Saturday 4 November 2017

Lokasi Baru Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

Pasar Malam Brinchang Cameron Highland



Lokasi Baru Pasar Malam Brinchang 

Pasar Malam Cameron Highland atau lebih dikenali dengan Pasar Malam Brinchang yang lokasi dulunya di tepi jalan utama di pekan Brinchang, kini telah bertukar ke lokasi baru mulai awal 2017 hari tu.  

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat



Lokasi baru terletak berhampiran kawasan Cameron Golden Hills.

Lokasi baru ni kira-kira 2km lebih dari lokasi lama. Dari Brinchang turun menghala ke Tanah Rata dan Cameron Golden Hills terletak disebelah kanan. 

Jika dulu ia terletak di tepi jalan utama, kini lokasi baru ni agak ke dalam sedikit iaitu kira-kira 300-400 ratus meter dari jalan utama. Jadi ia tidak lagi mengganggu kelancaran trafik di jalan utama  pada lewat petang/malam hari ketika pasar malam.


Rasanya juga semenjak lokasi pasar malam ini bertukar tempat, pekan Brinchang agak sedikit sepi diwaktu malam. Tidak lagi semeriah seperti dahulu terutama malam minggu.

Untuk Lokasi Pasar Malam baru, KLIK πŸ‘‰πŸ‘‰ Lokasi Pasar Malam Baru πŸ‘ˆπŸ‘ˆ






Lokasi Baru Pasar Malam Brinchang Cameron Highland
Peta Lokasi Pasar Malam Baru Brinchang dari tapak Pasar Malam Lama


Waktu Operasi Pasar Malam Cameron Highland

Waktu operasi : 3:00 petang - 11:00 malam
Hari : Jumaat dan Sabtu

Cuti Sekolah : Dibuka setiap hari





Apa Nak Beli di Pasar Malam Cameron Highland

Macam-macam ada kat pasar malam Cameron Highland ni, tapi pastinya product Cameron Highland  yang dicari. Cuma jangan terbeli produk dari 'bawah' yang dibawa naik sudah. 

Antara yang jangan dilepaskan kalau ke sini adalah 

1. Jagung 'mutiara'
  • Jagung Cameron ni memang manis rasanya. 
  • Makan macam tu je pun boleh, tapi Mat Drat lebih suka masak.
2. Strawberry. 
  • Pelbagai produk strawberry ada di sini dari buah strawberry,  strawberry kering yang siap di pek sehingga ke jem strawberry.
  • Tapi, kalau nak beli buah strawberry dengan kuantiti agak banyak,  Mat Drat cadangkan beli la di KEA Farm. Lagi banyak pilihan dan membeli waktu siang lebih 'nampak' kualiti buah. 
  • Kalau nak beli untuk makan pada waktu tu, atau untuk makan malam tu, boleh la beli di sini.
  • JANGAN lupa makan strwberry coklat kat sini. Makan strawberry coklat kat hotel atau kat rumah, rasa dia lain... makan kat sini, baru la CameronπŸ˜‰πŸ˜Š
  • Satu lagi.... KEA Farm tu kalau hujung minggu terutamanya cuti sekolah atau public holiday, jalan ke situ akan jem dan nak parking pun susah. Jadi beli strawberry kat sini pun okey kalau tak nak ke Kea Fram
3. Sayur-sayuran. 
  • Jika tak berkesempatan ke Kea Farm, boleh juga beli sayuran segar di sini.
  • Tapi Mat Drat masih suka membeli di KEA Farm, banyak pilihan dan membeli waktu siang nampak mana yang betul-betul segar atau kurang segar.
  • Selain tu, JANGAN lupa try  sayur-sayur  digoreng tepung di sini macam  cendawan,brokoli dan bayam yang digoreng tepung. Waktu malam-malam yang sejuk kat pasar malam ni, memang sedap kalau makan panas-panas sayur goreng tu. Dan makan sayur goreng kat sini, baru la CameronπŸ˜‰πŸ˜Š
4. Madu
  • Produk berasaskan lebah juga boleh di dapati di sini.
  • Tiap kali ke pasar malam Cameron Highland, mesti jumpa si penjual madu ni.
  • Mungkin ada yang tak sempat ke bee farm, boleh sahaja beli di sini.

5. Souveniour Cameron Highland
  • Nak cari souveniour Cameron Highland macam t-shirt, keychain, fridge magnet, cap kepala, sarung tangan boleh la ke sini.
  • Dan memang ramai ke sini semata-mata nak cari souveniour.
6.Cactus
  • Yang tak sempat nak beli cactus di castus farm, boleh beli di sini juga.
  • Nasib baik, dapat lagi murah dari cactus farm.
  • Cuma di sini, kebiasannya cactus yang dijual hanyalah saiz yang kecil-kecil sahaja.



Loading...


Hotel dan Apartment sekitar Tapak Pasar Malam Baru 

Mat Drat share kan hotel, apartment dan homestay yang berdekatan dengan tapak Pasar Malam Baru Cameron Highland. 

Boleh kata semua yang Mat Drat senaraikan ni adalah walking distance sahaja ke pasar malam.

Di kawasan tapak Pasar Malam Cameron Highland (Pasar Malam Brinchang) yang baru ni tidak banyak hotel atau resort. Kebanyakan yang ada adalah apartment homestay.

Antaranya :

Lokasi Lain Pasar Malam Cameron Highland

Pasar Malam terBESAR dan terMERIAH di Cameron Highland ni adalah di Brinchang.

Tapi kalau ke Cameron Highland selain hari Jumaat dan Sabtu, boleh ke pasar malam lain yang ada di sekitar Cameron Highland ni. Cuma pasar malam tu agak kecil dan lebih kepada oarang tempatan yang ramai.

Ingat, Pasar Malam Brinchang ni dibuka setiap hari pada cuti sekolah biasanya  (ikut tahun-tahun sebelum ni).


Jadual Pasar Malam Cameron Highland



Brinchang


 Jumaat & Sabtu
  

Tanah Rata

 Sabtu dan Ahad


Lembah Bertam


 Ahad


Ringlet


 Selasa


Tringkap


 Jumaat





Tapak Lama Pasar Malam Brinchang Cameron Highland


Tapak lama walau dah tiada pasar malam, pada sebelah petang ia masih ada penjual / penjaja. Tapi bilangan tak banyak kerana ia adalah penjual di premis tetap.

Kalau nak cari souveniour di sini pun ada dijual pada hari-hari biasa.

Manakala pada setiap pagi Ahad, di sini akan ada Pasar Tani. Jadi product tempatan juga boleh didapati di sini.











Rasanya ini dahulu perkongsian untuk percutian ke Cameron Highland. 


Bercuti Percutian ke Cameron Highland Percutian ke 
Cameron Highland 
Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
 Tempat Menarik 
di Cameron Highland 

 Tempat Makan Best 
di Cameron Highland
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

 Lokasi Baru 
Pasar Malam



Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

19 comments:

  1. pasar malam baru ini ada buka hari selasa / rabu ? atau weekend je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya di sini (Brinchang) hanya pada Jumaat dan Sabtu. Untuk hari-hari lain, lokasi Pasar Malam di Cameron Highland ada di lokasi, cuma tak semeriah di Brinchang.

      Sebelum Ramadhan baru ni saya ke Cameron Highland lagi pada Khamis, dan menginap di Golden Hill dan hari Khamis tiada pasar malam di area Cameron Highland.

      Delete
    2. Maaf bertanya apa nama homestay yg en menginap di golden hill tu?dan boleh tahu berapa sewa utk 1 hari??

      Delete
  2. encik, hari biasa isnin ke jumaat ada tak pasar malam?

    ReplyDelete
  3. encik...hari biasa (isnin - Jumaat) ada pasar malam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari biasa ada di lokasi lain disekitar Cameron Highland ni, cuma agak kecil. Ada satu hari (WEEKDAY) tiada pasar malam, tapi saya dah tak ingat.

      Delete
    2. baru ni saya ke Cameron Highland lagi, memang pergi weekday sebab tak sanggup tempuh jemmmm.. Cuma tak dapat la ke Pasar Malam. Tapi petangnya saya tetap ke tapak lama Pasar Malam Brinchang tu, singgah 2-3 kedai yang ada.

      Delete
  4. Ada tak no contact utk saya boleh hubungi utk menginap di app golden hill.yg baru tu yg berdekatan dgn.pasar malam..sbb sy berdua sahaja. Harap dpt membantu..terima kasih tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tak ada.
      Mungkin boleh cuba ke FB https://www.facebook.com/Apartment-dan-Homestay-Murah-Cameron-Highland-126530518141086/

      Delete
    2. Golden hill brapa rm 1night

      Delete
  5. Maaf bertanya boleh tau nama homestay yg encik menginap di golden hill?dan kalu boleh tahu berapa harga sewa utk satu hari??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya Tak ingat. Tapi saya jumpa booking slip di email saya nanti, saya share semula. Tapi mmg ada a few homestay di situ, boleh booking melalui agoda atau booking.com

      Delete
  6. maaf nk tanya,kalau cuti sekolah bln 12 ni pn pasar die ikut jadual tu gk ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ikut jadual...mmg jumaat dan sabtu sahaja......x dapat p jugak kami ke pasar malam tue.......hotel pada selasa - khamis...huhuhuhu

      Delete
    2. Baru ni pun saya ke sana weekday... Tak dpt ke pasar malam weekend, dpt ke tapak lama pasar malam je, okey la.. Ubat rindu pasar malam cameron

      Delete
    3. Saya last ke sini waktu cuti sekolah, 3 tahun lepas. Tak pasti cuti sekolah ada pasar malam tiap tiap hari atau tak, tapi klau tak silap... Tiap2 hari... Nanti ada info betul, saya update

      Delete
  7. Assalammualaikum tuan....blog yang menarik dengan informasi2 yang menarik untuk tujuan percutian......sedikit sebanyak menjadi informasi kami untuk bercuti ke Cameron Highland next month.........salam dari Kembar Tiga..

    https://danial3balqis.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Selamat bercuti dan tq singgah blog saya

      Delete
  8. Salam, nk tanya. Pasar malam ni, raya haji bukak x hri2?

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.