Saturday, 17 October 2020

Kereta Sewa Murah Langkawi Budget

Kereta Sewa Murah di Langkawi Viva Myvi Velfire MPV Budget


Pengalaman Mat Drat beberapa kali ke Langkawi, salah satu perkara yang penting adalah kereta sewa.

Tak ramai yang bawa kereta sendiri ke Pulau Langkawi, yang ramai adalah naik feri atau naik flight. Jadi memang perlukan kereta sewa untuk bergerak di Pulau Langkawi ni.

Di bawah nanti Mat Drat share beberapa owner/operator kereta sewa di Langkawi. Pilih lah yang budget, yang selesa, yang mewah atau seumpamanya.. Pilihan di tangan kita.

Info Penting
  1. Seeloknya booking kereta sewa sebelum tiba di Langkawi
  2. Jika cuti sekolah atau puublic holiday, elok booking awal (musim Covid-19 mungkin kurang sikit pengunjung)
  3. Di Airport atau di Jeti Kuah juga ada kaunter/ ejen yang offer kereta sewa, kalau kes terlupa nak sewa awal lah.
  4. Di Jety Kuala Kedah atau Jeti Kuala Perlis juga ada kaunter/ejen yang offer. Boleh ronda-ronda area komplek jeti.
  5. Mat Drat lebih suka (cadangkan) booking awal.
  6. Untuk yang booking awal, biasa pickup point dan drop point adalah di jeti ataui di airport.
  7. Bagi yang nak arrange pickup dan drop point di hotel, juga tak ada masalah. Boleh je arrange dengan owner/operator kereta sewa.
  8. Kebanyakkan di sini, gunakan konsep ambil petrol adalah full tank, return pun full tank. Jadi follow la ye.
  9. Harga sedikit berbeza weekday vs weekend. Cuti sekolah atau public holiday mungkin sedikit mahal (Tapi musim Covid-19 ni mungkin tak la kot)

Ingat ye. 👍
  1. List ni tak ikut rangking
  2. Mat Drat tak ada share dlm syarikat atau operator kereta sewa ni.
  3. Jangan PM tanya Mat Drat mengenai harga etc, boleh msg direct owner.
  4. Mat Drat dapatkan nombor dan info dari carian di google atau FB.
  5. Booking kereta awal, seeloknya sebelum tiba di Langkawi.

Dan Ingat juga 👍👍
  1. Intai-intailah FB Page atau laman web mereka (kalau ada)
  2. Baca review sebelum booking
  3. Adalah sangat bagus jika booking di bayar kepada akaun syarikat atau individu yang boleh dipercayai / diyakini.
  4. Amalkan sebelum mula memandu (waktu dapat kunci) cek dulu semua kereta.
  5. Amalakan juga ambil gambar depan, belakang dan kiri kanan kereta. Ada owner/operator jenis cukup cerewat yang sikit-sikit calar akan caj kita. (Mungkin bukan di Langkawi)
  6. Seeloknya carilah kereta sewa yang sekali insuran, bayar lebih sikit takpe janji kita dilindungi.

Kereta Sewa Viva / Axia / Saga / Myvi Murah

Ini adalah antara kereta yang paling murah untuk disewa.
3-4 tahun lepas, kereta sewa paling murah dalam RM 50/ hari. Tapi ni weekday la, weekend tak dapat. Sekarang susah nak dapat harga ni walau pun weekday off peak.
Sekarang paling murah pun dalam RM 70-80 (off peak).

Nota : Harga waktu PKPB / PKPP ni mungkin mereka bagi offer. Try la

Kereta Sewa Best dan Murah

Ada juga yang suka Honda, Toyota macam Toyota vios atau Honda Jazz. Harga pun tak mahal mana, lebih selesa.

Kalau biasa pakai kereta biasa-biasa, datang sini sewa lah kereta yang mahal sikit.
Tak kisah la kereta apa, upgrade la sikit kan, dapatlah rasa drive kereta lain dari yang biasa kita pandu pergi ulang alik kerja.

MPV Sewa Best dan Murah di Langkawi

Yang murah Exora la. Selesa pun selesa. Atau Innova.
Alza mcm pun okey, cuma kurang besar. Tapi kalau tak ramai boleh je sewa Alza.

Ada budget lebih, datangs ini sewa la Velfire ke, Allphard ke. Baru la best anak-anak bercuti. Janji ukur baju badan sendiri ye.

Sewa Kereta Dengan Pemandu

Bagi yang tiada lesen memandu atau pun malas nak memandu di sini, boleh juga sewa kereta dengan pemandu sekali.

Cuma harga lebih sikit la. Jadi mungkin boleh sewa untuk hari-hari tertentu sahaja yang nak ke tempat jauh sedikit.

Okey,  Mat Drat kongsikan beberapa nombor operator kereta sewa di Langkawi.
(kalau salah nombor yang diberi, Mat Drat mohon maaf)

1. Kereta sewa (sedan, MPV, Van) dengan pemandu
Klook.com


2. Kereta Sewa (Hertz, Avis, dll)
Klook.com

3. KS Langkawi
Website : https://keretasewalangkawi.co/
Tel : 017-516 1052

4. Nafihan Rental Car
Website : https://nafihantravel.com/
Tel : 011-1010 8985

5. Zuham Rent Car

Website : https://zuhamrentcar.wordpress.com/
Tel : 012-4144 408

6. Anytime Holiday
Website : http://www.anytimeholidays.com.my/
Tel : 012-4087 327

7. Bang Cik Rental
Website  : http://www.mrplangkawi.com
Tel : 013-350 8430
8. Basrim
Website  : http://langkawi-kereta-sewa.blogspot.com/
Tel : 017-5319 383

9. Permata Holiday
Website : https://rentcars.permataholidays.com.my/
Tel :

10 Najmi Car Rental
Website : https://lgkrentalcar.wordpress.com/
Tel : 019-5640 251

11. Anuar Car Rental
Website : http://langkawi-keretasewa-airport.blogspot.my
Tel : 011-6244 0547


Harap perkongsian ini bermanfaat.

Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Jika ada nak bagi feedback berkaitan kereta sewa pun okey.


Selamat Bercuti.
~mat-drat~


Kalau rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

2 comments:

  1. elok tu ingatkan jangan tanya mat drat. sebab kadang2, bila kita share pasal sesuatu, orang akan tanya kita balik macam kita owner kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak larat org tanya kita..tu mention awal2

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.