Pages

Sunday, 11 February 2018

Taman Warisan Pertanian Putrajaya - RTA3







Bersambung dari entry sebelum ini.....  ðŸ‘‰ðŸ‘‰  RTA3 ke MAEPS Serdang



Road To Agro Tourism ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) meneruskan sessi jelajah ke destinasi ke2. Dari MAEPS Serdang, rombongan terus menuju ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Sebelum singgah di sini bersama rombongan dari MTC (Malaysia Tourism Council), Mat Drat kerap juga ke sini. Tapi datang kesini semata-mata untuk menjamu selera dan menghadiri majlis tertentu. Dan hari ini baru tahu rupa-rupanya Taman Warisan ini turut menyediakan tempat lawatan bercirikan agro.


Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Mat Drat kongsikan sedikit info mengenai Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini :

Taman ini terletak di Persint 16 dan merangkumi keluasan 35 ekar. Keluasan taman ini dipenuhi dengan lebih 170  spesis tumbuhan.



Pengunjung yang ke sini juga dapat melihat dan merasai pengalaman yang interaktif di mana pengunjung boleh mempelajari warisan pertanian negara melalui demonstrasi aktiviti pertanian yanhg dijalankan di sini.

Aktiviti (demonstrasi) pertanian berkaiatan getah seperti penorehan dan pemprosesan getah dijalankan di plot getah asal, di mana kawasan ini dahulunya adalah sebahagian dari Estet Prang Besar.

Selain itu, pengunjung juga bolehbersiar di taman sambil melihat pokok-pokok buah-buahan tempatan yang banyak di tanam di sini. Pelbagai pokok ada seperti jambu air, cempedak, nanhgka, rambutan, pulasan, delima petai sukun dan pelbagai lagi. Nak  bawa anak-anak tengok pokok kopi dan koko pun boleh, silap-silap boleh pegang buahnya lagi.....


Bayaran Masuk : RM 8.50 (MyKad) / RM 13.50 (Tanpa Mykad)

Pakej Pelajar Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Pihak Taman Warisan turut menyediakan pakej khas untuk pelajar iaitu dengan bayaran RM 18.00.

Untuk pakej ini para pelajar akan mendapat 
- Tiket Masuk
- Lawatan Berpandu
- Demosntrasi Pemprosesan Getah
- Permainan Tradisional
- Snek dan Minuman



Di Taman Warisan Pertanian Putrajaya juga boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti Team Building, Sport Day, Explorace, Family Day atau pun Treasure Hunt. Semua aktiviti ni dilakukan di dalam kawasan Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini.

Untuk pertanyaan mengenai pakej ini, boleh hubungi 
03-8888 2722 (Taman Warisan)
017- 718 5937 ( Nasihah)
019-566 8804 (Nazira)



Map Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Sessi jelajah Taman Warisan Pertanian Putrajaya bermula.
Nasib baik disediakan "mini tram".
Tak larat dah nak berjalan sebenarnya. 


Cukup mendamaikan... dengan pokok buah-buahan di kiri kanan laluan



Ada beberapa tempat untuk berehat jika letih meneroka Taman Warisan ini.
Tapi bawa bekalan air sendiri ye. 


Besarnya buah Nangka..... geram je


Rombongan tiba di kawasan kebun getah.....


'Rumah Getah' yang dijaga rapi.
Boleh digunakan untuk majlis tertentu...
hubungi sahaja Pejabat Taman Warisan

Mesin penggelek getah yangmasih ada dan masih digunakan untuk demonstrasi



Pokok-pokok getah yang masih ada...
dan masih ditoreh untuk getahnya.



Dari Kebun Getah, Mat Drat si bawa ke 'Observation Deck " yang trletak di puncak bukit di Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini.



Pemandangan yang cantik dari puincak Taman Warisna Putrajaya ini


Kawasan Observaton Park..
Boleh memuatkan bilangan yang agak ramai pada satu-satu masa


Pemandangan dari Observation Deck




Medan Selera Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Yang ni Mat Drat kena kongsikan juga sebab kalau ke Putrajaya, selalu juga Mat Drat menjamu selera di sini. Terdapat pelbagai gerai dan kios di sini, boleh pilih ikut citarasa kita. 

Nak rekeman mana yang sedpa tu.... susah juga sebab boleh kata tiap kali datang, Mat Drat akan pilih makanan dari gerai / kios yang berbeza.







Mat Drat sharekan sedikit gambar di sekitar Medan Selera Taman Warisan Ini.



Kawasan Makan Terbuka


Antara Kiosk dan Gerai yang ada

Antara Kiosk dan Gerai yang ada

Antara pilhan ramai jika ingin makan di Taman Warisan ini






Dan tak lupa juga.... Taman Warisan Putarajaya turut menyediakan kemudahan untuk parking bagi Caravan 






Berakhir sessi lawatan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya dan RTA3 terus menuju ke destinasi berikutnya untuk menaiki Tasik Cruise .



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡


No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.