Pages

Monday, 6 November 2017

Tempat Menarik di Cameron Highland

Tempat Menarik di Cameron Highland Untuk Dilawati

Tempat Menarik di Cameron Highland



Sebelum baca artikel ni, boleh juga baca dulu perkongsian percutian Mat Drat sebelum ni ke Cameron Highland


👉👉 Bercuti ke Cameron Highland ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


Di sini juga Mat Drat share tempat-tempat menarik di Cameron Highland yang Mat Drat lawati. Ada juga beberapa lokasi yang tak sempat disinggahi tapi dari pembacaan, ia juga menarik untuk di lawati.

Di entry ini, maklumat yang Mat Drat share lebih detail berbanding di perkongsian Percutian Mat Drat sendiri ke sini. 



1. LADANG TEH BOH SG PALAS

Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)

Ladang Teh Boh Sg Palas Cameron Highland


Ladang Teh BOH Sg Palas merupakan antara destinasi sentiasa menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Cameron Highland. 

Ladang Teh BOH ni terletak di antara Brinchang dan Tringkap. Persimpangan ke Ladang teh ini lebih kurang 2 km dari Kea Farm, dan ia terletak di sebelah kiri. Perlu pandu perlahan untuk elak terlepas simpang. Nak senang  lagi gunakan sahaja WAZE atau Google Map (Drive).



Tips :
Aktiviti utama mereka yang datang kesini, adalah bergambar di ladang teh, melawat kilang teh untuk lihat pemprosesan teh dan bersantai di cafe. 

Kena datang awal sebelum 11am untuk melihat bagaimana pemprosesan teh dilakukan. Mat Drat datang lewat,  pemprosesan dah tamat.

Perlu melalui jalan yang agak sempit dan sedikit berliku lebih kurang 1.5 km dari persimpangan jalan utama ke ladang teh ini. Jadi pandu berhati-hati dan bertolak ansur kerana kereta keluar masuk menggunakan jalan yang sama.

Kalau kenderaan banyak (cuti sekolah atau public holiday), bersedia kena berhenti dan saling beri laluan.  

Parking kereta di tempat yang disediakan. Kemudian pelawat perlu menapak dan mendaki sedikit ke BOH Centre yang menempatkan tea shop,  cafe dan kilang. 

Bagi mereka yang membawa pelawat berumur atau berkerusi Road,  minta dengan pengawal untuk drop kan mereka di bahagian atas.  Tapi lepas tu driver kena turun park kereta semula di bawah.

Harga minuman dan makanan di kafe sini boleh tahan juga, sesesuai dengan statusnya tempat tarikan pelancong. Tapi apa salahnya belanja lebih sekali sekala menikmati secawan teh di sini.

Dan juga jangan lupa beli produk-produk teh di Tea Shop Centre untuk dijadikan buah tangan.

Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)

Lokasi : 👉👉 Peta Ke Ladang Teh BOH




2. LADANG TEH CAMERON VALLEY (BHARAT TEA)



 

Ladang Teh Cameron Valley ini merupakan ladang teh ke dua terbesar selepas Ladang Teh Boh (Main Plantation). Ladang Teh Bharat ni dahulunya dibuka oleh seorang pendatang India.

Ada dua lokasi iaitu Tea House 1 dan Tea House 2. Jarak diantara kedua-duanya lebih kurang  800 meter sahaja.

Jika jalan ke Ladang Teh Boh Sg Palas agak berselekoh, Ladang Teh Cameron Valley (Bharat Tea) ini pula terletak di tepi jalan utama di Tanah Rata.

Untuk ke sini, cukup senang kerana ia terletak di tepi jalan utama dan signboardnya yang cukup jelas. Nak senang gunakan sahaja WAZE atau Google Map (Drive).


Tips :
Lokasinya di tepi jalan utama, jadi parking lot agak terhad. Tea House 2 lebih banyak lot parking berbandingTea House 1.

Selain melawat ladang teh, pengunjung boleh bersantai sambil minum teh di kafe yang disediakan. Harga masih dikira boleh diterima sesuai dengan ia sebagai destinasi pelancong.

Boleh la beli produk-produk teh di kedai di sini seperti teh perasa strawberry, perasa lemon dan pelbagai lagi produk tea untuk dijadikan buah tangan.

Kafe di Tea House 2 juga lebih besar berbandng Tea House 1. Selepas minum bolehlah turun ke ladang teh.


Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Kilang di tutup pada Isnin tetapi)

Lokasi : Peta Ke Ladang Teh Cameron Valley (Bharat Tea)

Website : http://www.bharattea.com.my/







3. LADANG TEH BOH (Main Plantation)

Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)

Ladang Teh Boh Sg Palas Cameron Highland




Ladang Teh BOH Centre (Main Plantation) yang terletak di Ringlet ini merupakan terbesar di Cameron Highland dan juga di Asia  Tenggara.

Kedudukan ladang teh ini yang agak jauh kedalam (6km) dari jalan utama.

Persimpangan ke ladang teh ini terletak di jalan utama Ringlet - Tanah Rata. Jika dari Tanah Rata, ia terletak di sebelah kiri. Untuk elak terlepas simpang, gunakan WAZE atau Google Map (Drive).

Tips :
Pengunjung perlu melalui jalan yang agak sempit dan sedikit berliku lebih, jadi pandu berhati-hati dan bertolak ansur kerana pengunjung memang ramai. Papan tanda mengingatkan pemandu supaya memandu berhati-hati dipacak sebagai peringatan.

Sama seperti Ladang Teh BOH Sg Palas dan Ladang Teh Cameron Valley, di sini juga terdapat kafe. Sambil minum teh bolehlah menikmati keindahan pemandangan ladang teh ini.

Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)

Lokasi : 👉👉 Peta Ke Ladang Teh BOH Ringlet (Main Plantation)



4. STRAWBERRY FARM


Di Cameron Highland ni terdapat beberapa strawberry farm samaada di Tanah Rata atau di Brinchang. 

Ada sesetengah Strawberry Farm, pemilik membenarkan kita memetik sendiri  buah strawberry. Cuma perlu bayar harga masuk dan kemudian strawberry yang dikutip akan ditimbang apabila keluar. Harga strawberry memang akan sedikit mahal kerana kita turut bayar "harga pengalaman dan keseronokan petik strawberry".

Nak makan strawberry banyak-banyak, jangan petik banyak-banyak di strawbery farm ye. Beli yang telah siap di petik sama ada di strawberry farm itu sendiri auatu di Pasar Malam Brinchang ataupun di Kea Farm Market.

Strawberry Farm di Cameron Highland agak banyak. Nak kata mana yang paling best tu susah jugak. Kebanyakkan lebih kurang sama dengan membenarkan pengunjung melawat ladang strawberry, sesetengahnya membenarkan pengunjung memetik strawberry (dengan bayaran) dan juga menjual produk berasaskan strawberry. 

Berikut beberapa strawberry farm di Cameron Highland beserta peta ke lokasi.

Lokasi Strawberry Farm di TANAH RATA



 KHM Strawberry & Jam 




 YZ Agro Farm & Cafe 





 Taman Agro Al-Mashoor 




Ketiga-tiga strawberry farm ini (KHM Strawberry Jem,   YZ Agro Farm dan Taman Agro Al-Mashoor) terletak di Kampung Taman Sedia atau dikenali juga sebagai Kampung Melayu Cameron Highland. Rasanya ini adalah starwberry farm milik bumiputera yang ada di Cameron Highland. 

(Jika ada maklumat tambahan, boleh la tinggalkan di ruang komen. Nanti Mat Drat update .TQ)

Lokasi Strawberry Farm di BRINCHANG


 Big Red Strawberry Farm 


  Kea Strawberry Farm 


  Raju's Hill Strawberry Farm 


  EQ Strawberry Farm 


Kasimanis Strawberry Farm 



Big Red Strawberry Farm yang terletak bersebelahan Cactus Valley dipekan Brinchang bagi Mat Drat antara yang terbesar di Cameron Highland ni. Parking luas dan banyak kedai-kedai di sini.

Di 'puncak' Brinchang pula, Kea Strawberry Farm, Raju Hill Strawberry Farm dan EQ Strawberry Farm masing-masing agak berdekatan antara satu sama lain.


Bayaran Masuk : Berbeza mengikut lokasi dan kebanyakkannya tidak mengenakan bayaran masuk. Bayaran hanya untuk memetik buah strawberry.

Waktu Operasi :  Kebanyakkan dibuka mulai jam 9 pagi




5. CACTUS FARM

Antara tempat tumpuan pengunjung di Cameron Highland adalah juga tempat menjual pokok-pokok kaktus.  Di Cameron Highland pokok-pokok kaktus hidup cukup subur. Pasti geram je tengok.

Pokok kaktus ni selain sensetif dengan cuaca, ia juga memerlukan penjagaan yang agak cerewet terutamanya tidak boleh terlebih siram air. Jadi bagi Mat Drat, nak lebih selamat beli pokok kaktus yang agak besar kerana yang kecil lebih cerewet untuk dijaga. Cuma harga pokok kaktus ni, makin besar saiz dan usia, maka makin 'besar' harganya.

Antara tempat yang banyak koleksi pokok kaktus dan menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong :


Cactus Valley

  
Cactus Point 

   Arked Peladang  


Selain beli pokok kaktus tu di Cactus Valley, Arked Peladang atau Cactus Point, boleh juga beli di Kea Farm atau kedai-kedai tepi jalan. Cuma nak cari kaktus yang besar dan "rare" sikit, agak susah. Itu kena cai di 3 tempat di atas.

Selain kaktus, biasanya di turut dijual pokok-pokok bunga seperti orkid dan pokok-pokok hiasan lain. 


(Jika ada maklumat tambahan, boleh la tinggalkan di ruang komen. Nanti Mat Drat update .TQ)

Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi :  Kebanyakkan dibuka mulai jam 9 pagi


6. PASAR MALAM

Ini antara tempat wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland. 

Pasar Malam Brinchang pada setiap malam minggu telah bertukar lokasi mulai awal 2017 hari tu. Lokasi terbaru terletak berhampiran Cameron Golden Hills Resort. Lokasi baru ni kira-kira 2km dari lokasi lama. Jika dari Brinchang kita perlu menghala ke Tanah Rata dan persimpangan ke tapak baru pasar malam terletak disebelah kanan. Bukan ditepi jalan utama lagi, jadi tidak akan nampak pasar malam ini kecuali kita masuk ke kawasan  Cameron Golden Hill.


Lokasi Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

Pelbagai produk-produk Cameron Highland, boleh didapati di sini. Cuma jangan terbeli produk dari bawah yang dibawa naik sudah. 

Antara yang jangan dilepaskan adalah 
- Jagung 'mutiara' . Jagung Cameron ni memang manis rasanya. 
- Produk straberry. Selain buah strawberry jangan lupa beli juga strawberry yang telah dikeringkan, dan pastinya jem strawberry.
- Sayur-sayuran. Jika tak berkesempatan ke Kea Farm, boleh juga beli sayuran segar di sini. Selain tu, di sini juga ada sayur yang digoreng tepung seperti cendawan dan bayam. Juga sedap untuk di makan panas-panas di c sini.
- Produk berasaskan lebah juga boleh di dapati di sini. Mungkin ada yang tak sempat ke bee farm, boleh sahaja beli di sini.

Nak cari hotel atau homestay berdekatan tapak pasar malam yang baru ni, boleh klik  
👉👉 Hotel dan Apartment sekitar Tapak Pasar Malam Baru  ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


Bayaran Masuk : Semestinya Percuma

Waktu Operasi :  6 ptg sehingga  9 malam

Lokasi : 👉👉 PETA Lokasi Pasar Malam Baru Brinchang 








7. KEA FARM MARKET






Ni boleh dikatakan pasar yang wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland.

Dibuka setiap hari dan terdapat pelbagai barangan dan produk tempatan.

Kalau ada masa, berjalan la ke gerai-gerai di kawasan yang jauh ke dalam sedikit.

Sayur-sayuran segar, bunga  segar, kaktus, straberry memang murah di sini.

Sesuai disinggahi di hari terakhir sebab ikut pengalaman, pasti akan banyak sayuran dan strawberry yang dibeli. Jadi tidak lah kita menyimpan lama di Cameron Highland sebelum turun ke bawah kalau beli awal


Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi : 8.00 am - 6.00 pm

Lokasi : 👉👉 PETA Lokasi KEA Farm



8. LAVENDER GARDEN 




Ini antara tarikan terbaru di Cameron Highland yang mulai dibuka pada tahun 2013. Ia terletak di antara Brinchang dan Tringkap.

Nak merasa bergambar dengan dikelilingi bunga-bunga lavender, boleh la datang ke sini, lepas tu berangan ala ala di ladang lavender di France atau Holland. 

Jangan lupa makan aiskrim perisa lavender dan beli souvenior dari lavender.


Bayaran Masuk : RM 8.00 (Dewasa) / RM 5.00 (Kanak-Kanak)

Waktu Operasi : 9.00am - 6.00pm (Isnin-Khamis) / 9.00am - 7.00pm (Jumaat - Ahad)

Lokasi :  ðŸ‘‰ðŸ‘‰ PETA Lokasi Lavender Garden

Website : http://cameronlavender.com/


9. TAMAN AGRO TECHNOLOGY MARDI 



Taman Agrotechnolgy Mardi ni terletak di Tanah Rata.

Taman ni dibahagikan kepada 4 taman iaitu iaitu English Garden, Herb Garden, Orchid Garden dan Rose Garden. Pelbagai spesis bunga ros, strawberry,  sayuran dan buahan ada di sini.


Sesetengah hasil tanaman ini akan di jual pada harga cukup murah dan juga terdapat produk-produk lain.

Di sini juga ada disediakan beberapa unit cottage untuk di sewa. Mat Drat bermalam di sini untuk 2 malam, cukup berbaloi rasanya.
Bangun-bangun pagi, terus bersiar di taman depan cottage. Nyaman je

Bayaran Masuk : RM 5.00 (Dewasa) / RM 3.00 (Kanak-kanak)


Waktu Operasi :
Isnin - Khamis : 8.00am - 5.00 pm ( Waktu rehat 12.30pm - 2.00pm)
Jumaat            : 8.00am - 5.00 pm ( Waktu rehat 12.45pm - 2.30pm)
Sabtu - Ahad   : 8.00am - 5.00 pm

Website :  Taman Agro Technology MARDI 

Lokasi :  ðŸ‘‰ðŸ‘‰ PETA Lokasi Taman Agro Technology MARDI



10. BEE FARM - Ee Feng Gu 


Bee Farm Ee Feng Gu ni terletak di antara Brinchnag dan Tringkap. Sudah pastinya sarang lebah menjadi tarikan utama di sini. Produk berasaskan madu lebah ada dijual disini, jadi boleh la beli pada harga sedikit murah.

Selain melawat sarang lebah, juga ada sedikit tarikan permainan lain di sini. 


Bayaran Masuk : Percuma

Waktu Operasi :  8.00am - 7.00 pm 


Website :  http://www.eefenggu.com/ 

Lokasi :  Terletak di antara Brinchang - Tringkap

              👉👉 PETA Lokasi Bee Farm - Ee Feng Gu



11. TIME TUNNEL MUSEUM 


Bagi Mat Drat, Time Tunnel Museum agak menarik jika ingin melihat barang-barangan lama. Koleksi barang-barangan lama disini pasti mengimbau seribu kenangan.

Seronok juga dapat melihat barang yang dahulunya kita amat biasa dengannya. 

Tempat yang sesuai untuk disinggahi kerana di sini, pengunjung tidak akan lama.



Bayaran Masuk : RM 6.00 (Dewasa) / RM 4.00 (Kanak-kanak)

Waktu Operasi :  9.00am - 6.00 pm 


Website :  http://www.timetunnel.cameronhighlands.com/

Lokasi :    👉👉 PETA Lokasi Time Tunnel Museum



Nota :

Buat masa ni, ini sahaja yang Mat Drat kongsikan. Ada lagi lokasi yang Mat Drat rasa menarik, akan Mat Drat share di sini.

Jika pembaca ada cadangan tempat untuk dimasukkan, bolehlah tinggalkan di ruangan komen. Semoga info yang ditinggalkan diruangan komen akan beri  manfaat untuk pembaca lain.


Update  : 03.12.2017
Mat Drat baru balik bercuti ke Bandung melawat tempat peranginan di sana. Di Bandung juga terdapat dua kawasan peranginan tanah tinggi iaitu di kawasan Lembang di sebelah Utara dan di kawasan Ciwidey di sebelah selatan. 
Jemput singgah baca perkongsian percutian Mat Drat di Bandung.


Perkongsian berkaitan Cameron Highland :
Rasanya ini dahulu perkongsian untuk percutian ke Cameron Highland. 


Bercuti Percutian ke Cameron Highland Percutian ke 
Cameron Highland 
Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
 Tempat Menarik 
di Cameron Highland 
Tempat Makan Best Sedap di Cameron Highland Tempat Makan Best 
di Cameron Highland
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

 Lokasi Baru 
Pasar Malam


Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Sunday, 5 November 2017

Bercuti ke Cameron Highland (Update 2019)

Jom kita bercuti ke Tanah Tinggi Cameron....

Bercuti Percutian ke Cameron Highland




Kali ni Mat Drat share mengenai pengalaman dan tips bercuti ke Cameron Highland. Beberapa tahun kebelakang ni dah beberapa kali Mat Drat naik ke Cameron Highland. Walaupun rasanya ramai yang lebih arif tentang Cameron Highland ni berbanding Mat Drat, tapi Mat Drat share juga la.

Tapi Mat Drat share general info sahaja lah.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat

PERJALANAN KE CAMERON HIGHLAND

Bagi yang nak ke Cameron Highland, info dan tips di bawah ni mungkin dapat membantu.

Jalan ke Cameron Highland
Ada 2 option untuk 'naik' ke Cameron Highland, dari PLUS Highway boleh pilih nak naik melalui Tapah atau Simpang Pulai.


Map Cameron Highland



Jangan lupa isi minyak penuh-penuh di Tapah atau Simpang Pulai sebelum naik ke atas. Di 'atas' ada pun station minyak, di Tanah Rata dan Brinchang, cuma  kadang-kadang agak sibuk.

Di Cameron Highland ni, jalannya akan tersangat jem ketika cuti sekolah dan  public holiday. Apatah lagi weekend cuti sekolah atau public holiday  yang panjang.

Pernah sekali Mat Drat kena dari Tanah Rata nak naik ke Brinchang jalannya terlalu jem, kereta hanya dapat bergerak tak sampai 2 km untuk 45 minit. Jadi patah balik  ke Tanah Rata, check-out dan terus balik ke KL. 

1. Ke Cameron Highland Melalui Tapah
Kalau dari KL melalui PLUS Highway, perjalanan dari Tol Jalan Duta  ke Cameron Highland ambil masa lebih kurang 2 1/2 jam.


Keluar di EXIT TAPAH dan terus naik ke Cameron Highland. 
  • KL ke Tapah dalam 1 jam 30 minit je.
  • Dari exit Tapah, sejam ke Tanah Rata. 
  • Tanah Rata ke Brinchang ambil masa dalam 15 minit sahaja (kalau tak jem).
Jalan ni agak berselekoh dan ada selekoh yang agak tajam. Jadi perlu memandu lebih berhati-hati. Jangan nak main potong je, lagi-lagi kalau follow belakang lori.

Jalan ni kita akan temui pekan Ringlet dahulu, kemudian Tanah Rata dan baru pekan Brinchang. Lepas Brinchang adalah Kea Farm jika kita terus naik ke atas.


Kemudian seterusnya dari Brinchang ke Simpang Pulai pula kita akan temui pekan Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Ini kalau ingin balik ikut Simpang Pulai.

Jika dari Tapah ni juga kita akan melalui Air Terjun Lata Iskandar. Boleh la berhenti berehat di sini (kalau letih atau saje-saje nak berehat. Tapi Mat Drat cadangkan, singgah masa nak balik dari Cameron lagi bagus. Banyak gerai-gerai makanan dan kraftangan di sini.

Disepanjang jalan tu juga nanti kita akan jumpa gerai-gerai orang asli menjual produk kraftangan dan juga hasil-hasil hutan, termasuk PETAI. Kalau nasib baik, akan jumpa yang jual pokok "bulu ayam emas". Sekarang dah susah sikit nak dapat pokok ni, dulu banyak pokok ni.i.
    Air Terjun Lata Iskandar Cameron Highland
    Air Terjun Lata Iskandar


    Air Terjun Lata Iskandar Cameron Highland
    Air Terjun Lata Iskandar


    2. Ke Cameron Highland Melalui Simpang Pulai
    Selain naik ke Cameron Highland melalui TAPAH, boleh juga naik melalui Simpang Pulai. 

    Ramai suka pilihan jalan ni walaupun agak jauh berbanding jalan Tapah tadi (jika dari selatan/KL) sebab jalan ni kurang berselekoh tajam.

    Keluar di EXIT Simpang Pulai dan terus naik ke Cameron Highland. Kita akan melalui Kampung Raja, Kuala Terla, Tringkap, Kea Farm sebelum menemui pekan Brinchang.


    Jadi Mat Drat rasa jalan ni lebih sesuai untuk mereka yang menginap di area Brinchang. Tapi kalau menginap di sekitar Tanah Rata, Mat Drat rasa elok naik melalui jalan Tapah.


    .............................................................................

    HOTEL MURAH DI CAMERON HIGHLAND

    Banyak hotel dan resort di  Cameron Highland ni. Jadi pilihlah ikut citarasa sendiri. 

    Area Tanah Rata atau Brinchang jadi pilihan utama. Jarang orang becuti  menginap di Ringlet. Ringlet ni kawasan paling bawah, tak rasa la suasana 'Cameron Highland'. 

    Mat Drat lebih suka menginap di area Brinchang, dekat dengan tempat nak dituju terutamanya Kea Farm.

    Brinchang dan Kea Farm kawasan paling tinggi, jadi situ lebih sejuk. Dan hotel akan lebih awal fully booked kalau cuti sekolah atau public holiday.

    Tanah Rata juga banyak hotel dan resort. Hotel-hotel lebih murah lebih banyak di area sini, mungkin sini dekat dengan station bas Tanah  Rata.

    Boleh kata kebanyakkan bilik hotel di Cameron Highland tak disediakan air-cond sebab malam dah memang sejuk. Siangnya agak dingin. Awal pagi nak mandi, memang kena ada water heater, kalau tak....menggigil nak mandi.

    Mat Drat pernah menginap di dua-dua kawasaan, Brinchang dan Tanah Rata. 

    Public Holiday dan Cuti Sekolah

    Booking awal. 
    1. Kalau nak datang waktu cuti sekolah atau public holiday, better booking awal. 
    2. Hotel yang lokasi bagus dan harga murah biasanya cepat fully booked. 
      Check-out awal. 
      1. Dan kalau pergi masa weekend cuti sekolah atau public holiday ni ingat ye, Mat Drat cadangkan check-out awal. 
      2. Biasa jam 11 lebih jalan mulai jem antara Brinchang ke Tanah Rata, jadi plan elok-elok itinerary di sana.

        Mat Drat senaraikan 4 hotel yang pernah Mat Drat menginap di Cameron Highland beberapa tahun kebelakangan ni. 

        Hotel Murah Cameron Highland

        Brinchang

        Bilik Studio dari RM 310

        - sini lebih tenang
        - lokasi atas bukit

        Hotel Murah Cameron Highland

        Brinchang

        Bilik Studio dari RM 85

        - family trip 
        - cari hotel yang murah
        - senang nak makan, tak
        perlu drive keluar

        Hotel Murah Cameron Highland

        Brinchang

        Bilik Studio dari RM 100

        -  budget
        - lokasi tepi jalan utama

        Hotel Murah Cameron Highland

        Tanah Rata

        Cottage 3 bilik dari RM 250

        - nak rasa kelainan
        menginap di 'cottage'


        .

        .

        .............................................................................

        APARTMENT dan HOMESTAY MURAH DI CAMERON HIGHLAND

        Kalau datang dengan bilangan ahli yang ramai, apartment pilihan yang lebih menjimatkan.

        Sejak berpindahnya lokasi Tapak Pasar Malam Brinchang ke area Golden Hill, apartment di area situ terus jadi pilihan. Jadi boleh la menginap di situ sebab Mat Drat pun dah 2 kali rasanya menginap di area Golden Hill tu. Tak silap yang terakhir bulan May/ Jun lepas.

        Selain kawasan Golden Hill ni, banyak juga apartment area lain, dan harga mungkin lebih murah. Boleh la intai-intai.

        3 sebab Mat Drat suka menginap di area Golden Hill ni
        1. Dekat tapak pasar malam (bawah apartment sahaja)
        2. Apartment boleh dikatakan agak baru, jadi lebih selesa.
        3. Terletak di antara Brinchang dan Tanah Rata, jadi senang nak makan dan tempat nak dituju.
        TAPI, ingat satu masalah di sini, waktu pasar malam, memang 'tak boleh keluar' dengan kereta la sebab agak jem kawasan ni. Kalau dah biasa dan tak nak ke pasar malam, boleh cari apartment tempat lain yang lebih tenang.

        Kat bawah ni Mat Drat senaraikan homestay/apartment (3 di Golden Hill, dan 1 di lokasi lain)

        Nota / pesanan : Jangan lupa baca review dulu sebelum booking.


        Apartment Murah Cameron Highland

        Tanah Rata

        Apartment Homestay Murah Cameron Highland

        Golden Hill, Brinchang

        Apartment Homestay Murah Cameron Highland

        Golden Hill, Brinchang

        Apartment Homestay Murah Cameron Highland
        Golden Hill, Brinchang



        Terbaru, Mat Drat menginap di Square Golden Hill, kira kawasan Pasar Malam Brinchang CH. 
        👉👉 Apartment Golden Hill Murah



        Apartment Homestay Murah Cameron Highland


        Apartment Homestay Murah Cameron Highland

        .............................................................................

        BOOKING APARTMENT dan HOMESTAY MURAH MELALUI AIRBNB

        Ada sesetengah unit apartment ni boleh ditempah melalui AirBNB. 

        Bagi yang belum tahu, airbnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

          Airbnb (dengan diskaun kredit )    

        Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

        Kupon ni berubah-rubah, kdg2 airbnb bagi RM120, kadang2 sampai RM 165, bergantung pada waktu promosi.

        Kupon diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, orang lain ke. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu... 

        Tapi ingat, dah daftar kena booking dalam masa 30 hari untuk layak rebet diskaun tu. Dah daftar, boleh booking terus unit yang masih kosong sebelum unit disambar orang lain.

        Step 1. Daftar / claim rebate dari link atas
        Step 2. Klik link unit dari Airbnb (Mat Drat senaraikan 2 unit)

        .............................................................................

        TEMPAT MAKAN BEST DI CAMERON HIGHLAND

        Kena ingat, di sini sewaktu cuti sekolah dan public holiday, pengunjung terlalu ramai di CH ni. 

        Ikut pengalaman Mat Drat, waktu malam tempat makan di Cameron Highland ni agak ramai orang terutama selepas sahaja waktu mahgrib hingga sekitar jam 9.30 malam.  Kira waktu paling peak la time ni.

        Untuk dinner, kadang-kadang Mat Drat tak memilih sangat tempat nak makan. Mana yang kosong, Mat Drat singgah je. 

        Kalau dah lewat sikit tu selepas 10pm, mungkin restoran atau kedai makan tu  sedikit lengang, tapi kalau nasib tak baik makanan dah banyak habis. Jadi, seeloknya lepas maghrib je terus la gerak untuk dinner.

        Nanti ada masa, Mat Drat update dengan info terkini dan senarai terkini di

        👉👉  Tempat Makan Best di Cameron Highland

        Antara tempat makan yang biasa dikunjungi orang di Cameron Highland ni :
        1. Restoran Taman Abang : Steamboat & Grill Buffet
        2. Cafe YZ Farm, Taman Sedia 
        3. Cafe KHM Farm, Taman Sedia 
        4. De Bamboo Tower Steamboat, Grill & Steam
        5. Anjers Corner Shellout, Sg Ruil
        6. Cafe Lorong, KEA Farm
        7. Nik Ikan Bakar & Tomyam
        8. Medan Selera Tanah Rata
        9. Medan Selera Brinchang
        10. KFC Brinchang
        Kali ni Mat Drat share 2 je. Ada yang tanya sarapan pagi kalau duduk apartment kat mana nak cari yang best.  Dan apa juga yang tanya apa best nak makan kat sini yang susah nak dapat kat tempat lain.

        Sarapan Best di Cameron Highland

        Kalau tak menginap di hotel sekali dengan pakej breakfast, Mat Drat akan cari sarapan di gerai depan Petronas Brinchang / sebelah Masjid Kayangan Brinchang.

        Sedap dan murah, cuma kalau lambat memang kena beratur la sikit. Pakcik meniaga menggunakan lori kecil. Tak tahulah kalau sekarang dah beralih tempat.

        Lokasi : Google Map

        Tempat Makan sedap Cameron Highland


        Tempat Makan sedap Cameron Highland
        Gerai bergerak pakcik ni akan berada di sebelah Masjid Brinchang ni

        Makan Skone Best di Cameron Highland

        Share sikit pasal skone ni. Sebab nya kali ni naik atas ni kerana wife ajak... nak makan skone, lama tak makan katanya. Layan kan aje lah.

        Ada beberapa tempat, tapi Mat Drat suka di KHM Strawberry Farm ni. Terletak di Kampung Sedia Tanah Rata. Kira ni strawberry farm orang Melayu.

        Jadi kalau nak makan di sini, boleh naik ke Cameron Highland melalui Tapah dan terus singgah sini.

        Tempat Makan sedap Cameron Highland
        KHM Agro Bazaar. Strawberry Farm

        Tempat Makan sedap Cameron Highland
        Minum petang

        Tempat Makan sedap Cameron Highland
        Strawberry mesti ada.... Cameron Highland kan...
        Tempat Makan sedap Cameron Highland
        Strawberry segar... cicah chocolate pula , kena pulak tea panas-panas. Memang terbaik


        Tempat Makan sedap Cameron Highland


        Tempat Makan sedap Cameron Highland
        Makan sambil di kelilingi pokok strawberry...

        .............................................................................
         

        TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

        Tempat menarik di Cameron Highland memang banyak. Kalau yang pertama kali kesini, bagi pendapat Mat Drat 3H2M sudah memadai untuk melawat ke tempat-tempat menarik di Cameron Highland ni. Kalau lama-lama sangat nanti, boring pulak.

        Kebanyakkan tempat menarik di Cameron Highland ni dikunjungi sehingga lewat petang sahaja. 

        Kalau mencari tempat menarik di Cameron Highland pada waktu malam, Mat Drat rasa tak ada sangat di Cameron Highland ni kecuali berjalan-jalan di pasar malam sahaja. 

        Ikut pengalaman Mat Drat, selain ronda-ronda pasar malam, aktiviti lain pada waktu malam adalah makan-makan dan melepak sahaja. 😄.

        Mat Drat senaraikan tempat menarik di Cameron Highland secara ringkas dulu di bawah.

        1. Ladang Teh
        Biasa pengunjung pilih antara 3 ladang teh ni
        • Ladang Teh BOH Sg Palas
        • Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
        • Ladang Teh BOH Centre


        Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
        Ladang Teh
        Tempat Menarik Cameron Highland
        Menikmati teh panas di Cameron Highland... 

          1. Ladang Teh BOH Sg Palas

          Ladang Teh Boh Sg Palas Cameron Highland
          Ladang Teh Boh Sg Palas, pengunjung boleh
          bersantai  di anjung sambil menikmati secawan teh
          sambil  menikmati pemandangan menghijau ladang teh.


          • Lokasi antara Brinchang dan Tringkap. 2km dari Kea Farm menuju Tringkap, disebelah kiri. Guna WAZE untuk elak terlepas simpang. 
          • Jalan sedikit sempit dan berliku lebih kurang 1.5 km dari persimpangan jalan utama ke ladang teh ini. Jadi pandu berhati-hati dan bertolak ansur kerana kereta keluar masuk menggunakan jalan yang sama.
          • Kalau kenderaan banyak (cuti sekolah atau public holiday), bersedia kena berhenti dan saling beri laluan.
          • Parking kereta di tempat yang disediakan. Kemudian pelawat perlu menapak dan mendaki sedikit ke BOH Centre yang menempatkan tea shop,  cafe dan kilang.
          • Bagi mereka yang membawa pelawat berumur atau berkerusi Road, minta dengan pengawal untuk drop kan mereka di bahagian atas. Tapi lepas tu driver kena turun park kereta semula di bawah.
          • Aktiviti utama bila ke sini adalah bergambar di ladang teh, minum teh dan juga melawat tempat pemprosesan teh. 
          • Datang awal pagi untuk lihat pemprosesan teh.
          • Harga minuman dan makanan di kafe sini boleh tahan juga, sesesuai dengan statusnya tempat tarikan pelancong.
          • Dan juga jangan lupa beli produk-produk teh di Tea Shop Centre untuk dijadikan buah tangan.
          Bayaran Masuk : Percuma
          Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)
          Lokasi : ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Peta Ke Ladang Teh BOH


          2. Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)

          • Ladang Teh Cameron Valley ini merupakan ladang teh ke dua terbesar selepas Ladang Teh Boh (Main Plantation). 
          • Ladang Teh Bharat ni dahulunya dibuka oleh seorang pendatang India.
          • Ada dua lokasi iaitu Tea House 1 dan Tea House 2. Jarak diantara kedua-duanya lebih kurang 800 meter sahaja. Kedua-dua terletak di tepi jalan utama di Tanah Rata.
          • Gunakan sahaja WAZE lebih mudah.
          • Lokasinya di tepi jalan utama, jadi parking lot agak terhad. Tea House 2 lebih banyak lot parking berbandingTea House 1.
          • Selain melawat ladang teh, pengunjung boleh bersantai sambil minum teh di kafe yang disediakan. Harga masih dikira boleh diterima sesuai dengan  destinasi pelancong.
          • Kafe di Tea House 2 juga lebih besar berbandng Tea House 1. Selepas minum bolehlah turun ke ladang teh.
          • Boleh la beli produk-produk teh di kedai di sini seperti teh perasa strawberry, perasa lemon dan pelbagai lagi produk tea untuk dijadikan buah tangan.
          Bayaran Masuk : Percuma
          Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg




          Tempat Menarik Cameron Highland
          Gambar terbaru. Trip 2018

          Tempat Menarik Cameron Highland
          Sambil minum, sambil relaxkan diri lihat kedamaian ladang teh

          Tempat Menarik Cameron Highland
          Boleh turun ke ladang untuk bergambar bagi ytang berminat. Ada bayaran dikenakan. 

          3. Ladang Teh BOH Centre (Main Plantation)

          • Terletak di Ringlet dan merupakan ladang teh terbesar di Cameron Highland dan juga di Asia  Tenggara.
          • Kedudukan ladang teh ini yang agak jauh kedalam (6km) dari jalan utama. 
          • Persimpangan ke ladang teh ini terletak di jalan utama Ringlet - Tanah Rata. Jika dari Tanah Rata, ia terletak di sebelah kiri. Untuk elak terlepas simpang, gunakan WAZE atau Google Map (Drive).
          • Sama seperti Ladang Teh BOH Sg Palas dan Ladang Teh Cameron Valley, di sini juga terdapat kafe. Sambil minum teh bolehlah menikmati keindahan pemandangan ladang teh ini.
          Bayaran Masuk : Percuma
          Waktu Operasi : 9.00pg – 4.30ptg ( Isnin Tutup)
          Lokasi : ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Peta Ke Ladang Teh BOH Ringlet






          2. Strawberry Farm 

          Aktiviti memetik strawberry.
          Petik - timbang dan bayar


          • Kat Cameron Highland ni ada beberapa strawberry farm, samada di Tanah Rata atau di Brinchang. 
          • Ada sesetengah Strawberry Farm, pemilik benarkan kita kutip sendiri. Cuma perlu bayar masuk untuk memetik dan strawberry yang dipetik akan ditimbang apabila keluar. Harga yang dibayar termasuk "harga pengalaman petik strawberry". 
          • Nak makan strawberry banyak-banyak, jangan petik banyak-banyak di strawbery farm ye. Petik hanya untuk rasa pengalaman memetik buah di poko. Nak makan banyak, beli je pasar malam atau pasar di Kea Farm Market.
          • Boleh kata Strawberry Farm di sini agak banyak. Nak kata mana yang paling best tu susah jugak. Tapi Mat Drat suka ke Tanah Rata, di Kampung Sedia sebab sukan makan skon kat situ. 
          Bayaran Masuk : Percuma
          Waktu Operasi : Kebanyakan dibuka mulai 9.00 am


          1. Strawberry Farm Kampung Sedia - Tanah Rata

          Disini ada beberapa strawberry farm milik Bumiputera. Antaranya 
          Jika ke sini, jangan lupa singgah makan skon strawberry di KHM Farm. Memang best.


          Tempat Menarik Cameron Highland Strawberry Farm Kampung Melayu


          Tempat Menarik Cameron Highland Strawberry Farm Kampung Melayu
          Menikmati skone dan teh panas... memang sedap.

          2. Strawberry Farm Brinchang

          Antara strawberry farm di area Brinchang ni adalah Kea Strawberry Farm, Raju Hill Strawberry Farm, EQ Strawberry Farm. 3 ladang strawberry ni semua berdekatan antara satu sama lain, iaitu di kawasan 'puncak Brinchang'.

          Satu lagi strawberry farm  yang jadi tumpuan adalah Big Red Strawberry Farm. Yang ni terletak di pekan Brinchang. Bersebelahan dengan Cactus Valley. Kimanis Straberry Fram pun antara pilihan yang ada untuk aktiviti petik strawberry.


          3. Cactus Farm 
          Satu lagi aktiviti Mat Drat kalau ke Cameron Highland adalah beli pokok kaktus. 

          Masalah satu je beli kaktus ni, tak ada masa nak jaga lepas beli. Selang beberapa bulan selepas dibeli, kalau pokok cactus tak mati mesti tumbuh tak berapa subut.

          Pokok kaktus ni selain sensetif dengan cuaca, memang perlu jagaan rapi sedikit. Tak boleh terlebih air waktu siram.

          Bila tengok pokok-pokok kaktus di atas ni, memang ramai yang geram sebab nampak besar dan subur. Nak subur, kena jaga la elok-elok lepas beli.
            Tips
            Kalau malas nak jaga pokok kaktus ni, beli yang besar sikit. Senang sikit untuk dijaga.

            Kalau nak beli pokok kaktus tu, Mat Drat cadangkan ke 
            • Cactus Valley (Brinchang - Bersebalahan Big Red Strawberry Farm),
            • Arked Peladang CH (Brinchang) 
            • Cactus Point (Kea Farm).
              Kalau nak beli pokok kaktus kecil-kecil tu boleh juga beli di Kea Farm atau pasar malam. Disini pun ada jual, tapi yang kecik ni senang mati kalau tak betul jaga. Gerai-gerai kecil tepi jalan pun banyak yang jual kaktus, cuma nak cari yang besar dan "rare" sikit, agak susah.


              Memang banyak jenis kaktus.
              Dan saiz pun boleh pilih, dari saiz kecil hingga yang besar. 


              4. Pasar Malam Brinchang

              Ini antara tempat wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland, lagi-lagi kalau pertama kali ke sini.

              Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
              Pasar Malam Brinchang Cameron Highland (Tapak Baru)
              Sumber : FB Perak Je
              Lokasi
              Pasar Malam Brinchang pada setiap malam minggu telah bertukar lokasi mulai awal 2017 hari tu. Lokasi terbaru terletak berhampiran Cameron Golden Hills.

              Lokasi baru ni kira-kira 2km lebih dari lokasi lama, dari Brinchang menghala ke Tanah Rata dan terletak disebelah kanan. Bukan ditepi jalan utama lagi. 

              Lokasi Pasar Malam Brinchang Cameron Highland


              Nak Beli apa di Pasar Malam Cameron Highland?
              Nak cari produk-produk Cameron Highland, boleh la cari di sini. Cuma jangan terbeli produk dari 'bawah' yang dibawa naik sudah. Peniaga ni ada yang ambil kesempatan, jadi pandai-pandai lah menilai.

              Antara yang dicari adalah
              • Jagung 'mutiara'
              • Strawberry dan produk berasaskan strawberry ( strawberry yang dikeringkan dan jem strawberry)
              • Pokok Cactus
              • Souveniour seperti key-chai, fridge magnet. Memang murah di pasar malam.
                Selain tu, makanan yang biasa di cuba
                • Air jagung mutiara
                • Cendawan celup tepung / brokoli, bayam dll juga digoreng
                • Strawberry celup coklat.... perghhhh, meleleh air liur
                • Aiskrim strawberry
                  Waktu Operasi
                  Jumaat - Sabtu : ( 4:00 petang - 11:00 malam)
                  Cuti Sekolah : Setiap hari  ( 4:00 petang - 11:00 malam)

                    Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
                    Antara produk wajib beli...strawberry kering


                    Tapak Pasar Malam Lama
                    Walau Pasar Malam dah berpindah, di kawasan ni masih ada beberapa gerai yang menjual pelbagai barangan terutamanay baju-baju, souveniour dan cendarahati Cameron Highland.

                    Lokasinya di tepi jalan utama, tetap jadi tempat persinggahan.

                    Pasar Tani Brinchang Cameron Highland.
                    Setiap hari Ahad,bermula 7:30am - 2:00petang. Tak puas ke pasar malam, datang la ke sini pula.


                    Pasar Tani Cameron Highland di lokasi Pasar Malam Lama




                    5. Pasar Pagi Kea Farm

                    Ni boleh dikatakan pasar yang wajib disinggahi kalau ke Cameron Highland. Dibuka setiap hari (pagi) dan terdapat pelbagai barangan dan produk tempatan.

                    Kalau datang ke CH tapi tak berkesempatan ke Pasar Malam, boleh juga cari produk-produk CH di sini. Cuma tak dapatlah rasa suasana Pasar Malam CH.

                    'Pasar Kea Farm' ni memanjang ke dalam, jadi berjalan la ke gerai-gerai di kawasan yang dalam sedikit, jangan hanya singgah di beberapa kedai di kawasan hadapan. Baru boleh buat pilihan.

                    Produk pilihan yang boleh dibeli di sini 
                    • Sayur-sayuran segar
                    • bunga  segar
                    • kaktus
                    • strawberry (memang murah di sini)
                    Mat Drat suka beli di sini berbanding di Pasar Malam sebab kita boleh lihat kualiti barang dan lagi selesa membeli. 

                    Lokasi : 
                    Brinchang (tepi jalan utama)  👉👉Google Map : 

                    Tips
                    Sesuai singgah di hari terakhir sebab ikut pengalaman Mat Drat, setiap kali singgah pasti akan banyak sayuran dan strawberry yang dibeli. Jadi beli dan terus bawa balik, tidak lah kita menyimpan lama di Cameron Highland sebelum turun ke bawah.

                    Cuti sekolah atau public holiday, jalan menuju ke sini akan sedikit sesak dan parking mungkin agak sukar nak dapat. Jadi elok gerak awal.


                    Tempat Menarik Cameron Highland
                    Kea Farm

                    Tempat Menarik Cameron Highland  kea farm
                    Strawberry memang fresh kat sini.
                    Kena survey sikit beberapa gerai untuk cari
                    yang murah dan bersaiz besar.
                      Tempat Menarik Cameron Highland  KEA Farm
                      Beli jangan tak beli. Dah turun 'bawah' nanti, susah dah nak jumpa strawberry segar.

                      Tempat Menarik Cameron Highland  KEA Farm
                      Jagung. Mat Drat lebih suka membeli di Kea Fram dari di pasar malam. 

                      Tempat Menarik Cameron Highland  KEA Farm
                      Buah markisa. Susah nak jumpa ni, beli la kat sini selain sayur-sayuran lain.

                      Tempat Menarik Cameron Highland  KEA Farm
                      Jagung mutiara madu. Nasib baik boleh jumpa harga murah macam ni. Kena rajin berjalan sikit.

                      Tempat Menarik Cameron Highland  KEA Farm
                      Dan Kepada En Suami... ..
                      jangan la lupa, beli la bunga untuk cik Isteri.
                      Kepada Cik Isteri pula, kalau en suami tak belikan, minta je.
                      Dah beli, sure kereta harummm je bau bunga 





                      6. Kea Garden

                      Mat Drat baru tahu wujud Kea Garden ni. Menarik juga tempat ni, sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak membesar, ceria je suasana kat sini.

                      Untuk dewasa pun sesuai, boleh bergambar di sini dan penuhkan instagram masing-masing. Memang colourful, gambar mesti berwarna warni.

                      Lokasi : 
                      Kea Garden (Kea Garden Guest House) 👉👉Google Map : 


                      Kea Garden Cameron Highland Tempat Menarik Cameron
                      Kea Garden

                      Kea Garden Cameron Highland Tempat Menarik Cameron
                      Berwarna-warni

                      Kea Garden Cameron Highland Tempat Menarik Cameron
                      Sangat sesuai untuk budak-budak. Kasi minda mereka  aktif sikit

                      Kea Garden Cameron Highland Tempat Menarik Cameron
                      Mak Bapak budak pun sesuai

                      Kea Garden Cameron Highland Tempat Menarik Cameron
                      Ada juga lah aktiviti mengisi masa lapang

                      7. Lavender Garden
                      Ramai juga yang suka ke Lavender Garden ni. Cantik pemandangan dan masuk ke sini, boleh bau lavenderrrrr.... Biasa bau pewangi kereta je.

                      Terletak di antara Brinchang dan Tringkap.


                      Nak merasa bergambar dengan dikelilingi bunga-bunga lavender, boleh la datang ke sini, lepas tu berangan ala ala di ladang lavender di France atau Holland. 

                      Jangan lupa makan aiskrim perisa lavender dan beli souvenior dari lavender.

                      Lokasi : 
                      Brinchang (Tepi Jalan Utama)  
                      👉Google Map 

                      Laman web / FB Rujukan
                      👉 https://www.facebook.com/cameronlavendergarden/

                      Waktu Dibuka
                      Isnin- Khamis : 9:00 am - 6:00 pm
                      Jumaat - Ahad : 9:00 am - 7:00 pm

                      Tiket : -
                        Antara bunga-bunga yang mewarnai lavender garden





                        8. Taman Agro Tech Mardi


                        Taman Agrotechnolgy Mardi ni terletak di Tanah Rata. Taman ni dibahagikan kepada 4 taman iaitu iaitu English Garden, Herb Garden, Orchid Garden dan Rose Garden. 

                        Pelbagai spesis bunga ros, strawberry,  sayuran dan buahan ada di sini dan boleh juga dibeli di sini. Sesetengah hasil tanaman disini akan di jual pada harga cukup murah.

                        Di sini juga ada disediakan beberapa unit cottage untuk di sewa. Mat Drat  pernah bermalam di sini untuk 2 malam, cukup berbaloi rasanya.  Cukup menarik menginap di sini kerana bangun-bangun pagi kita sudah berada di taman!!  Bangun-bangun pagi, terus bersiar di taman depan cottage. Nyaman je

                        Laman web rasmi 
                        👉Taman Agro Technology MARDI 


                        Lokasi : 
                        Tanah Rata, CH 👉 Google Map  

                        Waktu Lawatan : 
                        Rabu - Isnin : 8:00 am - 5:00 pm
                        Selasa : TUTUP 

                        Tiket : RM 5 (Adult) / RM 2 (Student)


                        Waktu menginap di sini, bangun pagi
                        terus mengadap taman didepan cottage.
                        Memang nyaman


                        Subur sungguh sayuran di sini
                        Perhati betul-betul kat buah tu,
                        ada je tangan-tangan yang gatal tulis nama kat kulit 

                        9. Ee Feng Gu Bee Farm 

                        Jika ada banyak masa, boleh la ke Ee Feng Gu Bea Farm. Kalau ada banyak masa yang nak buang boleh juga ke sini. 

                        Kali pertama Mat Drat ke sini dulu, anak-anak rasa seronok. Kali ke dua dah tak rasa apa-apa, cuma datang sekadar nak beli madu asli sahaja di sini.


                        Juga terletak di tepi jalan utama. Selain produk berasaskan madu, ada juga produlk-produk lain.

                        Laman web rasmi 
                        👉 https://cameronbeefarm.com/

                        Lokasi : 
                        Ee Feng Gu Bee Farm 👉Google Map : 


                        Waktu Dibuka
                        Setiap Hari : 8:00 am - 7:00 pm

                        Tiket : -


                        Bee Farm Cameron Highland Tempat Menarik Cameron
                        Bee Farm. Dah agak kerap naik, jadi singgah beli madu sahaja.
                        Madu ni kita bawa balik rumah, isteri tak marah.

                        10. Time Tunnel Gallery

                        Sebenarnya Mat Drat tak pernah ke sini tapi pernah baca dan jumpa Time Tunnel Gallery ni antara tempat menarik di Cameron Highland. Belum berkesemptan untuk singgah. 


                        Di sini adapelbagai barangan-barangan antik yang boleh membawa kita mengimbau kenangan lama... Barangan yang dipamerkan bermula dari era Perang Dunia hingga ke era kemerdekaan.



                        Lokasi : 

                        Time Tunnel Brinchang  👉Google Map


                        Waktu Dibuka
                        Setiap Hari : 8:00 am - 7:00 pm

                        Tiket : RM 8 (Adult)



                        ~Mat-Drat ~

                        Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

                        Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!