Pages

Thursday, 1 September 2016

Cuti Cuti Malaysia ke Legoland Malaysia - Tips ke Legoland

bersambung dari entry sebelum ini....




Tips yang mungkin boleh dipertimbangkan jika ingin ke Legoland .


1. Datang awal 


Cuba lah datang se awal yang boleh, kalau boleh 10-15 minit sebelum dibuka. Jangan membuang masa beratur membeli tiket, dan juga dapat elak beratur lama untuk menaiki 'ride' / bermain permainan yang disediakan di sini.

2. Berpecah kepada 2 kumpulan. 

Jika pergi dengan kumpulan yang agak besar boleh pecahkan kepada 2 - 3 kumpulan. Pastikan setiap kumpulan ada seorang dewasa untuk mengawasi kumpulan tersebut.

Saya dan isteri menjaga anak-anak yang perlu perhatian lebih dan perlukan orang dewasa untuk bermain permainan/ride yang disediakan. Manakala anak-anak yang remaja / hampir remaja saya biarkan mereka pilih permainan sendiri dengan anak yang sulong menjadi ketua.

Bekalkan juga handphone dengan bateri secukupnya (power bank sekali).Saya juga telah tetapkan check point tertentu pada waktu ditetapkan. Lebih kurang 2.30-3 jam time frame saya tetapkan sebelum berjumpa semula sebelum berpecah kembali.




3. Bawa bekalan minuman 

Di sini memang agak panas dan anak-anak akan cepat keletihan serta akan cepat dahaga. Jadi kalau boleh, bawa la air untuk bekalan. (Pandai-pandaila bawa masuk kerana pengunjung tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar). Makanan banyak di jual di dalam sini cuma harganya sedikit mahal.....

4. Bawa beg sesuai

Kalau yang ambil tiket kombo sekali dengan tiket water theme park, pakai la beg galas belakang (backpack) yang sesuai. Beg yang senang di bawa kesana sini dan tak mengganggu pergerakan kita. Atau boleh juga tinggalkan di locker yang disedikan dan ambil sebelum masuk ke water theme park.


5. Bahagi masa di antara ke Legoland Theme Park dan Water Theme Park

Jika ambil tiket kombo sehari sahaja ke Legoland Theme Park dan Water Theme Park, rancang masa elok-elok. 

Legoland Theme Park mempunya banyak tarikan dan ride, jadi akan mengambil masa yang lama di situ. Rasanya 3 jam maksima di Water Theme Park sudah memadai.

Kami berada di Legoland sehingga jam 4 petang sebelum masuk ke Water Theme Park selepasnya. Oleh kerana masa agak terhad, jadi 3 jam di Water Theme Park sudah mencukupi. Anak-anak ni kalau bagi sepanjang hari bermain dengan air pun mereka sanggup.





6. Makan Kenyang-Kenyang sebelum masuk ke Legoland

Jangan lupa bersarapan yang 'berat-berat' sebelum masuk ke Legoland. Di kawasan kedai-kedai sebelum pintu masuk Legoland ada beberapa kedai makan dan restoran, boleh makan di sini.  Harga makanan di dalam Legoland agak mahal sedikit.

Satu alternatif lagi, jika melalui Lebuhraya Link Ke 2, boleh singgah makan di Medini Mall Nusajaya. Jarak ke Legoland hanya 4 km sahaja. Di sini lebih banyak pilihan untuk makan dengan harga yang lebih murah. Ada medan selera bersebelahan Mydin yang menawarkan harga agak berpatutan.

7. Bawa Payung atau Baju Hujan

Legoland agak luas dan agak panas apabila menjelang tengah hari. Jika bawa anak-anak kecil, elok bawa sekali payung, tak ada la anak berpanas di situ. 

Jika risaukan hari hujan, boleh juga bawa baju hujan yang nipis yang biasa ada di jual di station minyak. Baju hujan ni dalam RM 5 sahaja sehelai, cukup la untuk digunakan kalau tiba-tiba hujan.





Baca juga entry saya

Tiket Legoland Murah



No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.