Pages

Saturday, 12 March 2016

Tiket Percuma Qatar Airways : Terima Kasih

Qatar Airways

Al kisah.... Rezeki Bertuah

Sebagai pengenalan…. entry ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada Qatar Airways kerana memberikan percutian yang cukup istimewa kepada kami iaitu Package percutian ke Barcelona - Paris - Doha. 

Rezeki datang melayang hasil menyertai peraduan "Holiday with FC Barcelona and Qatar Aiways" dan terpilih memenangi hadiah Grand Prize . Contest tu kiranya senang sahaja dan tidak memerlukan modal untuk menyertainya, saya cuma perlu menonton video promosi destinasi pelancongan Qatar Airways yang menapilkan player-player team FC Barcelona. Kemudian saya hanya perlu jawab 3 soalan mudah, jawapan pula objektif……. Dan tunggu keputusan pemenang jika bertuah.

Beberapa minggu kemudian kami terpilih sebagai pemenang...hadiah utama pulak tu!!

Di link peraduan inilah hadiah itu dimenangi FCB Qatar Airways Contest.


Kiranya kemenangan ni boleh lah dianggap bertuah sebabnya contest ini di buka penyertaannya kepada seluruh dunia….. Dan pemenangnya hanya dipilih seorang sahaja.

Dan untuk trip ni, Qatar Airways berikan hadiah berikut kepada kami
  • 2 return tickets KL – Barcelona (business class)
  • Penginapan 3 malam di W Hotel Barcelona
  • VVIP Tiket perlawanan Barcelona  pilihan sendiri di Stadium Camp Nou
  • 1 malam stopover di Doha, Qatar dengan penginapan 1 malam di W Hotel Doha



Pilih Tarikh Ke Barcelona

Sewaktu dapat email makluman sebagai pemenang, Qatar Airways maklumkan hadiah ni valid sehingga 31 Disember dan kami perlu maklumkan tarikh penerbangan beserta perlawanan pilihan yang ingin ditonton 3 minggu sebelum berlepas. 

Waktu dapat email ni pun dlm bulan April, jadi game di Liga Bolasepak Sepanyol La Liga pun tinggal 4 games shj lagi sebelum musim tu berakhir. 3 games tak sempat nak pergi sebab masa dekat sangat. Yang sempat untuk kami pergi hanyalah perlawanan terakhir La Liga iaitu perlawanan diantara Barcelona vs De Portivo La Caruna. Jadi kami pilih game ni….No choice.

Al-Classico

Kawan-kawan ada juga yang bertanya kenapa saya tak pilih Al Clasico game iaitu perlawanan Barcelona vs Real Madrid, rugi la mereka kata ke Barcelona tetapi tak pergi tonton perlawanan Al Clasico…. Game Al Classico ni perlawanan bolasepak antara Barcelona vs Real Madrid yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun di Sepanyol, dan antara yang ditunggu-tunggu juga didunia. Setiap tahun penuh stadium dalam 90,000 orang.... Kalau pergi sekarang ni kira tgk Christian Ronaldo vs Lionel Messi la.


Jika di Malaysia pun peminat Barcelona dan Real Madrid sanggup menunggu perlawanan ni, tapi kami ada sebabnya tak pilih game ini.

Kalau kami nak tunggu game Al Classico, kami kena tunggu season baru yang akan bermula bulan Ogos. Dan katakan bila jadual game keluar dan game Al Clasico tu jatuh pada bulan Ogos atau September, macam tak sesuai pulak nak berjalan-jalan pada bulan tu sebab anak-anak ada yang nak ambik exam. Kalau game tu dijadualkan pula pada bulan November atau Disember, macam tak berapa seronok sebab di sana tengah sejuk waktu tu. Jalan waktu winter ni tak best sebenarnya kecuali main salji je.

November tu dah penghujung Autum dan Disember tu dah nak start Winter. Waktu ni untuk melancong agak kurang sesuai kerana cuaca agak sejuk dan premis banyak ditutup awal.

Hasil pembacaan di blog2 dan website, masa terbaik dan paling sesuai melawat Barcelona adalah dalam bulan May – July… cuaca agak pa
nas dlm 22℃ paling tinggi dan langit pun cerah, dan malam agak sejuk.

Jadi pilihan kami ni kira tepat jugak la, sebab memang waktu ramai pelancong ke Sepanyol ni.

Kalau nak semak average cuaca destinasi pelancongan boleh semak di sini http://www.holiday-weather.com/barcelona/averages/



Destinasi Tambahan - Lajak ke Paris

Dah alang-alang sampai ke Barcelona, takkan nak pergi Barcelona je kan… Mula la terlintas nak memanjangkan langkah dan tambah hari bercuti…. Terfikir nak melawat  Granada dan Real Madrid.


Hajat hati nak pergi ke Granada tu sebab ingin melihat peninggalan kerajaan Andalusia terutamanya Istana Alhambra. Seronok juga baca coretan-coretan mereka yang pernah ke sana.

Dan nak sambung bercuti ke Real Madrid tu tak lain tak bukan kerana selama ni saya memang Real Madrid punya fan … Jadi kena la menjejakkan kaki ke sana…

Selepas melihat jarak yang agak jauh serta tak banyak destinasi pelancongan dikedua-dua tempat tu, rasa macam tak berapa berbaloi ke situ utk kos perjalanan dan penginapan yang kena keluarkan sendiri. Mula la cari destinasi lain pulak….

Saya email kepada pihak Qatar Airways untuk tanya kalau boleh saya ambil penerbangan balik ke KL dari lain2 destinasi. Jawapan sungguh positif, BOLEH!

Ini sudah bagus…. Mula la saya tengok google map dan intai-intai negara lain yang berdekatan. Tanya pendapat kawan-kawan dan pembacaan di blog-blog, serta pertimbangan faktor kos dan masa, saya pilih PARIS. 

Selain tu terfikir jugak nak ke tempat ni tapi rasa tak sesuai sbb

Italy : Venice & Rome sebab agak mahal, tak banyak tempat menarik.
Switzerland : Kos agak mahal

Jadi Paris pilihan paling sesuai....kos tidak mahal sangat dan PARIS antara destinasi impian orang (terutama wife).


Jadi trip saya kali ni adalah  KL – Barcelona – Paris – Doha – KL.

Kena la cerita pengalaman dan kongsikan sebagai tanda terima kasih kepada Qatar Airways. Mana tahu dapat peluang lagi di lain kali.


.



.



Pengalaman Menaiki Bussiness Class Qatar Airways

Jika ingin merasai penerbangan dengan layanan terbaik ala-ala 5 bintang, boleh la intai2 tiket diQatar Airways. Kabin Business Class nya menjanjikan keselesaan, ruang yang cukup luas dan perkhidmayan yang betul-betul mantap. Tak hairan la apabila Skytrax mengiktiraf Qatar Airways sebagai penerbangan Business Class terbaik dunia. banyak tahun Qatar Airways diiktiraf sebagai pemenang Bussiness Class terbaik.





Penerbangan  KL – BARCELONA

Untuk penerbangan Kuala Lumpur - Barcelona, kami akan singgah di Doha :

KL ke DOHA dengan penerbangan QR 853 :  Airbus A 330 200. 
Kuala Lumpur : 3 pagi – Doha : 05.30 pagi Masa penerbangan :  7 1/2  jam)

Transit lebih kurang 2 jam 40 minit di Hamad International Airport Doha dan sambung penerbangan seterusnya ke Barcelona.

DOHA ke BARCELONA dengan penerbangan QR 054 : Boeing 777 300ER.    
Doha : 08.10 pagi – Barcelona : 14.10 ptg (Masa penerbangan :  7 1/2 jam )

Total Penerbangan 17 jam 40 minit. Memang lenguh satu badan tu duduk dalam pesawat hampir 18 jam. Tapi nasib baik naik business class, dapat la tidur dengan lena. Walaupun sampai di Barcelona jam 2 ptg di sini, tapi ikutkan kat Malaysia dah pukul 8 malam.... dah terasa letih dan mengantuk.



Golden Lounge MAS


Selepas check-in dan sebelum berlepas kami berehat-rehat dahulu di Golden Lounge MAS. MAS dan Qatar Airways menyertai kumpulan “One World”. Jadi, pemegang tiket Qatar Airways juga layak menggunakan Golden Lounge MAS. Petugas di kaunter masuk ke Golden Lounge ni tak tahu pun kami ni hanyalah pemegang tiket free business class…. janji ada boarding pass business class, boleh je masuk.

Masa kami masuk Golden Lounge pun dah 12 tgh malam, jadi kami cuma minum dan makan santai2 sahaja, dah tengah malam ni nak makan pun tak berapa ada selera. Pilihan makanan agak banyak walaupun sudah tengah malam. Tapi bagi mereka yang lapar tu dan tak sempat makan sebelum ke KLIA, boleh la makan sampai kenyang disini.


Bilik persalinan, bilik mandi juga di disediakan. Juga beberapa ruang dengan di dalamnya tersedia sofa bed untuk tidur, jamin boleh tertidur dengan selesa dan lena. Kemudahan wifi juga disediakan di sini, point untuk caj handphone/laptop juga banyak disediakan. Jika tak bawa cable untuk caj hp, disini disediakan “vending machine” untuk caj hp.


Layanan 5 bintang di udara oleh Qatar Airways

Lebih kurang jam 01.30 am, panggilan untuk penerbangan kami dah kedengaran. Awal sungguh mereka panggil sedangkan pesawat berlepas pukul 3 kalau ikut jadual. Kami terus ke boarding gate. Selepas pemeriksaan keselamatan di boarding gate, kami terus dibenarkan masuk dalam kabin kapal terbang. Lega awal-awal pagi ni tak perlu nak beratur panjang-panjang dan di dalam kabin pun tak perlu nak tunggu penumpang-penumpang lain masuk dan susunkan beg di ruang ekonomi, biasalah laluan khas untuk penumpang Bussiness Class.

Kami masuk sahaja ke ruang business class pesawat Qatar Airways A300 200 ni, disapa mesra dan terus di bawa ke seat yang ditetapkan.  Memang terserlah kekemasan dan terasa cukup luas ruang Business Class di Qatar Airways ini. Ruang luas dan lapang serta dekorasi cukup kemas dan elegen. 

Sewaktu penerbangan dari Doha ke Barcelona.



Amenity Kit Bussiness Class Qatar Airways

4 kali menaiki pesawat Qatar Airways ini, sentiasa tersedia souvenior dari Qatar Airways iaitu berupa satu persalinan baju tidur pyjamas dan amenity set by Giorgio Armani. Kuala Lumpur ke Doha, kemudian Doha ke Barcelona, kemudian balik Paris ke Doha dan Doha ke Kuala Lumpur. 4 penerbangan, jadi 4 set seorang.

Amenity kit for men dari Qatar Airways Business Class disediakan Giorgio Armani Acqua di Gio after shave balm (75ml), perfume (5ml), Rituals lip balm, socks, eyeshades and ear plugs. 

Manakala amenity kit for women dari Qatar Airways Business Class pula adalah Giorgio Armani Si fragrance and a perfumed body lotion(75ml), perfume (5ml), Rituals lip balm, socks, eyeshades and ear plugs.

8 beg kecil Georgio Armani kami kumpul untuk 4 penerbangan kami... selain set pyjamas dan set amenity.

Set pyjamas yang diberikan cukup selesa. 'Terpaksa'kami kumpul pyjamas ni untuk penerbangan ini semua. 3 flight malam X 2 orang.

Dah hampir 3 pagi, terus sarung set pyjamas yang diberikan sebab dah mengantuk tahap gaban…..  ini pun lepas tengok penumpang sebelah kami terus pakai pyjamas yang dibekalkan. Kami pun follow je la...


Seat Bussiness Class Qatar Airways

Business Class seats untuk Aibus A300 ni boleh buat 180 degree recline (lie-flat seats) cuma perlu tekan pilihan mode seat. Kalau tak nak flat, adjust secara manual ikut citarasa dan keselesaan kita. Confirm boleh tidur lena macam ni.

Flat macam katil, cuma tak besar macam first class.

Bagi saya ruang di business class Qatar Airways ini cukup selesa. Cuma saya lebih suka penerbangan dengan pesawat Airbus A300 200 berbanding pesawat Boeing 777 300ER . Di pesawat Airbus A300 200, kita boleh turunkan seat sehingga menjadi katil 180 degree recline (lie-flat seats) atau kita ubah mengikut keselsaan dan kemahuan kita. Berbanding pesawat Boeing 777 yang saya naiki, kedudukan seat hanya boleh diubah mengikut pilihan setting yang telah ditetapkan, paling “flat” pun rasanya dalam 150-160 sahaja.

Lena semasa penerbangan Kuala Lumpur ke Doha



Layanan Mesra Stewardess Qatar Airways

Sepanjang perjalanan dengan 4 pesawat berbeza, kami di layan oleh pramugari dari 4 negara yang berbeza. Cantik-cantik dan anggun-anggun pramugari mereka ni. 

Flight KL- Doha dillayan oleh pramugari dari Korea
Doha-Barcelona pula pramugari dari Poland
Paris – Doha dilayan pramugari Philipina 
Doha-KL dilayan pramugara arab. 

Apa yang saya perasa, setiap pramugari/pramugara akan menjaga beberapa penumpang sahaja, jadi layanan cukup istimewa. Seorang akan jaga dalam 8-10 orang 




Qatar Business Class Stewardess
Inilah pramugari dari Poland. Tak silap nama dia Alezendria. Paling mesra dan paling banyak kami berbual.


Teringat sewaktu penerbangan Paris-Doha, pramugari dari Philipina yang comel dan manja itu bersungguh-sungguh pesan kepada saya untuk kurangkan gula dalam satu minuman yang saya order. Sungguh prihatin dia apabila saya mengambil gula agak berlebihan. Nasib baik penerbangan hanya mengambil masa 6-7 jam, kalau berbelas jam tu boleh jatuh cinta dibuatnya.



Hidangan istimewa di awan by Chef Qatar Airways

Untuk penumpang Business Class, bersedialah untuk merasai in-flight meal yang cukup istimewa dibawakan oleh Qatar Airways.

Awal-awal stewardess dah suakan menu untuk kami, duduk je dalam 4-5 minit terus ditanya apa yang kami ingin makan. Semuanya boleh di order ala carte dan boleh request anytime sepanjang penerbangan.

Menu disediakan untuk semua penumpang Business Class. Pilih mana yang berkenan. Dan pilihlah masa yang rasa sesuai untuk makan. Kalau bangun-bangun tidur teras lapar, panggil sahaja pramugari dan order la apa nak makan. Buku menu tersedia.

Oleh kerana penerbangan kami hanya 7-8 jam sahaja, dan 3 dari 4 penerbangan kami adalah di waktu malam, jadi tidak dapatlah kami menkmati makanan di dalam flight sepuasnya kerana banyak masa kami dihabiskan dengan tidur.  

Boleh kata semua menu yang dihidangkan dipersembahkan mengikut penarafan 5 bintang. Kemas dan menyelerakan. Cuma ada satu dua menu yang kami order tetapi tak kena dengan tekak orang Malaysia….  Satu kali tu, pramugari yang suggest untuk tukar makanan sebab nampak kami macam tak berapa selera nak makan. Tak silap waktu tu saya order makanan Egpyt ke Algeria

Sebagai menghargai usaha pramugari/pramugara present cantik-cantik menu yang kami pilih, saya kongsikan beberapa gambar makanan yamg sempat kami rakam. 


Kemudahan Hiburan Oryx
Seperti mana mana penerbangan lain, Qatar Airways juga menawarkan kemudahan hiburan melalui sistem hiburan interaktif Oryx. Pilih la movie, drama, lagu atau permainan yang anda berkenan untuk menemani penerbangan anda. Tapi kalau penerbangan malam, tidor juga lagi sedap apatah lagi kalau kit.a penat berjalan-jalan ditempat orang. Di dalam flight la kita nak beristirehat

Kemudahan Internet dan telekomunikasi
Jika anda inginkan sambungan internet atau aktifkan roaming didalam pesawat semasa penerbangan, tiada masalah kerana Qatar Airways menawarkan perkhidmatan OnAir Mobile dan wifi. Anda hanya perlu subscribe service yang ditawarkan tapi perlu sedia membayar harga yang ‘sepatutnya’. Servis ini bergantung kepada pesawat yang anda naiki. Tidak semua pesawat menawarkan service ini terutamanya service wi-fi di dalam pesawat.


Entry ni sebagai tanda terima kasih kepada Qatar Airways.


Entry berikutnya, saya sambung di .... Kemudahan di Hamad International Airport HIA - Qatar Airways



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

.





No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.