Wednesday 30 January 2019

Travelog Trip London (Part 5) Day 1 - Masjid London, Sherlock Homes Museum, Oxford Street



TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 4

Entry sebelum ni... 
👉👉   Trip London - Tower of London & Tower Bridge   


Okey, untuk itenerari hari ni Mat Drat dah cover 3 tempat menarik Stamford Bridge, Tower of London dan Tower Bridge.  Jadi Mat Drat terus ke destinasi berikutnya ....


  1. Stamford Bridge   ✔️
  2. Tower Bridge   ✔️
  3. Tower of London   ✔️
  4. Sherlock Holmes Musuem
  5. London Central Mosque
  6. Oxford Street

SHERLOCK HOLMES MUSEUM



"The world famous consulting detective Sherlock Holmes lived at 221b Baker Street between 1881-1904, according to the stories written by Sir Arthur Conan Doyle."

"Mr Holmes shared his rooms with his loyal friend and colleague Dr Watson and the house is protected by the government due to its "special architectural and historical interest." The 1st floor study overlooking Baker Street is faithfully maintained for posterity and just as it was kept by Mrs Hudson in Victorian Times"

Step back in time and visit
The World's Most Famous Address - 221b Baker Street

the Official Home of Sherlock Holmes!




  • Tempat 'wajib' bagi peminat Sherlock Holmes Museum
  • Gen-X mungkin ramai yang membaca novel ni dulu, atau pun sekurang-kurangnya sempat menonton tv series dia dulu.
  • Gen-Y mungkin mula kenal selepas menonton filem Sherlock Homes 2009 dan Sherlock Holmes : A Games of Shadow (2011). Katanya filem ke-3, 2020 baru keluar.

  • Untuk yang tak kenal, Sherlock Holmes watak dalam satu karya novel. Dia ni kira pegawai penyiasat hebat yang banyak membantu Scotland Yard dan menyelesaikan kes-kes di London.
  • Lebih kurang macam Detective Conan la. Yang ni Jepun punya, tapi dalam animasi.

  • Bila sebut pasal Sherlock Holmes, peminat mesti terbayang keadaan rumah dia dan keadaan jalan di sekitar rumah dia.... No 221b Baker Street

  • Dan lokasi / rumah yang dijadikan  Sherlock Holmes Museum ni terletak di 221 Baker Street tu sendiri.
  • Jadi peminat yang kesini, akan dapat rasa lebih 'Sherlock Holmes.









  • Mat Drat sampai di sini, waktu tu masih renyai-renyai dan orang masih ramai beratur. Panjang Q nak tunggu turn masuk ke dalam.
  • Jadi Mat Drat dan wife decide untuk ke London Central Mosque dulu sebab waktu Asar dah nak masuk dan perut kami pun dah lapar.

  • Balik dari masjid, bila lalu di sini orang masih beratur panjang. Mungkin sebab weekend kot.
  • Jadi kami decide, terus ke Oxford Road. Sekurang-kurangnya Mat Drat dah sampai dan dah bergambar. Okey la... Tak ramai orang kita ke sini.



Trivia  : Did you know:
'The Sherlock Holmes Museum is situated within an 1815 townhouse very similar to the 221B described in the stories and is located between 237 and 241 Baker Street'


Harga Tiket : Dewasa = £15  / Kanak-kanak = £10 
Waktu Operasi  : 9.30am - 6.00 pm (setiap hari) 

Cara Ke sini

  • Nak ke sini, turun di station Baker Street
  • Keluar dari Station, jalan ke sebelah kanan. Jalan dalam 100 meter belok ke kanan lagi. Ikut la jalan tu dalam 200 meter. Akan nampak Sherlock Holmes Museum ni diseberang jalan, biasanya orang ramai beratur.
  • Lokasi Baker Street Station KLIK Google Map
  • Dekat area Baker Street Station ni ada 2 tempat menarik lain
1. Madame Tussaud London
  • Mat Drat tak ke Madame Tussads ni sebab April hari tu dah ke muzium lilin Grevin Museum di Seoul.
  • Rasanya lebih kurang sama je.
  • Ni dalam 100 meter je dari station Baker Street ni, keluar station terus belok ke kiri. Jumpa la Madame Tassauds ni.
2. Souveniour Store = London Beatle Store
  • Peminat kumpulan The Beetle boleh la kesini.
  • Koleksi dan barangan serta souveniour The Bettle ada banyak di dalam ni
  • Mat Drat tak minat... kumpulan rocks, baru minat.
  • Lokasi betul-betul sebelah Sherlock Holmes Museum

Baker Street Station
Baker Street Station


Sherlock Holmes ikut signboard Masjid

Ada kedai jual souveniour area sini... murah juga la

Keychain / Fridge Magnet  di jual 3 = £5  (RM 27.50)  

Sherlock Holmes Museum, tapi beratur agak panjang. Jadi Mat Drat terus ke masjid dahulu.


Balik dari Masjid, orang beratur masih ramai. Jadi Mat Drat intai dari luar je la.



LONDON CENTRAL MOSQUE


  • Dah jadi kebiasaan Mat Drat apabila pergi kemana-mana, akan mencari masjid utama kawasan tu.
  • Tujuan utama 
    • solat
    • melihat suasana masyarakat islam di sini
    • makan
  • Bila kita bersolat di masjid di negara yang muslim adalah minoriti, kita akan rasa bersyukur sangat dilahirkan di Malaysia
  • Kat London Central Mosque ni, memang agak ramai orang dan jamaah. Muslim di London sendiri agak ramai dan dikatakan makin ramai memeluk Islam di England dan Europe amnya.
  • Selepas solat, sempat juga berbual dengan 2 orang jemaah. Cukup mesra mereka menyapa Mat Drat. Dan seperti biasa, seakan mereka kenal kita dari Malaysia. Mungkin dari segi rupa dan warna kulit, tak pun gaya pakaian kita.

Lokasi Masjid Central London

  • Terletak di Park Road, bersebelahan dengan Ragent Park
  • Naik tren dan turun di station Baker Street
  • Keluar station, jalan ke arah kanan. 
  • Jarak dari Baker Street Station = 1km
  • Akan bertemu Sherlock Holmes Museum dan jalan terus dalam 700 meter.
  • Lokasi Google Map  Masjid Central London

Makanan Halal di London

  • Nak cari makanan halal kat London, kat sini la senang
  • Ada 2 cafe di tingkat bawah masjid.
  • Harga tak mahal di sini, sepinggan nasi briyani hanya 
  • Seperti biasa, portion makanan di Europe ni agak besar ye.
  • Satu pinggang nasi briyani cukup untuk Mat Drat dan wife makan. Kami ni memang jenis makan sikit. 
  • Try order 1 set dahulu, kalau rasa portion tu besar, kongsi sahajalah.
  • Dan mereka di sini tak suka pembaziran, mereka cukup menghargai sumber.
  • Dan lagi satu, makan kat sini (rasanya kebanyakan tempat di Europe), bila dan makan kita kena kemas sendiri bekas makanan kita. Maknanya tray makanan kita, kita kena angkat dan buang sisa makanan dalam tong yang disediakan.
  • Mat Drat suka budaya dia orang ni, kita pun memang kena amalkan. Paling tak pun, lepas makan kat restoran / kedai mamak tu kita susun la pinggang mangkuk kita. Memudahkan pelayan restoran tu.
  • Pertama kali makan kat Paris dulu, bila lihat pelanggan restoran hantar tray sendiri, Mat Drat tak segan pun tanya petugas restoran tu. Bila dia kata, memang budaya kat situ lepas makan, pelanggan akan angkat tray dan buang sisa makanan sendiri.

Masjid renyai-renyai ketika kami sampai di Masjid Central London




Menunggu solat asar

Agak ramai jamaah. Hebat mereka di sini.

Ada beberapa kumpulan berusrah dan adakan majlis ilmu.
Waktu ni Mat Drat tengah berbual dengan seorang warga India yang sudah menetap lebih 30 tahun di sini, menjalankan bisnes di sini.

Siap solat, baru la kit acari makan. Cafe dan restoran terletak di tingkat bawah

Menu dan Harga. Dalam £4 - £6 sahaja, murah.
Lebih kurang RM 25-RM35 satu hidangan

Menu dan Harga. Dalam £4 - £6 sahaja, murah.
Lebih kurang RM 25-RM35 satu hidangan

Menu kami...Nasi Briyanui Kambing dan daging kambing sepinggan. Banyak betul sepinggan ni





OXFORD STREET / ROAD 


Dari Masjid Central London, kononnya nak ke Sherlock Holmes Museum semula. Tapi bila sampai, orang masib beratur panjang, jadi Mat Drat terus ambil tren ke Oxford Street / Road .
  • Oxford Street / Road ni antara tempat shopping di London.
  • Di sepanjang jalan di kawasan ni, banyak terdapat butik-butik pakaian berjenama.



Shopping di Oxford Street

  • Sebelum ke sini, ada baca beberapa blog yang mereka shopping agak murah di sini.
  • Antara yang di sebut-sebut, singgah la ke  Primark, butik Clark, butik Fossil dan  Cath Kidston. Ini sebahagian sahaja
  • Mat Drat turun di station Oxford Circus.
  • Sewaktu Mat Drat sampai di sini, hari masih hujan gerimis sekejap-sekejap.
  • Kedai mana atau butik mana nak tuju pun tak ada la Mat Drat tetapkan khusus, Mat Drat plan nak jalan-jalan sahaja. Tapi kalau terjumpa Primark dan Butik Fossil nak la singgah.
  • Sehari sebelum ke London pun, Mat Drat sempat ke laman web Fossil, berkenan dengan 1-2 items dan harga, kononnya nak beli bawak balik.
  • Tapi nasib tak berapa baik, sebab dah letih sangat sebenarnya dan campur pula cuaca hujan renyai-renyai, Mat Drat decide berpatah balik sahaja. Tak terus ke Primark atau Butik Fossil, walau pun dah tak jauh sebenarnya nak sampai.
  • Tapi sempatlah singgah beberapa butik di sini, harga tak berapa berkenan sebab lepas tukar ke RM... agak tak berbaloi nak bawa ke hulu ke hilir barang tu sebelum balik Malaysia (sebab lusa nak ke Edinburgh).
  • Kami ke sini dengan 2 beg cabin size je, malas nak tambah-tambah beg baila balik.
  • Kalau yang pernah ke Paris , boleh la anggap lebih kurang macam Champ Elsyee atau di Barcelona pula macam Passeige De Garcia.

Souveniour Murah di Oxford Street

  • Kalau mencari souvenior di sini, Mat Drat rasa 2-3 kedai yang Mat Drat masuk di sini agak mahal kalau berbanding 2 kedai yang Mat Drat jumpa sebelum ni iaitu di station Tower Hill dan di station Baker Street. 
  • Logik la kot, kawasan ni kawasan tumpuan ramai untuk shopping, harga sedikit mahal.
  • Tapi ada beberapa gerai luar kedai, agak murah. Keychain, fridge magnet dan baju tebal tu agak murah.









Makanan Halal di Oxford Street

  • Kalau mencari makanan halal di Oxford Street ni tak ada masalah, cuma perlu menapak sedikit.
  • Jika dari Station Oxford Circus ke Station Bond Street, ada Cafe Zeynah. Ada kebab di sini. 
  • Mat Drat tak study habis hari tu, Mat Drat baca dan save je 2-3 link kalau Mat Drat nak refer, maklumlah hari tu 2 hari sebelum ke London baru nak study pasal London, tak sempat nak cover semua.
  • Ni link kalau nak rujuk bab mencari makanan halal di Oxford Street
  • Tak pun search di Google Search "Halal Food at Oxford Street", nanti dapatlah result map dengan tag location halal food. Lagi senang nak rancang








Mat Drat dari Station Oxford Circus, nun sana butuk Fossil



Masih renyai-renyai ...seharian London hujan hari ni



McDonald sangat penting kat Europe ni...penting kalau nak mencari toilet. Ini pun di ajar oleh seorang polis di Barcelona bila Mat Drat tanya nak cari toilet, dia yang suruh...senang ke McDonals sahaja. Dan Mat Drat pun practice kat Paris jugak... he he he


Ada beberapa kedai souveniour yang besar di sini. Banyak pilihan barangan , cuma harga agak mahal sikit.


Ada yang berkenan...tapi harga agak mahal


Murah...gerai di luar kedai, berhampiran station Oxford Circus


Baju 'London' atau 'Oxford' Murah..
.gerai di luar kedai, berhampiran station Oxford Circus.
Hanya £4 (lengan pendek), £12 (lengan panjang)



Dari Oxford Street waktu ni dah jam 7pm (Malaysia dah 3am di Malaysia). Memang kami dah tersangat letih, maklumlah 
- Dah 36 jam perjalanan (3pm Jumaat keluar daru rumah, sekarang dah 3am Ahad di Malaysia)
- Dah lebih 40 jam tak tidur kecuali tidur dalam flight je.

Dan sekarang perlu balik semula ke hotel untuk tidur, ambik masa lebih kurang 45 minit baru sampai.


Bersambung ke hari berikutnya , DAY-2 London




Jom baca di Entry Berikutnya
👉👉   Trip London - Buckingham Palace & Big Ben   


~ Mat Drat ~





4 comments:

  1. Akan dijadikan rujukan bila berpeluang ke London nanti.. Hehe.. Nice info and tahu juga tentang Sherlock Holmes tu dari filem.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la tu nanti honeymoon kat London...celebrate anniversary ke...

      Delete
  2. boleh la tu nanti honeymoon kat London...celebrate anniversary ke...

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.