Pages

Wednesday, 13 March 2019

Kereta Sewa Murah Kota Bharu Kelantan


Mat Drat Blogspot







Lama Mat Drat tak menulis. Last sekali menulis 4 minggu lepas, Mat berkongsi sedikit pasal Trip London - Edinburgh

Travelog London - Edinburgh hari tu pun baru sempat share pasal London je, untuk Edinburgh pun tak sempat lagi share. Mat Drat 2 minggu tak ada di Malaysia, balik-balik Malaysia tak jumpa mood nak menulis semula.

Kali ni Mat Drat share sikit info mengenai Kereta Sewa Murah di Kota Bharu (KB), kot-kot ada yang nak bercuti ke Kota Bharu atau pun ada urusan di Kota Bharu.

Sebenarnya Mat Drat dihubungi oleh En Iman dari AGTRAN, betul-betul sewaktu baru mendarat di KLIA hari tu, dia minta Mat Drat share sikit pasal Kereta Sewa Kota Bharu dia ni. 

2-3 minggu juga Mat Drat ambil masa nak menulis. Jet lag hari tu agak lama nak hilang... entah lah, 2-3 hari baru normal. Dan tambahan pula laptop agak meragam selepas balik, jadi mood nak menulis semula tu agak lambat nak datang. 

Dan sebenarnya, Mat Drat menulis ni pun sewaktu dalam feri.... travel dari Kuala Lumpur tengah malam tadi, tak tahu nak buat apa dalam bas, jadi ambil laptop dan mula menulis. Dan kebetulan pula, perjalanan feri ke pulau ni ambik  masa 2 jam, jadi Mta Drat ambil peluang dan ruang untuk menulis...





KERETA SEWA MURAH KOTA BHARU KELANTAN

Setahu Mat Drat tak banyak operator yang sediakan perkhidmatan sewa kereta di Kota Bharu, tidak seperti di Lembah Klang, Langkawi atau di KK.

AGTRAN SDN BHD ni antara syarikat yang sediakan perkhidmatan sewa kereta di Kelantan khususnya di Kota Bharu itu sendiri.

Bagi yang mencari kereta sewa tu, boleh la cuba hubungi AGTRAN ni.


Selain menyediakan perkhidmatan Kereta Sewa Murah Kota Bharu, AGTRAN juga menyediakan perkhidmatan 
- Kereta Sewa Airport Kota Bharu
- Kereta Sewa Airport Pengkalan Chepa

Jadi yang datang ke Kota Bharu naik flight tu, boleh je contact mereka untuk dapatkan harga.

Mereka pun ada sediakan kereta sewa jenis MPV terutamanya Toyota Alphard. Nak sewa MPV, khususnya Alphard boleh cuba mereka.

Bagi yang malas memandu dan ingin menyewa kereta bersama pemandu atau pun biasa kita sebut sewa kereta dengan Chauffeur di Kota Bharu ni, boleh juga hubungi mereka. Mereka boleh sediakan pemandu sekali.


HARGA SEWA KERETA

Boleh hubungi mereka di WhatsApp atau cuba buat pertayaan di laman web mereka. Laman web mereka sangat user friendly, senang untuk kita sebagai pengguna.

Harga di gambar ni sebagai panduan, harga mungkin berubah mengikut hari dan musim (cuti sekolah atau piublic holiday). Jadi kena tanya tuan empunya la.

Link Mat Drat kongsikan di bawah.






HUBUNGI

Laman Web  : www.agtran.com



No Telefon : 0189890800



REVIEW / FEEDBACK PENGGUNA

Dikongsikan oleh En Iman kepada Mat Drat, nampaknya feedback positive dari pelanggan mereka.







PERCUTIAN KE KOTA BHARU KELANTAN

Kali terakhir Mat Drat ke sini, lebih 10 tahun dahulu rasanya. Waktu tu blog ni pun tak wujud lagi.

Jadi kalau nak baca mengenai Percutian ke Kota Bharu, Mat Drat senaraikan 3 blog link yang Mat Drat jumpa yang ada share pasal percutian ke Kota Bharu. Ni Mat Drat petik je dari carian Google pada Mac 2019. Mat Drat tak kongsikan apa-apa lagi  menggenai Kota Bharu di blog ni.








TEMPAT MENARIK DI KOTA BHARU KELANTAN

Dan Mat Drat kongsikan juga 3 link yang senaraikan tempat-tempat menarik di Kota Bharu.

Mat Drat pergi lama, tapi yang seingat Mat Drat, Pasar Siti Khadijah dan Rantau Panjang tu antara yang wajib di lawati.

Senarai ni juga dari hasil carian di Google pada Mac 2019







TEMPAT MAKAN SEDAP DI KOTA BHARU KELANTAN

Seingat Mat Drat, masa Mat Drat ke Kota Bharu dulu ....makanan di Kelantan ni memang betul-betul memikat kita.

Harga yang murah, sedap dan pelbagai. Jadi kalau ke Kelantan atau khususnya Kota Bharu ni jangan la lepaskan peluang rasa pelbagai makanan yang sedap di sini terutamanya kuih-muih tradisional di sini.

Kalau pagi-pagi tu, jumpa kedai atau gerai menjual nasi berlauk jangan terkejut. Bagi yang dah biasa bergaul dengan orang-orang Kelantan, pasti dah biasa.

Jangan terkejut juga kalau terbaca kisah atau terjumpa rakan-rakan kita di Kuala Lumpur yang boleh makan nasi dari Kelantan setiap hari. Nasi-nasi ni di hantar setiap hari melalui bas atau pun kereta api ke ibu kota. Punya ramai peminat, sampai ke Kuala Lumpur pun orang cari nasi-nasi ni.


Mat Drat share beberapa link yang Mat Drat rasa boleh membantu pembaca jika ingin mencari destinasi 'makan' di Kota Bharu.








Mat Drat harap perkongsian ini bermanfaat. Dan jika pembaca rasa bermanfaat, boleh save link ni di hp, nanti senang nak trace semula.

~Mat Drat~