Pages

Tuesday, 6 September 2016

Bas KLIA ke KL Sentral / Bas KL Sentral ke KLIA

Baru-baru ni saya ke Kuala Terenggan atas urusan kerja. Saya pergi dengan penerbangan MALINDO dari Subang Airport dan balik dari Kuala Terengganu dengan penerbangan MAS  (turun di KLIA).

Saya pilih Malindo untuk ke Kuala Terengganu kerana jarak Subang Airport yang dekat dengan rumah untuk memudahkan isteri menghantar saya ke airport. Manakala saya pilih MAS untuk balik dari Kuala Terengganu kerana MAS menawarkan luggage allowance yang lebih iaitu 30 kg berbanding Malindo hanya 15 kg.

Kedua-dua penerbangan saya dapat pada harga kurang RM 70 sehala,

Sampai di KLIA, kononnya saya akan mengambil bas dari KLIA terus ke Subang Airport kerana isteri saya menunggu di sana. Tetapi memandangkan bas ke Subang Airport bergerak agak lewat (saya perlu menunggu hampir 1 jam), dan ada urusan keluarga yang perlu disegerakan, jadi saya mengambil bas dari KLIA ke KL Sentral.

Sebenarnya dalam 5 tahun ini, sudah beberapa kali juga saya menaiki bas KLIA - KL Sentral. Untuk tahun ini, ini adalah kali pertama. 

Untuk mereka yang ingin menaiki bas dari KLIA, terminal bas terletak di Ground Floor bangunan parking kereta Blok C. Jadi perlu menggunakan lif di bangunan utama terminal dan ke bangunan parking kereta BLOK C menggunakan laluan yamg tersedia.

Jika mengambil bas dari KL Sentral pula, ikut sahaja papan tanda menuju terminal bas. Papan tanda di KL Sentral juga cukup jelas menunjukkan arah ke terminal bas. Platform.bas ke KLIA terletak di tingkat bawah.


Boleh klik >> DI SINI : CATCH A BUS ONLINE << jika ingin membeli tiket secara online. 


BAS KLIA ke KL Sentral / Bas KL Sentral ke KLIA


Apa yang saya perasan, di KLIA ini hanya ada 1 syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan bas KLIA - KL Sentral - KLIA iaitu  Airport Coach.

Harga tiket sehala adalah RM 10 dan RM 6 untuk kanak-kanak dan boleh dibeli terus di kaunter tiket. Setiap kali saya naik bas sama ada dari KLIA atau dari KL Sentral, sentiasa ada tempat duduk walau pun bas biasanya hampir penuh. Jika penuh, jangan bimbang kerana bas bergerak setiap 30 minit.



Perjalanan KLIA - KL Sentral biasanya mengambil masa 50 minit ke 1 jam, bergantung kepada kelancaran traffic terutamanya ketika waktu puncak.

Perlu di beri perhatian waktu berlepas bagi bas pertama dan bas terakhir sama ada dari KLIA atau pun dari KL Sentral. Rancang perjalanan dengan memberikan sedikit masa tambahan lebih-lebih lagi menggunakan perkhidmatan bas.







Bas KLIA ke Subang Airport


Bas dari KLIA ke Subang Airport juga boleh di dapati di KLIA. Kekerapan bas tidak sekerap ke KL Sentral di mana bas hajya bergerak setiap 1 1/2 jam.  

Gambar papan tanda syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas KLIA ke Subang Airport tidak berapa jelas pula.... Adoi... Patut saya kena ambil secara landskap, tetapi terambil potrait pula!!




Bas KLIA ke Genting / Shah Alam / Petaling Jaya / Klang


Aerobus menawarkan perkhidamatan dari KLIA ke Genting Highland, Petaling Jaya (Paradigm Mall) , Klang dan Shah Alam (Primiera Hotel).


Boleh klik >> DI SINI : BUS ONLINE TICKET << jika ingin membeli tiket secara online. 

Boleh layari laman web mereka http://www.aerobus.my/





Bas KLIA ke Ipoh, Johor, Penang, Melaka, Singapore dan destinasi lain.


Beberapa syarikat lain turut menawarkan perkhidmatan ke destinasi lain antaranya ke Ipoh, Taiping, Teluk Intan, Penang, Butterworth, Alor Setar, Johor Baharu, Muar, Batu Pahat, Singapore, Batu Pahat dan lain-lain.

Sebahagian maklumat boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi Malaysia Airport Berhad.

Atau boleh lihat signboard yang terdapat di KLIA yang sempat saya rakam baru-baru ini.

Saya kongsikan beberapa gambar papan tanda perkhidmatan bas ke destnasi lain yang terdapat maklumat jadual perjalanan dan juga harga tambang.  Gambar di ambil pada penghujung bulan Ogos 2016. Harus diingat, maklumat mungkin telah berubah sewaktu tuan puan membaca entry ini.

Gambar saya besarkan untuk memudahkan pembaca semua melihat maklumat yang terpampang dengan jelas.

Boleh klik >> DI SINI : BUS ONLINE TICKET << jika ingin membeli tiket secara online. 














~ mat-drat~


Tiket Bas Online     KLIK DI SINI



 Tiket KTM Train    KLIK DI SINI

Tiket KTM Train


8 comments:

  1. Kalau nak beli tiket dekat kl sentral bahagian mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas ke KLIA, tiket di kaunter di platform... Dekat area bas nak berlepas. Kalau masih diaitud

      Delete
  2. Thanks bro. .Info anda amat membantu sy... Semoga terus maju.

    ReplyDelete
  3. kalau nak beli ticket dari klia ke kl sentral bahagian mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kaunter tiket Dibawah, berhampiran platform bas

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.