Pages

Wednesday, 30 May 2018

Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah

Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah

Hutan Lipur Sungai Sedim berada didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Terdapat pokok hutan seperti Meranti seraya, Meranti tembaga, Meranti melantai, Kulim, Terap, Keledang dan Bintangor boleh didapati di sini.

Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15 km yang berarus deras serta mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti lasak berkayak. Antara 8 anak sungai yang mengalir sepanjang Sungai Sedim adalah Sungai Reyau, Sungai Merbok, Sungai tebuan, Sungai Karangan, Sungai Terona, Sungai Bekui, Sungai Bikan dan Sungai Buloh.

Hutan lipur ini sinonim sebagai tapak perkelahan Di Raja Kedah. Di sini juga kerap berlangsungnya pertandingan kayak arus deras diperingkat antarabangsa.

Lawatan ini dianjurkan oleh Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selama 3 hari 2 malam. Seramai 40 orang pelajar diiringi oleh 2 orang pensyarah daripada Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) yang mengikuti lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk melengkapkan tugasan berkaitan “Pengurusan Senggang dan Rekreasi”.






HUTAN LIPUR SUNGAI SEDIM, KULIM, KEDAH

Pada jam 5.30 pagi, kami bertolak ke destinasi yang dituju dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti. Perjalanan untuk sampai ke destinasi yang dituju mengambil masa 8 jam.
Pada pukul 2 petang, kami tiba di Hutan Lipur Sungai Sedim. Kami perlu berjalan kaki menyusuri Sungai Sedim kerana bas tidak dapat menghantar kami terus ke kawasan penginapan kami di Tree Top Walk.  Ini kerana dahan-dahan pokok disepanjang jalan berturap akan merosakkan bas.

Disana, kami mengadakan sesi “ice breaking” yang dikendalikan oleh Encik Azman selaku coach kami selama kami berada disana. Setelah itu, kami memasang khemah di tapak perkhemahan yang disediakan. Pada waktu petang, kami mengikuti taklimat “Basic First Aid” sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kami melakukan aktiviti lasak.




Pada malam hari, kami bermain satu permainan untuk menguji kepekaan dan leadership kami. Setelah itu, kami meneruskan aktiviti “night walk” di trek yang disediakan. Disinilah peranan ketua selaku yang berjalan dihadapan sekali untuk memberitahu halangan yang berada dihadapan. Kepekaan ahli kumpulan dan peranan leadership amat penting selain dari kerjasama yang kuat untuk menempuh halangan denai-denai hutan.


Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah




Pada keesokkan harinya, kami melakukan aktiviti “jungle trekking” di Gunung Bintang. Kami dibekalkan dengan peralatan memasak dan bahan-bahan mentah seperti sayur, sardin, beras, garam, gula dan telur untuk dimasak di sana sebagai makanan tengahari kami. Perjalanan kami untuk kesana mengambil masa kira-kira 45 minit. Kami disambut oleh pacat- pacat yang dahagakan darah kami. Sepanjang perjalanan, kami menikmati permandangan hutan yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna.

Apabila kami tiba di destinasi, kami terpegun dengan keindahan air terjun di Gunung Bintang. Airnya sungguh jernih sehingga dasar sungainya kelihatan. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan kami bergilir-gilir melakukan aktivit water abseiling dan juga memasak. Aktiviti memasak sangat memerlukan kesabaran kerana kami perlu memasak menggunakan cara tradisional. kami perlu mencari kayu-kayu hutan untuk dijadikan bahan bakar. Selesah aktiviti memasak, kami menjalankan aktivit water abseiling. Aktiviti ini sangat ekstrem dan mencabar kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Berkat tunjuk ajar trainer disana, tiada seorang pon yang cedera.


Pada malam hari, kami melakukan aktivit BBQ yang dikendalikan oleh para pelajar dan juga pensyarah. Kami juga mengambil kesempatan menemurah En. Azman untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan tugasan kami. Aktivit BBQ selesai pada pukul 12 tengah malam.


Pada 8/4/2018, setelah selesai bersarapan, kami semua diarahkan berkumpul untuk mendengar taklimat mengenai aktiviti yang bakal dijalankan pada pagi itu. Aktiviti yang kami jalankan pada pagi itu ialah ‘water tubing’ dan berjalan di atas Tree Top Walk. Kami diterangkan cara-cara mengendalikan tiub seperti cara-cara kayuhan, cara menstabilkan tiub dan cara berpegang pada tiub jika terjatuh. Oleh kerana terdapat dua aktiviti yang perlu dijalankan serentak, kumpulan kami memilih untuk menjalankan aktiviti water tubing dahulu.


Seterusnya. Untuk pertama kalinya kami mencuba aktiviti water tubing. Pada permulaannya kami menempuhi cabaran dengan air yang sederhana deras dan likuan kecil dengan pelampung yang disediakan pihak resort sedim. Kemudiannya aliran sungai semakin deras dan mencabar. Pelbagai halangan seperti batuan dan ranting kayu di sekitar sungai menjadikan aktiviti ini lebih menarik kepada kami. Setibanya di penamat kami dibantu oleh para jurulatih untuk ke tebing sungai dan akhirnya kami berjaya menamatkan cabaran dengan menggunakan kekuatan mental dan fizikal kami..

Selain itu, kami juga diberi kesempatan untuk merasai pengalaman berharga untuk berjalan di atas “ Tree Top Walk “ sebagai aktiviti terakhir kami sebelum pulang ke Kelantan Darul Naim. Untuk pengetahuan semua “ Tree Top Walk “ merupakan jejantas besi yang terpanjang di dunia bagi kategori buatan manusia dan mempunyai laluan kanopi sepanjang 1.5 km. Apabila berjalan di atas sana, kami dapat melihat pelbagai jenis spesis flora dan fauna sekitar Hutan Lipur Sedim dan terdapat juram yang besar yang menjadi tarikan di sana.


Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim Kedah



Akhir kata, kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjalankan lawatan ke Hutan Lipur Sedim, Kedah terutamanya kepada fakulti, pensyarah, rakan-rakan dan fasilitator aktiviti rekreasi. Selama 3 hari 2 malam di Hutan Lipur Sedim, kami telah belajar pelbagai ilmu tentang pelancongan rekreasi dan ekopelancongan di Malaysia. Di samping itu, kami juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan kami dalam Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan UMK.

Kami pelajar tahun 3 kos pelancongan berharap aktiviti baik yang dianjurkan oleh fakulti dapat dikekalkan untuk adik-adik kami bagi memberi peluang kepada mereka merasai keunikan industri pelancongan di Malaysia. Diharap Hutan Lipur Sedim dapat mengekalkan keistimewaan mereka dan mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.


" Better Tourism With Our University "

- JAZLI -



Nota :

Artikel di atas adalah perkongsian sekumpulan pelajar Tahun 3 yang menuntut di Jurusan Pelancongan di Fakulti Hospitaliti, Pelancongan & Kesejahteraan Universiti Malaysia Kelantan. Bagi menyiapkan tugasan yang diberikan, mereka dikehendaki membuat perkongsian di media sosial (blog) setelah mereka membuat lawatan ke destinasi ekopelancongan dan rekreasi yang dipilih.


Mereka telah memilih Hutan Lipur Sedim, Kedah dan telah melakukan lawatan pada 6-8 April yang lalu.

~Mat Drat~

6 comments:

  1. Bezznyaa tempat ni, nk pergi lah nnt

    ReplyDelete
  2. First time pegi. mmg terbaik hutan lipur sedim.. Byak aktiviti advanture yg best2..​Harga pon bebaloi..​ Kalau nak rasa dekat dgn nature sya recommend pergi sini.. Air sungai bersih, sejuk dan selamat untuk melakukan aktiviti..

    ReplyDelete
  3. Jauh tak dari bandar kulim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya minta wakil-wakil student jawabkan ye...

      Delete
  4. Nice place...boleh dimasukkan dalam list trip ni

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.