Tuesday 21 August 2018

Cara nak dapatkan Tax Refund di Paris (VAT)




VAT / TVA di Paris

Kalau ada niat nak shopping di Paris, jangan lupa ambil tips penting ni sebab kita boleh dapat lebih penjimatan. Tips nya satu je, jangan lupa claim balik VAT yang kita dah bayar.

VAT (Value Adde Tax) atau kat Paris ni di sebut TVA (Taxe Sur La Valeur Ajoutée) adalah sama je macam GST kat Malaysia. (Ops...sekarang Malaysia dah tak ada GST!!)

Jadi bila dah bayar tax (VAT / TVA ) masa berbelanja kat Paris nI, jangan lupa tuntut ye sebelum balik. 

Mat Drat share info ringkas je.. Mat Drat rujuk dari artikel INSIDR ye.

.

.

Syarat nak claim VAT / TVA di Paris

Untuk layak tuntut VAT ni, dia mesti
  • Bukan warga Europe
  • Umur lebih 15 tahun
  • Belian mesti melebihi €175 dalam satu store dalam hari yang sama
  • Hanya layak untuk barang retail atau 'non-commercial' personal purchases
  • Kadar VAT antara  2% hingga lebih dari 30%.

Cara Tuntut VAT (Prosedure)

Cara Tuntut VAT (Prosedure)
Kredit :Photo credit: bbrvic.com


  1. Bawa borang tax refund (Detaxe form) dan juga resit belian ke CDG Airport.
    • Borang tax refund (Detaxe form) boleh minta terus kat store / kedai yang kita beli barang tu. 
    • Isi siap-siap borang tu sebelum ke airport. Senang nanti, tak buang masa.

  2. Cari kaunter Detaxe (Tax Refund) bila sampai di CDG airport. Ada 2 option sama ada nak berurusan di kaunter atau di mesin layan diri.
    • Kaunter Travelex. Kita berurusan dengan petugas. Urusan manual.
    • Mesin PABLO pula mesin ayan diri. Scan borang dan resit sendiri.

  3. Tuntut Pembayaran bila selesai urusan ke-2 di atas. Boleh pilih samada nak Pembayaran secara tunai atau Pembayaran transfer online.

  4. Pembayaran secara tunai
    • Kalau nak tunai segera, akan ambil masa agak lama di 'queau' untuk dapat berurusan di kaunter. Kalau tak ramai yang beratur, tu rezeki.
    • Borang Detaxe dan resit akan disemak serta merta di kaunter.
    • Perlu bawa sekali boarding pass, passport dan mungkin barang tersebut untuk diperiksa.
    • Jadi datang awal ke airport kalau nak tuntut VAT secara tunai.

  5. Pembayaran transfer online
    • Borang refund (detaxe form) yang telah di stamped atau scanned, perlu dimasukkan di post box yang disediakan di terminal.
    • Nanti kat borang, pilih (tick) pemilihan cara bayaran balik VAT tu secara pindahan ke akaun bank. 
    • Pastikan maklumat bank ada yang diminta dilengkapkan.
    • Cuma kena tungu agak lama sikit untuk mereka proses permohonan ini. 
    • Tapi pilihan cara ini, kita tak ada lah kita nak beratur di kaunter di CDG.

Lokasi Kaunter Tuntut Refund VAT (Prosedure)

Cara nak dapatkan Tax Refund di Paris (VAT)
Photo credit: movingtraveler.blogspot.fr



Lokasi kaunter Detaxe (Travelex) di CDG Airport :
  • Terminal 1: same level as the CDGVAL, hall 6
  • Terminal 2A: Departures level, gate 5
  • Terminal 2C: Departures level, gate 4
  • Terminal 2E: Departures level, gate 8
  • Terminal 2F: Arrivals level
  • Terminal 3: Departures level, airside

Lokasi kaunter Detaxe (Travelex) di Orly Airport :
  • West Terminal: Arrivals level, gate E
  • South Terminal : Departures level, gate G

Lokasi kaunter Detaxe di major department store :
Tax refund juga boleh dutuntut terus kalau kita membeli di 




TIPS :

1. Letak barang yang dibeli di  bahagian atas dalam beg yang senang dicapai untuk semakan petugas.
2. Isi borang sebelum tiba di airport
3. Kaunter Travelex biasanya sangat ramai orang dan perlu beratur panjang. Jadi option terbaik adalah di mesin layan diri PABLO.

?utm_source=Partner%20blogger&utm_medium=Website&utm_campaign=mat-drat

Artikel asal (dengan ubah suai dan izin) https://insidr.co/tax-refund-cdg/


Klook.com



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

.

4 comments:

  1. MD..klo shopping kat Paris..tp blk Tanah Melayu bukan dr CDG macamana nk claim?

    ReplyDelete
  2. maaf, saya balik dari CDG. Tahu di situ je. Tapi dari infi INSIDR yg saya share, ada beberapa shopping outlet besar yang boleh claim terus.

    ReplyDelete
  3. Salam Mat Drat, kalau naik train eurostar dari paris ke London ada jugak mesin layan diri tu di stesen Gare Du Nord??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti. Tapi elok beli awal (online je). Saya hari tu, London - Edinburgh, saya beli online. Lagi awal , lagi murah. Boleh juga beli melalui klook, ada discount n kumpul kredit (pm saya 017-2642689 utk discount)

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.