Pages

Wednesday, 28 October 2020

Tempat Makan Best dan Sedap di Langkawi

 


TEMPAT MAKAN BEST DAN SEDAP DI LANGKAWI

Banyak pilihan nak makan sedap di Langkawi ni. Boleh la google dan cari mana yang berkenan. Mat Drat senaraikan beberapa tempat sahaja yang menjadi tempat favourite Mat Drat.

Mat Drat pecahkan ikut kategori
- Tempat Sarapan dan Brunch
- Tempat Makan Tengahari (Lunch)
- Tempat Minum Petang
- Tempat Makan Malam (Dinner)

Sarapan dan Brunch sedap di Langkawi

Kalau menginap di hotel atau resort tanpa pakej breakfast, boleh la cari gerai-gerai yang jual sarapan pagi. 

1. Kedai Makan Kak Ju 3 Saudara 

Kalau yang menginap di area Pekan Kuah, mungkin boleh tapaw sarapan pagi di sini. Kedai makan ni biasa-biasa je, tapi Mat Drat suka sebab ada pelbagai pilihan juadah dan harga tak mahal.

Menu utama nasi lemak dan pelbagai kuih muih. 

Dari HIG Hotel, hanya 500 meter sahaja. 
Lokasi : Kampung Padang Lalang
👉 Google Map

2. Nasi Dagang Pak Malau 

Bagi yang menggemar nasi dagang, boleh la ke sini. Pernah viral dahulu, jadi memang sentiasa akan dikunjungi pelanggan Nasi Dagang Pak Malau ni.

Tempat di ramai peminatnya sebab lokasinya. Makan sambil mengadap sawah padi dan gunung. Cukup mendamaikan.

Waktu operasi sampai 2:00pm, tapi jangan lewat sangat. Kalau lewat, pilihan lauk dah tak banyak. Kalau weekend terutama school holiday, sebolehnya sampailah sebelum 11 am.

Waktu : 8:00am - 2:00 pm
Facebook Page : Facebook Nasi Dagang Pak Malau

Lokasi :No 186, Jalan Makam Mahsuri,  Kampung Mawar 
👉 Google Map Nasi Dagang Pak Malau


Nasi Dagang Pak Malau Makan Sedap di Langkawi
Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau Makan Sedap di Langkawi
Suasana di sini

Tengah Hari (Lunch)

Untuk tengah hari, Mat Drat lebih suka makan di kedai makan yang sajikan nasi campur.

2 cadangan Mat Drat

1. Nasi Campur Kak Yan  

Kalau nak makan nasi campur dengan pilihan lauk yang banyak, boleh la ke Kak Yan Nasi Campur. Lauk memang banyak dan kedai makan ni sentiasa menjadi pilihan pengunjung.

Boleh kata,setiap hari kedai makan ni akan dipenuhi pelanggan terutama jika cuti sekolah. Bukan pelanggan berkereta sahaja yang kesini, yang datang dengan bas juga makan di sini.

Jika ingin buat tempahan awal dan makan secara buffet dalam kumpulan besar, boleh hubungi tuan empunya kedai untuk tempahan.

Lokasi : Ulu Melaka

Map : 👉👉  Peta Google Map Kak Yan


Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best di Langkawi



Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi


Kak Yan Nasi Campur Tempat Makan Best Langkawi

2. Pusat Perdagangan Kelana Mas 

Mat Drat dah lebih 2 kali rasanya makan di area Pusat Perdagangan Kelana Mas ni. Ada beberapa kedai makan di sini. Tak silap ada 2 kedai sebelah menyebelah yang sajikan makanan tengah hari dengan menu nasi campur.

Kalau yang menginap di area Pekan Kuah,  dan mencari tempat makan tengah hari boleh lah consider ke sini. Harga biasa-biasa. Mat Drat makan di Kedai Makan Kak Yah Seafood.

Kawasan perniagaan ni juga menjadi tempat tumpuan untuk makan malam, sesuai dengan bebrapa nama kedai yang menyajikan makanan seafood / masakan panas ala tomyam.

Cuma parking agak limited di sini.

Lokasi : Persiaran Mutiara 2
👉 Google Map

3. Medan Selera Kompleks HIG  

Ada banyak gerai di dalam ni, dan kita boleh pilih mana yang memenuhi citarsa kita. Lokasinya yang terletak di hadapan Kompleks HIG, jadikan tempat ni sentiasa di penuhi pelanggan.

Mat Drat pernah beberapa kali makan di sini, makan tengah hari, minum petang (melepak) dan juga makan malam terutama sewaktu menginap di area Pekan Kuah.

Nasi campur, masakan panas, sup dll ada disajikan di sini. Banyak gerai, dan banyak pilihan.


Minum Petang

1. Laksa Power Tepi Airport 

2. Laksa Ikan Sekoq 

Kalau mencari tempat untuk minum petang atau pun tempat makan sedap yang 'mesti' dikunjungi, Mat Drat cadangkan ke ....
- Laksa Power Tepi Airport atau pun ke 
- Laksa Ikan Sekoq.

Tempat ni memang jadi tumpuan terutamanya sebelah petang. Sambil makan mengadap pantai dan layan sunset, pengunjung dan pelanggan juga akan di'hiburkan' dengan dendangan bunyi kapal terbang mendarat dan berlepas. Lokasi ni di sebelah runaway airport Langkawi.


Menu wajib sudah semestinya Laksa. 
Boleh juga rasa rojak pasembor di sini. Memang best.

Ada yang suka laksa di Laksa Power, dan ada yang suka Laksa Ikan Sekoq. Citarasa berbeza. Menu kedua-dua lebih kurang sama. Bukanlah gerai tetap, tetapi adalah gerai bergerak ala ala 'food truck' Mereka gunakan rori kecil.

Selain 2 gerai ni, ada juga lagi beberapa gerai lain. Bukan hanya ada gerai jual laksa sahaja.

Jika hujung minggu, mungkin perlu park kereta jauh sikit sebab nak dapat parking sedikit susah. Kita perlu park kereta di tepi jalan. Cuma di kawasanberhampiran Laksa Power ada kawasan yang agak luas sebab kedudukannya di hujung sekali.

Lokasi : 
Jalan Kuala Muda (Tepi Airport). 
Pandu perlahan, sebab kalau terlepas memang agak jauh untuk u-turn.

👉 Google Map Laksa Power Airport
👉 Google Map Laksa Ikan Sekoq


Boleh klik link google map di atas untuk lihat gambar-gambar dikongsi netizen dan juga review-review netizen.


Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi



Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi

Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi


Laksa Power Ikan Sekoq Tempat Makan Best di Langkawi


Makan Malam ( Dinner )

Untuk makan malam, kebanyakkan tempat akan dipenuhi pengunjung seawal 7:30pm. Kalau datang 8pm tu, kira perlu mencari tempat duduk dan mungkin perlu menunggu lama.

Pantai Cenang
Mat Drat tak memilih sangat nak makan kat mana. Mana yang dekat dan kosong, situlah dituju sebab biasanya jika lambat akan penuh dan menunggu turn diserve memang lama.

Jadi di Pantai Cenang, tak ada restoran favourite Mat Drat. 

Kalau susah, fast food je tempat dituju (McD, Subway dll).

Pekan Kuah
Mat Drat share 2 lokasi di area Pekan Kuah yang lebih kepada lokasi untuk makan-makan sambil melepak.

1. Tanjung Tirai  View Cafe  

Mat Drat suka 3 perkara mengenai cafe ni, 
- parking luas
- restoran luas
- view cantik 

Restoran ni agak besar, ada kalanya jika lewat tiba memang kena menunggu sedikit.  Waktu malam, memang agak ramai pelanggan datang ke sini.

Menu : Boleh la order masakan panas dan satey.

Lokasi : 
Komplek Jeti Pelancongan Kuah
👉 Google Map Tanjung Tirai View Cafe

2. Medan Selera Kompleks HIG  

Sebenarnya, Medan Selera Kompleks HIG ni bukan sahaja destinasi untuk makan malam, tapi juga untuk makan tengah hari dan minum petang.

Ada banyak gerai di dalam ni, dan kita boleh pilih mana yang memenuhi citarsa kita. Lokasinya yang terletak di hadapan Kompleks HIG, jadikan tempat ni sentiasa di penuhi pelanggan.

Mat Drat pernah beberapa kali makan di sini, makan tengah hari, minum petang (melepak) dan juga makan malam terutama sewaktu menginap di area Pekan Kuah.

Lokasi : 
Hadapan Kompleks HIG, Pekan Kuah
👉 Google Map Medan Selera Kompleks HIG

Antara gerai pilihan Mat Drat

a. Gerai Ahmad Pasembor Top Langkawi
Menu : Pasembor / Rojak

b. King Kong Fresh Mango Juice
Menu : Jus pior mangga

c. Sup Power
Menu : Sup Tulang

Tempat Makan Best di Langkawi Rojak Pasembor


Tempat Makan Best di Langkawi Jus Mangga



Harap perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang komen atau tambahan info, bolehlah tinggalkan di ruangan komen di bawah.

Jika rasa bermanfaat untuk rakan-rakan Facebook, boleh klik butang SHARE.

Selamat Bercuti. 

~mat-drat~
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ 

Friday, 16 October 2020

Tempat dan Aktiviti Menarik di Langkawi - 20 Pilihan Ramai

Tempat Menarik di Langkawi Murah dan Best


Mat Drat senaraikan 20 Tempat dan Aktiviti Menarik Di Langkawi pilihan Mat Drat. Mungkin sesetengah orang lain mempunyai senarai yang berbeza. 

Pantai Cenang pilihan utama. Selain tu, cable car dan island hoping jangan dilepaskan.

Kalau cari tempat menarik di Langkawi tanpa bayaran agak terhad disini. Kebanyakkannya tempat tarikan perlukan bayaran untuk masuk. 

Bagi yang ke Langkawi untuk trip honeymoon, ada juga tempat-tempat yang sesuai. Nanti Mat Drat share juga sedikit.

Bagi yang mencari tempat menarik di Langkawi pada waktu malam pula, Mat Drat rasa tidak banyak tempat atau aktiviti yang ada di sini. Kebiasaanya pelancong atau penggunjung hanya akan habiskan masa malam mereka dengan shopping apa yang patut setelah seharian berjalan ke sana sini. 

Malam hanya dipenuhi dengan aktiviti yang relax dan santai-santai sahaja. Kalau kebetulan ada pasar malam, boleh la cari kuih muih tempatan di sini.

Berikut Mat Drat senaraikan tempat-tempat menarik di Langkawi beserta sedikit info seperti kadar bayaran, waktu ia beroperasi dan sedikit TIPS jika ke tempat tersebut.

Sebelum lihat 20 tempat menarik di Langkawi yang Mat Drat senaraikan.... boleh baca juga entry berikut untuk tips dan panduan ke Langkawi.


PERCUTIAN KE LANGKAWI - Info, Tips dan Panduan

👇👇


TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

1. Kereta Kabel Langkawi / Langkawi Cable Car

Tempat Menarik di Langkawi
Langkawi Cable Car

a. Info
  • Destinasi wajib bagi mereka yang pertama kali ke sini.
  • Langkawi Cable Car turut dikenali sebagai Panorama Langkawi.
  • Dikatakan sebagai kereta kabel tercuram di dunia, malah turut dikatakan sebagai yang terpanjang di dunia (2.2 km). 
  • Siapa yang pernah menaiki kereta kabel ini pasti tahu betapa curamnya kereta kabel ini, agak jauh berbeza dengan kereta kabel di Genting Highland.
  • Ada 3 station iaitu Base Station, Middle Station dan Top Station. 
  • Kereta kabel akan berhenti di Middle Station tetapi Mat Drat tak galakkan untuk turun ke sini semasa perjalanan turun(balik) kerana kita perlu menunggu agak lama untuk gondola yang kosong berhenti di station ini. Ada gondola kosong, baru boleh sambung perjalanan. 
  • Di Top Station (station paling atas), pengunjung dapat menikmati Pulau Langkawi secara 360° panoramic view. Nikmatilah pandangan dari atas ini puas-puas.
b. Gondola
  • Terdapat 3 jenis gondola di sini iaitu Gondola biasa, Gondola VIP dan Gondola Lantai Kaca. 
  • Setiap satu gondola berbeza harga.
  • Yang paling ramai naik, gondola biasa. Harga murah.
c. Lokasi
  • Terletak di Gunung Mat Chinchang berhampiran Pantai Kok.
  • Dari Pekan Kuah, mengambil masa lebih kurang 30 minit
  • Jika dari Langkawi Airport atau Pantai Cenang, lebih kurang 15 minit.
d. Tarikan Lain
  • Boleh habiskan masa hampir 1/2 hari di sini.
  • Tarikan lain seperti Muzium 3D, SkyBridge, SkyDome, SkyRex dan F1 Simulator. 
  • Layari panoramalangkawi.com
Ingat !!
  • Waktu cuti sekolah atau pun pada public holiday, jangkakan masa beratur yang lama. Mungkin perlu beratur lebih 1 jam.
  • Nak cepat, boleh beli pass ekspress.
e. Waktu Operasi
- 9.30 am - 7.00 pm (Hari Biasa)

- 9.00 am - 7.00 pm (Public Holiday tertentu)

Ingat : 
Hari Rabu : Dalam sebulan ada hari Rabu tertentu, ia start operasi lambat sikit.
Hari Tak Beroperasi : Dalam setahun, ada hari tertentu ia tak beroperasi untuk maintenance. 
Check jadual di panoramalangkawi/calendar


f. Kadar Bayaran
a. Gondola Biasa :
Malaysian - Adult : RM 40 / Child : RM30
Non-Malaysian - Adult : RM 55 / Child : RM40 


Ingat : Jangan lupa bawa MyKad/MyKid untuk dapatkan tiket pada harga 'Malaysian'.

b. Gondola Lantai Kaca :

RM 105 seorang
* Harga tiket semasa layari : 
buy-ticket/
Klook.com


Jika cuaca hujan... kita akan melalui kabus.
Kalau hujan lebat, operasi akan dihentikan sementara.

Tempat Menarik di Langkawi
Gondola Lantai Kaca.
Kalau 'berani' , boleh la naik yang ni. 

Gondola ni tak perlu beratur panjang


Suasana semasa cuti sekolah.
- Beratur nak beli tiket.
- Kemudian kena beratur nak naik cable car. 
......................................................................

2. Skybridge

Tempat Menarik di Langkawi
Skybridge Langkawi

Info

Skybridge ini terletak di puncak Gunung MaChinchang dan ia bersambung dengan Top Station Kereta Kabel Langkawi. 

SkyBridge ini merupakan "the longest free span and curve bridge" di dunia. 

Alang-alang telah menaiki kereta kabel ke puncak Gunung MaChinchang, sambung lah pula menikmati keindahan Langkawi dari Skybrdge ini.

Boleh la mencuba melalui jambatan in (SkyBridge) untuk menguji tahap ketahanan gayat, cuma perlukan sedikit keberanian sahaja.

Pandangan Pulau Langkawi 360° dari sini pasti mempersonakan apatah lagi ketika matahari hampir terbenam.

Kadar Bayaran
Dewasa : RM 5/ Kanak-kanak : RM 3
* Tiket boleh dibeli di Top Station

......................................................................

3. 3D Art Langkawi

Tempat Menarik di Langkawi  3D Muzium

3D Art Langkawi ini boleh dikatakan antara tarikan wajib jika bercuti ke Langkawi. 

Info
Muzium 3D Art ini dengan keluasan lebih 21000 kaki persegi, pasti banyak masa boleh dihabiskan di sini. 

Muzium dibahagikan kepada 9 zon dengan terdapat lebih 100 gambar lukisan 3D.


Kadar Bayaran
Malaysian - Dewasa (RM 30) / Kanak-Kanak (RM30) 
Non-Malaysian - Dewasa (RM 38) / Kanak-Kanak (RM 28) 

Tips !
1. Pastikan bateri camera atau handphone cukup kerana pasti akan ambil banyak gambar di sini. 

2. Kalau datang secara berkumpulan dan memang suka bergambar, jangkakan banyak masa yang akan dihabiskan di sini.

3. Masa bergambar, ikut sign/tanda kedudukan sepatutnya, baru gambar jadi betul-betul 3D (real).

4.Dan jangan lupa jadual pertunjukkan 3D yang menarik di sini. Rugi kalau tak tonton.

Tempat Menarik di Langkawi  3D Muzium


Tempat Menarik di Langkawi  3D Muzium

......................................................................

4. Pantai Cenang

Tempat Menarik di Langkawi Pantai Cenang
Sunset di Pantai Cenang

Pantai Cenang merupakan satu destinasi utama pengunjung ke Langkawi terutamanya pelancong dari luar negara.

Tarikan utama kerana pantainya yang cantik dan keindahan ketika matahari terbenam.

Kawasan ni memang happening, dan hotel / resort area sini cepat fully booked.

Pengunjung dan pelancong asing meminati kawasan ini mungkin kerana tempatnya yang lebih happening terutamanya pada waktu malam.

Kedai-kedai dan restoran sentiasa menjadi tumpuan pelancong di kawasan ini.

Di Pantai Cenang ni, Mat Drat pernah menginap di Malibest,  Best Star Resort, De Baron dan AB Motel. Ada banyak lagi resort dan motel di area sini.

Cubalah intai hotel, resort dan motel di Pantai Cenang ni... ada kosong boleh terus booking.

👉👉 Hotel dan Resort di Langkawi

Pantai Cenang Langkawi Sunset
Suasana Petang di Pantaiu Cenang


Tempat Menarik di Pantai Cenang
Sepetang di Pantai Cenang sambil menikmati suasana sunset

......................................................................

5. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi Tempat Menarik di Langkawi
4. Underwater World Langkawi 

Info
Underwater World Langkawi telah di bina lebih 20 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1995. Keluasannya melebihi 60,000 kaki persegi menjadikan ia antara aquarium marin dan air tawar terbesar di South East Asia.

Underwater World Langkawi ini terletak di Pantai Cenang dan turut menjadi satu destinasi utama pelancong ke Langkawi. Kira tempat menarik di Pantai Cenang Langkawi

Pelbagai hidupan laut terdapat di sini dan pastinya yang paling memukau adalah telatah sekumpulan penguin-penguin. 

Waktu Operasi
10.00 am  hari biasa
09.30 am cuti sekolah atau public holiday 

Kadar Bayaran
Malaysian - Adult RM 36 / Child RM 26
Non-Malaysian - Adult RM46/ Child RM36

Lokasi : Pantai Cenang

Underwater World Langkawi Tempat Menarik di Langkawi
Terowong bawah air

Underwater World Langkawi Tempat Menarik di Langkawi
Show Penguin : Sentiasa dinanti.
Jadi lihat jadual.

......................................................................

6. Dataran Helang

Tempat Menarik di Langkawi - Dataran Helang Lang
Dataran Helang / Dataran Lang
Info
Dataran Helang ini merupakan satu mercu tanda Pulau Langkawi. 

Sesuai untuk mereka yang menginap berdekatan Pekan Kuah atau mereka yang mempunyai banyak masa terluang di Langkawi ini.

Kalau ke Langkawi, tak bergambar di sini macam tak lengkap pulak ke Langkawi teutama bagi mereka yang pertama kali ke sini. Jadi bila datang sini, mesti kena  bergambar dengan tugu helang ini. 

Bergambar di sini memang agak cantik dan menarik terutama disebelah petang. 

Lokasi
Pekan Kuah

Kadar Bayaran
Tiada bayaran dikenakan untuk ke sini.


Suasana cantik kalau waktu sunset.
(Waktu Mat Drat ke sini, mendung la pulak)

......................................................................

7. Kota Mahsuri / Makam Mahsuri

Tempat Menarik di Langkawi Makam Mahsuri
Kota Mahsuri / Makam Mahsuri

Langkawi terkenal dengan lagenda Mahsuri. Jadi jika bercuti ke sini, ambil peluang untuk mengenali dengan lebih dekat kisah Mahsuri ini. 

Info
Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. 

Terletak di Mukim Ulu Melaka sekitar 12km dari Pekan Kuah. 

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Setiap petang Jumaat - Ahad, pementasan lagenda Mahsuri akan dipersembahkan kepada pengunjung. Sambil menikmati persembahan, pengunjung akan turut disajikan dengan iringan muzik tradisional yang mengasyikkan.


Waktu Operasi
08.30 pagi - 06.00 petang ( Isnin - Ahad)

Kadar Bayaran
Malaysian - Adult : RM 12 / Child : RM 6
Non-Malaysian - Adult : RM 17 /  Child : RM 7

Tempat Menarik di Langkawi Makam Mahsuri
Makam Mahsuri terletak di dalam Kota Mahsuri

Tempat Menarik di Langkawi Makam Mahsuri
Rumah Kedah

Tempat Menarik di Langkawi Makam Mahsuri
Makam Mahsuri

......................................................................

8. KILIM Geoforest Park - Mangrove Tour


Info
Kilim Geopark atau nama tepatnya adalah Kilim Karst Geoforest Park Langkawi. 

Kilim Geopark ini memang luas merangkumi keluasan 100 km persegi. Dikenali sebagai 'Geopark' kerana ia diiktiraf oleh UNESCO. 

Di Langkawi ini selain Kilim Geopark, terdapat lagi dua kawasan yang diiktiraf oleh UNESCO iaitu Machinchang Cambrian Geopark dan Dayang Bunting Marble Geopark.

Di Kilim Geopark, pengunjung akan disajikan keindahan, keunikan dan ketenangan apabila menyusuri hutan paya bakau, tasik, gua sambil melihat gunung-ganang dan pulau-pulau di kawasan ini.


Mangrove Tour
Untuk ke Kilim Geopark ini, pengunjung perlu dmenaiki bot di Jeti Kilim yang terdapat di Kampung Kilim. Ada juga yang ambil dari Tanjung Rhu.

Kadar Bayaran dan  Pakej
Pakej serendah RM 250/bot untuk tour 1 jam.

Terdapat pelbagai pakej untuk dipilih. Harga bergantung kepada masa tour iaitu sesingkat 1 jam atau pun tour sehingga 4 jam. Lagi lama masa tour, lagi banyak aktiviti boleh dibuat dan lagi banyak tempat akan disinggahi. Dan pastinya lebih mahal.

Jika tidak mahu menyewa satu bot, boleh ambil pakej pool. Kira kongsi bot.
Datang sahaja ke jeti dan tunggu bot yang di 'pool' tetapi kena tunggu bot penuh baru tour akan bermula.

Aktiviti
Aktiviti untuk setiap pakej adalah berbeza. Lagi lama, lagi banyak aktiviti. 
Antara aktiviti (perbezaan pakej)
  • 1 Jam : Gua Kelawar, Sangkar Ikan, Eagle Watching dan River Cruise
  • 2 jam : Gua Kelawar, Sangkar Ikan, Eagle Watching, River Cruise, Gua Buaya, Gua Langsir
  • 3 jam : Gua Kelawar, Sangkar Ikan, Eagle Watching, River Cruise, Pulau Anak Tikus & Gua Langsir
  • 4 Jam : Aktiviti bertambah lagi
Mat Drat ambil pakej custom made sikit sebab ke Andaman Sea juga.


👇👇
 Mangrove Tour Langkawi 


Klook.com

Tempat Menarik di Langkawi Mangrove Tour KILIM Geopark
Destinasi pertama Mangrove tour - Gua Kelawar


Tempat Menarik di Langkawi Mangrove Tour KILIM Geopark
Sessi di Kolam Ternakan Ikan

Tempat Menarik di Langkawi Mangrove Tour KILIM Geopark
Sessi Eagle Watching


Tempat Menarik di Langkawi Mangrove Tour KILIM Geopark Harga
Harga pakej Mangrove Tour
......................................................................

9. Langkawi Wildlife Park / Bird Paradise



Info
Langkawi Wildlife Park juga dikenali sebagai Bird Paradise kerana di sini terdapat beratus spesis burung. 

Burung-burung di sini diletakkan di dalam 'taman' bertutup dengan pagar setinggi 15 meter jadi pengunjung akan dapat melihat burung-burung dalam keadaan yang lebih bebas.

Selain burung-burung, terdapat pelbagai haiwan lain seperti buaya, ular sawa, rusa, ostrich, monyet spesis bervet dan banyak lagi.

Disenaraikan antara 20 zoo terbaik di Asia oleh TripAdvisor

Lokasi
Terletak di kawasan Kilim
15km dari Pekan Kuah. 
Gunakan WAZE, cari Langkawi Wildlife Park

Waktu Operasi
08.30 pagi - 07.00 petang ( Isnin - Ahad)
Waktu akhir kemasukan adalah jam 6 petang.

Kadar Bayaran
Malaysian - Adult (RM 30) / Child (RM 22)
Non-Malaysian - Adult (RM 45) / Child (RM 28)

Layari: langkawiwildlifepark.com          

Dengan Kakak Tua

Sessi bermesara dengan burung-burung jinak

Bersama rusa
......................................................................

10. Pulau Dayang Bunting


Info
  • Tasik Dayang Bunting ini terletak di Pulau Dayang Bunting.
  • Merupakan pulau ke dua terbesar selepas Pulau Langkawi.
  • Mendapat nama 'Dayang Bunting' kerana di pulau tersebut terdapat sebuah gunung yang kelihatan seperti 'seorang" wanita yang sedang hamil berbaring. Sekali pandang lengkap dengan kepala, tangan dan perut.
  • Untuk ke sini para pengunjung perlu mengambil pakej island hoping yang disediakan dengan menaiki bot dari jeti Pekan Kuah. 
  • Masa perjalanan dengan bot laju lebih kurang 15 minit.
  • Tasik Dayang Bunting ini turut mempunyai ceritanya sendiri. Cerita orang dulu-dulu kononnya Tasik Dayang Bunting ini menjadi tempat tumpuan puteri kayangan bernama Puteri Mayang Sari untuk mandi di sini. Ia menjadi satu cerita dongeng yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
  • Tasik Dayang Bunting ini menjadi tumpuan bukan sahaja untuk aktiviti mandi manda, tetapi ada yang datang untuk minum air di sini. Kata orang dulu-dulu, nak 'bunting' bolehlah mencuba minum air di sini. Ini cerita orang dulu-dulu, sekarang sudah jarang diperkatakan kerana masyarakat telah sedar bahawa itu adalah tidak benar.
Klook.com
Pulau Dayang Bunting Tempat Menarik di Langkawi     Gunung berbentuk wanita mengandung (bunting)
 Sumber : Supermenmalaya.blogspot    
   Jeti Tasik Dayang Bunting. Kredit : Panaromio.com 
   
......................................................................

11. Aktiviti - Island Hoping

Bagi yang ke Pulau Dayang Bunting, kena ambil pakej Island Hoping.

Ada pelbagai pakej Island Hoping sebenarnya di Langkawi ni dan ada beberapa pulau yang sering dijadikan destinasi.

Antaranya seperti yang ada di KLOOK

Klook.com

......................................................................

12. Aktiviti - Berkayak

Aktiviti berkayak juga antara yang sering dicari di sini terutama bagi mereka yang bercuti agak lama di sini.

Berkayak di sungai yang dikelilingi paya bakau pasti beri satu kelainan.

Klook.com
......................................................................

13. Aktiviti - Kapal Layar

Bagi mereka yang pernah ambil pakej mangrove tour, pasti akan perasan satu kawasan di mana terdapat beberapa kapal layar berlabuh. Memang best nampak cara percutian orang yang 'have-have' ni.

Bagi yang nak merasa belayar dengan kapal layar, boleh ambil pakej yang disediakan. Cukuplah belayar 2-3 jam. Pengalaman tu yang penting.

Klook.com

......................................................................

14. Aktiviti - Ronda dengan Helikopter

Ada budget lebih, apa kata ambil aktiviti pusing Pulau Langkawi dengan helikopter.

Memang best, cuma sediakan budget sahaja. 

Klook.com
......................................................................

15. Aktiviti Pantai - Jetski / Parasiling

Di Pulau Langkawi juga banyak kativiti-aktivit pantai dan laut yangboleh kita ambil dan nikmati. Antaranya

Klook.com 

Klook.com
......................................................................

16. Galeria Perdana

Galeria PerdanaTempat Menarik Langkawi
Galeria Perdana
Info
Galeria Perdana ini sebenarnya adalah ilham Tun Mahathir sendiri. 
Terletak di kawasan Kilim dan hanya 14 minit dari Pekan Kuah dan 2 km dari Langkawi Wildlife.

Di sini tersimpan ribuan hadiah, cenderahati, hadiah dan anugerah yang diterima oleh Tun Mahathir Mohamad.

Waktu Operasi
08.30 pagi - 05.30 petang (setiap hari) 
08.30 pagi - 06.00 Cuti sekolah / public holiday

Kadar Bayaran
Dewasa (RM 10) / Kanak-Kanak (RM 4)
......................................................................

17. Pantai Tanjung Rhu

Pantai Tanjung Rhu
Sunyi dan mendamaikan. 
Jika Pantai Cenang menjadi tumpuan kerana suasananya yang meriah dan happening, Pantai Tanjung Rhu pula sebaliknya.

Pantai Tanjung Rhu lebih sunyi dan lebih mendamaikan. Pengunjung ke sini tidak seramai di Pantai Cenang. Terletak betul-betul dihujung'tanjung'.

Aktiviti Pantai - Jetski / Paragliding
Sebelum sampai ke Tanjung Rhu tu sebenarnya, ada satu pantai lagi yang terletak di hadapan pejabat Kastam Diraja Malaysia. Tak silap selepas restoran Fish n' Chip. 

Pantai di sini agak memanjang, tapi nak mandi manda tu kena berhati-hati sikit sebab air laut yang agak dalam dan pantainya tak landai. Saya perhatikan ada juga pengunjung yang mandi, tapi tak ramai lah. Rasanya pantai ni lebih kepada untuk aktiviti pantai jetski dan paragliding.

Mangrove Tour/ Island Hoping
Pantai Tanjung Rhu agak landai dan sesuai untuk bersantai. Ada beberapa gerai dan kedai makan di sini. Jika ingin dapatkan harga pakej boat (mangrove tour, island hoping dll) boleh dapatkan di sini juga. Ada beberapa operator membuka kaunter di sini.

View memang cantik sebab mengadap pulau-pulau kecil dan batuan-batuan. Masa di sini, boleh lah bayangkan macam berada di Phuket ( ala-ala Pulau James Bond) 😉

xxxxkKLOOOKXXXXX77777TANJUNG RHU


Klook.com

Pantai hadapan Pejabat Kastam
Airnya yang agak dalam, agak tidak sesuai untuk bermandi manda

Pantai Tanjung Rhu
Pantai hadapan Pejabat Kastam
Beberapa operator menyediakan perkhidmatan sewa jetski, 
paragliding dan juga banana boat
......................................................................

18. Pantai Pasir Hitam


Pantai Pasir Hitam

Info - Pantai Pasir Hitam
Pantai Pasir Hitam agak unik kerana pasirnya yang bewarna hitam. Pantai ini agak tidak sesuai untuk mandi manda kerana ombak agak kuat dan juga airnya agak dalam.

Pantai ini tidak ramai pengunjung tetapi pelbagai kemudahan disediakan. Di sini juga terdapat deretan kedai menjual cenderahati dan pakaian serta terdapat gerai makanan.

Terdapat cerita tersendiri mengenai Pantai Pasir Hitam ini. Mengikut cerita dongeng rakyat tempatan adalah kerana Perang Saudara di antara Kerajaan Darat dan Kerajaan Laut. 

Manakala dari sudut sains pula, penerangannya pasti jauh berbeza dengan kisah dongeng tadi. Boleh dibaca di papan info.

Pantai Pasir Hitam Langkawi
Gerai Pantai Pasir Hitam Langkawi

Pantai Pair Hitam Langkawi
Cenderahati di gerai Pantai Pair Hitam Langkawi

Pantai Pair Hitam Langkawi
Gerai Makan  Pantai Pasir Hitam Langkawi

Pantai Pasir Hitam Langkawi
Kisah dulu-dulu mengenai Pantai Pasir Hitam

Pasir HitAm - Dari pandangan sains
......................................................................
19. Gunung Raya - Menikmati Sunset

Sunset View Spot Best Pulau Langkawi Island
Viewing Tower Gunung Raya yang dilitupi awan.

Gunung Raya merupakan gunung tertinggi di Pulau Langkawi. Perjalanan mendaki (menggunakan kenderaan) mengambilmasa lebih kurang 20 minit. Tidak banyak kenderaan dan pengunjung ke sini.

Tidak ada aktiviti yang boleh dilakukan di sini kecuali melihat keindahan sekeliling Pulau Langkawi dari puncak Gunung Raya ini.

Jika cuaca baik, Perlis dan Thailand boleh kelihatan dari puncak ini.

Terdapat sebuah viewing tower yang mengenakan bayaran untuk naik ke atas.

Sila baca catitan Mat Drat ketika menikmati sunset di sini. (Dah 2 kali ke sini) 

 
 ðŸ‘‡ðŸ‘‡ 
Sunset di Gunung Raya


Saat matahari terbenam dari Puncak Gunung Raya
......................................................................

20. Aktiviti Shopping - Kedai Bebas Cukai HIG / Rams / Idaman Suri dll


Ini bukanlah tempat menarik untuk di lawati bagi semua orang TETAPI tempat yang boleh dikatakan wajib disinggahi jika ke Langkawi terrutama bagi wanita.

Pelbagai barangan pada harga murah ( bebas cukai) boleh di dapati di sini seperti beg luggage, coklat dan juga pinggang mangkuk.

Kedai-kedai bebas cukai ini terletak di Pekan Kuah dan berhampiran di antara satu sama lai

Perkongsian dahulu (trip terbaru ni, info tak banyak berubah)

 
Tempat Shopping Di Langkawi - Tempat Murah
 ðŸ‘‡ðŸ‘‡ 



~mat-drat~

Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡
Semoga bermanfaat.