Tempat Makan Best di Lahad Datu
Tempat Makan Best di Lahad Datu Sabah |
Kali ini Mat Drat kongsikan beberapa tempat makan sedap di Lahad Datu. Nak cari tempat makan best di Lahad Datu ni pun boleh dikira satu masalah kalau datang kesini untuk beberapa hari. Kalau sehari dua mungkin tiada masalah, kalau beberapa hari tu .... nak tak nak kena makan tempat sama juga la. Pilihan kedai makan di sini agak terhad.
Untuk pengalaman Mat Drat di Lahad Datu ini, boleh baca di perkongsian sebelum ini iaitu di
Mat Drat senaraikan beberapa tempat makan yang menjadi pilihan Mat Drat dan kawan-kawan semasa berada di sini.
1. Restoran Khadijah Ikan Bakar Lahad Datu
Dua kali kami makan malam di Restoran Khadijah Ikan Bakar. Google punya google, naik nama restoran ni sahaja. Jadi kiranya ini adalah antara pilihan utama yang sedap untuk makan-makan kalau ke sini.Tempat Makan Best di Lahad Datu Sabah |
Dan nasib kami agak baik, lokasi Restoran Khadijah Ikan Bakar ni tak jauh dari hotel kami. Tak sampai 5 minit pun dari Hotel My Inn yang kami menginap.
Lokasi : Lokasi tepat agak susah nak dinyatakan tetapi Restoran ini boleh kelihatan dari tepi jalan utama Lahad Datu - Kunak. Jika dari Lahad Datu, ia terletak disebelah kiri, dalam 700 meter sebelum simpang ke Bandar Sri Perdana. Hotel My Inn terletak di Bandar Sri Perdana. Guna waze boleh sampai ke restoran ini.
Okey, makan kat restoran ni jangan risau rasa dia... memang sedap dan memenuhi selera kita orang Semenanjung yang dah biasa makan restoran ala Thai ( Tomyam).
Kami ni ramah-ramah, sambil makan sempat berbual dengan tokey restoran ni. Abang restoran ni dulunya pernah bekerja di sebuah restoran di Semenanjung... Bila dia ke sini, dia buka restoran dan restoran dia diminati ramai kerana masakan dia memang umphhh. Boleh kata masakan dia memenuhi citarasa orang Semenanjung.
Kebetulan pula selepas peristiwa Tentera Sulu ceroboh Lahad Datu dulu, bandar Lahad Datu ni sentiasa didatangi pengunjung dari Semenanjung terutama polis dan askar. Jadi memang menjadi pilihan utama la restoran dia ni kalau orang-orang semenanjung ke sini.
Dan sewaktu kami ke sini tempoh hari... abang ni baru membuka cawangan ke dua Restoran Khadijah Ikan Bakar, ia terletak di Bandar Sri Pedana - satu kawasan Hotel My Inn.
Dinner Malam pertama
Malam pertama makan di sini, kami order al-carte sahaja di sini, tak order ikan bakar dan sebagainya. Hanya tengok je ikan-ikan segar yang 'dipamerkan'.
Harga makanan okey, tak mahal dan sedang-sedang sahaja.
Kami sampai di Lahad Datu ni pun dah petang, jadi terasa sedikit keletihan semasa makan malam tu. Bila selera makan dah tak berapa nak ada, jadi makan simple-simple je.
Cepat order, cepat makanan sampai, cepat makan dan cepat balik bilik untuk tidur.
Masa makan tu juga saya ternampak satu banner kat restoran ni "Ikan Bakar Baulu Tanpa Tulang".
Puas lah kami yang sedang makan ni meneka apa sebenarnya Ikan Bakar Bahulu Tanpa Tulang ni ....
Ikan Bakar kah? Bahulu Ikan kah yang dibakar? Kalau bahulu, bahulu memang tanpa tulang.... dan bila pulak orang buat bahulu ikan ada tulang kan... 😁.
Last-last untuk mendapatkan jawapan, saya ke gerai yang jual tu.... dan ini lah jawapan dia....
Nama ikan ni 'ikan bahulu'. Tulangnye telah dibuang sebelum dibakar untuk disajikan. Nampak menarik jadi Mat Drat order dua ekor dan memang sedap ikan ni... Kat Semenanjung tak jumpa ikan..... Kalau datang sini, boleh la try....
Ikan Bakar Bahulu |
Ikan Bahulu yang belum di bakar...harga ikut saiz |
Dinner Malam ke dua
Malam ke dua, kami makan di sini lagi.Tapi kali ni baru la kami order special sikit. Harga jangan risau, ada dipamerkan dan pilih ikut budget masing-masing. Ikan dan seafood memang fresh.
Cuma kalau nak makan di sini, kalau boleh lepas sahaja solat maghrib, kena terus ke sini. Jika lambat sedikit...memang susah nak dapat meja kosong. Kalau datang 2-3 orang mungkin tak ada masalah, tapi kalau bilangan agak ramai... mungkin kena menunggu sekejap.
Kami sempat juga bertanyakan tokey restoran ni di mana untuk kami mebeli ikan fresh dan segar di Lahad Datu ni untuk di bawa balik ke Semenanjung. Katanya ikan fresh di pasar Lahad Datu ni diambil dari Kunak dan ikan yang dijual di pasar pun tak banyak. Jadi kalau ke Lahad Datu tu, nak beli ikan segar memang tak banyak pilihan seperti di Tawau atau Kota Kinabalu... atau kata ringkasnya di sini bukan tempatnya, kena beli di Kunak.
Tapi abang tokey tu siap offer kami kalau nak order ikan fresh. Dia ambil ikan fresh setiap hari dari Kunak. Jadi boleh la selit order dengan dia. Bila selit-selit order dengan orang ni, jadi susah pula.... nak packing lagi dan sebagainya, jadi kami tak order la ikan segar dengan dia. Kira balik semenanjung tak ada ikan segar la dari Lahad Datu ni.
2. Restoran sebelah Khadijah Ikan Bakar
Jika tak ingin makan di Restoran Khadijah ini atau pun restoran ni penuh, boleh sahaja ke 2-3 restoran yang terdapat di sebelahnya.
Cuma sewaktu kami makan di sini, dua-dua malam juga hujan. Jadi restoran-restoran lain disebelahnya tidak ramai pengunjung. Kebetulan restoran-restoran tersebut berkonsepkan 'open space'... jadi kalau hujan memang tak boleh makan la.... kecuali di bahagian dalam (agak kecil).
Di sebelah restoran ni juga ada satu gerai menjual ikan bakar dan seumpamanya. Apa yang saya perhatikan, banyak stok yang dia bakar setiap malam dan boleh kata ada ketikanya pelanggan terpaksa beratur untuk menunggu ikan yang di order masak. Cuma kami tak sempat nak order dan rasa apa yang dijual di gerai ni. Jadi Mat Drat kongsikan gambar sahaja....
3. Restoran di Bandar Sri Perdana
Di kawasan Bandar Sri Perdana ni terletaknya hotel penginapan kami....Hotel My Inn. Di sini juga terdapat beberapa restoran yang agak menarik.
Selain tu ada beberapa restoran yang baru di buka di sekitar blok baru, di blok yang terdapat Affin Bank dan Perodua Service.
Selain tu ada beberapa restoran yang baru di buka di sekitar blok baru, di blok yang terdapat Affin Bank dan Perodua Service.
Semasa di Lahad Datu ini, kami sempat makan tengah hari di 2 restoran yang terletak di BandarSri Perdana ini, iaitu :
👉 Restoran Khadijah Ikan Bakar (Cawangan Bandar Sri Perdana).
👉 Restoran Kak Tini
Mat Drat juga perasan ada Restoran Dapur Ibu. Nampak macam menarik tetapi kami tak singgah makan, sebab kawan Mat Drat nak makan lagi sekali di Khadijah Ikan Bakar. Patutnya malam ke dua kami makan di Restoran Dapur Ibu ni.
Di blok-blok kedai sekitar MyInn Hotel ini juga terdapat beberapa restoran juga. Kalau yang nak 'ngeteh' malam-malam dengan kawan... di sini juga ada restoran mamak. Boleh la melepak sampai malam.
Khadijah Katering ( Khadijah Ikan Bakar ) di Bandar Sri Perdana |
Khadijah Katering ( Khadijah Ikan Bakar ) di Bandar Sri Perdana |
Restoran Kak Tini ( Sory, gambar lupa nak rotate) |
4. Restoran di Bandar Lahad Datu
Di bandar Lahad Datu ini terdapat beberapa restoran dan mungkin ada restoran atau tempat makan tersebut agak sedap, cuma saya google tak jumpa mana-mana yang direkemenkan. Mungkin kena tanya orang-orang tempatan untuk maklumat lanjut....
Bersambung di entry berikutnya..... 👉👉Tempat Menarik di Lahad Datu
Atau jika ingin membaca entry 👉👉 Trip Lahad Datu terlebih dahulu...
Bersambung di entry berikutnya..... 👉👉Tempat Menarik di Lahad Datu
Atau jika ingin membaca entry 👉👉 Trip Lahad Datu terlebih dahulu...
Mat Drat
Salam tuan.. sy org Lahad Datu.. mmg restoran khadijah tu menjadi tumpuan penduduk sekitar dan org luar yg berkunjung ke Lahad Datu.. sy sendiri pernah bawa bos saya dr kl utk mencuba makan di restoran ni dan ternyata restoran ni jd pilihan utama dia setiap kali datang Lahad Datu..
ReplyDelete