UTC Sentul |
Sebenarnya hujung minggu lepas saya ke UTC Sentul untuk membuat Kad Pengenalan anak yang berumur 12 tahun.
Apabila selesai urusan sekitar jam 11 pagi dan dalam perjalanan menuju ke lif, ternampak Pejabat Imigresen yang masih ramai orang. Teringat pengalaman saya buat dan renew passport di UTC Sentul ni.....
1 kali ke Pejabat Imigresen pada hujung minggu dan 2 kali ke sini pada hari bekerja. Masa menunggu dan bilangan orang yang berurusan di sini sangat berbeza di kedua-dua hari.
Saya kongsikan......
Buat Passport di UTC Sentul pada hari Sabtu dan Ahad
Saya ke sini untuk renew passport saya dan isteri. Kononnya nak datang awal dan sampai sebelum jam 7 pagi, tapi tersampai di sini sekitar jam 7.30 pagi. Asalnya kami sangka kira 7.30 ni masih awal memandangkan pejabat Imigresen UTC Sentul ni hanya akan di buka pada jam 8.30 pagi.
Sangkaan kami meleset sama sekali, 7.30 pagi tu bukan awal rupanya, dah ramai yang beratur di luar pejabat. Terpaksa la mengikut aliran barisan yang dah berlingkar tu untuk jumpa penghujung barisan dan join barisan. Dan terpaksa la kami beratur dalam keadaan berdiri statik tanpa bergerak sementara menunggu pintu pejabat di buka. Orang ramai yang datang semakin ramai dan barisan semakin panjang dan barisan mula menyelinap di ruang gerai di medan selera berhampiran.
Dah ramai yang beratur ... |
Ingatkan pendek - panjang rupanya Q ... hu hu hu |
Terpaksa beratur d celah-celah meja makan |
Apabila pintu pejabat mula di buka, mula la yang beratur masuk seorang demi seorang untuk dapatkan nombor giliran. Masa ni ada la pulak yang tak faham bahasa dan tak ada sivik, main potong barisan menyelinap masuk tanpa rasa bersalah kepada yang dah beratur berjam-jam di luar.
Dalam 15 minit , sampai turn kami dan dapatlah kami nombor giliran. Baru nombor giliran !!!
Dan kami menunggu hampir 2 1/2 jam untuk nombor kami di panggil. Dipanggil untuk proses mengambil gambar dan serahan borang. Bab ni sekejap je, tak sampai 5 minit selesai ambil gambar. Kemudian menunggu dalam 10 minit untuk nombor di panggil bagi membuat bayaran.
Selesai bayaran dibuat, kami diberi masa untuk mengambil passport yang siap iaitu pada jam 2.30 petang. Makk aiiiii.... lama lagi. Masak nak menunggu kat sini.
Jadi sementara nak menunggu siap pada petang tu, kami menapak ke stesyen lrt sentul dan naik tren ke Sogo KL. Dalam jam 4 petang kami balik dan ambil passport. Passport lama kami serahkan, di gunting sedikit oleh pegawai dan dipulangkan semula kepada kami.
Untuk makluman, passport hendaklah diambil dalam masa 30 hari dari tarikh siap dan waktu Pejabat Imigresen di buka sehingga 9:30 malam.
Rumusan nya untuk urusan kami pada hari Sabtu tu....
7:30 - Sampai UTC Sentul
7:30 - 8:30 ; Fasa beratur menunggu pintu pejabat di buka.
8:30 - 8:45 ; Fasa menunggu dapat nombor giliran.
8:45 - Dapat Nombor Giliran
8:45 - 11.15 ; Fasa menunggu dipanggil untuk mengambil gambar dan serah dokumen
11:30 Serah Dokumen., ambil gambar dan buat bayaran
11:45 - 2:30 ; Fasa menunggu passport siap
2:30 - Passport Siap
Satu masalah di UTC Sentul ni adalah mencari lot parking kosong. Jadi elok datang awal atau pun menggunakan lrt dan turun di Stesyen Sentul. Di tingkat bawah UTC Sentul ni merupakan pasar, jadi pada hari Sabtu dan Ahad memang ramai orang.
Kalau datang pada hari Sabtu atau Ahad, elakkan datang lewat kerana kemungkinan nombor giliran untuk hari itu telah habis. Maknanya kena datang di hari lain la....
Kalau sampai sini jam 11 pagi dan kebetulan orang ramai pagi tadi, jangan terkejut la bila nombor giliran habis.
Satu alternatif, sekarang boleh renew passport secara online mulai 1 September 2016 tempoh hari.
Baca entry saya >>> Renew Passport Online - MyONLINE PASPORT<<<
Buat Passport di UTC Sentul pada hari bekerja
Saya ke sini nak buat passport untuk dua orang anak saya, kononnya nak bawa mereka berdua yag paling kecil sahaja ke Singapore. Tapi datang ke sini dengan 3 orang anak!!
Ini last year punya cerita sebenarnya. Buat passport anak untuk trip ke Singapore atas tajaan Marina Bay Sands.
Kebetulan hari tu ada program sign report card di sekolah, jadi dapat la bawa anak-anak untuk urusan buat passport di UTC Sentul.
Pada asalnya, pagi itu masih berbelah bahagi sama ada hendak ke UTC Sentul atau Pejabat Imigresen Kuala Kubu Bharu. Saya memang tahu di Pejabat Imigresen Kuala Kubu memang tak ramai orang yang berurusan, jadi passport boleh siap cepat. Tapi memikir jarak perjalanan yang agak jauh, jadi decided ke UTC Sentul sahaja. Ada juga terlintas hendak ke Pejabat Imigresenn di Kompleks Kementerian Dalam Negeri yang terletak berhampiran Jalan Duta / Dutamas. Tetapi pengalaman kali pertama ke sana beberapa tahun dahulu, membuatkan saya kata pada diri sendiri "baik pergi UTC Sentul"
Kami sampai sekitar jam 10 pagi dan mencari ryang parking kosong tidak terlalu sukar seperti datang pada hari Sabtu/Ahad. Proses membuat passport cukup lancar pada hari ini kerana memang tak ramai orang.
Dalam menunggu nombor giliran di panggil untuk serahan dokumen dan mengambil gambar, kasihan pula saya lihat si abang. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dia tak di bawa sekali ke Singapura....
Nak buatkan passport dia masa tu, sijil kelahiran dia saya tak bawa bersama pula, yang bawa hanyalah MyKid dia sahaja. Apabila ditanya kepada pegawai bertugas sama ada saya boleh buatkan passport dia tanpa Sijil Kelahiran ( dengan MyKid sahaja), pegawai kata memang tak boleh. Tapi dia menyuruh saya ke Pejabat Pendaftaran Negara yang terletak di tingkat atas untuk buat Salinan Sijil Kelahiran. Dengan Salinan Sijil Kelahiran itu nanti permohonan passport anak boleh di buat.
Salinan Sijil Kelahiran ini sebenarnya nama sahaja 'salinan' tetapi sama macam Sijil Kelahiran Asal, seperti salianan baru. Bukan salinan macam di kedai photocopy yang 20 sen tu. Bayaran untuk
Salinan Sijil Kelahira ni tak silap saya adalah RM 5 .
Buat Salinan Sijil Kelahiran ni tak lama sebab kebetulan hari bekerja, jadi dalam masa 20 minit selesai urusan di Pejabat Pendafatarn Negara.
Proses buat passport cukup cepat, kami sampai sahaja terus dapat nombor giliran. Pelanggan di dalam pejabat pun saya lihat tak sampai 10 orang. Tak sampai 15 minit, nombor giliran saya di panggil. Selesai serah dokumen, ambil gambar dan terus saya buat bayaran, semuanya dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja.
Saya di beri masa untuk mengambil passport anak 1 jam dari sekarang iaitu sekitar jam 11:30 pagi dijangka siap.
Urusan passport si abang yang sedikit lambat di proses (lewat 30 minit) kerana urusan dapatkan Salinan Sijil Kelahiran di Pejabat Pendaftaran Negara. Jadi untuk si abang di jangka siap sekitar jam 12 tenagh hari.
Sementara menunggu passport siap tu, boleh la makan nasi lemak yang sedap di sini. Gerai akak nasi lemak tu terletak di hujung sekali berhampiran tangga berhampiran BSN. Perhatikan kaunter/barisan untuk BUNGKUS dan MAKAN DI SINI. Saya tak tahu ada kaunter ekspress untuk yang makan di situ, terberatur panjang di barisan yang nak bungkus.
11:30 pagi saya mengambil passport anak saya (2 orang ) dan bertanya status passport abangnya. Alhamdulillah, passport abangnya juga telah siap.... mngkin kerana pada hari itu memang tak ramai orang.
Selesai urusan passport anak-anak saya....
Selain ke UTC Sentul, boleh juga ke UTC Pudu, UTC Keramat .
panduan (panduan sahaja), apa -apa pun kena semak selalu di laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.
Waktu Operasi UTC Sentul :
Isnin - Khamis, Sabtu dan Ahad : 8:30AM–7PM, 8–9:30PM
Jumaat : 8:30AM–12:15PM, 2:45–7.00PM, 8.00–9:30PM
- Waktu mungkin berubah, jadi kena semak selalu. Hari Cuti Umum juga di tutup ye.
Bayaran Passport :
RM 200 : Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)
RM 100 : Warga emas (60 thn ke atas), Kanak-kanak (12 thn dan ke bawah)
RM 100 : Warga emas (60 thn ke atas), Kanak-kanak (12 thn dan ke bawah)
RM 100 : Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)
RM 100 : Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)
Percuma : Orang Kelainan Upaya ( OKU )
Dokumen Passport :
i.MyKad pemohon
ii.Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara
B) Pemohon bawah 18 tahun
MyKad / MyKid pemohon
Sijil lahir pemohon
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
~mat-drat~
Kalau nak renew passport pemohon kene dtg sendiri or boleh wakilkan?
ReplyDeletekena datang sebab passport lama akan dibatalkan, passport baru perlu gambar terkini dan juga cap jari.
DeleteKalau blacklist boleh ambil group passporg ke
ReplyDeleteNi maksudnya 'BLACKLIST' by imigresen kan, bukan blacklist CCRIS/CTOS kan?
DeleteSaya tak pasti pulak sebab yang kena 'blacklist' dengan imigresen sebab PTPTN dan LHDN, rasanya dah di'releasekan' selepas PRU hari tu.