Pages

Saturday, 21 May 2016

Jalan Jalan ke USS, Universal Studio Singapore - Trip Singapura




Hari kedua kami seharian di sini.

Dan entry ini saya kongsikan sebahagian gambar kami di sana. Kami tidak membeli sebarang pass ekspress, hanya beratur  bersama orang ramai..... meunggu penuh sabar.

Entrance

Kalau nak bergambar tanpa 'gangguan' kena bergambar masa sampai awal-awal. Kalau sampai lewat sikit, tiap kali bergambar pasti ada orang lain interframe.




Zone Hollywood & Zone New York

Kami jelajahi USS ni dari sebelah kanan iaitu dari Hollywood Zone ke New York. Kemudian di susuli Sci -Fi City dan seterusnya mengikut map yang disediakan.

Di zone ini banyak kedai-kedai souvniour dan merchandise. Jangan lupa bergambar dengan karektor-karektor yanga ada. Ada show Sesame Street disini, jangan lepaskan peluang.... lihat jadual show kalau tak terlepas macam kami. Show pagi terlepas, show petang pun terlepas.

Restoran halal terdapat di sini ( Mel's Dtive-In) - fast food restoran.

Di zone Hollywood
Peminat Fast n Furios


Biasa main game Minion Despicible Me je... ni boleh pelik. seronok sangat la
Seronok anak-anak ada cartoon kegemaran mereka
Kereta-kereta bersebelahan restoran Mel's Drive-In

Zone Sci-Fi City

1. 3D Transformer The Ride - The Ultimate Batle.
Kat zone ni jangan lepaskan peluang menyaksikan dan 3D Transformer The Ride - The Ultimate Batle. Ride ni anak-anak pun boleh joint ride ni. Hampir 20 minit beratur untuk ride ni tapi berbaloi menunggu. 

2. Battlestar Galastica Human vs Cyclone
Selain tu di sini juga ada Roller Coaster untuk mereka yang betul-betul berani. . 2 ride yang berbeza, satu biru dan satu merah. tapi kalau mampu naik yang 'Human' punya pun kira dah hebat dah. Pastikan semua barang di letakkan di locker berbayar yang disediakan atau pass kepada kawan-kawan yang tak naik, boleh tercicir dari poket sebab bukan sahaja laju, tapi ride ni kita terbalik atas ke bawah.

Surau ada di kawasan ni, tapi kecil sahaja. Jangan lupa solat!

Menunggu turn untuk 3D  Transformer Ride - Jangan lepaskan peluang
Peminat cilik BumbleBee
Bumblebee punya peminat
Gaya robot ganazzz


Roller Coaster Human vs Cylone betul-betul untuk mereka yang hati kering sahaja.
Poket kena kosong. Q nak naik hampir sejam

Zone Encient Egypt

1. Revenge of the Mummy 
Ride ni boleh naik kalau nak merasa kengerian level 2.... Kurang la sikit ngeri berbanding naik Battlestar Galastica tadi. Ride ni tak berapa ramai yang nak naik sewaktu kami datang, mungkin sebab ride ni tak nampak dari luar... jadi tak ramai yang masuk ke dalam building tu

2. Treasure Hunter 
Naik jeep Treasure Hunter  ni pula rasanya tak berbaloi, bukan apa... menunggu hampir 30 minit... jeep pulak bergerak perlahan di atas trek yang tersedia... dan pemandangan agak kurang menarik. Sesuai untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

Nak makan makanan halak, singgah di Oasis Spice Cafe Pelbagai hidangan ada termasuk nasi briyani

Selesai dengan ride Revenge of the Mummy
Lepas naik  Coaste Revenge of the Mummy, ada awek ni menunggu

Zone Lost World - Jurasic park

Kami agak lama di sini. 

1. Canopy Fly
Pic : RwSentosa USS

Ride ni kena 'Q' agak lama. Saya lihat waktu menunggu dalam 15 minit. Anak saya naik 2 kali sebab tak terlalu laju ride ni dan waktu mmenunggu pun tidak terlalu lama.

2. Dino-Soarin'
Pic : RwSentosa USS
Ride ni tak ramai orang.... sebab kurang mencabar... atau  mungkin tak mencabar langsung tapi saya rasa ia tetap menarik. Anak kecil saya 2 -3 kali naik sebab tak perlu beratur untuk ride ni.




3. Jurassic Park Rapids Adventure
Pic : RwSentosa USS

Ramai gila 'Q' untuk ride ni. Kami menunggu hampir 25 minit untuk naik bat getah ni. Elok bawa siap-siap baju hujan plastik yang boleh di beli kat station minyak, dari beli di sini dengan harga berkali ganda mahal. Kami tak bawa, jadi yang duduk tepi memang basah la !

4.  Amber Rock Climb
Pic : RwSentosa USS

Nak buat rock climbing, boleh ke sini. Terletak di sebelah Dino Soarin. Sewaktu kami sampai, hanya kami 2 family sahaja yang ingin mencuba.... mencabar juga nak memanjat wall ni.
Ada instructor dan safety gear disediakan, jangan risau. 

5. WaterWorld - Stunt show
Pic : RwSentosa USS

Stunt show ni jangan lepaskan. Sangat menarik dan elak duduk di seat paling bawah atau paling hadapan... confirm basah! 
Patikan tiba AWAL.... tunggu 5 - 10 minit kat kawasan berhampiran, jangan terlepas!


Zone Far-Far Away



Selain ride di bawah, di zone ini juga ada restoran halal ye!


1. Puss In Boots’ Giant Journey
Anak 6 tahun saya pun boleh lepas had ketinggan minimum. Tak la adventure sangat, kita level gayat macam saya lepas la.

2. Shrek 4-D Adventure
Show ni memang menarik... 4-D tu...


Pic : RwSentosa USS

 3. Donkey LIVE
Show yang "ok" la.....

Pic : RwSentosa USS

4. Magic Potion Spin
Untuk kanak-kanak. Cukup tak berbaloi menunggu turn...lambat gila

Pic : RwSentosa USS

The Dance For The Magic Beans
Sementara menunggu turn Waterworld Stunt Show, kami layan ni dulu

Pic : RwSentosa USS



Zone Magascar

Kami tiba di zone di di penghujung waktu USS di buka. Kami ada kuramg satujam untuk menikmati 2 ride ini dan untuk makan-makan serta mencari souveniour.


1. Madagascar: A Crate Adventure
Memandangkan ni zone yang terakhir dan wakttu-waktukecederaan, jadi tidak berapa ramai pengunjung yang tinggal.... tak perlu beratur, kami sampai dan kami terus naik ride yang disediakan.


2. King Julien's Beach Party-Go-Round
Ala-ala merry-go-round.... nak rilekskan diri dihujung waktu ... Kaki pun dah letih sangat, kira sesuai la.






Sebelum kami meninggalkan USS, kami makan dahulu di Mel's Drive In. Sebuah restoran yang menyediakan makanan segera dan mendapat iktiraf Halal Singapore.

Selesai makan kami singgah 2 - 3 kedai souveniour untuk beli apa yang patut.

.... selesai hari 2 di Singapura, dengan habiskan sebhagian besar di USS. Kami terus balik ke hotel untuk seesi malam pula.




Booking.com

9 comments:

  1. Hi. Nice sharing EN MAT. :) Silakan juga melawat page saya, LOVE TRAVEL di https://www.facebook.com/lovetravel86 . Kami ada jual tiket-tiket menarik pada harga PROMOSI seperti USS, SEA AQUARIUM, GARDEN BY THE BAY, NIGHT SAFARI, MADAME TUSSAUDS, SINGAPORE ZOO dan banyak lagi pada harga special.. Contohnya USS pada harga SGD68 atau RM218 sekarang.. Servis lain ada seperti Singapore City Tour, Bus Rental & Private Transportation Service. Berminat boleh lah contact saya. Thanks ! JESSICA, +6012-7760219, jessica.travel8686@gmail.com, LOVE TRAVEL >>> https://www.facebook.com/lovetravel86

    ReplyDelete
  2. Menarik. Tq for info sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis singgah blog saya

      Delete
    2. Boleh saya tahu ada bayaran ke untuk masuk contohnya ke jurasic park? Ke dh termasuk dlm tiket yg kita beli di kaunter masuk

      Delete
    3. Boleh saya tahu ada bayaran ke untuk masuk contohnya ke jurasic park? Ke dh termasuk dlm tiket yg kita beli di kaunter masuk

      Delete
    4. Zafrul, dah termasuk dalam tiket harga semua tu..

      Delete
    5. sorry bro zafrul, terlepas pandang soalan.
      TQ Mr/Ms Anonymos, tolong jawab

      Delete
  3. thank you for sharing. nak tahu mana nak dapatkan jadual show? website dia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try kat website, kalau tak ada di website, masa masuk jgn lupa ambil pamphlet dan lihat kat pamphlet

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.