pernah lagi try steamboat dia, nanti nak try trip Port Dickson akan datang.
Waktu Operasi : Setiap hari (8am-12am)
Lokasi : No 1, 2 & 3 Jalan Bukit Orkid, Port Dickson
Lokasi Google Map : Direction Google Map
Facebook:Restoran Citarasa Kampung PD
Laman Web : http://www.citarasakampungpd.com/
Ketam Lemak Cili Api Sumber FB Restoran Citarasa Kampung |
Ketam Lemak Cili Api Sumber FB Restoran Citarasa Kampung |
Ikan Patin ada...Ikan Baung ada.. Sumber FB Restoran Citarasa Kampung |
Ikan Bakar..Makan Tengah Hari Sumber FB Restoran Citarasa Kampung |
Promosi Steamboat |
Promosi Steamboat |
5. HIDAYAH IKAN BAKAR
Hidayah Ikan Bakar ni pun antara tempat makan yang sentiasa penuh di Port Dickson ni lagi-lagi kalau malam hujung minggu.
Lokasi bersebelahan dengan dengan Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy, ada signboard cukup besar.
Lokasinya yang tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang, mungkin menyebabkan ia menjadi tumpuan pelanggan untuk menjamu selera. Tambahan pula lot parking yang luas, jadi tiada masalah untuk pelanggan meletak kerta di sini.
Tapi memandangkan saiz restoran yang besar, pastinya bilangan pelanggan juga agak ramai. Jadi masa menunggu makanan yang di order mungkin agak lama, lagi-lagi bila malam hujung minggu.

Lokasi : Jalan Pantai, Batu 9, Taman Bunga Kertas
No Tel : NA
Facebook: https://www.facebook.com/hidayah2016/
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Hidayah-Ikan-Bakar-Port-Dickson/ (bukan page rasmi restoran - lokasi yang di tag oleh netizen apabila makan di sini dan ada review)
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Hidayah-Ikan-Bakar-Port-Dickson/ (bukan page rasmi restoran - lokasi yang di tag oleh netizen apabila makan di sini dan ada review)
6. LAKSA P'NING BT 9 PD
Laksa P'Ning Bt 9 PD ni mungkin bukan pilihan pengunjung atau pelancong sebab tak viral atau tak ada dalam blog-blog atau website travel (kalau ada pun tak banyak).
Tapi Mat Drat kalau ke PD, boleh kata mesti akan singgah di sini...
Kedai ni tepi jalan sahaja tidak jauh dari Nasi Kukus Ayam Panggang tadi.
Jika makan di sini, boleh cuba laksa dan mee kari. 2 menu ni pilihan utama Mat Drat. Memang tidak mengecewakan.
Suasana makan yanga gak 'sempoi', seakan gerai sahaja dan turut 'diredupkan' oleh pokok-pokok menjadikan ia agak selesa. Sesuai dengan citarasa Mat Drat.
Jika menginap di hotel dan disediakan breakfast, tidak menjadi masalah. Tetapi jika menginap di hotel tanpa sarapan atau pun menginap di homestay / apartment yang sememangnya tidak menyediakan sarapan, jadi nak tak nak memang kita kena mencari sarapan untuk pagi tu.
Mencari tempat sarapan yang sedap di Port Dickson ni agak 'mencabar' juga sebenarnya. Bilangan restoran, kedai makan atau gerai yang menyediakan menu sarapan pagi agak terhad di Port Dickson ni bagi Mat Drat. Dah la agak terhad, 'kita' yang datang sekali sekala ke sini terpaksa pula berebut dengan pelanggan tetap dari kawasan Port Dickson itu sendiri.
Kadang-kadang tu, apa yang jumpa....Mat Drat beli sahaja, tak boleh memilih sangat.
Walau bagaimana pun, Mat Drat share 1 kedai makan yang agak sedap untuk kita menjamu selera di waktu pagi di Port Dickson ni. Sesuai untuk mereka yang menginap di sekitar Si Rusa. Kalau menginap di sekitar Teluk Kemang atau Bt 9, mungkin agak jauh.
Kafe Kampung Kaw ni sebenarnya agak dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung yang bercuti di Port Dickson untuk bersarapan di sini.
Pelbagai menu disediakan dan boleh kata semua menu boleh bagi thumb up la....tak mengecewakan.
Antara pilihan adalah Nasi Lemak. Memang terangkat. Boleh pilih nak try Nasi Lemak Telur Goyang, Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Lemak Ayam Bakaw atau pun Nasi Lemak Kambing Bakaw.
Nak tengok menu-menu yang ada, boleh lihat di FB Kafe Kampung Kaw ni. Mat Drat share kan di bawah.
Mat Drat share satu restoran yang sajikan masakan 'salai' dan juga masakan lomak cili api.
Warung Salai ni menjadi tumpuan untuk menu utamanya iaitu masakan salai dan juga masakan lomak cili api.
Tapi harus ingat ye, restoran ni bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung yang ke Port Dickson, tetapi juga menjadi tumpuan mereka yang menetap di Port Dickson ni dan juga mereka-mereka yang berkerja di sini.
Mat Drat cadangkan datang awal sekitar jam 11:30 untuk mengelak waktu puncak sekitar jam 12:30. Jika datang selepas 2 pm tu, mungkin pilihan lauk sudah tidak banyak.
Tapi Mat Drat kalau ke PD, boleh kata mesti akan singgah di sini...
Kedai ni tepi jalan sahaja tidak jauh dari Nasi Kukus Ayam Panggang tadi.
Jika makan di sini, boleh cuba laksa dan mee kari. 2 menu ni pilihan utama Mat Drat. Memang tidak mengecewakan.
Suasana makan yanga gak 'sempoi', seakan gerai sahaja dan turut 'diredupkan' oleh pokok-pokok menjadikan ia agak selesa. Sesuai dengan citarasa Mat Drat.
Waktu Operasi : Mulai 7:00 am
Lokasi : Jalan Pantai, Batu 9 Port Dickson
No Tel : 017-670 2047 (sumber google Map)
Facebook: NA
...................................................................................
Loading...
TEMPAT SARAPAN PAGI SEDAP DI PORT DICKSON
Jika menginap di hotel dan disediakan breakfast, tidak menjadi masalah. Tetapi jika menginap di hotel tanpa sarapan atau pun menginap di homestay / apartment yang sememangnya tidak menyediakan sarapan, jadi nak tak nak memang kita kena mencari sarapan untuk pagi tu.
Mencari tempat sarapan yang sedap di Port Dickson ni agak 'mencabar' juga sebenarnya. Bilangan restoran, kedai makan atau gerai yang menyediakan menu sarapan pagi agak terhad di Port Dickson ni bagi Mat Drat. Dah la agak terhad, 'kita' yang datang sekali sekala ke sini terpaksa pula berebut dengan pelanggan tetap dari kawasan Port Dickson itu sendiri.
Kadang-kadang tu, apa yang jumpa....Mat Drat beli sahaja, tak boleh memilih sangat.
Walau bagaimana pun, Mat Drat share 1 kedai makan yang agak sedap untuk kita menjamu selera di waktu pagi di Port Dickson ni. Sesuai untuk mereka yang menginap di sekitar Si Rusa. Kalau menginap di sekitar Teluk Kemang atau Bt 9, mungkin agak jauh.
7. KAFE KAMPUNG KAW
Kafe Kampung Kaw ni sebenarnya agak dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung yang bercuti di Port Dickson untuk bersarapan di sini.
Pelbagai menu disediakan dan boleh kata semua menu boleh bagi thumb up la....tak mengecewakan.
Antara pilihan adalah Nasi Lemak. Memang terangkat. Boleh pilih nak try Nasi Lemak Telur Goyang, Nasi Lemak Ayam Goreng, Nasi Lemak Ayam Bakaw atau pun Nasi Lemak Kambing Bakaw.
Nak tengok menu-menu yang ada, boleh lihat di FB Kafe Kampung Kaw ni. Mat Drat share kan di bawah.
Antara Menu ( Sumber FB Page Kafe Kampung Kaw ) |
Antara Menu ( Sumber FB Page Kafe Kampung Kaw ) |
Waktu Operasi : Mulai 7:30 am
Lokasi : Jalan Hj Sirat, Kampung Baru Sirusa, Port Dickson
No Tel : - 016-715 5434 ( Sumber FB Page)
Facebook: https://www.facebook.com/kafekampungkaw/
TEMPAT MAKAN TENGAH HARI SEDAP DI PORT DICKSON
Antara menu yang dicari jika ke Negeri Sembilan (Nismilan / Nogori ) adalah menu masakan ikan sembilang salai atau pun daging salai.Mat Drat share satu restoran yang sajikan masakan 'salai' dan juga masakan lomak cili api.
8. WARUNG SALAI PORT DICKSON
Warung Salai ni menjadi tumpuan untuk menu utamanya iaitu masakan salai dan juga masakan lomak cili api.
Tapi harus ingat ye, restoran ni bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung yang ke Port Dickson, tetapi juga menjadi tumpuan mereka yang menetap di Port Dickson ni dan juga mereka-mereka yang berkerja di sini.
Mat Drat cadangkan datang awal sekitar jam 11:30 untuk mengelak waktu puncak sekitar jam 12:30. Jika datang selepas 2 pm tu, mungkin pilihan lauk sudah tidak banyak.
Waktu Operasi : Mulai 10:30 am
Lokasi : Taman Mewah, Port Dickson
No Tel : - 012-655 0802 ( Sumber FB Page)
Facebook: https://www.facebook.com/warungsalai/
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πππ
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πππ
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
Laksa Viral tu LeYa sendiri tak pernah pergi lagi..ekeke.. Apa-apa pun cerita di blog ni memang terbaik.. Suka sngat bacaannya
ReplyDeleteterima kasih singgah blog
DeleteKlu cendol pd x leh lawan cendol azmi..cair di mulut...cendol x jadi tp best
ReplyDeletemcm kena try ni
DeleteWarung salai tu ada menu apa lagiπ
ReplyDelete