Malaysia Airlines menawarkan promosi tiket All-in Return Kuala Lumpur - Surabaya serendah RM 369 sahaja.
Promosi ini terhad di mana ;
- Tempahan tiket hendaklah dibuat sehingga 1 Oktober 2017,
- Penerbangan di antara 29 Oktober - 12 November 2017
Jadi yang hendak bercuti dalam masa terdekat, tapi tiada perancangan lagi boleh la rebut peluang promosi Malaysia Airlines ni.
Apa yang ada di Surabaya????
Surabaya ni ada beberapa tempat menarik untuk dilawati tetapi satu tarikan utama pengunjung dan pelancong datang ke Surabaya adalah Gunung Bromo. Gunung Bromo ni sebuah gunung berapi yang masih aktif dan agak jauh dari bandar Surabaya tetapi menjadi satu tempat tarikan pelancong apabila ke Surabaya.
Aktiviti utama di sini adalah menjejaki menikmati keindahan matahari terbit (Bromo Sunrise) dari puncak tertinggi atau Gunung Pananjakan 2,770 (atas paras laut), melawat Kawah Gunung Bromo, ke Bukit Savana yang seakan padang pasir dan juga ke Pasir Berbisik.
Package yang ditawarkan oleh ejen di sana biasanya adalah menaiki jeep dari hotel di lewat malam sekiyar jam 10-11 malam bertolak dan menuju ke Gunung Bromo. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4-5 jam untuk memberi peluang kepada pengunjung menikmati keindahan matahari terbit dari puncak Gunung Pananjakan.
Selesai menikmati keindahan suasana matahari terbit, pengunjung boleh berjalan kaki atau menunggang kuda untuk ke kawah Gunung Bromo, ke Bukit Savana dan ke Pasir Berbisik.
Ops.... Pasir Berbisik... macam filem P. Ramlee pulak. Dalam Filem Laksamana Do Re Me tu nama tempat yang disebut adalah Pasir Berdengung.... Lebih kurang la kot.
Okey, kalau rasa teringin bercuti yang lain dari yang lain dan pergi dekat-dekat sahaja, bolehlah pertimbangkan untuk ke Surabaya. Tambang pun tak mahal, All-In Return serendah RM 369 sahaja.
Hotel Murah di Surabaya????
Jika dah rasa tertarik, bolehlah intai-intai pula hotel di sana. Di Surabaya, rate hotel agak murah. Di dalam lingkungan RM 100- RM 150 sudah boleh dapat bilik yang selesa.
Antara pilihan hotel di Surabaya untuk harga RM100-150 satu malam;
- Midtown Hotel Surabaya
- MaxOneHotel.com at Tidar
- Verwood Hotel and Serviced Residence
Antara pilihan hotel di Surabaya untuk harga RM100-150 satu malam;
- Midtown Hotel Surabaya
- MaxOneHotel.com at Tidar
- Verwood Hotel and Serviced Residence
Atau klik di link Agoda ini untuk senarai hotel Recommendation by Agoda
Dan di antara gambar yang Mat Drat sempat intai-intai di Instagram.
Kredit : IG Tour Bromo |
Sunrise di Gunung Bromo Kredit : IG Bromo72adventure |
Menuju ke Kawah Gunung Bromo Kredit : IG Bromo72adventure |
Berkuda di Gunung Bromo Kredit : Dwiarifmancahyono |
Jeep Bromo.... Kuda... dan berjalan kaki. Ohsem Kredit : IG Kakigatel |
- Mat Drat -
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇
Assalamualaikum.. dgn sapa kita boleh contact di sana nanti.. mcm pegi bandung dulu.. sy mmg cari blog matdrat..alhamdulillah
ReplyDeleteAssalamualaikum.. dgn sapa kita boleh contact di sana nanti.. mcm pegi bandung dulu.. sy mmg cari blog matdrat..alhamdulillah
ReplyDeletewaalikumussalam... anak saudara saya gunakan Cheepy Car last year (boleh google di FB).
DeletePlan saya ke Surabaya awal Dec baru ni, tapi tukar ke Jakarta-Bandung (Bandung lagi sekali)