Lokasi Baru Pasar Malam Brinchang
Pasar Malam Cameron Highland atau lebih dikenali dengan Pasar Malam Brinchang yang lokasi dulunya di tepi jalan utama di pekan Brinchang, kini telah bertukar ke lokasi baru mulai awal 2017 hari tu.
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
Lokasi baru terletak berhampiran kawasan Cameron Golden Hills.
Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow
https://www.instagram.com/art_matdrat
Lokasi baru terletak berhampiran kawasan Cameron Golden Hills.
Lokasi baru ni kira-kira 2km lebih dari lokasi lama. Dari Brinchang turun menghala ke Tanah Rata dan Cameron Golden Hills terletak disebelah kanan.
Jika dulu ia terletak di tepi jalan utama, kini lokasi baru ni agak ke dalam sedikit iaitu kira-kira 300-400 ratus meter dari jalan utama. Jadi ia tidak lagi mengganggu kelancaran trafik di jalan utama pada lewat petang/malam hari ketika pasar malam.
Rasanya juga semenjak lokasi pasar malam ini bertukar tempat, pekan Brinchang agak sedikit sepi diwaktu malam. Tidak lagi semeriah seperti dahulu terutama malam minggu.
Peta Lokasi Pasar Malam Baru Brinchang dari tapak Pasar Malam Lama |
Waktu Operasi Pasar Malam Cameron Highland
Waktu operasi : 3:00 petang - 11:00 malamHari : Jumaat dan Sabtu
Cuti Sekolah : Dibuka setiap hari
Apa Nak Beli di Pasar Malam Cameron Highland
Macam-macam ada kat pasar malam Cameron Highland ni, tapi pastinya product Cameron Highland yang dicari. Cuma jangan terbeli produk dari 'bawah' yang dibawa naik sudah.
Antara yang jangan dilepaskan kalau ke sini adalah
1. Jagung 'mutiara'
5. Souveniour Cameron Highland
1. Jagung 'mutiara'
- Jagung Cameron ni memang manis rasanya.
- Makan macam tu je pun boleh, tapi Mat Drat lebih suka masak.
- Pelbagai produk strawberry ada di sini dari buah strawberry, strawberry kering yang siap di pek sehingga ke jem strawberry.
- Tapi, kalau nak beli buah strawberry dengan kuantiti agak banyak, Mat Drat cadangkan beli la di KEA Farm. Lagi banyak pilihan dan membeli waktu siang lebih 'nampak' kualiti buah.
- Kalau nak beli untuk makan pada waktu tu, atau untuk makan malam tu, boleh la beli di sini.
- JANGAN lupa makan strwberry coklat kat sini. Makan strawberry coklat kat hotel atau kat rumah, rasa dia lain... makan kat sini, baru la Cameronππ
- Satu lagi.... KEA Farm tu kalau hujung minggu terutamanya cuti sekolah atau public holiday, jalan ke situ akan jem dan nak parking pun susah. Jadi beli strawberry kat sini pun okey kalau tak nak ke Kea Fram
- Jika tak berkesempatan ke Kea Farm, boleh juga beli sayuran segar di sini.
- Tapi Mat Drat masih suka membeli di KEA Farm, banyak pilihan dan membeli waktu siang nampak mana yang betul-betul segar atau kurang segar.
- Selain tu, JANGAN lupa try sayur-sayur digoreng tepung di sini macam cendawan,brokoli dan bayam yang digoreng tepung. Waktu malam-malam yang sejuk kat pasar malam ni, memang sedap kalau makan panas-panas sayur goreng tu. Dan makan sayur goreng kat sini, baru la Cameronππ
- Produk berasaskan lebah juga boleh di dapati di sini.
- Tiap kali ke pasar malam Cameron Highland, mesti jumpa si penjual madu ni.
- Mungkin ada yang tak sempat ke bee farm, boleh sahaja beli di sini.
5. Souveniour Cameron Highland
- Nak cari souveniour Cameron Highland macam t-shirt, keychain, fridge magnet, cap kepala, sarung tangan boleh la ke sini.
- Dan memang ramai ke sini semata-mata nak cari souveniour.
6.Cactus
- Yang tak sempat nak beli cactus di castus farm, boleh beli di sini juga.
- Nasib baik, dapat lagi murah dari cactus farm.
- Cuma di sini, kebiasannya cactus yang dijual hanyalah saiz yang kecil-kecil sahaja.
Loading...
Hotel dan Apartment sekitar Tapak Pasar Malam Baru
Mat Drat share kan hotel, apartment dan homestay yang berdekatan dengan tapak Pasar Malam Baru Cameron Highland.
Boleh kata semua yang Mat Drat senaraikan ni adalah walking distance sahaja ke pasar malam.
Boleh kata semua yang Mat Drat senaraikan ni adalah walking distance sahaja ke pasar malam.
Di kawasan tapak Pasar Malam Cameron Highland (Pasar Malam Brinchang) yang baru ni tidak banyak hotel atau resort. Kebanyakan yang ada adalah apartment homestay.
Antaranya :
Antaranya :
x | |
x
| |
x
| |
x
| |
x | |
x
| |
x |
Lokasi Lain Pasar Malam Cameron Highland
Pasar Malam terBESAR dan terMERIAH di Cameron Highland ni adalah di Brinchang.Tapi kalau ke Cameron Highland selain hari Jumaat dan Sabtu, boleh ke pasar malam lain yang ada di sekitar Cameron Highland ni. Cuma pasar malam tu agak kecil dan lebih kepada oarang tempatan yang ramai.
Ingat, Pasar Malam Brinchang ni dibuka setiap hari pada cuti sekolah biasanya (ikut tahun-tahun sebelum ni).
Jadual Pasar Malam Cameron Highland
Brinchang | Jumaat & Sabtu |
Tanah Rata | Sabtu dan Ahad |
Lembah Bertam | Ahad |
Ringlet | Selasa |
Tringkap | Jumaat |
Tapak Lama Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
Tapak lama walau dah tiada pasar malam, pada sebelah petang ia masih ada penjual / penjaja. Tapi bilangan tak banyak kerana ia adalah penjual di premis tetap.
Kalau nak cari souveniour di sini pun ada dijual pada hari-hari biasa.
Manakala pada setiap pagi Ahad, di sini akan ada Pasar Tani. Jadi product tempatan juga boleh didapati di sini.
Rasanya ini dahulu perkongsian untuk percutian ke Cameron Highland.
Percutian ke Cameron Highland | |
Tempat Menarik di Cameron Highland | |
| Tempat Makan Best di Cameron Highland |
| Lokasi Baru Pasar Malam |
Selamat Bercuti
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πππ
pasar malam baru ini ada buka hari selasa / rabu ? atau weekend je ?
ReplyDeletesetahu saya di sini (Brinchang) hanya pada Jumaat dan Sabtu. Untuk hari-hari lain, lokasi Pasar Malam di Cameron Highland ada di lokasi, cuma tak semeriah di Brinchang.
DeleteSebelum Ramadhan baru ni saya ke Cameron Highland lagi pada Khamis, dan menginap di Golden Hill dan hari Khamis tiada pasar malam di area Cameron Highland.
Maaf bertanya apa nama homestay yg en menginap di golden hill tu?dan boleh tahu berapa sewa utk 1 hari??
Deleteencik, hari biasa isnin ke jumaat ada tak pasar malam?
ReplyDeleteencik...hari biasa (isnin - Jumaat) ada pasar malam ke?
ReplyDeletehari biasa ada di lokasi lain disekitar Cameron Highland ni, cuma agak kecil. Ada satu hari (WEEKDAY) tiada pasar malam, tapi saya dah tak ingat.
Deletebaru ni saya ke Cameron Highland lagi, memang pergi weekday sebab tak sanggup tempuh jemmmm.. Cuma tak dapat la ke Pasar Malam. Tapi petangnya saya tetap ke tapak lama Pasar Malam Brinchang tu, singgah 2-3 kedai yang ada.
DeleteAda tak no contact utk saya boleh hubungi utk menginap di app golden hill.yg baru tu yg berdekatan dgn.pasar malam..sbb sy berdua sahaja. Harap dpt membantu..terima kasih tuan
ReplyDeletemaaf tak ada.
DeleteMungkin boleh cuba ke FB https://www.facebook.com/Apartment-dan-Homestay-Murah-Cameron-Highland-126530518141086/
Golden hill brapa rm 1night
DeleteMaaf bertanya boleh tau nama homestay yg encik menginap di golden hill?dan kalu boleh tahu berapa harga sewa utk satu hari??
ReplyDeleteSaya Tak ingat. Tapi saya jumpa booking slip di email saya nanti, saya share semula. Tapi mmg ada a few homestay di situ, boleh booking melalui agoda atau booking.com
Deletemaaf nk tanya,kalau cuti sekolah bln 12 ni pn pasar die ikut jadual tu gk ye?
ReplyDeletejika ikut jadual...mmg jumaat dan sabtu sahaja......x dapat p jugak kami ke pasar malam tue.......hotel pada selasa - khamis...huhuhuhu
DeleteBaru ni pun saya ke sana weekday... Tak dpt ke pasar malam weekend, dpt ke tapak lama pasar malam je, okey la.. Ubat rindu pasar malam cameron
DeleteSaya last ke sini waktu cuti sekolah, 3 tahun lepas. Tak pasti cuti sekolah ada pasar malam tiap tiap hari atau tak, tapi klau tak silap... Tiap2 hari... Nanti ada info betul, saya update
DeleteAssalammualaikum tuan....blog yang menarik dengan informasi2 yang menarik untuk tujuan percutian......sedikit sebanyak menjadi informasi kami untuk bercuti ke Cameron Highland next month.........salam dari Kembar Tiga..
ReplyDeletehttps://danial3balqis.blogspot.com/
Waalaikumussalam... Selamat bercuti dan tq singgah blog saya
DeleteSalam, nk tanya. Pasar malam ni, raya haji bukak x hri2?
ReplyDelete